Pendidikan Islam K1 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

download Pendidikan Islam K1 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

of 27

Transcript of Pendidikan Islam K1 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

  • 7/27/2019 Pendidikan Islam K1 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    1/27

    1223/2 PENDIDIKAN ISLAM 1

    Pendidikan islam 1 1 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    BENTUK KERTAS SOALAN

    Kertas Pendidikan Islam 1223/1 mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan

    bahagian B. Bahagian A mengandungi dua puluh soalan objektif dan dua puluh soalanisi tempat kosong (ITK). Bahagian B pula mengandungi empat soalan. Calon wajibmenjawab tiga soalan sahaja. Soalan satu dan dua wajib dijawab oleh calon manakalauntuk soalan ketiga calon boleh memilih samada menjawab soalan tiga atau empat.Calon diberi masa selamadua jam untuk menjawab kedua-dua bahagian soalantersebut.

    PRESTASI KESELURUHAN

    Calon menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam jawapan mereka. Merekamengemukakan jawapan dengan memberikan fakta yang tepat, jelas, bilangan jawapanyang melebihi kehendak soalan dan menyusun jawapan dengan baik. Walaubagaimana pun terdapat calon yang kurang menguasai isi pembelajaran dengansempurna. Mereka gagal menyampaikan jawapan seperti yang dikehendaki.

    PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON

    Calon dapat menjawab bahagian A dan B dengan tepat. Mereka dapat menguasaidengan baik semua konstruk pengetahuan, pemahaman dan kemahiran yangmerangkumi aras rendah, sederhana dan tinggi. Mereka juga dapat memberikan

    jawapan yang jelas merangkumi isi dan huraian pada soalan yang menggunakan katatugas `terangkan`. Calon dapat memberikan huraian yang baik daripada yangdikehendaki oleh soalan. Hal ini menggambarkan calon memang telah menguasai

    Sukatan Pelajaran dengan sempurna.

    Calon dalam kumpulan ini dapat menjawab pada tahap sederhana bagi soalanbahagian A dan B. Mereka tidak dapat menjawab dengan baik bagi soalan tamadunIslam dan tokoh. Calon juga gagal mengemukakan huraian dan contoh yang jelas padasoalan yang menggunakan kata tugas `terangkan`, kerana hanya menulis fakta atau isiwalau pun bilangan jawapan yang banyak. Calon juga tidak dapat memberikan jawapanyang jelas dan tepat pada soalan terminologi .

    Calon hanya dapat menjawab soalan mudah dan perkara asas bagi sesuatu tajuk.Mereka tidak mendapat menghurai soalan yang menggunakan kata tugas `terangkan`.

    Calon menulis jawapan dengan satu fakta sahaja pada kata tugas `jelaskan` atau`terangkan`, Mereka hanya mendapat jawapan yang ringkas pada soalan mengisitempat kosong dan soalan objektif. Calon tidak menjawab soalan bahagian TamadunIslam dan tokoh atau memberikan jawapan secara umum sahaja. Mereka gagalmenjawap soalan berkaitan terminologi dan hanya dapat menjawab calon padasoalan bahagian Adab Islamiah serta perkara yang berkaitan dengan kehidupanseharian mereka.

  • 7/27/2019 Pendidikan Islam K1 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    2/27

    Pendidikan islam 1 2 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    PRESTASI TERPERINCI

    1.a(i) Menderhaka kepada ibu bapa adalah satu daripada dosa besar.Nyatakan dua contoh derhaka kepada ibu bapa

    Jawapan di atas mempamirkan prestasi yang lengkap dan jelas tentang contoh

    menderhaka kepada ibu bapa. Struktur ayat disusun dengan teratur.

    Hanya dapat mengemukakan satu fakta yang betul. Calon tersebut juga memberikan

    jawapan yang sama secara berulang dan mengemukakan fakta yang tidak tepat

    Hanya mengemukakan jawapan yang direka menurut kefahaman mereka sendiri. Calon

    tidak memahami kehendak soalan

  • 7/27/2019 Pendidikan Islam K1 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    3/27

    Pendidikan islam 1 3 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    1.a(ii) Jelaskan sebab berlakunya perbuatan derhaka terhadap ibu bapa

    Jawapan di atas mempamirkan prestasi yang cemerlang sebab-sebab seseorang anakmenderhaka kepada ibu bapa

    Hanya mengemukakan jawapan yang direka menurut kefahaman sendiri. Calontersebut menjadikan contoh perbuatan menderhaka sebagai sebab berlakunyaperbuatan menderhaka. Sebahagian calon lain dalam kumpulan ini pula hanyamenyalin semula soalan tanpa memberikan sebarang jawapan.

