Pendekatan Proses

download Pendekatan Proses

of 13

Transcript of Pendekatan Proses

PENDAHULUAN

Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami beberapa anjakan paradigma dalam usaha menyampaikan maklumat daripada pengajar kepada pelajar. Sekolah Bestari merupakan salah satu agenda penting dalam memartabatkansistem pendidikan berkualiti kepada warga pelajar dan sekali gus dapat menonjolkan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan bertarafdunia di rantau ini. Pada umumnya konsep sekolah bestari diperkenalkanuntuk membolehkan pelajar menjadi lebih bermaklumat (informed), mempunyai il mu pengetahuan (knowledge) yang mantap dan kukuh, lebih berfikir (thoughtful) untuk menggalakkan budaya berfikir secara kritis dan kreatif dan lebih aktif mencari dan menguji ilmu serta menjalankan penyelidikan. Pendekatan proses membawa kesan setelah menerima input dari pengendali proses iaitu guru dan murid. Faktor yang paling penting memastikan kejayaannya adalah kerjasama pasukan. Adalah mustahil sesuatu proses untuk berjaya tanpa kerjasama antara guru dan murid yang sama-sama memberi input hingga mencapai hasil yang diharapkan.

StrategiPengajaran, Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Aktiviti?

Strategi Pengajaran Strategi pengajaran terbahagi kepada tiga iaitu :1.Pemusatan Guru

Dalam strategi ini guru memainkan peranan penting. Komunikasi adalah lebih sehala dengan guru banyak bercakap dan kepimpinan guru adalah secara autokratik. Pencapaian objektif guru dan penyebaran ilmu pengetahuan diutamakan dan penyuburannilaimurni/perkembanganemosimengambiltempatkedua. Penyampaianfaktasecaramenghafaldanpembelajaranberbentukmengingatdanmengh afal. Interaksi di antaramuridadalahpasifdankaedahpengajaranmelibatkankeseluruhankelas. Muridmuridkurangkreatifdantidakmenunjukkaninisiatif yang tinggi. Kaedah dan teknik yang digunakan adalah penerangan, demonstrasi, syarahan secara kumpulan, bercerita dan melibatkan keseluruhan kelas.

2.Pemusatan Murid

Dalam strategi ini murid memainkan peranan penting. Komunikasi lebih dua hala. Guru banyak menyoal dan membimbing. Gaya kepimpinan guru adalah lebih demokratik. Perbincangan dan usaha murid memberi pendapat adalah digalakkan. Objektifpencapaianmuriddiutamakan. Perkembanganmuridyang cubadicapaisecaramenyeluruhdanseimbang ( JERI). Ujianformatifdigunakanbagimembaikikelemahanmurid. Penyampaian guru untukpembelajaranbermakna, memahamidanmembuatkesimpulan. Peluanginteraksi di antaramuridadalahpositif (bekerjasama, bertolakansur, tolong-menolong)Kaedahpengajaransecarakumpulan di manaperbezaanpendapatdanminatmuriddipupuk. Iniakanmenyebabkanm uridmuridbersifatlebihkreatifdanberinisiatif. Kaedahdanteknikyang digunakan, projek, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalanan, penyelesaianmasalah, simulasi, main peranan, sumbangsaran, danmelibatkankumpulankecildansebagainya.

3.Berasaskan Sumber Dalam strategi ini bahan pelajaran memainkan peranan penting. Ia melibatkan pergantungan yang tinggi kepada bahan untuk mencapai objektif pengajaran.Komunikasi dan interaksi akan berlaku antara guru dan bahan atau murid dan bahan pembelajaran. Kecekapandankemahiranpenggunaanalat dan bahan pengajaran-pembelajaran adalah diutamakan. Penekanan kepada perkembangan jasmani, rohani, dan kognitif. Murid dilatih dalam kemahiran, kefahaman dan amat berdikari.Pengajaran amat bermakna, menarik dan berkesan.Peluang interaksi antara murid adalah tinggi. Kemahiran soft skills dansifat social yang positifdapatdipupukmelaluikaedahkumpulankecil, ujikaji, projek, perbincangandansebagainya.Pengetahuanabstrakdapatdijadikankonkritdenganadan yabahan-bahanpelajaran. Kaedah dan teknik yang digunakan, penggunaan pembelajaran kendiri dengan komputer, bahancetak, modul, bukuteks, bukurujukan, kamus, perakam pita, carta, peta, geraf, spesimen, slaid, video, televisyen, projektor, dan lain-lain.

Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.

Pendekatan pengajaran merupakan haluan yang digunakan dalam proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek pengajaran yang kita ingin utamakan. Ianya boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain.

Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.

Aktiviti adalah langkah-langkah yang berlaku sepanjang proses pengajaran seperti set induksi dan lain-lain.

