Pengajaran Berpusatkan Murid

6
Pengajaran Berpusatkan Murid (Student Centre Learning) Pembelajaran merupakan suatu proses yang berlaku dalam akal fikiran atau lebih dikenali sebagai kognitif dan kesan dari proses ini akan dapat dilihat melalui perubahan dalam tingkah laku dan percakapan. Di dalam proses pembelajaran pelbagai kaedah serta teori telah diutarakan bagi memastikan proses pembelajaran ini akan lebih berkesan kepada murid-murid serta para pelajar. Salah satu teori yang ditemui ialah teori konstruktif. Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) berdasarkan konstruktif ini menyeimbangkan peranan guru dan pelajar untuk saling bersandar di antara satu sama lain. Peranan guru hanya dilihat sebagai pengawal bilik darjah selain mereka seharusnya menerima murid-murid sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza. Melalui teori ini ia dapat membuka ruang serta peluang kepada guru untuk memilih kaedah yang sesuai dalam memperolehi sesuatu konsep dan pengetahuan. Pengajaran berpusatkan murid adalah suatu kaedah untukmeningkatkan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan bertujuan untuk menggalakan murid menjadi aktif dan tidak pasif, meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi, menambahkan keyakinan diri, memberi murid peluang membuat penyampaian dan bercakap, menggalakkan murid menghasilkan idea dan memberi pendapat, menggalakkan murid membina ilmu dan mewujudkan suasana kerjasama di kalangan murid. Saya memilih konsep berkenaan kerana sebagai guru yang bijak melaksanakan tugasnya seharusnya bijak mencari ruang dan peluang utuk memilih kaedah mengajar yang sesuai dalam memperolehi sesuatu konsep dan pengetahuan. Menurut Borich & Tombari (1997)-Educational Phychology, A Contemporary Approach halaman 177 menyebut: Constructivisme...an approach to learning in which learners are provided the opportunity to construct their own sense of what is being learned by building internal or relationship among the ideas and fact being taught . Petikan ini dapat difahami sebagai pendekatan pembelajaran yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina kefahaman terhadap

description

pengajaran di sekolah berpusatkan murid

Transcript of Pengajaran Berpusatkan Murid

Pengajaran Berpusatkan Murid (Student Centre Learning) Pembelajaran merupakan suatu proses yang berlaku dalam akal fikiran atau lebih dikenali sebagai kognitif dan kesan dari proses ini akan dapat dilihat melalui perubahan dalam tingkah laku dan percakapan. Di dalam proses pembelajaran pelbagai kaedah serta teori telah diutarakan bagi memastikan proses pembelajaran ini akan lebih berkesan kepada murid-murid serta para pelajar. Salah satu teori yang ditemui ialah teori konstruktif. Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) berdasarkan konstruktif ini menyeimbangkan peranan guru dan pelajar untuk saling bersandar di antara satu sama lain. Peranan guru hanya dilihat sebagai pengawal bilik darjah selain mereka seharusnya menerima murid-murid sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza. Melalui teori ini ia dapat membuka ruang serta peluang kepada guru untuk memilih kaedah yang sesuai dalam memperolehi sesuatu konsep dan pengetahuan. Pengajaran berpusatkan murid adalah suatu kaedah untukmeningkatkan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan bertujuan untuk menggalakan murid menjadi aktif dan tidak pasif, meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi, menambahkan keyakinan diri, memberi murid peluang membuat penyampaian dan bercakap, menggalakkan murid menghasilkan idea dan memberi pendapat, menggalakkan murid membina ilmu dan mewujudkan suasana kerjasama di kalangan murid. Saya memilih konsep berkenaan kerana sebagai guru yang bijak melaksanakan tugasnya seharusnya bijak mencari ruang dan peluang utuk memilih kaedah mengajar yang sesuai dalam memperolehi sesuatu konsep dan pengetahuan. Menurut Borich & Tombari (1997)-Educational Phychology, A Contemporary Approach halaman 177 menyebut: Constructivisme...an approach to learning in which learners are provided the opportunity to construct their own sense of what is being learned by building internal or relationship among the ideas and fact being taught.

