Pengantar_Sejarah

23
KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH PPISMP SJH 1014 PENGURUSAN GRAFIK 1 Pengertian Sejarah Menurut Istilah Bahasa Inggeris 'History' yang bermaksud Bahasa Yunani Sejarah berasal daripada bahasa Yunani 'hisotira' yang bererti penyelidikan atau pengetahuan yang diproleh melalui Bahasa Arab Sejarah berasal daripada bahasa Arab 'syajaratun' yang bererti pohon kayu yang bercabang- cabang. Pohon kayu yang bercabang- cabang diibaratkan sebagai sejarah Bahasa Jawa Sejarah dalam bahasa Jawa diistilahkan sebagai 'babad' yang bererti Kamus Dewan Menurut Kamus Dewan, Sejarah bermaskud asal usul atau salasilah. Terdapat juga pengertian lain iaitu peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu lampau, kisah, riwayat, dan tambo. Kamus Dewan

description

dnqndljwend

Transcript of Pengantar_Sejarah

Page 1: Pengantar_Sejarah

KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH PPISMP SJH 1014

PENGURUSAN GRAFIK

1

Pengertian

Sejarah

Menurut Istilah

Bahasa Inggeris

'History' yang

bermaksud masa

lampau.

Bahasa Yunani

Sejarah berasal

daripada bahasa

Yunani 'hisotira' yang

bererti penyelidikan

atau pengetahuan yang

diproleh melalui

penelitian yang

mendalam.

Bahasa Arab

Sejarah berasal daripada

bahasa Arab 'syajaratun'

yang bererti pohon kayu

yang bercabang-cabang.

Pohon kayu yang

bercabang-cabang

diibaratkan sebagai

sejarah kerana sejarah

berkembang dari satu titik

kejadian yang lain yang

saling berhubungan.

Bahasa Jawa

Sejarah dalam bahasa

Jawa diistilahkan

sebagai 'babad' yang

bererti riwayat dan

sejarah.

Kamus Dewan

Menurut Kamus Dewan,

Sejarah bermaskud asal

usul atau salasilah.

Terdapat juga pengertian

lain iaitu peristiwa yang

benar-benar berlaku

pada waktu lampau,

kisah, riwayat, dan

tambo. Kamus Dewan

juga memberi pengertian

lain iaitu kajian atau

pengetahuan mengenai

peristiwa-peristiwa yang

telah lalu ataupun

tawarikh.

Page 2: Pengantar_Sejarah

KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH PPISMP SJH 1014

2

Pengertian Sejarah

Menurut Pendapat

Para Ahli Sejarawan

Ibnu Khaldun

Sejarah didefinisikan

sebagai catatan tentang

masyarakat umum

manusia atau

peradaban manusia

yang terjadi pada watak

atau sifat masyarakat

itu.

Herodotus

Sejarah ialah suatu

kajian untuk

menceritakan suatu

perputaran jatuh

bangunnya seseorang

tokoh, masyarakt dan

peradaban.

Leopold Von Ranke

Sejarah harus dikaji

seperti sebenarnya

berlaku dan penulisan

kembali mengenai

sejarah haruslah

benar berdasarkan

sumber serta kaedah

yang benar.

R.G.Collingwood

Sejarah adalah

sejenis bentuk

penyelidikan

tentang hal-hal

yang telah

dilakukan oleh

manusia pada

masa lampau.

E.H.Carr

Sejarah adalah dialog

yang tidak pernah selesai

antara masa sekarang

dan lampau, suatu proses

interaksi yang

berkesinambungan antara

sejarawan dan fakta-fakta

yang dimilikinya.

Page 3: Pengantar_Sejarah

KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH PPISMP SJH 1014

3

Aliran Objektif

leopold Von

Ranke

Aliran Relatif

Carl Becker

Charles A. Beard

Page 4: Pengantar_Sejarah

KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH PPISMP SJH 1014

4

Tafsiran sendiri terhadap pengertian sejarah :

Sejarah merupakan suatu kajian ataupun penyelidikan tentang kisah-kisah yang telah berlaku yang melibatkan manusia dengan mempunyai bukti atau fakta yang benar serta tepat. Selain itu, sejarah juga tidak boleh ditokok tambah dengan apa-apa jua tafsiran sendiri ataupun pendapat sendiri.

Jenis-jenis Sumber

Sejarah

Sumber Primer Sumber Sekunder

Sumber ArkeologiSumber Lisan

Sumber primer

merupakan sumber yang

terdapat dalam bentuk

catatan, rekod-rekod

kerajaan, fail-fail rasmi,

surat -menyurat, tulisan

dan saksi utama kepada

kejadian ataupun

peristiwa lampau.

