Penemuan petroleum lebih memberi keburukan kepda kebaikan di sesuatu kawasan

7
Pada masa kini negara-negara yang mempunyai petroleum bolehlah dianggap sebagai negara yang bertuah kerana pendapatan daripada hasil eksport adalah tinggi. Penemuan dan penghasilan petroleum telah meninggalkan kesan-kesan yang tertentu kepada ekonomi negara yang dapat dilihat dalam dua segi iaitu kesan positif dan kesan negatif. Petroleum merupakan bahan api yang penting sekali pada masa kini. Ia memberikan sumber pendapatan kepada negara pengeluar dan digunakan untuk membangunkan negara mereka. Sebagai contoh, pendapatan negara Brunei Darussalam melalui eksport petroleumnya begitu besar sekali, menjadikan ekonominya amat teguh. Begitu juga dengan Arab Saudi, menggunakan hasil daripada pendapatan eksport petroleum untuk memajukan kawasan yang dulunya kering kontang kini telah bertukar menjadi kawasan pertanian. Sementara itu, bagi Malaysia pula eksport petroleum mentah pada tahun 2000 menyumbang kira-kira RM 14.2 billion, gas asli sebanyak RM 11.3 billion. Begitu juga dengan negeri Terengganu yang mula menstrukturkan semula ekonominya berikutan royalti petroleum yang mula diterima pada 1978.

Transcript of Penemuan petroleum lebih memberi keburukan kepda kebaikan di sesuatu kawasan

Page 1: Penemuan petroleum lebih memberi keburukan kepda kebaikan di sesuatu kawasan

Pada masa kini negara-negara yang mempunyai petroleum bolehlah dianggap

sebagai negara yang bertuah kerana pendapatan daripada hasil eksport adalah

tinggi. Penemuan dan penghasilan petroleum telah meninggalkan kesan-kesan

yang tertentu kepada ekonomi negara yang dapat dilihat dalam dua segi iaitu

kesan positif dan kesan negatif.

Petroleum merupakan bahan api yang penting sekali pada masa kini. Ia

memberikan sumber pendapatan kepada negara pengeluar dan digunakan untuk

membangunkan negara mereka. Sebagai contoh, pendapatan negara Brunei

Darussalam melalui eksport petroleumnya begitu besar sekali, menjadikan

ekonominya amat teguh. Begitu juga dengan Arab Saudi, menggunakan hasil

daripada pendapatan eksport petroleum untuk memajukan kawasan yang

dulunya kering kontang kini telah bertukar menjadi kawasan pertanian.

Sementara itu, bagi Malaysia pula eksport petroleum mentah pada tahun 2000

menyumbang kira-kira RM 14.2 billion, gas asli sebanyak RM 11.3 billion.

Begitu juga dengan negeri Terengganu yang mula menstrukturkan semula

ekonominya berikutan royalti petroleum yang mula diterima pada 1978.

Penubuhan perbadanan minyak negara merupakan titik tolak kepada

kawalan dan penglibatan negara yang lebih dalam industri petroleum. Petroleum

Nasional Berhad (PETRONAS), pada 2008 berada pada kedudukan kelapan

syarikat paling untung di dunia dalam senarai Fortune Global 500. Manakala di

Asia pula, muncul sebagai syarikat paling untung. Justeru, Petronas mampu

untuk memacu ekonomi negara dan meletakkan negara sebaris dengan negara-

negara lain di dunia. Antaranya, Petronas mampu untuk menaja pasukan

Sauber-Petronas dalam perlumbaan kereta Formula-1. Kejayaan lain Petronas

ialah dengan pembinaan menara Berkembar Petronas yang telah dibuka dengan

rasmi pada Hari Kebangsaan ke-42, 31 Ogos 1998.

Page 2: Penemuan petroleum lebih memberi keburukan kepda kebaikan di sesuatu kawasan

Selain itu, petroleum juga menjadi bahan mentah kepada industri

petrokimia. Dengan adanya industri berat seperti ini di negara pengeluar

petroleum, maka pertumbuhan ekonomi maju selangkah ke hadapan. Di

samping dapat memperbanyakkan industri dalam negara, peluang pekerjaan

juga dapat diwujudkan dalam jangka masa yang sama. Perkara ini dapat

mengurangkan kadar pengangguran dalam negara. Peluang pekerjaan bukan

sahaja dihadkan kepada kilang-kilang perusahaan sahaja, malah peluang ini

diwujudkan sejak bermulanya kerja-kerja mencari gali, menggerudi,

pembersihan dan sebagainya. Di Malaysia contohnya, dengan adanya petroleum

negara mampu untuk memajukan kilang industri yang berasaskan sumber

petroleum dan gas asli seperti kilang menapis petroleum di Lutong, Miri dan

Kerteh Terengganu termasuk juga kilang mencairkan gas asli di Bintulu.

Kilang membuat baja urea di Bintulu yang merupakan yang terbesar di Asia

merupakan satu lagi petunjuk bahawa petroleum dan gas dapat memajukan

perindustrian di Malaysia.

Melalui penemuan petroleum juga, sesebuah negara dapat mewujudkan

serta memajukan rangkaian sistem pengangkutan seperti jalan raya, jala kereta

api, kemudahan pelabuhan, lapangan terbang dan lain-lain. Hal ini dapat

dilakukan hasil daripada pendapatan petroleum sebagaimana dapat dilihat di

negeri Terengganu. Lebuh raya Jerangau dibina dari Kuala Terengganu ke

Kuantan, rangkaian pengangkutan yang padat juga dibina di sepanjang pinggir

pantai Miri, Sarawak. Kewujudan kemudahan pengangkutan ini bertujuan untuk

mempercepatkan penghantaran petroleum dan gas asli ke kilang dan kawasan

pasaran serta mengangkut tenaga pekerja dan membawa masuk pelabur asing.