    1.a.(iii) Terangkan dua usaha yang perlu anda lakukan untuk berbakti kepada ibubapa yang telah meninggal dunia

    Jawapan di atas mempamirkan prestasi yang cemerlang lengkap dengan huraian .Calon tersebut juga mengemukakan banyak pilihan jawapan yang betul.

  • 7/27/2019 Pendidikan Islam K1 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    4/27

    Pendidikan islam 1 4 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Hanya dapat memberikan satu jawapan sahaja yang betul. Sebahagian calon dapatmemberikan dua isi tetapi tidak cukup huraian sebagaimanan yang dikehendaki olehkata tugas `terangkan` menyebabkan mereka hanya mendapat sebahagian markahsahaja.

    Jawapan tidak menjurus kepada usaha yang boleh memberi faedah secara langsungkepada ibu bapa di alam barzakh, sebaliknya menyatakan aktiviti berbakti kepada ibubapa semasa mereka masih hidup, seperti belajar bersungguh-sungguh, sentiasamendengar nasihat mereka dan lain- lain

    1.b.(i)Antara bahagian kufur ialah kufur hakikat dan kufur nikmat.

    Apakah maksud kufur nikmat?

    Jawapan di atas memberikan maksud kufur dengan lengkap dan jelas. Persembahan

    jawapan calon ini membuktikan calon memahami kehendak soalan tanpa sebarangkekeliruan

  • 7/27/2019 Pendidikan Islam K1 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    5/27

    Pendidikan islam 1 5 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Jawapan dikemukakan secara umum tentang maksud kufur nikmat. Ini menunjukkancalon tidak begitu memahami maksud istilah atau terminologi ini.

    Gagal menyatakan maksud kufur nikmat, sebaliknya memberikan contoh perbuatan

    tersebut seperti membazirkan nikmat.

    1.b.(ii) Jelaskan dua contoh perbuatan kufur nikmat

    Jawapan yang dikemukakan lengkap.Calon dapat menyusun ayat dengan baik.

    Hanya dapat memberikan satu sahaja contoh kufur nikmat dengan tepat.Calon keliruantara maksud kufur nikmat dan contohnya.

  • 7/27/2019 Pendidikan Islam K1 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    6/27

    Pendidikan islam 1 6 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Tidak dapat memberikan contoh kufur nikmat dengan betul.Jawapan dikemukakan ialahtentang kufur nikmat dan bukannya contoh perbuatan kufur nikmat

    1c (i) Nyatakan takrif Ahli Sunah Waljamaah

    Dapat memberikan takrif Ahli Sunah Waljamaah dengan jelas dan mempersembahkanjawapan dalam ayat yang sangat difahami,lengkap dan menepati kehendak soalan.

    Dapat memberi satu isi sahaja daripada dua isi yang dikehendaki.

    Gagal memberikan takrif Ali Sunah Waljamaah sebagaimana yang dikehendaki. Calonmemberikan jawapan yang bercampur-aduk antara prinsip dan pandangan Ahli SunnahWaljamaah

  • 7/27/2019 Pendidikan Islam K1 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    7/27

    Pendidikan islam 1 7 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    1c (ii) Jelaskan dua sebab wajib berpegang kepada akidah ahli SunahWaljamaah1

    Jawapan dipamerkan dengan baik dan menepati kehendak soalan

    Hanya dapat mengemukakan satu jawapan sahaja yang tepat

    Gagal memberikan sebab-sebab wajib berpegang kepada akidah Ahli Sunahwaljamaah. Calon tersebut memberikan jawapan prinsip-prinsip akidah dan bukannyasebab wajib berpegang kepada akidah ASWJ

    2.a (i) Apakah maksud haji Ifrad?

    Calon menyatakan maksud haji Ifrad dengan jelas dan tepat.

  • 7/27/2019 Pendidikan Islam K1 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    8/27

    Pendidikan islam 1 8 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Hanya memberi sebahagian sahaja daripada isi jawapan yang dikehendaki

    Tidak dapat menyatakan maksud haji Ifrad dengan tepat. Mereka kelirudengan maksud haji Qiran. Sebahagian mereka menyatakan maksud upah haji

    2 a (ii) Mengapakah haji Ifrad itu dikatakan lebih afdal ?

    Jawapan dikemukakan dengan tepat dan jelas. Calon memberikan jawapan melebihidaripada bilangan yang dikehendaki.