Sumber sekunder

merupakan hasil

penyelidikan ahli-ahli

sejarah berdasarkan

penggunaan sumber

primer yang dihasilkan

dalam bentuk buku

sejarah, rencana, dan

jurnal sejarah.

Page 5: Pengantar_Sejarah

KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH PPISMP SJH 1014

PENGENALAN

Perkataan sejarah (History) berasal daripada perkataan Arab iaitu Syajaratun

yang bermaksud pohon. Mengikut pandangan"Bapa Sejarah", Herodotus, sejarah ialah

satu kajian untuk menceritakan satu kitaran jatuh bangunnya seseorang tokoh,

masyarakat, dan peradaban. Menurut Aristotle, sejarah adah peristiwa-peristiwa masa

lalu yang mempunyai catatan, rekod-rekod atau bukti-bukti yang kukuh. Menurut

R.G.Collingwood, sejarah ialah sejenis bentuk penyelidikan atau suatu penyiasatan

tentang perkara-perkara yang telah dilakukan oleh manusia pada masa lampau. Oleh

itu, dapat disimpulkan bahawa penulian dan penyelidikan sejarah adalah transkripsi

bertulis yang melibatkan penyiasatan khusus tentang peristiwa masa lalu yang

mempunyai bukti-bukti yang kukuh. Dalam penulisan sejarah, terdapat dua jenis aliran.

Yang pertama ialah aliran objektif dan yang kedua ialah aliran relatif. Menurut Kamus

Dewan, objektif bermaksud kenyataan yang berasaskan fakta yang sebenarnya yang

tidak dikuasai atau dipengaruhi oleh perasaan atau prasangka sendiri seseorang itu.

Aliran relatif pula dipengaruhi oleh perasaan dan prasangka diri seseorang.

ALIRAN OBJEKTIF DAN RELATIF DALAM SEJARAH

5

Sumber arkeologi

merupakan bukti

tinggalan aktiviti

manusia dan

masyarakat lampau.

Antaranya ialah

tembikar, senjata, dan

alat batu.

Sumber lisan adalah

berdasarkan temu

ramah saksi-saksi yang

masih hidup dan

direkodkan oleh ahli-ahli

sejarah melalui

rakaman. Temu ramah

tersebut bergantung

kepada ingatan,

gambar, diari, atau

surat-menyurat.

Page 6: Pengantar_Sejarah

KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH PPISMP SJH 1014

Keobjektifan penulisan sejarah merupakan sesuatu yang diimpikan oleh para

sejarawan. Penulisan sejarah sepatutnya ditulis secara objektif. Tetapi, keobjektifan

sejarah tidak dicapai disebabkan wujudnya penulisan sejarah secara subjektif.

Penulisan sejarah secara objektif diasaskan oeh Leopold Von Ranke (1795-

1886). Bagi Ranke, matlamat penulisan sejarah adalah untuk menggambarkan kejadian-

kejadian ”sebagaimana sebenarnya berlaku" (wie es eigentlich gewesen) yang

membiarkan fakta-fakta sejarah bercakap dengan sendirinya tanpa penglibatan

sejarawan. Beliau menggariskan beberapa panduan seperti mempersembahkan fakta

yang tulen, mengikis prasangka, mengelakkan pengadilan moral dan sebagainya bagi

menghasilkan karya yang bersifat objektif. Bagi Lord Acton (1834-1902), beliau

menyatakan bahawa biarlah gambaran para sejarawan tentang sesuatu peristiwa itu

serupa sahaja dan memuaskan hati setiap pihak tanpa sebarang perasaan subjektif

atau sikap berat sebelah (bias). Ini membuktikan perjuangan Ranke bagi menulis

sejarah secara objektif diteruskan oleh sejarawan yang lain.

Pendapat Ranke ditentang oleh golongan Relativisme, yang terdiri daripada

Charles Beard dan Carl Becker dari Amerika Syarikat yang menulis karya sejarah

secara subjektif. Menurut Beard, Ranke sebenarnya tidak menulis sejarah secara

objektif, bahkan hanya menulis sejarah politik sahaja dan cuba untuk mempertahankan

kepentingan kelas-kelas konservatif yang berkuasa di Eropah. Charles A. Beard (1874-

1948) pula menegaskan bahawa "sejarah ialah pemikiran sezaman mengenai masa

lampau." Ia merupakan hasil penulisan ahli sejarah yang mempunyai kepercayaan, nilai-

nilai, atau prasangka yang dipengaruhi oleh pengalaman zaman tertentu. Bagi Beard,

objektiviti dalam sejarah merupakan satu impian sahaja. Beliau menyatakan sejarah

tidak boleh menjadi objektif selagi ahli sejarah tidak dapat memisahkan dirinya secara

mutlak daripada subjek yang dikaji. Carl L Becker (1873-1945), sarjana yang sealiran

dengan Beard juga mengakui pemisahan mutlak adalah di luar keupayaan semua

bidang empirikal termasuk sains semulajadi. Bagi Carl Becker, beliau menggangap

bahawa penulisan sejarah ditentukan oleh ahli sejarah sendiri, yang mempunyai akal

fikiran, tujuan, pemilihan, dan kecenderungan yang berasaskan pengalamannya pada

zaman tertentu. Ini disebabkan Becker menghujahkan bahawa peristiwa sejarah sudah

tidak ada lagi tetapi hanya wujud dalam pemikiran ahli sejarah sahaja.