TEKNOLOGI PROSES

Teknologi proses dalam pengajaran dan pembelajaran boleh didefinisikan sebagai menggunakan teknologi sebagai satu proses untuk mencapai pembelajaran yang efektif. Pengajaran yang direka bentuk berdasarkan definisi Galbraith (1967) ini akan menghasilkan tenaga yang cemerlang dengan mengaplikasikan pengetahuan saintifik bagi memperoleh sistem pengajaran dan pembelajaran yang menyeluruh. Semua teknologi proses tertumpu kepada usaha memberi peluang latihan yang mencukupi.

Konsep teknologi proses ini hampir menyamai konsep sistem pengoperasian Windows dalam komputer. Sistem pengoperasian ini mengandungi pakej peraturan dan undang-undang yang standard. Pengguna tidak perlu memikirkan dan mencipta tatacara bagi pemprosesan data.

Teknologi proses juga selaras dengan beberapa perspektif pembelajaran. Sebagai contoh perspektif behaviorisme mencadangkan agar individu belajar melalui apa yang dilakukan. Ini bermakna pembelajaran adalah satu proses yang membolehkan pelajar mencuba pelbagai tingkah laku dan menyimpan apa yang diminati sahaja. Pereka bentuk mestilah sentiasa mencari kaedah supaya pelajar boleh mempelajari sesuatu. Perspektif kognitivisme pula

mencadangkan bahawa pelajar seharusnya membina dan memperkaya skema mental mereka apabila pemikiran mereka dihubung kait dengan ingatan, pengaplikasian konsep atau prinsip baru. Perspektif psikologi sosial pula menekankan kepentingan komunikasi antara perorangan sebagai asas sosial bagi memperoleh pengetahuan.

Teknologi proses disusun berdasarkan kehendak individu, baik untuk pengajaran kumpulan kecil mahupun untuk kumpulan besar. Bagi individu, teknologi proses melibatkan pengajaran terancang, pengajaran sistem kendiri, program tutor dan pusat pembelajaran. Manakala bagi kumpulan kecil pula, teknologi proses melibatkan pembelajaran melalui kerjasama, permainan, simulasi dan permainan simulasi. Teknologi proses bagi kumpulan besar menumpukan pembelajaran kemahiran dan pengajaran berprogram.

Kajian-Kajian Berkaitan Pendekatan Proses Dalam Pengajaran Penulisan

Terdapat beberapa kajian mengenai Pendekatan Proses. Kajian mengenai Pendekatan Proses kebanyakannya telah dilakukan ke atas kajian berkenaan sikap guru dan pelajar terhadap pendekatan ini. Erdman (1988:51) misalnya telah mengkaji sikap pelajar terhadap Pendekatan Proses untuk mengajar penulisan kreatif dan sajak. Beliau telah melakukan kajian terhadap dua buah kelas gred dua dan dua buah kelas gred lima dan menilai kesannya terhadap pelajar. Hasil kajian beliau mendapati bahawa Pendekatan Proses lebih baik dalam kedua-dua gred untuk sajak manakala gred lima sahaja yang didapati lebih berkesan untuk bentuk penulisan kreatif. Begitu juga dengan kajian Dreher (1990:65) terhadap sikap guru -guru pendidikan awal kanak-kanak terhadap Pendekatan Proses. Hasil kajian beliau mendapati bahawa Pendekatan Proses berperanan penting terhadap pendidikan awal kanakkanak dalam pengajaran penulisan. Schwartz (1990:459) menerangkan bahawa Pendekatan Proses berperanan penting dalam penulisan karangan di mana pelajar dibantu untuk melalui proses merancang, membuat draf dan menyemak teks. Model ini menekankan interaksi di antara guru dengan pelajar melalui aktiviti seperti perbincangan, menjadi model, kerjasama rakan sebaya dan berdialog mengenai teks. Kajian-kajian ini didapati telah menyokong Pendekatan Proses. Mengapakah Pendekatan Proses penting dan apakah faedah-faedahnya ke atas pengajaran penulisan?

Pendekatan Proses Keh

Berkenaan dengan Pendekatan Proses, Keh (1990:10) telah menerangkan bagaimana beliau telah mencorakkan dan mengajar kursus menulis dengan menggunakan pendekatan proses.

Input

Input bermaksud aktiviti untuk mengeluarkan idea dalam aktiviti prapenulisan seperti sumbangsaran, membaca dan mendengar, membuat tinjauan pendapat, mengkaji, bacaan cepat, perbahasan, mendengar kaset, membaca nota kuliah dan mendengar syarahan.

Menulis draf pertama Proses ini dijalankan diluar kelas dan pelajar diberitahu bahawa draf pertama tidak semestinya sempurna. Semasa penilaian rakan sebaya pelajar-pelajar boleh dipecahkan secara berasingan atau bertiga di mana mereka diberikan panduan satu senarai semak untuk membuat komen ke atas isi kandungan sahaja. Contohnya apakah idea utama dalam perenggan atau apakah idea utama penulis? bermaksud aktiviti untuk mengeluarkan idea dalam aktiviti prapenulisan seperti sumbangsaran, membaca dan mendengar, membuat tinjauan pendapat, mengkaji, bacaan cepat, perbahasan, mendengar kaset, membaca nota kuliah dan mendengar syarahan.