Petikan ini dapat difahami sebagai pendekatan pembelajaran yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan antara idea serta fakta yang sedang diajar atau dipelajari. Konsep ini dapat di kaitkan dengan pengajaran kepelbagaian pelajar melalui idea yang dikupas daripada teori konstruktivisme. Konstruktif adalah pendekatan yang memberi hak dan peluang untuk murid-murid belajar untuk belajar(l earn how to learn) dengan membina makna dan kefahaman yang tinggi dalam kerangka minda masing-masing. Berdasarkan kepada pengalaman dan persekitaran yang sedia ada. Keadaan ini menuntut agar guru lebih prihatin terhadap keperluan dan kehendak pelajar secara individu. Walaupun begitu konstruktivisme merupakan suatu anjakan yang perlu diaplikasikan bertujuan untuk memberi peluang dan membuka ruang kepada pelajar di dalam merialisasikan dalam kehidupan seharian mereka. Selain itu, Pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme memberi peluang kepada guru untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan menentukan sendiri masa yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan. Di samping itu, guru dapat membuat penilaian kendiri dan menilai kefahaman orang lain supaya kefahamannya tentang sesuatu bidang pengetahuan dapat ditingkatkan lagi.

TAJUK 1: PENDEKATAN PENGAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR1.0PengenalanPelajar pada masa kini membesar dengan pelbagai latar belakang yang berbeza-beza. Dengan itu, para guru juga mempunyai pelbagai pilihan pendekatan dan strategiuntuk berdepan dengan pelajar untuk melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran(p&p). Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menekankan beberapa pendekatanp&p yang dapat digunapakai oleh golongan guru terutamanya guru-guru KBSR danKBSM. Di antaranya adalah pendekatan pengajaran penggabungjalinan kemahiran-kemahiran seperti membaca, menulis dan mengira, pendekatan pengajaran penyerapanisi-isi pelajaran, pendekatan pengajaran berpusatkan guru, pendekatan pengajaranberpusatkan murid dan pendekatan pengajaran berpusatkan bahan.Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untukmenuju sesuatu sasaran atau lebih ringkasnya bermakna cara mendekati sesuatu (Ee AhMeng, 1997). Pendekatan juga merupakan kaedah, cara atau langkah-langkah yangdiambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas serta mengatasi masalah (KamusDewan Edisi Ke-Empat, 2005).Dalam konteks p&p, pendekatan adalah cara yang digunakan oleh guru supayaobjektif pengajaran guru dan objektif pembelajaran pelajar dapat dicapai pada akhir p&p.Antara 1rofe pendekatan dalam pengajaran adalah objektif-objektif yang hendak dicapaiadalah berbentuk jangka panjang. Selain dari itu, pendekatan yang digunakan hendaklahberasaskan model atau teori pengajaran atau pembelajaran dan biasanya merangkumistrategi, kaedah dan teknik yang akan digunakan dalam satu-satu penyampaian. Ia jugabersifat aksiomatik iaitu ia diterima tanpa apa-apa keraguan dan baisanya mencerminkansatu-satu falsafah. Falsafah yang digunakan oleh setiap guru di Malaysia adalah FalsafahPendidikan Negara (1988) yang mengatakan:Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusanke arah memperkembangkan lagi potensi individusecara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkaninsan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaandan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagimelahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawabdan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri sertamemberi sumbangan terhadap keharmonian dankemakmuran masyarakat dan Negara.Contoh tentang pendekatan melakukan sesuatu ialah pendekatan seseorang dalambelajar bermain tenis. Individu tersebut boleh menggunakan pendekatan professional ataupendekatan konvensional. Bagi pendekatan professional, semua kaedah bermaindipelajari berdasarkan prinsip-prinsip sains yang sangat bersistematik. Manakala bagipendekatan konvensional, kaedah-kaedah bermain dipelajari berdasarkan pengalaman,perbincangan informal serta dengan pemerhatian.Di dalam sesi pengajaran, sesuatu pendekatan yang dipilih mungkin tidak sesuaidiaplikasikan kepada semua pelajar, tetapi hanya segolongan pelajar sahaja yang akanmendapat kebaikan daripadanya. Oleh itu, para guru perlulah memilih pendekatan yangbersesuaian dengan sesi p&p pada masa tersebut. Pendekatan yang dipilih jugaseharusnya dapat mencapai objektif pengajaran guru dan objektif pembelajaran pelajar.Seterusnya esei ilmiah ini akan menghuraikan salah satu daripada pendekatanpelaksanaan pengajaran iaitu pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar seperti di dalamRajah 1.0 di bawah. Dalam pendekatan ini, tumpuan diberikan kepada pelajar dimanamereka dilibatkan dalam aktiviti-aktiviti pelaksanaan pengajaran seperti perbincangan,forum dan sesi soal jawab.Tumpuan kepada perkembangan pembelajaran oleh pelajar sebagai individudalam pendekatan ini memberi pilihan kepada pelajar akan jenis pengetahuan dan apayang ingin dipelajari, mewujudkan kolaborasi iaitu membina pengetahuan danpersekitaran positif serta terlibat dalam penilaian berterusan. Sikap guru yang mendengarpandangan pelajar dan melibatkan pelajar untuk merancang adalah kelebihan utama pendekatan ini. Pelajar bertanggungjawab atas pembelajarannya dengan melibatkan dirisecara terus dalam menemui pengetahuan, menggunakan bahan yang mencabarpengetahuan sedia ada dan pemahaman konsep baru yang mendalam. Pembelajaran inibiasanya melibatkan interaksi sosial seperti penggunaan sekolah, pekerjaan, rumah dankomuniti sebagai sumber dan menggunakan aktiviti luar untuk meningkatkanpemnbelajaran.