Begitu juga dengan pembinaan pelabuhan-pelabuhan baru seperti Pelabuhan

Kemaman, Pelabuhan Kuantan dan Pelabuhan Bintulu. Malahan, Bandar Kerteh

yang suatu masa dulu adalah sebuah kawasan petempatan nelayan telah berubah

kepada sebuah bandar perindustrian yang berasaskan petroleum. Sebuah

Page 3: Penemuan petroleum lebih memberi keburukan kepda kebaikan di sesuatu kawasan

lapangan terbang telah dibina di Kerteh untuk kemudahan pekerja di bidang cari

gali petroleum di luar pantai. Fungsi bandar Kerteh juga telah berubah daripada

sebuah kampung nelayan menjadi sebuah bandar perindustrian yang lengkap

dengan infrastruktur moden dan terancang serta kemudahan perbankan dan

insuran. Nilai hartanah di bandar Kertih juga turut meningkat secara tidak

langsung dapat meningkatkan taraf hidup penduduk.

Perusahaan petroleum memerlukan modal yang besar, baik pada

peringkat awal mencari gali mahupun pada peringkat pengeluaran. Di samping

modal yang besar, kerja-kerja ini juga memerlukan teknologi yang tinggi dan

kemahiran. Di Malaysia, usaha sama dengan syarikat dari luar negara pada

peringkat awal banyak membantu di bidang teknologi tinggi. Sebelum 1974,

operasi mencari gali dan memproses petroleum di Malaysia dijalankan oleh

syarikat multinasional yang memegang konsesi seperti Shell dan Exxon Mobil.

Kerjasama ini menggalakkan pemindahan teknologi dan kepakaran melalui

pelbagai projek usaha sama, perkongsian pintar dan latihan lanjutan. Usaha

penyelidikan dan pembangunan (R&D) sentiasa dijalankan oleh Petronas dalam

konteks teknik baru mengesan dan mengeluarkan sumber serta teknik baru bagi

menghasilkan pelbagai produk berkualiti. Misalnya teknologi seismik dan

satelit digunakan dalam mengesan lokasi medan petroleum.

Industri petroleum dapat membuka banyak peluang pekerjaan kepada

pendudud sesebuah negara. Bidang pekerjaan seperti ahli geologi petroleum,

jurutera, ahli oceaneografi, juruteknik, pegawai tadbir dan buruh terbuka luas

kepada penduduk. Contohnya, pada tahun 2000 peluang pekerjaan sebanyak 39

900 diwujudkan dalam sektor perlombongan petroleum di Malaysia.

Namun begitu terdapat juga beberapa kesan yang negatif akibat daripada

perlombongan petroleum. Kesan yang amat ketara ialah pencemaran laut.

Tumpahan minyak dan pembuangan sisa terutamanya dari atas pelantar ke laut

Page 4: Penemuan petroleum lebih memberi keburukan kepda kebaikan di sesuatu kawasan

dan kerja penggerudian minyak dan gas di dasar laut adalah penyebab utama.

Selain itu, ia juga berpunca daripada kerosakan kapal tangki yang mengangkut

minyak di laut dan kerja-kerja pemunggahan petroleum mentah di sekitar

terminal atau pelabuhan. Pencemaran laut ini seterusnya menyebabkan

keseimbangan ekosistem marin terjejas.

Aktiviti pemprosesan petroleum dan gas asli di Kerteh dan Lutong

menyebabkan peningkatan kadar pencemaran udara dan pembebasan bahan-

bahan pencemar udara seperti sulfur dioksida, karbon monoksida dan beberapa

jenis hidrokarbon. Bahan-bahan pencemar udara ini pula bertindak sebagai

nukleus kondensasi yang menyerap wap-wap air lalu menurunkan hujan asid.

Selain itu, peningkatan suhu persekitaran dan kejadian pulau haba boleh

berlaku kesan daripada aktiviti pembakaran gas berlebihan di kawasan pelantar

minyak dan kawasan loji pemprosesan gas asli. Keadaan ini amat dirasai di

kawasan Bintulu dan Kerteh.

Kerja-kerja pembinaan bandar baru, kilang industri pemprosesan

petroleum dan gas, jalan raya dan sebagainya telah menyebabkan hakisan tanah,

pemusnahan litupan bumi seperti hutan paya bakau.

Secara keseluruhan penemuan dan penerokaan petroleum meninggalkan

kesan yang positif dan negatif terhadap sesebuah negara. Bagi mengatasi kesan

yang negatif, maka peranan kitalah sebagai khalifah di atas muka bumi ini

mengambil langkah mengurangi kesan-kesan yang negatif bagi mengatasi

kemudaratan yang bakal berlaku. Hal ini bersesuaian dengan firman Allah

dalam surah Ar-Rum yang menunjukkan berlakunya kemusnahan terhadap alam

sekitar sama ada di laut dan di darat yang berpunca dari manusia itu sendiri.

Rujukan:

Page 5: Penemuan petroleum lebih memberi keburukan kepda kebaikan di sesuatu kawasan

http://harithdzakwan.blogspot.com/2012/02/sejarah-petronas.html (muat turun

pada 12 Mei 2012)

Jamaluddin Md. Jahi (1996), Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar,

UKM, Bangi

Katiman Rostam (2005), Transformasi Ekonomi dan Pembandaran di Koridor

Kemaman-Dungun, Terengganu: Keterlibatan Isi Rumah Melayu, Sari 23

(2005) 15-36