6

Page 7: Pengantar_Sejarah

KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH PPISMP SJH 1014

Perkembangan penulisan sejarah objektif dibahagikan kepada dua zaman, yakni

zaman klasik dan zaman moden. Sejarawan pada zaman klasik hanya menulis sejarah

secara objektif tetapi pada hakikatnya perkembangan penulisan dipelopori pada suku

pertama kurun ke-19 iaitu Leopold Von Ranke. Tokoh pada zaman klasik yang menulis

sejarah secara objektif ialah Herodotus (484-424 S.M). Herodotus mempunyai karya

yang terulung seperti Histories dan Sejarah Perang Parsi. Dalam karyanya, beliau

menyaksikan dengan sendiri tempat-pempat berlakunya pertempuran,menemu duga

saksi-saksi dengan melawat mereka yang terlibat dalam peperangan serta

menggunakan bahan-bahan tulis seperti babad-babad Greek, karya-karya Hecateus dan

sebagainya. Tujuan Herodotus menulis secara objektif adalah untuk merakamkan

kegemilangan Greek dalam menghadapi Parsi agar ia tidak dilupakan oleh generasi

yang akan datang dan untuk mengesan sebab-sebab orang Greek dan Parsi berperang.

Thucydides juga berusaha menulis sejarah secara objektif. Karyanya tentang Perang

Pelopponesia merupakan sejarah sezamannya. Beliau memilih untuk menulis sejarah

sezaman kerana beliau berasa hanya bagi sejarah sezaman sahajalah ahli sejarah

dapat memberi jaminan bahawa apa-apa yang ditulis itu adalah benar. Kaedah

penulisan sejarah Thucydides secara objektif adalah sama dengan kaedah penulisan

Herodotus.

Perkembangan penulisan objektif dimantapkan pada zaman moden, iaitu oleh

John Locke (1632-1704) dan Auguste Comte (1798-1857). John Locke yang berasal

dari Wrington, England membawa aliran Empirisisme menghasilkan teori pengetahuan

melalui sumber pancaindera. Auguste Comte pula berasal dari Montepellier, Perancis.

Antara karya beliau yang terkenal ialah Sistem Filosofi Positif (1824). Beliau membawa

aliran positivisme yang menganggap bahawa sesuatu yang bererti hanya dapat

dibuktikan secara empirik dan saintifik. Tradisi ini menjadi asas kepada Leopoold Von

Ranke untuk memperkembangkan penulisan sejarah secara objektif. Ranke berasal dari

Wieche, Saxony, Jerman dianggap sebagai bapa pensejarahan moden kerana beliau

menggunakan kaedah secara saintifik dan objektif dalam kajian sejarahnya. Karya

Ranke sentiasa panjang dan terperinci melambangkan usaha beliau untuk

merealisasikan teori sejarahnya melalui kaedah yang kritis. Sejarawan yang terpengaruh

yang meneruskan pandangan Ranke ialah Lord Acton, J.B. Bury dan Futsel de

Coulenges. Coulenges berpendapat bahawa sejarah adalah sains dan sepatutnya

7

Page 8: Pengantar_Sejarah

KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH PPISMP SJH 1014

demikian. Pendapat beliau dimantapkan oleh J.B.Bury. J.B.Bury (1861-1927)

mengatakan bahawa "sejarah adalah sains, tidak kurang dan tidak lebih."

Pada awal kurun ke-20, pengaruh Ranke mula luntur disebabkan oleh sarjana

dari Amerika Syarikat yakni Charles Beard dan Carl Becker yang mempersoalkan

keupayaan ahli sejarah untuk menghasilkan karya sejarah secara objektif. Mereka

menyatakan bahawa kebenaran dalam sejarah bukanlah bersifat objektif tetapi bersifat

relatif. Dengan berlakunya perbezaan pandangan antara golongan objektiviti dengan

realitivisme ini telah menyebabkan berlakunya penulisan sejarah secara subjektif.