  • 7/27/2019 Pendidikan Islam K1 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    9/27

    Pendidikan islam 1 9 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Sebahagian jawapan menjurus kepada kelebihan mengerjakan haji Tamattuk danbukannya haji Ifrad

    Jawapan direka menurut kefahaman sendiri. Calon tersebut menyatakan kelebihan hajTamattuk

    2 a (iii) Jelaskan dua hikmah mengerjakan haji terhadap individu

    Jawapan yang dipamirkan lengkap dan melebihi bilangan jawapan yang dikehendaki.

  • 7/27/2019 Pendidikan Islam K1 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    10/27

    Pendidikan islam 1 10 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Gagal menyatakan hikmah mengerjakan haji.Calon keliru dengan syarat wajibmengerjakan haji. Sebahagian calon memberikan jawapan hikmah haji Tamattuk

    2 b (i) Antara ciri calon suami dan isteri ialah beragama.Apakah akibat mengabaikan ciri tersebut?

    Kreatif mempamerkan jawapan mengikut kehendak soalan. Calon tersebut

    memberikan pilihan jawapan melebihi daripada bilangan yang dikehendaki.

    Mempamerkan prestasi yang kurang memuaskan tetapi masih boleh diterima.Jawapan yang diberi tidak mencukupi bilangan jawapan yang dikehendaki

  • 7/27/2019 Pendidikan Islam K1 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    11/27

    Pendidikan islam 1 11 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Tidak memahami kehendak soalan. Jawapan calon lebih menjurus kepada hikmah

    memilih pasangan yang beragama dan bukannya kepada akibat mengabaikan ciriberagama dalam memilih pasangan

    2 b (ii) Jelaskan dua wanita yang haram dikahwini sementara waktu

    Jawapan yang lengkap dan jelas serta bilangan jawapan melebihi daripada yangdikehendaki

  • 7/27/2019 Pendidikan Islam K1 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    12/27

    Pendidikan islam 1 12 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Pilihan jawapan melebihi daripada yang dikehendaki tetapi calon keliru dengan hikmahidah

    Calon keliru antara wanita yang haram dinikahi buat sementara waktu dengan yangharam dinikahi buat selama-lamanya.

    2 b (iii) Encik Razali mengahwini seorang wanita cantik tetapi tidak berakhlak.Apakah yang perlu beliau lakukan untuk memastikan kebahagian rumah tanggabersama isteri tersebut?

    Jawapan yang kreatif dan jelas. Calon memberi banyak pilihan jawapan

  • 7/27/2019 Pendidikan Islam K1 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    13/27

    Pendidikan islam 1 13 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Jawapan secara umum sahaja dan tidak menjurus kepada tindakan suami secarakhusus

    Jawapan yang salah kerana keliru antara cara mendidik isteri yang buruk akhlaknyadengan cara menjaga kebahagiaan rumahtangga

    2 c (i) Nyatakan maksud rujuk

    Dapat menyatakan maksud rujuk dengan tepat sesuai dengan kehendak soalan

    Tidak dapat menyatakan maksud rujuk seperti yang dikehendaki. Sebahagian Calontersebut tidak menyebut isteri yang diceraikan, atau ketika idah menyebabkan

    jawapan mereka kurang tepat.

  • 7/27/2019 Pendidikan Islam K1 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    14/27

    Pendidikan islam 1 14 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    2 c (ii) Terangkan implikasi sekiranya rujuk tidak disyariatkan dalam Islam.

    Jawapan dipamirkan lengkap. Jawapan calon memenuhi kehendak kata tugas`terangkan ` iaitu mengemukakan isi dan huraian isi

    Jawapan dipamirkan tanpa huraian,menyebabkan jawapan calon hanya dapatmemenuhi sebahagian sahaja daripada kehendak soalan. Jawapan tidak memenuhikehendak kata tugas `terangkan` di mana calon memberikan isi sahaja tanpa huraianyang sepatutnya

    Jawapan calon menyimpang jauh daripada kehendak soalan.

  • 7/27/2019 Pendidikan Islam K1 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    15/27

    Pendidikan islam 1 15 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    3 a (i) Jelaskan dua pembaharuan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan baniUmaiyah dalam bidang ketenteraan

    Jawapan dikemukakan dengan tepat dan jelas berkaitan pembaharuan yang telahdilaksanakan oleh kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang ketenteraan. Struktur ayatdisusun dengan kemas dan teratur.

