Penanaman Buah Naga di Malaysia-Zainudin Meon

12
1 Penanaman Buah Naga di Malaysia : Potensi dan Cabaran nya Zainudin Hj. Meon (Ph.D) Stesen Ibu Pejabat MARDI Serdang Pusat Pengurusan Stesen Peti Surat 12301 MARDI 50774 Kuala Lumpur Malaysia. Emel:[email protected] Pengenalan Malaysia mempunyai cuaca yang sesuai lagi kondusif untuk penanaman buah naga. Selain buah-buahan, banyak tanaman terdapat di Negara ini seperti getah, kelapa sawit, padi dan koko. Salah satu entri yang baru didalam senarai tanaman buah-buahan disini ialah buah naga. Setelah kajian demi kajian dijalankan, penanaman buah naga telah mengorak langkah didalam industri buah-buah di Negara ini. Tidak seperti Vietnam dan Thailand yang mempunyai sejarah dan pengalaman luas, Malaysia telah mengalami fasa pemeringkatan yang menggalakkan dalam penanaman buah ini. Justeru itu, tidak kurang di negara ini buah ini telah mencipta „niche‟ yang tersendiri di pasaran tempatan. Tanaman buah naga belum diterokai sepenuhnya di negara ini. Tanaman ini terdiri dari famili „Cactaceae‟ ini mendapat nama mungkin daripada bentuk buah nya yang kelihatan seakan-akan bebola api yang terdapat pada mulut naga. Nama tempatan yang biasa ialah pitaya/kaew mang korn (Thailand); than long (Vietnam); strawberry pear; pitahaya (Latin America); queen of the night (North America); red dragon fruit; fire dragon fruit (Asia); Buah naga (Malaysia); huo long guo/hong long guo (Taiwan) Di Malaysia, skala penanaman buah naga masih kecil, iaitu disekitar 300 hektar berbanding dengan tanaman industri yang lain. Walaubagaimanapun perkembangan penanamannya amat memberangsangkan. Kawasan penanaman banyak terdapat di Johor,

Transcript of Penanaman Buah Naga di Malaysia-Zainudin Meon

Page 1: Penanaman Buah Naga di Malaysia-Zainudin Meon

1

Penanaman Buah Naga di Malaysia : Potensi dan Cabaran nya

Zainudin Hj. Meon (Ph.D) Stesen Ibu Pejabat MARDI Serdang

Pusat Pengurusan Stesen Peti Surat 12301 MARDI

50774 Kuala Lumpur Malaysia. Emel:[email protected]

Pengenalan

Malaysia mempunyai cuaca yang sesuai lagi kondusif untuk

penanaman buah naga. Selain buah-buahan, banyak tanaman terdapat

di Negara ini seperti getah, kelapa sawit, padi dan koko. Salah satu

entri yang baru didalam senarai tanaman buah-buahan disini ialah

buah naga. Setelah kajian demi kajian dijalankan, penanaman buah

naga telah mengorak langkah didalam industri buah-buah di Negara ini.

Tidak seperti Vietnam dan Thailand yang mempunyai sejarah dan

pengalaman luas, Malaysia telah mengalami fasa pemeringkatan yang

menggalakkan dalam penanaman buah ini. Justeru itu, tidak kurang di

negara ini buah ini telah mencipta „niche‟ yang tersendiri di pasaran

tempatan.

Tanaman buah naga belum diterokai sepenuhnya di negara ini.

Tanaman ini terdiri dari famili „Cactaceae‟ ini mendapat nama mungkin

daripada bentuk buah nya yang kelihatan seakan-akan bebola api yang

terdapat pada mulut naga. Nama tempatan yang biasa ialah

pitaya/kaew mang korn (Thailand); than long (Vietnam); strawberry pear;

pitahaya (Latin America); queen of the night (North America); red dragon

fruit; fire dragon fruit (Asia); Buah naga (Malaysia); huo long guo/hong

long guo (Taiwan)

Di Malaysia, skala penanaman buah naga masih kecil, iaitu

disekitar 300 hektar berbanding dengan tanaman industri yang lain.