Antara tokoh terkenal yang menulis sejarah secara suubjektif ialah Benedetto Croce

(1866-1952) dan R.G.Collingwood (1889-1943). Mengikut Croce, beliau menegaskan

bahawa semua sejarah ialah sejarah sezaman. Ini bermakna sejarah pada dasarnya

terdiri daripada melihat masa lampau melalui kaca mata masa kini dan hubungannya

dengan masalah-masalah dan bahawa kerja utama ahli sejarah bukanlah untuk

mencatat tetapi untuk menilai. Croce mendapat tempat yang luas di Perancis dan Great

Britain kerana beliau merupakan seorang pemikir yang lebih halus berbanding dengan

sejarawan Jerman terdahulu. Bagi Collingwood, beliau menganggap bahawa semua

sejarah ialah sejarah pemikiran yang memerlukan sejarah untuk menggambarkan

kembali dalam fikirannya pengalaman-pengalaman yang lalu. Pandangan Collingwood

dalam The Idea of History (1945) dapat diringkaskan seperti berikut. "Masa lampau yang

dikaji oleh ahli sejarah bukanlah suatu masa lampau yang telah mati tetapi suatu masa

lampau yang dari beberapa segi masih hidup pada masa kini." Tetapi sesuatu tindakan

masa lampau itu sudah mati iaitu tidak bermakna apa-apa kepada ahli sejarah kecuali

sekiranya dia dapat memahami pemikiran yang ada di belakangnya. Dengan ini, "semua

sejarah adalah sejarah pemikiran dan sejarah adalah pembentukan semula dalam

fikiran ahli sejarah tentang pemikiran sejarah yang sedang dikaji olehnya."

Antara ciri penulisan sejarah secara objektif ialah tidak berat sebelah (bias).

Penulisan sejarah tidak boleh dipengaruhi oleh perasaan sejarawan sendiri. Sejarah

perlu berasaskan sumber dan tidak memihak mana-mana pihak. Ini bermaksud

seseorang ahli sejarawan tidak boleh membiarkan perasaan peribadinya

bermaharajalela semasa menjalankan kajian. Dengan kesedaran untuk mengelakkan

perasaan berat sebelah ini, sejarawan dapat menulis sejarah secara objektif. Perasaan

was-was dan perkara yang dikaji semua melalui pengalaman sendiri menyebabkan

8

Page 9: Pengantar_Sejarah

KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH PPISMP SJH 1014

berlakunya berat sebelah. Menurut pendapat Ibn Khaldun, "kesemua catatan sejarah,

oleh sifatnya itu sendiri, tidak bebas dan kekeliruan, bahkan catatan itu mengandungi

faktor yang akan menuju ke ara kekeliruan." Ibn Khaldun dalam bukunya, Muqaddimah

memberi tujuh sebab mengapa penulisan sejarah tidak dapat ditulis secara objektif.

Salah satu ciri tersebut ialah "adalah fakta bahawa terdapat manusia cenderung untuk

mengambil hati orang yang berpangkat besar daan orang yang berkedudukan tinggi

dengan cara memuji-muji, menyiarkan kemasyhuran, membujuk-bujuk, menganggap

baik segala perbuatan mereka dan memberi tafsiran yang selalu menguntungkan

terhadap semua tindakan mereka." Ini jelas menunjukkan sikap sejarawan yang bias

dengan mempunyai maksud tersirat bagi kepentingan dirinya. Oleh itu, sejarawan harus

berusaha bagi tidak mncampuradukkan perasaan dan fikiran sendiri semasa

menghasilkan karya.

Ciri berikutnya ialah mengkaji sumber dengan proses penyelidikan sistematik.

Sejarawan harus memahami dan mengamalkan proses penyelidikan yanng sistematik

kerana teknik ini akan memandu sejarawan dalam penghasilan karya sejarah yang

objektif. Sejarah mengemukakan kaedah dan teknik penyelidikan yang tersendiri.

Dengan cara ini, sejarawan mudah untuk menyusun matlamat dan skruktur penyelidikan

serta penulisan agar dapat menepati kriteria-kriteria yang diperlukan dalam

pengarangan sesebuah karya sejarah. Ini amat penting bagi menghasilkan satu

penyelidikan yang sistematik tanpa berlaku kepincangan. Perancangan yang teratur dan

teliti diperlukan semasa penyelidikan dijalankan. Perancangan ini terdiri daripada

langkah penyelidikan yang tersusun dengan sistematik bagi memudahkan proses

penyelidikan dilaksanakan. Menurut Garrangham, terdapat tahap utama dalam

penyelidikan sejarah, yakni mencari sumber maklumat untuk dikerjakan (heuristik),

menilai sumber-sumber dari sudut pandangan nilai kebuktiannya (kritisme), dan

pernyataan rasmi tentang penemuan-penemuan (sintaksis), heuristic dan kritisme

termasuk pengumpulan data-data sejarah membentangkannya berasaskan objektif dan

kesignifikasinya. Justeru, sejarawan perlu meneliti sumber yang diperolehi agar dapat

disahkan sama ada sumber tersebut merupakan sumber asli atau sumber sekunder.

