Pengenalan

7
Penilaian Laporan Kajian Tindakan 1.0 PENGENALAN Penilaian dilakukan ke atas kajian yang dijalankan oleh seorang guru dari Maktab Tentera DiRaja, 57000 Kuala Lumpur yang bernama Masariah Binti Mispari. Beliau mengetengahkan tajuk kajian iaitu Diari 50 : Meningkatkan Penguasaan Pembelajaran Sejarah yang boleh dilihat di dalam laman sesawang http://html-pdf-convert.com/cari/kajian-tindakan-sejarah.html. Melalui pembacaan yang telah kami lakukan terhadap kajian tindakan ini, kami mendapati pengkaji meletakkan dua skop objektif yang ingin dicapai iaitu objektif umum dan objektif khusus. Objektif umum yang ingin dicapai pengkaji adalah untuk memastikan murid-murid mencapai A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007. Manakala, bagi objektif khusus pula adalah untuk menguasai sukatan pelajaran Tingkatan 4, menggunakan pelbagai kaedah pembelajaran Sejarah, meningkatkan hayat ingatan murid terhadap fakta sejarah dan mewujudkan pembelajaran murid yang terancang dan bersifat kendiri. Fokus kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid Tingkatan 5 Zeta yang tidak menguasai pembelajaran Sejarah Tingkatan 4. Menurut pengkaji, permasalahan ini berlaku adalah disebabkan murid tidak melengkapkan nota serta latihan, tidak serius dalam menghadapi peperiksaan dan gagal mengingati fakta sejarah dalam jangka masa yang panjang. Dalam kajian tindakan ini, pengkaji telah menggabungkan dua jenis model dalam kajian beliau iaitu Model Somekh (1989) dan Model Kemmis. 2.0 METODOLOGI KAJIAN 1

Transcript of Pengenalan

Page 1: Pengenalan

Penilaian Laporan Kajian Tindakan

1.0 PENGENALAN

Penilaian dilakukan ke atas kajian yang dijalankan oleh seorang guru dari Maktab Tentera

DiRaja, 57000 Kuala Lumpur yang bernama Masariah Binti Mispari. Beliau mengetengahkan

tajuk kajian iaitu “Diari 50 : Meningkatkan Penguasaan Pembelajaran Sejarah” yang boleh

dilihat di dalam laman sesawang http://html-pdf-convert.com/cari/kajian-tindakan-

sejarah.html.

Melalui pembacaan yang telah kami lakukan terhadap kajian tindakan ini, kami

mendapati pengkaji meletakkan dua skop objektif yang ingin dicapai iaitu objektif umum dan

objektif khusus. Objektif umum yang ingin dicapai pengkaji adalah untuk memastikan murid-

murid mencapai A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007. Manakala, bagi

objektif khusus pula adalah untuk menguasai sukatan pelajaran Tingkatan 4, menggunakan

pelbagai kaedah pembelajaran Sejarah, meningkatkan hayat ingatan murid terhadap fakta

sejarah dan mewujudkan pembelajaran murid yang terancang dan bersifat kendiri.

Fokus kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk mengatasi masalah yang dihadapi

oleh murid Tingkatan 5 Zeta yang tidak menguasai pembelajaran Sejarah Tingkatan 4.

Menurut pengkaji, permasalahan ini berlaku adalah disebabkan murid tidak melengkapkan

nota serta latihan, tidak serius dalam menghadapi peperiksaan dan gagal mengingati fakta

sejarah dalam jangka masa yang panjang.

Dalam kajian tindakan ini, pengkaji telah menggabungkan dua jenis model dalam

kajian beliau iaitu Model Somekh (1989) dan Model Kemmis.

1

Page 2: Pengenalan

2.0 METODOLOGI KAJIAN

Dalam bahagian ini, kami akan memfokuskan kepada sampel kajian, instrumen serta

prosedur yang digunakan oleh pengkaji.

Dalam kajian tindakan ini, sampel yang digunakan terdiri daripada 26 orang murid

yang kesemuanya adalah murid lelaki dari Tingkatan 5 Zeta. Murid-murid tersebut

dipecahkan kepada beberapa tahap kecerdasan mengikut kumpulan disiplin belajar iaitu

kumpulan rajin, sederhana dan bermotivasi rendah. Kumpulan rajin seramai 4 orang,

kumpulan sederhana 10 orang dan kumpulan yang bermotivasi rendah seramai 12 orang.

Dalam kajian ini, instrumen yang digunakan oleh pengkaji ialah pemerhatian, ujian

pra, ujian pos dan soal selidik. Daripada pembacaan yang dilakukan oleh kami, kami

berpendapat pengkaji terlalu menumpukan kepada simbolik angka 50 yang terdapat pada

awalan tajuk kajian ini iaitu “Diari 50 : .....”. Pengkaji tidak meletakkan sejumlah soalan

mengikut kemampuan kepada pecahan kumpulan yang telah diklafikasikannya kepada rajin,

sederhana dan bermotivasi rendah. Pengkaji juga tidak menerangkan kaedah dalam

mengklafikasikan mengikut kumpulan disiplin belajar. Walaubagaimanapun, pengkaji amat

bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi murid tingkatan 5 Zeta ke tahap yang

lebih baik.

Dari segi prosuder kerja, pengkaji menggunakan Model Kemmis dan Model Somekh

(1989) sebagai panduan kajian beliau. Model Somekh mengikut putaran dimulakan dengan

mengenalpasti masalah, mengumpul data, menganalisis data, merancang tindakan,

melaksanakan pelan tindakan, mengumpul data untuk mengesahkan perubahan,

menganalisis dan menilai dan putaran seterusnya. Manakala, Model Kemmis pula

dimulakan dengan merancang, bertindak dan memerhati, reflek, semak semula

perancangan, bertindak dan memerhati dan reflek.