Walaubagaimanapun perkembangan penanamannya amat

memberangsangkan. Kawasan penanaman banyak terdapat di Johor,

Page 2: Penanaman Buah Naga di Malaysia-Zainudin Meon

2

Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan

Sarawak.

Asal usul buah naga ialah dari Amerika Latin dimana keadaan

cuaca agak berbeza dengan Malaysia. Walau begitu, tanaman ini telah

mengalami adaptasi dan amalan agro-pengurusan didalam

penanamannya disini. Kertas kerja ini ditulis untuk mengemukakan

potensi dan cabarannya di Negara ini.

Varieti

Buah naga terbahagi kepada tiga jenis iaitu varieti putih

(Hylocereus undatus), varieti merah (Hylocereus polyrhizus) dan varieti

kuning (Selenicereus megalanthus) (Gambar 1). Namun begitu, hanya

dua varieti yang sesuai dan popular ditanam di Malaysia iaitu dari jenis

varieti putih dan merah. Varieti merah adalah sangat di gemari oleh para

penanam kerana harga nya adalah tinggi.

Buah naga berbentuk bujur, berwarna merah dan mempunyai

sisik diluar permukaan kulitnya. Saiz buah yang cukup matang antara

10-15 cm dan beratnya antara 300-500 g sebiji. Rasanya manis dan

mempunyai biji-biji halus yang berwarna hitam seperti biji sawi. Bijinya

boleh dimakan begitu sahaja bersama isinya. Adapun buah naga kuning

(Selenicereus megalanthus) mempunyai saiz buah yang kecil purata

berat ialah 100 g sebiji dan rasa nya adalah lebih manis dari kedua dua

isi putih dan merah.

Buah naga kuning kurang kedapatan ditanam kerana kekurangan

bahan tanaman dan dikatakan lambat mengeluarkan hasil.

Walaubagaimana kemungkinan ia akan ditanam secara besar-besaran

sekiranya ia mempunyai permintaan yang tinggi.

Page 3: Penanaman Buah Naga di Malaysia-Zainudin Meon

3

Gambar 1. Jenis jenis buah naga. Putih, merah dan kuning

Sifat tanaman

Tanaman buah naga bersifat panjang-siang. Ia memerlukan

cahaya matahari yang panjang pada waktu siang. Selain itu, tanaman

adalah dari golongan “Crassulacean Acid Metabolic” (CAM) di mana ia

menjalankan proses pembuatan makanan nya pada waktu malam.

Pokok buah naga adalah sejenis tanaman epipitik dan memerlukan para

untuk menyokong batangnya yang lembut serta memanjat dan menjalar.

Akar udara akan keluar dari batang yang menjalar di atas para untuk

tujuan pengambilan air dan pemakanan.

Rasa buah naga sedikit sebanyak ditentukan oleh jenis atau varietinya.

Di antara dua jenis isi putih dan merah, yang paling disukai ialah isi

merah. Ada lapuran yang mengatakan bahawa buah naga isi merah

lebih berkhasiat dan mengandungi zat pemakanan dan vitamin nya

berbanding dengan berisi putih.

Berdasarkan lapuran buah naga merah kaya dengan vitamin,

serat, protein, zat mineral dan anthocyanin. Anthocyanin adalah

antioksidan yang sangat bermanafaat untuk kesihatan dimana ia

membantu dalam penyembuhan penyakit. Selain itu dapat membantu

dalam penglihatan yang baik, perkembangan tulang dan otot-otot.