Selain itu, ciri berikutnya ialah menggunakan sumber utama dan sumber yang

benar. Sejarawan haruslah mendapatkan dan menggunakan sumber yang utama dan

benar. Justeru, sejarawan perlu menganalisis bagi memastikan sumber tersebut

9

Page 10: Pengantar_Sejarah

KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH PPISMP SJH 1014

merupakan sumber asli. Selain itu, melalui sumber ini, sejarawan boleh mendapat dan

menentukan fakta yang diperlukan dan penerangan yang berkaitan dengan fakta

tersebut. Sumber asli sejarah dapat dibahagikan kepada dua jenis, yakni sumber primer

dan sumber sekunder. Sumber primer merupakan sumber yang asli dan belum

ditafsirkan termasuklah dokumen-dokumen awam, undang-undang dan sebagainya.

Tambahan pula, artifak-artifak yang dijumpai dalam proses carigali juga dikategorikan

dalam sumber ini.

Menganalisis sumber secara kritis dan jujur juga merupakan ciri yang perlu ada

dalam menghasilkan penulisan sejarah secara objektif. Sejarawan perlu bersikap jujur

terhadap sumber sejarah dan tidak boleh mengenepikan matlamat serta semangat bagi

mendapatkan kebenaran supaya tidak berlaku salah tafsir fakta. Oleh itu, semasa

melakukan pentafsiran dan penerangan, sejarawan perlu berfikiran terbuka iaitu

sejarawan perlu berpandukan sumber semata-mata dan bukannya berdasarkan

ideologi, motif dalam diri, desakan, memenuhi permintaan seseorang dan sebagainya

sehingga penulisan berat sebelah dan tidak objektif. Apabila sejarawan berlaku

kesalahan dalam maklumat, beliau tidak boleh mendiamkan diri. Ini diusulkan oleh

Barzun (1977) yang mengatakan bahawa seorang penyelidik yang tidak mencatat apa

yang benar dengan penuh ketulusan hatinya, maka penyelidik itu menjadikan keputusan

sesuatu peristiwa yang direkodkan itu sebagai tidak sah. Bagi menganalisis sumber

secara kritis, terdapat dua cara iaitu kritikan luar dan kritikan dalaman. Kritikan luar ialah

salah satu proses untuk mengesahkan ketulenan sumber-sumber primer manakala

kritikan dalaman adalah satu proses mentafsir isi kandungan sumber-sumber primer.

Tujuan kritikan sumber dilakukan adalah untuk menentukan keaslian sumber. Selepas

menentukan ketulenan sumber, maka tafsiran maklumat akan dilakukan menghasilkan

karya yang bersifat objektif.

Antara ciri dalam penulisan sejarah relatif ialah sikap sejarawan sendiri

menanamkan sikap subjektif dalam dirinya. Sikap subjektif ini sebenarnya wujud di

dalam diri sejarawan sejak awal-awal lagi. Menurut E.H.Carr, misalnya menyatakan

sudah menjadi tugas ahli sejarah untuk mencari semua sebab-musabab yang

mencetuskan sesuatu peristiwa dan mengaturnya dengan hierarki yang munasabah

agar ia dapat menjelaskan apa-apa yang sebenarnya yang berlaku. Beliau menyatakan

bahawa semasa susunan dilakukan, sebab utama didahulukan dan sebab sampingan

10

Page 11: Pengantar_Sejarah

KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH PPISMP SJH 1014

dikemudiankan. Semasa penghuraian, faktor utama dijelaskan dengan teperinci dengan

faktor-faktor samping itu dikaitkan juga. Dengan pemilihan faktor utama dan faktor

sampingan dan menyusunnya mengikut kepentingan, sudah jelas bahawa sejarawan

tersebut menonjolkan sifat relatif . Begitu juga dalam menerangkan pengertian sejarah,

ahli sejarawan tentunya mempunyai pandangan yang berbeza serta tersendiri terhadap

pengertian sejarah. Pengertian sejarah bagi mereka yang bersikap objektif

berkecenderungan memilih pengertian sejarah sebagai kisah-kisah yang telah berlaku

pada masa lampau. Hal ini berbeza bagi sejarawan yang bersifat relatif. Mereka

menganggap sejarah sebagai sesuatu kajian atau penyelidikan yang dilakukan oleh

sejarawan. Sebenarnya dengan memilih salah satu antara dua takrif ini, maka

sejarawan telah menonjolkan unsur relatif.