    Hanya satu jawapan yang betul. Jawapan yang diberikan oleh calon hanya memenuhisebahagian daripada pembaharuan dalam bidang ketenteraan kerajaan bani Umaiyah

    Jawapan yang diberikan tidak menggambarkan pembaharuan dalam bidang

    ketenteraan kerajaan Bani Umaiyah tetapi menjurus kepada faktur kekuatan angkatantentera

  • 7/27/2019 Pendidikan Islam K1 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    16/27

    Pendidikan islam 1 16 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    3 a(ii) Jelaskan perbezaan sistem ketenteraan pada zaman kerajaan bani Umaiyahdengan kerajaan Khulafa` al- Rasyidin

    Jawapan dipamirkan dengan tepat dan jelas serta lebih daripada yang dikehendaki.Teknik perbezaan dinyatakan dengan tersusun .

    Jawapan yang betul pada sebelah pihak sahaja. Sementara pasangannya merupakanjawapan yang salah. Dengan itu jawapan calon hanya memenuhi sebahagian sahajakehendak soalan

  • 7/27/2019 Pendidikan Islam K1 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    17/27

    Pendidikan islam 1 17 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Gagal mengemukakan perbezaan sistem ketenteraan bagi kedua-dua belah pihak.Jawapan calon menjurus kepada perbezaan faktur kekuatan tentera

    3 b (i) Nyatakan karya terkenal Ibnu Khaldun

    Jawapan adalah tepat

    Calon menulis apa sahaja nama karya yang diingati

  • 7/27/2019 Pendidikan Islam K1 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    18/27

    Pendidikan islam 1 18 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    3 b (ii) Terangkan dua kesan sumbangan Ibnu Khaldun tehadap tamadun manusia

    Dapat menerangkan kesan sumbangan Ibnu Khaldun dengan tepat, mempunyai isi danhuraian yang jelas seperti kehendak kata tugas `terangkan`.

    Jawapan dikemukakan tanpa huraian sepertimana kehendak kata tugas `terangkan`.Jawapan juga tidak menjurus kepada kesan sumbangan tokoh berkenaan

    Tidak memberikan jawapan yang betul. Mereka mengemukakan jawapan yang tiadakaitan dengan Ibnu Khaldun

  • 7/27/2019 Pendidikan Islam K1 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    19/27

    Pendidikan islam 1 19 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    3 c (i) Islam telah menggariskan beberapa adab ketika menjaga orang sakit.Jelaskan dua hikmah beradab ketika menjaga orang sakit.

    Jawapan dikemukakan dengan jelas. Bilangan jawapan melebihi daripada bilanganyang dikehendaki

    Satu jawapan sahaja yag betul. Manakala jawapan yang lain adalah sama atauberulang

    Jawapan tidak menyatakan hikmah sebaliknya menyatakan adab ketika menjaga orangsakit.

  • 7/27/2019 Pendidikan Islam K1 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    20/27

    Pendidikan islam 1 20 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    3 c (ii) Jelaskan dua perkara yang perlu anda lakukan untuk menenangkanemosinya

    Jawapan adalah jelas dan tepat dan diberi melebihi bilangan jawapan yang dikehendaki

    Hanya mampu memberikan satu jawapan sahaja sedangkan soalan menghendaki duajawapan

    Jawapan dikemukakan secara ringkas dengan menggunakan satu atau dua perkataansahaja sedangkan soalan menghendaki jawapan yang jelas.

    4 a (i) Berikut ialah struktur kerajaan Abbasiyah.

    Al-Khalifah

    Al-Wazir

    Ad-Dawawin

  • 7/27/2019 Pendidikan Islam K1 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    21/27

    Pendidikan islam 1 21 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Jelaskan satu daripada istilah yang digunakan dalam carta di atas

    Maksud khalifah dinyatakan dengan lengkap dan jelas.

    Jawapan dikemukakan secara ringkas dan hanya memenuhi sebahagian sahajadaripada kehendak soalan

    Jawapan yang dipamirkan tidak ada kaitan dengan kehendak soalan

  • 7/27/2019 Pendidikan Islam K1 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    22/27

    Pendidikan islam 1 22 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    4 a (ii) Terangkan dua iktibar yang boleh anda pelajari daripada sejarah kerajaanbani Abbasiyah

    Jawapan menerangkan dengan jelas iktibar yang boleh dipelajari daripada sejarahkegemilangan kerajaan bani Abbasiyah. Calun dapat mengemukakan jawapanmengikut kehendak kata tugas `terangkan` iaitu isi dan huraiannya.