Ada lapuran juga menyatakan bahawa buah naga memiliki fenol

dan vitamin E yang lebih rendah berbanding dengan buah-buahan yang

Page 4: Penanaman Buah Naga di Malaysia-Zainudin Meon

4

dijeruk. Tambahan pula, buah naga mempunyai kekuatan untuk

merangkap logam (chelating power) terutamanya ion ferrous (Fe) yang

menyebabkan banyak penyakit. Selain antioksidan, biji buah naga yang

halus didapati mempunyai fitoalbumin (phytoalbumin) yang mampu

untuk pencegahan kanser yang disebabkan radikal bebas. Di lapurkan

juga bahawa buah naga mempunyai antioksidan pelindung (protector

antioxidant) seperti (lycopene, anthocyanin) dan antioksidan penyerang

(fighter antioxidant) seperti fitoalbumin.

Dari segi diet, buah naga mempunyai cukup kaya dengan zat

vitamin dan mineral yang dapat membantu meningkatkan daya tahan

dan metabolisma badan. Kajian yang dijalankan menunjukkan ianya

amat baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah. Di

samping itu juga, ia dapat memberi tindak balas yang positif untuk

mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksik dalam badan.

Buah naga mempunyai kandungan karotin (carotene) yang tinggi

dimana ia boleh didapati pada isi dan kulitnya. Nilai perubatan adalah

tinggi ini lah yang menjadikan buah naga mempunyai kelebihan dari

buah-buahan yang lain. .

Penanaman

Tanaman buah naga mudah tumbuh di kawasan tropika yang

mempunyai sistem saliran yang baik. Tanaman ini tidak sesuai ditanam

di kawasan air yang bertakung. Walaupun begitu di Thailand, buah

naga ini ditanam di atas batas yang besar. Suhu 20-30°C dan taburan

hujan antara 500-1500 mm adalah sesuai untuk pertumbuhan tanaman

ini. Tanah berpasir dan tanah lom berpasir yang kaya dengan bahan

organan diperlukan untuk penanaman pokok ini.

Buah naga boleh boleh ditanam dengan dua kaedah iaitu melalui

biji dan keratan. Namun begitu, tanaman melalui biji adalah tidak

digalakkan kerana keseragamannya sekata. Cara yang mudah ialah

melalui keratan batang. Bukan semua peringkat batang boleh

Page 5: Penanaman Buah Naga di Malaysia-Zainudin Meon

5

digunakan sebagai benih. Hanya keratan yang sihat dan tua sesuai

untuk digunakan sebagai benih tanaman. Ukuran panjang keratan

batang ialah 10” (25.4 cm) hingga 20” (50.8 cm). sesuai digunakan

sebagai anak benih.

Pokok buah naga memerlukan tiang sebagai sokongan untuk

tumbesaran Ia tumbuh memanjang dan menegak. Tiang sokongan

digunakan biasanya diperbuat daripada simen atau konkrit yang

bersaiznya 4" x 4" x 7" (10 cm X 10cm X25.4 cm). Tiang sokongan

ditanam terlebih dahulu sebelum benih keratan ditanam dengan jarak

tanaman 6‟ X 9‟ ( 2m x 3m). Kepadatan tanaman bagi setiap hektar

ialah sebanyak 5,000 pokok dengan menggunakan 2,000 tiang.

Kepadatan tanaman boleh ditingkat lagi hingga 10,000 pokok dengan

menggunakan teknik penanaman kepadatan tinggi (high density

planting). Teknik ini sangat berpotensi dikembangkan untuk

meningkatkan hasil berlipat kali ganda.

Pembungaan

Pengeluaran bunga oleh pokok buah naga berlaku selepas satu

tahun penanaman. Sekiranya beneh yang diperolehi bagus dan

memuaskan, pokok akan berbuah dengan cepatnya. Ada diantara

penamanam mengalami pembuahan yang cepat sehingga enam bulan

setelah ditanam.

Proses pembungaan di dalam penanaman buah naga bergantung kepada

beberapa faktor seperti umur tanaman, kesuburan tanaman, keadaan

cuaca dan tanah. Keadaan tersebut membuatkan musim pembungaan

diantara satu tempat dengan tempat yang lain berbedza. Keadaan cuaca

seperti suhu, cahaya matahari dan hujan sangat mempengaruhi proses

pembungaan ini.