Ciri berikutnya dalam penulisan sejarah relatif ialah tujuan dalam diri sejarawan

yang mempunyai hasrat atau motif tertentu dalam penulisannya. Contohnya, Abdullah

Munsyi, cendekiawan Melayu kurun ke-19 yang termashyur, telah menulis sebuah

rikwayat dirinya yang berjudul Hikayat Abdullah, kerana ingin memenuhi permintaan

seorang sahabat karibnya. Dalam karya sejarah tradisional yang paling tersohor, iaitu

Sulalatus Salatin yang telah diperbaiki oleh Tunn Sri Lalang pada T.H.1021 untuk

mendapat unsur-unsur relatif termuat dengan jelas.

Ciri penulisan sejarah secara relatif ialah terdapat sentimen memihak kepada

sesuatu pihak dalam penulisan. Antara sejarawannya ialah R.O.Winstedt, walaupun

beliau banyak menyelidik serta menulis kesusasteraan mahupun sejarah tanah air kita,

tetapi beliau lebih percaya kapada catatan orang Barat daripada bahan tempatan. Beliau

hanya menulis melalui tanggapan ataupun perasaannya sahaja. Begitu juga dengan

Frank Swettenham. Beliau menulis tentang apa yang dianggapnya sebagai The Real

Malay, kebanyakan dalam penulisannya adalah berdasarkan pemerhatiannya sahaja.

R.J.Wilkinson juga menunjukkan penulisan relatif yang ketara dalam penulisannya.

Beliau pernah mengatakan bahawa pertarungan antara Hang Tuah dengan Hang Jebat

itu tidak menarik minat cita rasa orang Eropah. J.F.A Mc Nair juga merupakan seorang

orang Barat yang menulis tentang sistem politik orang Melayu tradisional. Penulisan

Beliau lebih kepada tanggapannya sendiri daripada menggunakan atau merujuk kepada

masyarakat tempatan itu sendiri. Kesimpulannya, terdapat sejarawan menulis

berdasarkan anggapan peribadi terhadap sesuatu peristiwa.

11

Page 12: Pengantar_Sejarah

KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH PPISMP SJH 1014

Komited terhadap agama dan ideologi tertentu juga merupakan salah satu

penulisan relatif. Oleh sebab terlalu taksub dengan agama dan ideologi masing-masing,

maka lahirnya pelbagai penulis yang berunsur relatif. Terdapat sejarawan yang

mengambil kesempatan menjalankan dakwah dan menyebarkan ideologi tertentu.

Selain itu, karya-karya sejarawan komunis pastinya lebih cenderung kepada model

Marxis. Ia mengandungi propaganda Marxisme dan polisi-polisi komunisme. Dengan ini

dapat ditafsirkan bahawa penulisan sejarah secara relatif dipengaruhi atau berasaskan

ideologi dan agama.

Bagi penulisan sejarah secara objektif, terdapat halangan untuk melaksanakan

dan ini menyebabkan penulis terpesong lalu karya yang berunsur relatif dihasilkan.

Antara halangan untuk menulis sejarah secara objektif ialah sikap berat sebelah.

Kegagalan sejarawan unntuk memisahkan antara objek dengan subjek menyebabkan

penulisan yang bersifat relatif berlaku. Sejarawan perlu mengabaikan fikiran dan

perasaan sejarawan sendiri. Ini dapat dilihat dalam penulisan Tuhfat Al-Nafis yang

bersifat berat sebelah. Ini kerana Raja Ali Haji dan Raja Haji Ahmad lebih memihak

kepada orang Bugis. Tambahan pula, beliau memperkecilkan Raja Kecil dari Siak.

Kecenderungan Raja Ali Haji terhadap semangat Bugis menyebabkan beliau lebih

menggambarkan tentang kehandalan pahlawan Bugis dalam peperangan sehingga

mereka dapat memegang jawatan tinggi dalam pemerintahan kerajaan Johor. Walaupun

Raja Ali Haji mengatakan tentang penentangan orang Melayu yang dipimpin oleh Kaja

Kecil dari Siak terhadap orang Bugis, namun beliau bersikap berat sebelah dengan tidak

menceritakan tentang penentangan Sultan Sulaiman terhadap Bugis. Dalam Tuhfat Al-

Nafis, terdapat susunan tentang peperangan antara Raja Kecil dengan opu-opu Raja

Bugis. Jelas bahawa, sikap mengagung-agungkan orang yang berpangkat

menyebabkan penulisan sejarah bersifat bias.

