Pendekatan pengajaran 1

10
PENDEKATAN PENGAJARAN

Transcript of Pendekatan pengajaran 1

PENDEKATAN PENGAJARAN

DEFINISI

• Pendekatan bermaksud perihal kaedah (cara, langkah-langkah, dsb) yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas

• Pendekatan pengajaran bermaksud aspek atau kaedah yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran atau sesuatu kemahiran.

PENDEKATAN PENGAJARAN

• Edward M Anthony (1963)Pendekatan merupakan satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik. Ia harus berlandaskan model, prinsip atau teori pembelajaran.

PENDEKATAN PENGAJARAN

• Galstat menyatakan bahawa kita mempelajari sesuatu situasi itu secara keseluruhan dan kemudian memperincikan elemen-elemen satu pandangan ataupun sebagai suatu teori pembelajaran

PENDEKATAN PENDEDAHAN

• Pendekatan Pendedahan – Guru menyampaikan isi pelajaran yang tersusun dan sesuai dengan kemampuan murid, murid memproses dan mengaitkannya dengan ilmu yang sedia ada

• Dua jenis pendedahan – Induktif & Deduktif

PENDEDAHAN INDUKTIF DAN DEDUKTIF

• Pendedahan Induktif - Penyampaian pelajaran dari yang mudah kepada yang lebih kompleks; konkrit ke abstrak; membina generalisasi dan rumusan daripada contoh, fakta dan maklumat

• Pendedahan deduktif – penyampaian pelajaran berasaskan kepada satu generalisasi, prinsip atau hukum untuk menghasilkan contoh, fakta.

PENDEKATAN PENEMUAN• Murid diberi ruang memikir, meneroka dan

mengkaji fenomena bagi menambah ilmu pengetahuan.

• Penemuan enkuiri – Guru sebagai pembantu dan pembimbing dalam menentukan masalah, merancang aktiviti bagi murid melakukan eksperimen dan penyiasatan. Murid mencari penyelesaian kepada masalah yang sudah diselidiki. Guru boleh melakukan “probing””dan “reinforcement”bagi mendapat hasil penemuan yang tepat dan benar.

PENDEKATAN PENEMUAN

• Penemuan-inkuiri• melibatkan proses soal selidik bagi

mendapatkan jawapan dan kesimpulan• Memerlukan aktiviti mengenal pasti masalah,

membentuk hipotesis, menjalankan kajian siasat, membuat rumusan, kesimpulan dan cadangan

PENDEKATAN PENEMUAN

• Penemuan inkuiri – Guru sebagai pemudah cara bagi murid menyelesaikan masalah yang baru. Andaiannya ialah murid adalah pencipta atau penyelesai masalah – mengenal pasti masalah, menentukan langkah, mengumpul data, menganalisis, merumus dan membuat kesimpulan.

• Guru mewujudkan suasana yang kondusif dan galakan bagi murid meneroka perkara yang baru.