Buah naga akan mengeluarkan bunga setelah dahannya menjadi

matang iaitu 8 sehingga 12 bulan. Setelah bunga matang, proses

pendebungaan berlaku. Kelopak bunga yang matang akan terbuka pada

Page 6: Penanaman Buah Naga di Malaysia-Zainudin Meon

6

waktu malam diantara 10.00 hingga 12.00 malam. Perpindahan

debunga dari bunga jantan (stamen) ke bunga betina (stigma) di lakukan

melalui angin atau agen pendebungaan. Keratan rintang bunga

mendapati bahawa buah naga mempunyai sifat bunga „monoecius‟

dimana bahagian jantan dan betina berada didalam satu bunga

Peringkat antesis sangat penting kerana sekiranya reseptiviti stigma

tidak sama dengan pengeluaran debunga, maka pendebungaan tidak

berlaku.

Proses pendebungaan dapat di pertingkatkan melalui kaedah

pendebungaan berbantu (assisted pollination). Lapuran adalah

menunjukkan bahawa kaedah ini dapat meningkat hasil sehingga 50%,

walaubagaimanapun kaedah ini hendaklah di ketahui secara lebih

mendalam.Contohnya petani petani dari Johor mempraktikkan kaedah

ini untuk meningkat hasil ladang. Kaedah-kaedah ini termasuk

mengutip dan menyimpan debunga pada suhu bilik, serta menjalankan

pendebungaan satu persatu pada waktu setiap malam. Teknik ini boleh

dibuat dengan mengambil debunga yang telah disediakan dan disapu

pada stigma (bunga betina ) dengan menggunakan berus lembut.

Seperti telah diketahui tabiat tanaman buah naga adalah bersifat

fotoperiod panjang-siang. Ia memerlukan cahaya matahari yang lebih

panjang untuk proses membuat fotosintesis. Cuaca dan jangkamasa

cahaya matahari dinegara kita tidak konsisten kerana selalu terjadi

hujan kecuali negeri negeri di bahagian utara seperti Perlis dan Kedah.

Justeru itu, satu kaedah untuk mendapat dan memanjang hari ialah

melalui pemasangan lampu di waktu malam. Keadaan telah terbukti di

Thailand dimana lampu dipasang selama 4 jam waktu malam untuk

merangsangkan pengeluaran bunga. Begitu juga di Johor, satu

percubaan dengan menggunakan kaedah in telah dapat meningkat

pembungaan sehingga 30%. Teknik ini membuat potensi yang sangat

tinggi dari pengeluaran hasil di negara ini.

Page 7: Penanaman Buah Naga di Malaysia-Zainudin Meon

7

Peringkat penghasilan buah naga (35-45 hari)

Gambar 2 .Proses pembungaan dan pembuahan buah naga

Penuaian hasil

Berbanding dengan buah-bauahan yang lain seperti nangka,

rambutan dan ciku, tanaman buah naga cepat memberi hasil. Purata

hasil sehektar pada tahun pertama ialah 1500-2000 biji. Keuntungan

yang didapati bergantung pada harga di pasaran iaitu di antara RM1-2

sebiji varieti putih manakala untuk vareiti merah pula adalah RM 7.00

sebiji. Hasil akan meningkat sekurang kurangnya dua kali ganda pada

tahun berikutnya dan berlipat ganda pada tahun-tahun mendatang.

Anggaran kos untuk mengendalikan tanaman buah naga pada

peringkat awal adalah tinggi iaitu RM 30,000 hingga RM35,000

sehektar. Faktor bahan tanaman dan tiang menyumbang kearah

kosnya yang agak tinggi. Walau bagaimanapun, kos pulangannya akan

Page 8: Penanaman Buah Naga di Malaysia-Zainudin Meon

8

dapat dicapai pada akhir tahun ketiga. Pemilihan varieti amatlah

mustahak untuk mendapat harga yang lumayan.