Halangan kedua ialah pemesongan kerana motif diri. Jika dilihat sebab

pemesongan. Namun, tidak semua penulis menonjolkan motif ini dengan ketara dalam

penulisannya. Penulis seperti Frank Swettenham merupakan penulis yang terkenal

dengan beberapa kenyataan sehingga menimbulkan persoalan di kalangan bangsanya

sendiri dan dan kepada orang Melayu. Antara kenyataan yang dikeluarkan sehingga

menimbulkan kontroversi ialah beliau mengatakan bahawa orang Melayu tidak

mempunyai institusi politik dan secara semula jadinya orang Eropah lebih pandai

12

Page 13: Pengantar_Sejarah

KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH PPISMP SJH 1014

daripada orang Melayu. Pernyataan ini tidak benar dan menunjukkan beliau hanya

menulis berdasarkan pemerhatian dan bukannya melalui penyelidikan terhadap sumber

sejarah. Terdapat juga penulis sejarah lain seperti Harry Ord menulis tentang keadaan

Tanah Melayu selepas kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka. Beliau menceritakan

bahawa pergolakan yang berlaku di Tanah Melayu menimbulkan simpati orang British

sehingga mereka bercampur tangan di Tanah Melayu.

Terdapat sejarawan yang mentafsir sumber sesuka hati dalam penulisan sejarah

relatif. Pengumpulan fakta merupakan langkah pertama dalam usaha menghasilkan

sejarah yang objektif. Tafsiran dan interpretasi yang akan dikemukakan oleh sejarawan

berpandukan kepada fakta-fakta yang diperolehi. Interpretasi yang dibuat tanpa fakta

yang mencukupi akan ditolak sebagai kurang munasabah. Sebaliknya bilangan fakta

yang banyak tidak semestinya bermakna sesuatu tafsiran itu objektif. Kekurangan fakta

sejarah menyebabkan sejarawan cuba membuat spekulasi diri dan mengusulkan teori

agar dapat mengukuhkan sesuatu peristiwa. Ini dapat dilihat tentang tarikh pembukaan

Melaka dan raja pertama yang memerintah Negara berdaulat itu. Mengikut Sejarah

Melayu, raja pertama ialah Iskandar Syah tetapi menurut sumber cina mengatakan pula

Parameswara ialah orang yang pertama membuka Melaka. Bagi tarikh pembukaan

Melaka, tidak mempunyai sumber asli yang membuktikan tarikh tersebut. Mengikut

R.O.Winstead, tarikh pembukaan Melaka ialah pada 1398 berdasarkan sumber Gadinho

de Eredia manakala R.J Wilkinson menyatakan Melaka buka pada kurun ke-13. Ini jelas

menunjukkan kekurangan bukti menyebabkan pelbagai tafsiran berlaku.

Halangan yang berikutnya yang menghalang keobjektifan penulisan sejarah ialah

tafsiran yang dipesongkan. Terdapat sejarawan yang cuba menyembunyikan fakta

kebenaran dengan motifnya yang tersendiri. Menurut Ibn Khadun, setiap sejarawan

bersikap jujur pada diri sendiri dengan mengungkapkan perkara yang sebenarnya

berlaku ialah dengan memisahkan kebenaran daripada kesilapan dengan membuat

penyelidikan setiap fakta yang diterimanya.Sekiranya sejarah yang ditulis tanpa melihat

kebenaran, maka sejarah yang ditulis tidak berkualiti. Tafsiran yang dipesongkan ini

dapat dilihatkan dalam penulisan sejarah mengenai dasar campur tangan kepada dasar

tidak campur tangan British di Tanah Melayu. Sebab campur tangan British di Tanah

Melayu ialah keadaan huru-hara dahsyat yang berlaku di Tanah Melayu sehingga

menyebabkan pedagang Cina tidak berani menjalankan perdagangan dan keadaan

13

Page 14: Pengantar_Sejarah

KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH PPISMP SJH 1014

yang huru-hara menyebabkan orang Inggeris simpati lalu menghulurkan bantuan. Jelas

bahawa, tafsiran yang dipesongkan timbul apabila penulis hanya memberi sebab bagi

suatu peristiwa sejarah yang berlaku bagi sebelah piihak sahaja. Mereka tidak

menyatakan sebab yang berlaku di Eropah yang mendorong perluasan kuasa di Asia

Tenggara.

Kesimpulannya, pada pendapat saya, penulisan sejarah mestilah bersifat

objektif. Ini adalah untuk membuktikan kesahihan dan kewibawaan sesuatu fakta.