1.1 Ciri-ciri Pendekatan Pengajaran Berpusatkan Pelajar.Pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar ini menekankan peranan pelajar yangmenjadi pemain utama dalam sesuatu sesi p&p. Di kelas, pelajar digalakkan melibatkandiri mereka secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Namun begitu, pendekatanini tidak dapat mencapai objektif pembelajaran setiap pelajar kerana sifat pelajar yangberbeza-beza. Walaupun begitu, pendekatan ini sebenarnya mempunyai banyak kelebihanterutamanya lebih banyak masa diperuntukkan kepada pelajar untuk meneroka sertaberfikir secara kreatif untuk menyelesaikan masalah pembelajaran mereka denganbantuan guru yang bertindak sebagai fasilitator atau pemudahcara.Salah satu ciri utama pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar adalah guru danmurid bersama-sama memainkan peranan dalam proses p&p. Guru berperanan sebagaipemimpin demokratik sementara pelajar pula bebas bertanya dan memberi pendapat.Tidak seperti pendekatan pengajaran berpusatkan guru yang hanya memberi peluangkepada pelajar untuk mendengar sahaja, pendekatan ini memastikan pelajar aktifmenyertai aktiviti yang dijalankan dalam sesi p&p. Apabila pelajar aktif dalampelaksanaan pendekatan pengajaran ini bermaksud guru berjaya membuatkan pelajarfokus dalam pelajaran dan seterusnya mencapai objektif pengajaran dan pembelajarankedua-dua guru dan pelajar.Komunikasi bagi pendekatan ini berbentuk dua hala di mana guru menyoal danmurid menjawab dan sebaliknya. Dengan ini, pelajar akan rasa lebih rapat dengan gurumereka dan lebih mengingati dan menghargai apa yang telah dibincangkan di dalam kelas.Apapun jawapan daripada pelajar hendaklah diterima oleh guru, sama seperti soalan yangdiajukan kepada guru hendaklah dijawab dengan pandangan yang optimis dan bersifatdemokratik. Guru tidak boleh bersifat prejudis sekiranya hendak menggunakanpendekatan pengajaran berpusatkan pelajar ini. Pendekatan ini banyak memberikelebihan kepada pelajar yang berani dan aktif di mana mereka diberi peluang untukmeluahkan pandangan mereka serta dapat meningkatkan kemahiran berfikir danberkomunikasi.