Kematangan buah adalah diantara 40 hingga 50 hari selepas

selesai proses pendebungaan berlaku. Kelopak bunga akan menjadi layu

dan kering di mana putik muda akan mula membesar. Petanda buah

hampir matang ialah buah dapat dilihat setelah sisik pada kulit buah

mula kelihatan setengah hijau pada keseluruhan buah. Saiz buah akan

bergantung kepada beberapa faktor iaitu pendebungaan yang baik,

kedapatan air yang cukup dan tahap penjagaan diladang saperti

pembajaan. Saiz buah dapat digred melalui berat buah dimana harga

adalah berbeza setiap gred. Gred saiz AA ialah berat diantara 500-800

gram, Gred A berat diantara 350 hingga 450 gram, dan gred B berat di

antara 250 hingga 350 gram dan gred C ialah di bawah 250 gram.Harga

bergantung kepada gred masing. Sekiranya buah yang matang lambat

dipetik, rekahan akan berlaku dan mudah rosak.

Buat masa ini harga hasil buah ini di pasaran masih di paras

tinggi dimana permintaan pelanggan tidak mencukupi. Malahan dengan

nilai perubatan yang ada terutamanya dapat menjaga kesihatan

menjadikan ia diterima baik dan sangat berpotensi.

Selain daripada makan segar, Isi buah naga yang merah boleh

juga dibuat cordial, jem, pati dan lain-lain (Gambar 3). Kulitnya boleh

proses untuk dijadikan penghias kuih kerana warna yang merah dan

cantik. Penggunaan isi dan kulit buah naga boleh dijadikan pewarna

makanan semulajadi (natural food colours) dan gincu bibir. Bahan

pewarna semula jadi adalah selamat di mana ianya tidak menyebabkan

kesan sampingan dan merbahaya atau mudarat dari segi kesihatan.

Selain itu kelopak bunga akan menjadi layu dan kering boleh dijadikan

teh minuman setelah diproses. Produk produk hiliran ini boleh

dimajukan dengan jayanya sekiranya disokong melalui penyelidikan dan

pembangunan produk oleh agensi kerajaan yang berkaitan.

Page 9: Penanaman Buah Naga di Malaysia-Zainudin Meon

9

Gambar 3 . Produk produk hiliran dari buah naga. Teh,minuman, jem

dan kordial.

CABARAN

Seperti tanaman yang lain buah naga menghadapi beberapa masalah

dari serangan mahluk perosak dan penyakit.

Serangga perosak termasuk kumbang Xylopetrus yang perlu

diawasi, walaupun tahap serangan adalah rendah. Selain itu, lalat buah

(Dacus dorsalis) adalah sangat penting untuk dikawal untuk mengelak

dari buah menjadi busuk apabila dituai.

Haiwan perosak juga menyerang tanaman buah naga ini adalah

burung, tupai, tikus dan kelawar. Haiwan-haiwan ini akan makan buah

Page 10: Penanaman Buah Naga di Malaysia-Zainudin Meon

10

yang sudah masak. Oleh sebab itu, buah hendaklah dibungkus untuk

mengelakkannya dari dirosakkan oleh haiwan-haiwan berkenaan.

Selain daripada haiwan perosak, penyakit batang reput (stem rot)

yang disebabkan oleh bakteria Xanthomonas campestris turut

menyerang tanaman ini. Kulat Phomopsis menyebabkan bintik berwarna

coklat pada buah. Semburan dengan racun kulat dapat mengawal

penyakit ini daripada merebak.

.

Gambar 4 : Penyakit antraknos dan bintik putih pada batang buah

naga

Penyakit kuning berpusar pada kulit disebabkan kulat Collectrotrichum

sp. dan penyakit reput bakteria mempunyai bau busuk pula di

sebabkan oleh Erwinia sp.. Penyakit-penyakit yang menyerang ini amat

bahaya dan boleh menyebabkan kerugian yang besar jika tidak diambil

langkah-langkah pengawalan yang secukupnya.