    Jawapan mengandungi isi tanpa huraian. Jawapan calon hanya memenuhisebahagian sahaja daripada kehendak soalan

    Calon yang lemah memberikan jawapan bukan berbentuk iktibar dan dinyatakan secaraumum

  • 7/27/2019 Pendidikan Islam K1 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    23/27

    Pendidikan islam 1 23 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    4 b (i) Imam Syafii rahimahullah ialah pengasas Mazhab Syafii.Nyatakan dua kelebihan beliau

    Jawapan dipamirkan dengan jelas

    Bilangan jawapan mencukupi tetapi hanya memenuhi sebahagian sahaja daripadakehendak soalan. Calon juga menyenaraikan sifat biasa Imam Shafii dan bukannyakelebihan tokoh tersebut

    Jawapan yang dikemukakan mengandungi sifat peribadi biasa yang juga dimiliki olehtokoh lain

  • 7/27/2019 Pendidikan Islam K1 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    24/27

    Pendidikan islam 1 24 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    4 b (ii) Jelaskan dua sumbangan beliau bagi meningkatkankeilmuan Islam.

    Sumbangan Imam Syafii dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dinyatakan denganjelas

    Hanya dapat memberikan sebahagian sahaja daripada kehendak soalan manakalajawapan yang lain adalah salah

    Gagal mengemukakan jawapan yang betul dan memberi jawapan yang mengulangisoalan sepert mengasaskan mazhab Syafii

  • 7/27/2019 Pendidikan Islam K1 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    25/27

    Pendidikan islam 1 25 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    4 c (i) Jelaskan dua adab bernegara

    Jawapandinyatakan dengan jelas,lengkap dan menepati kehendak soalan.

    Banyak jawapan diberikan tetapi membawa maksud yang sama. Calon keliru antaraadab dengan pemimpin dengan adab bernegara.

    Jawapan yang diberikan adalah salah

  • 7/27/2019 Pendidikan Islam K1 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    26/27

    Pendidikan islam 1 26 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    4 c (ii) Jelaskan dua akibat mengabaikan adab bernegara

    Jawapan yang dikemukakan adalah jelas dan melebihi bilangan jawapan yangdikehendaki.Ia dapat menjelaskan akibat mengabaikan adab bernegara dengan baikdari semua aspek

    Banyak jawapan diberikan tetapi membawa maksud yang sama

    Jawapan yang dipamirkan adalah salah kerana tidak ada kaitan dengan akibatmengabaikan adab bernegara

  • 7/27/2019 Pendidikan Islam K1 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    27/27

    Pendidikan islam 1 27 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    SARANAN KEPADA CALON

    1. Menguasai kandungan buku teks Pendidikan Islam tingkatan 4 dan 5 secaramenyeluruh.

    2. Melatih menyediakan nota ringkas yang mengandungi isi-isi penting pelajaran.

    3. Minda supaya berfikir secara kreatif dan kritis bagi menjawab soalan- soalan yangbersifat terbuka.4. Peka dengan isu-isu semasa yang berlaku pada setiap hari.5. Banyak membaca bahan-bahan bacaan tambahan untuk menambahkan maklumat

    sedia ada.6. Fahami kehendak soalan, arahan dan kata tugas. Berikan perhatian kepada kata

    tugas Nyatakan,jelas kan , ter angkan , h ikmat , ak ibat, sebab , per anan ind iv idu ,peranan anda, masy arakatdan lain-lain.

    7. Fahami maksud istilah atau terminologi dan hukum dengan betul.8. Susun jawapan satu persatu.9. Persembahkan jawapan dengan memberi fakta dalam bentuk ayat yang

    jelas.Elakkan menjawab terlalu ringkas kerana ia akan menyebabkan maksud yangdikehendaki tidak tercapai.10. Berikan jawapan melebihi bilangan yang dikehendaki.11. Nyatakan kehendak soalan.Jangan menyalin soalan.12. Nyatakan dengan jelas pasangan bagi soalan perbezaan.13. Membaca semua arahan dengan teliti terutamanya bahagian B di mana soalan 1

    dan 2 wajib dijawab dan antara soalan 3 dan 4 pilih satu sahaja.14. Baca kehendak soalan dengan cermat contoh : Terangkan usaha anda atau pihak

    tertentu atau umum faktor individu atau masyarakat15. Menjawab soalan yang wajib terlebih dahulu.16. Mulakan jawapan soalan baru pada helaian atau muka surat yang baru.17. Jawab soalan dengan tertib mengikut urutan nombor.18. Susun soalan mengikut tertib sebelum mengikatnya dengan kuat.