Menulis draf kedua Pelajar digalakkan membuat perubahan pada kandungan karangan. Dalam bengkel menulis, guru mengajar karangan kepada pelajar seperi memberi definisi atau membuat koherensi, melihat draf kedua dan membaca setiap draf tiga kali. Bacaan pertama untuk mendapatkan idea keseluruhan. Bacaan kedua untuk memberi komen dan cadangan dan bacaan ketiga untuk menandakan kesalahan mereka.

Sesi perbincangan guru murid Peringkat ini adalah sesi di mana guru meminta murid memberitahu isi utama dalam karangan mereka. Dalam sesi ini, kelemahan tatabahasa dan cara membaikinya juga dimasukkan selepas perbincangan isi kandungan. Draf akhir dihantar bersama-sama dengan semua nota dan lampiran. Beliau mendapati pendekatan ini sangat berfaedah kepada pelajar. Ia dapat membaiki isi, penyusunan perenggan dan tatabahasa di samping meningkatkan sikap pelajar terhadap penulisan kepada lebih positif dan mengurangkan rasa kecewa dalam penulisan karangan. Ia juga didapati dapat meningkatkan interaksi di antara pelajar dengan guru.

Di Malaysia, satu kajian ke atas Pendekatan Proses telah dijalankan oleh Narayanan Kunci Raman (1991) ke atas pengajaran penulisan karangan berasaskan Pendekatan Proses di sebuah sekolah menengah gred A. Sampel beliau ialah dua buah kelas tingkatan satu dan dua orang guru. Kelas pertama terdiri daripada pelajar kumpulan cerdas yang terdiri daripada 41 orang pelajar Cina dan seorang pelajar India. Manakala kelas kedua terdiri daripada 46 orang pelajar bumiputera kumpulan cerdas. Kajian beliau secara eksperimen selama enam minggu ini mendapati bahawa Pendekatan Proses dapat meningkatkan kualiti karangan pelajar. Dalam aktiviti prapenulisan, beliau telah membuat pengenalan tema, aktiviti pemilihan tajuk dan membuat rangka karangan. Dalam aktiviti penulisan pula, beliau telah menjalankan aktiviti menulis draf satu, membuat komen, menulis draf

kedua, aktiviti penyemakan rakan sebaya, maklumbalas guru, membuat perbincangan guru dan pelajar, menulis draf ketiga dan kemudiannya proses penyemakan guru dijalankan. Akhir sekali barulah aktiviti menulis draf keempat

Dalam aktiviti selepas penulisan pula, guru membacakan contoh karangan terbaik dan meminta komen daripada rakan dan karangan yang baik akan dipaparkan disudut bahasa. Beliau mendapati semasa proses penyemakan rakan sebaya dijalankan, proses ini telah memberikan satu pengalaman baru kepada pelajar untuk menjadi pembaca yang kritis untuk mencari kesalahan tatabahasa. Semasa penulisan draf ketiga, beliau mendapati ada kemajuan dalam karangan pelajar. Pada draf keempat, menurut beliau agak kurang mencabar pelajar kerana pelajar hanya menyalin kembali karangan mereka. Walau bagaimanapun, pengajaran Pendekatan Proses menggunakan terlampau banyak masa. Contohnya untuk menghasilkan satu karangan yang lengkap dari dra f satu hingga draf keempat, sebanyak 4 jam 40 minit diperlukan yang bersamaan dengan empat minggu waktu karangan mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. Masa yang panjang ini kurang sesuai dengan masa karangan di sekolahsekolah rendah.

Kesimpulan

Kajian menunjukkan pendekatan proses memberi kesan positif kepada kemajuan dan peningkatan dalam kemahiran menulis karangan. Penggunaan pendekatan proses dalam pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan menulis karangan akan membantu murid-murid tesebut dalam mengatasi masalah kurang idea untuk menghasilkan isi-isi penting dalam menulis sesebuah karangan.

Pendekatan proses dapat meningkatkan pencapaian kemahiran menulis karangan dalam jangka masa panjang. Murid-murid akan memahami proses-proses yang terlibat dalam mengarang iaitu proses merancang, membuat deraf, menyemak, menulis semula dan menyemak kembali sehingga selesai penulisan karangan. Proses ini melibatkan masa yang lebih panjang untuk murid -murid membiasakan diri mereka dalam menulis karangan. Jika murid-murid dapat menguasai kemahiran menulis, sudah tentu proses pembelajaran penulisan karangan akan menjadi lebih baik dan menarik. Pendekatan proses ini amat sesuai dengan pembelajaran berpusatkan murid dan guru sebagai fasilitator dalam membantu, membimbing dan memberi motivasi kepada murid-murid.

Walau Pendekatan Proses sering mengambil banyak masa berbanding dengan cara lain, namun kemahiran penulisan yang dapat dipupuk di kalangan pelajar akan mampu membolehkan mereka menghasilkan karangan yang jauh lebih baik dari segi isi, penyusunan perenggan dan tatabahasa.