Salah satu kaedah mengatasi masalah penyakit ialah dengan

mengambil pencegahan di peringkat bahan tanaman dan di ladang.

Untuk bahan tanaman, penyediaan bahan tanaman hendaklah dari

sumber ladang induk yang bebas penyakit. Keratan tanaman perlu

dirawat rendam dalam racun sebelum menanam. Racun kulat

berasaskan kuprum (copper- based fungicide) seperti Mancozeb selama

10 minit.Keratan yang telah di rawat hendaklah di keringkan selama 3-

4 jam sebelum di tanam diladang.

Page 11: Penanaman Buah Naga di Malaysia-Zainudin Meon

11

Untuk penjagaan di ladang; kebersihan ladang hendaklah di jaga

terutamanya dari rumput rampai kerana ia boleh menjadi perumah bagi

vektor. Cantasan formatif pula hendaklah di buat dimana ada

keseimbangan pokok. Setiap dahan mengeluarkan tiga atau empat

dahan baru hendaklah dibiarkan. Sulor air atau pucuk-pucuk muda

yang keluar perlu dibuang. Keratan semasa cantasan pada dahan

hendaklah rapat kepada sisi dahan. Kanopi pada pokok jangan terlalu

rimbun, pangkasan mengikut bentuk tengah-terbuka (open centre).

Kanopi poko didedahkan dan galakkan bahagian atas dahan kepada

sinar matahari. Setelah membuat cantasan, pastikan semua dahan

dahan yang telah dikerat di kumpulkan dan di buang. Jangan biarkan

dahan dahan bertaburan di dalam ladang. Jalankan aktiviti merumput

secara manual. Sekiranya racun rumpai digunakan elakkan semburan

terkena pokok. Gunakan corong di pasang pada muncung pam untuk

mengurangkan rembesan racun. Pemantauan (surveillance) hendaklah

dibuat dari segi bilangan dahan yang berpenyakit seperti bintik putih

(white spots) setiap minggu untuk mengetahui status kesehatan

tanaman.

Penutup.

Potensi penanaman buah naga di Malaysia adalah sangat cerah.

Memandangkan terdapat varieti yang sesuai serta teknologi agro-

pengurusan yang baik. Selain, buah nagga di makan segar, produk

hiliran dapat dibangunkan seperti kordial, jem, sirap dan lain-lain

produk nilai tambah. Nilai perubatan yang ada pada buah naga seperti

mengandungi antioksidan dan fitoalbumin dapat dijadikan kekuatan

dan justifikasi untuk memperluaskan bidang famasutikal dan

perubatan. Walaubagaimana, ada beberapa faktor yang menghambat

pembangunan penanaman buah ini seperti penyakit dan mahluk

Page 12: Penanaman Buah Naga di Malaysia-Zainudin Meon

12

perosak. Ini boleh diatasi dengan penggunaan bahan keratan bebas

penyakit serta penjagaan ladang yang terkawal.

Walaupun, kos untuk mengendalikan tanaman buah naga pada

peringkat awal adalah tinggi bagi penanaman setiap sehektar namun

keuntungan yang dicapai adalah lumayan berbanding dengan tanaman

lain.

Rujukan

1.Martini M.Y, R.A Halim, L.Y. Ling and M. Zainudin (2004) Dragon

Fruit: Current Status and Potential in Agriculture Congress, 4-7th October 2004, Kuala Lumpur

2.Zainudin, M. (2005). Penanaman buah naga di Malaysia: Potensi dan Cabaran. Buletin Teknologi Tanaman .Jilid.1

3. Zainudin M. and Hamidah, S. (2007). Challenges in Dragon fruits

growing in Malaysia Malaysia Soc.Plant Physiology Conf. Kota Kinabalu

4.Hamidah.S and Zainudin.M (2007).Diseases of dragon fruit:Hylocereus sp. National Horticulture Conf.,Johore Bahru