Rajah 1 : Model Kajian Tindakan Kemmis

2

RancangReflek

Bertindak & Mmermerhati

Rancang

Reflek

Bertindak & Mmermerhati

Page 3: Pengenalan

Rajah 2 : Model Somekh (1989)

3

Mengumpul data

Menganalisis data/membent

uk hipotesisi

Mengenal-pasti masalah/fo-kus yang diminati

Putaran seterusnya

Mengana-lisis dan menilai

Mengumpul data untuk

mengesah-kan perubahan

Merancang pelan tindakan

Melaksana-kan pelan tindakan

Page 4: Pengenalan

3.0 REKA BENTUK KAJIAN

3.1 Fokus / Masalah Kajian

Pernyataan masalah yang ingin dikaji dinyatakan dengan jelas dan ia menjadi kunci kepada

perlaksanaan kajian ini. Permasalahan atau fokus yang ingin dikaji ialah untuk

meningkatkan penguasaan pembelajaran sejarah. Pengkaji juga menjelaskan dapatan

maklumat yang diperolehi dalam bentuk jadual. Namun begitu terdapat juga kelemahan

kerana pengkaji tidak menunjukkan dapatan yang diperolehi dalam bentuk graf yang lebih

mudah untuk difahami.

3.2 Mengumpul Maklumat / Data

Penyelidik mendapatkan maklumat dengan menggunakan beberapa instrumen dan ia

merupakan langkah yang baik keranan melalui penggunaan beberapa jenis instrumen

maklumat atau data yang diperolehi adalah lebih tinggi tahap kesahihannya dan

kebolehpercayaannya. Penyelidik menggunakan instrumen kajian seperti kumpulan

pemerhatian iaitu tinjauan masalah, ujian pra, ujian pos dan analisis soal selidik.

Jadual 1 : Perbandingan Pencapaian Murid Dalam Ujian Pra dan Pos

4

Page 5: Pengenalan

Graf 1 : Perbandingan Pencapaian Murid Dalam Ujian Pra dan Pos

5

Peratusan, %

Gred

Page 6: Pengenalan

3.3 Perancangan Tindakan

Di dalam kajian ini, rancangan tindakan yang akan dijalankan, dirancang dengan teliti dan

teratur. Ini bagi memudahkan penyelidik untuk menjalankan tindakan kepada partisipan.

Antara tindakan yang dirancang oleh penyelidik ialah dengan merangka program “Diari 50”

iaitu membuat semakan ke atas senarai tajuk dan sub tajuk yang terkandung dalam buku

teks dan sukatan pelajaran sejarah tingkatan 4. Aktiviti yang dijalankan adalah murid-murid

diperkenalkan dengan program “Diari 50”. Setelah itu murid-murid dibimbing untuk

melengkapkan “Diari 50”. “Diari 50” ini menekankan kaedah belajar sejarah dengan

mengambil kira otak kiri dan otak kanan. Murid-murid pula dikehendaki mengisi setiap “Diari

50” dengan cara menyiapkan satu soalan sehari dan akhir sekali setiap minggu penyelidik

akan membuat semakan “Diari 50” pelajar untuk memastikan keberkesanan pelaksanaannya

dan catatan harian pelajar boleh dibuat dengan pelbagai kaedah mengikut kesesuaian dan

minat pelajar. Secara keseluruhan, penyelidikan telah merancang dengan baik bagi

menjalankan kajian yang dirancang.

3.4 Pelaksanaan Tindakan

Di dalam melaksanakan tindakan yang telah dirancang, penyelidik menerangkan secara

terperinci perjalanan sesuatu perancangan. Ini memudahkan partisipan untuk memahami

aktiviti yang dijalankan dan menyumbang kepada keputuasan kajian yang baik. Penerangan

bagi setiap perancangan diberikan dengan teliti meliputi penggunaan masa, bahan, kaedah

dan partisipan.

3.5 Refleksi / Penilaian Tindakan

Pernyataan refleksi yang dibuat oleh pengkaji adalah sangat baik keadaan ini kerana

penyelidik menyatakan refleksi bagi setiap tindakan yang dijalankan serta dapat pemerhatian

oleh Pengarah Pengajian Maktab Tentera Diraja. Refleksi ini akan memudahkan pengkaji

lain untuk membuat rujukan dan tafsiran keatas kajian yang dilakukan dan memungkinkan

kaedah kajian ini diaplikasikan di sekolah.

6

Page 7: Pengenalan

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulan yang dibuat oleh pengkaji adalah baik kerana dengan memperlihatkan logik

hujah berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi. Keadaan ini kerana pengkaji dapat

membincangkan dengan jelas dan khusus terhadap hasil masalah utama yang dihadapi dan

terus kepada kaedah penyelesaian yang terbaik. Pada bahagian penutup, pengkaji telah

memberikan sedikit cadangan mengenai cara atau tindakan yang boleh diambil untuk

mengatasi masalah utama ini. Namun cadangan yang diberikan oleh pengkaji adalah terlalu

umum kerana hanya menyebut kepada guru-guru. Hal ini menjadikan kemusykilan kerana

kajian tindakan tersebut memfokuskan kepada meningkatkan penguasaan pembelajaran

sejarah tetapi cadangan yang diberikan tidak memfokuskan samaada hanya kepada guru-

guru dalam perkhidmatan dan bakal guru di dalam subjek terbabit atau tidak.

7