Berbanding pendekatan pengajaran berpusatkan guru yang lebih mengutamakanpencapaian objektif pengajaran guru, pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar inimember penekanan kepada pencapaian objektif pembelajaran pelajar. Ini adalah selarasdengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu untuk membolehkan pelajarberkesempatan memperkembangkan potensi mereka secara menyeluruh, seimbang danbersepadu seperti yang dipersetujui oleh Ee Ah Meng (1997). Dengan itu, pendekatanpengajaran berpusatkan pelajar ini akan dapat mencungkil dan meningkatkan potensimurid itu sendiri ke tahap yang maksimum.FPK menyatakan bahawa pendidikan haruslah berterusan selaras dengan salahsatu cirri pendekatan ini iaitu menekankan perkembangan pelajar dari segi jasmani, emosi,rohani dan intelek. Oleh itu, selain daripada memperoleh ilmu pengetahuan dankemahiran, penggunaan pendekatan ini seharusnya dapat menimbulkan minat dankeyakinan pelajar untuk mencari ilmu pengetahuan dan pendidikan seumur hidup mereka.Pembelajaran kendiri, pengarahan kendiri, kaedah dapatan dan inkuiri penemuan adalahamat ditekankan dalam pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar ini. Tambahan pula,pembelajaran kendiri itu sendiri akan dapat meningkatkan perkembangan pembelajaranpara pelajar.Daya berfikir, minat dan perbezaan individu pelajar merupakan pertimbanganutama dalam proses p&p melalui pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar ini.Kebanyakan pelajar lebih berminat dengan pengajaran yang dipenuhi dengan aktivititidak kira aktiviti luar atau dalam kelas. Selain itu, banyak teknik perbincangandijalankan melalui pendekatan ini yang dapat memupuk kerjasama dan toleransi dikalangan pelajar. Walau bagaimanapun, guru perlu sentiasa memberi nasihat dan tunjukajar bagi mengelakkan pelajar berselisihan pendapat.Dengan penggunaan pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar, guru dapatmembuatkan pelajar lebih berupaya menggunakan segala yang telah dipelajari sertamemindahkannya kepada situasi-situasi baru. Selain itu, guru dapat menegaskanperkembangan kemahiran berfikir dan kegunaan dalam interaksi sosial selari dengansalah satu tujuan pendidikan yang bertujuan mensosialisasikan individu kerana ia tidakboleh dipisahkan dari masyarakat

1.2 Contoh Pendekatan Pengajaran Berpusatkan Pelajar.Mata Pelajaran : Pengaturcaraan CTajuk : Penyelesaian masalah di dalam mikropengawal denganmenggunakan pengaturcaraan C.Perancangan Aktiviti : Guru menyediakan tiga set soalan yang berlainan bagipenyelesaian masalah di dalam mikropengawalmenggunakan pengaturcaraan C. Kelas yang mempunyai 15orang pelajar dibahagikan kepada tiga kumpulan. Soalandiberikan kepada setiap kumpulan dan setiap kumpulanperlu menyelesaikan soalan itu dan seterusnyamembentangkannya kepada pelajar lain. Sekiranya pelajarmempunyai masalah, pelajar digalakkan supaya bertanyakepada guru yang bertindak sebagai fasilitator. Semasapembentangan dijalankan, pelajar lain bebas bertanyakepada kumpulan pembentang untuk memastikanpemahaman. Di akhir pembentangan, guru akan membuatrumusan kepada jawapan permasalahan yang diberikan.

1.3 KesimpulanPengajaran dan pembelajaran hendaklah berasaskan satu proses interaksi yang berterusandi antara pelajar dan guru. Proses interaksi ini boleh berpusatkan pelajar atau berpusatkan guru.Pendekatan pengajaran berpusatkan guru, guru bertanggungjawab sepenuhnya menentukanobjektif pembelajaran, merangka tugasan pembelajaran dan memilih sumber pembelajaran bagipelajarnya. Sebaliknya, dalam pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar, pelajar adalahautonomous dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya menentukan hala tuju prosespembelajaran. Pendekatan sebegini tidak mudah dilaksanakan apabila terdapat pelbagai latarbelakang pelajar di dalam sesebuah kelas. Terpulang kepada guru pendekatan manakah yangdifikirkan dapat mencapai objektif pengajaran guru dan objektif pembelajaran pelajar denganberkesan.