Terdapat beberapa tokoh yansg menulis sejarah secara objektif, iaitu John Locke,

Auguste Comte, dan Leopold Von Ranke. Karya yang ditulis oleh tokoh-tokoh ini

berunsur objektif. Penulisan sejarah secara objektif membolehkan dokumen tersebut

'bercakap' dengan sendirinya apa yang telah berlaku. Ini bermaksud sejarawan tidak

perlu memberi penjelasan untuk menulis sejarah. Penulisan sejarah secara objektif

haruslah mempunyai ciri-ciri seperti tidak berat sebelah, menggunakan sumber yang

dikaji dengan menggunakan proses penyelidikan yang sistematik, menggunakan

sumber utama yang benar dan sumber yang dianalisis secara kritis dan jujur. Penulisan

secara objektif dapat diwujudkan dengan adanya ciri-ciri tersebut. Walaupun terdapat

banyak halangan semasa menulis karya yang bersifat objektif, tetapi sejarawan perlu

berusaha untuk mengatasinya dan menghasilkan karya yang bersifat objektif.

RUMUSAN

Terdapat sesetengah sejarawan yang menyokong konsep objektif dalam

penulisan sejarah. Para sejarawan menyamakan sejarah seperti kebenaran Sains, yang

mutlak dan tidak boleh dipersoalkan. Para sejarawan yang menghasilkan penulisan

secara objektif ialah Thucydides dan Herodotus, dan mereka yang mendukung aliran ini

dikenali sebagai 'objektivis'. Terdapat juga sesetengah sejarawan yang menyokong

konsep relatif dalam penulisan sejarah. Para sejarawan yang menghasilkan penulisan

sejarah secara relatif ialah Carl Becker dan Charles A.Beard. Kedua-dua aliran ini dua

aliran dalam penulisan sejarah yang bercanggah sesama mereka di negara kita, iaitu

aliran objektif dan juga aliran subjektif atau relatif.Kedua-dua aliran sejarah ini telah

didukung oleh tokoh-tokoh yang berbeza dengan hujahan dan pandangan mereka

masing-masing.

REFLEKSI

14

Page 15: Pengantar_Sejarah

KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH PPISMP SJH 1014

Bak kata pepatah:" Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang

melayang", saya telah mencurahkan usaha serta masa bagi menjalankan tugasan ini

terutamanya dalam bahagian mengumpulkan maklumat. Saya juga sedar bahawa kita

perlu berusaha dan sanggup berkorban demi mencapai kejayaan, bak kata pepatah,"

kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya?"

Semasa menjalankan tugasan ini, saya telah mencari maklumat tentang aliran

objektif dan aliran relatif yang terdapat dalam penulisan sejarah. Masalah yang saya

hadapi semasa menjalankan tugasan ini ialah saya tidak begitu jelas tentang perbezaan

yang ketara antara kedua-dua aliran ini. Tetapi selepas mendengar penerangan

daripada Encik Ahmad Salehee bin Abdul, saya telah mempunyai gambaran tentang

perbezaan tentang kedua-dua aliran ini.

saya juga berasa teramat syukur kerana mendapat bantuan daripada rakan

sekelas saya di Institusi Pendidikan Guru Kampus Perlis. Kami telah berbincang tentang

tugasan ini dari sudut pandangan yang berbeza. Di samping itu, saya juga hendak

berterima kasih kepada senior Sejarah yang banyak menghulurkan bantuan kepada

saya kerana ini merupakan kali pertama saya melakukan tugasan.

Selepas menjalankan tugasan ini, saya sedar bahawa kedua-dua aliran ini dalam

penulisan sejarah diamalkan oleh ahli sejarawan yang berbeza. Kedua-dua pihak juga

mempunyai pandangan dan perspektif yang tersendiri terhadap penulisan sejarah.

Tugasan ini telah meningkatkan ilmu pengetahuan saya mengenai aliran sejarah

yang terdapat dalam penulisan sejarah.Ini banyak membantu saya selepas saya

menjadi guru pada masa yang akan datang. Akhirnya, tugasan ini telah membawa

faedah kepada saya dan saya berasa bersyukur kerana dapat menjayakan tugasan ini

dengan bantuan daripada pelbagai pihak.

15

Page 16: Pengantar_Sejarah

KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH PPISMP SJH 1014

BIBLIOGRAFI

Muhd. Yusof Ibrahim, 2013. Ilmu Sejarah:Falsafah, Pengertian, Kaedah dan

Pensejarahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ishak Saat, 2010. Penulisan Sejarah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors

Sdn. Bhd.

Abd. Rahman Hj. Abdullah, 1994. Pengantar Ilmu Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Abd. Rahman Hj. Abdullah, 2000. Wacana Falsafah Sejarah Perspektif Barat dan Timur.

Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Samad Ahmad, 2003. Sulalatus Salatin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Carr E.H.(terjemahan oleh Abd Rahman Hj. Ismail), 1988. Apakah Sejarah? Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

16

Page 17: Pengantar_Sejarah

KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH PPISMP SJH 1014

17