Pengenalan ar
-
Upload
alexandra-humaira -
Category
Documents
-
view
46 -
download
2
Transcript of Pengenalan ar
PENGENALAN
Koh Boh Boon (1982) menyatakan bahawa pendidikan pemulihan
adalah terbatas dan lebih khusus sifatnya kerana ia bertujuan untuk
membaiki kelemahan pembelajaran. Ia melibatkan murid-murid lambat iaitu
mereka yang lembap atau lambat mencapai pembelajaran pada tahap yang
sepatutnya dicapai. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, pemulihan
didefinasikan sebagai perbuatan memulih, pengembalian kepada yang
semula. Murid pemulihan boleh diertikan sebagai murid yang mengalami
masalah dalam pembelajaran. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor.
Antaranya masalah kesihatan, masalah persekitaran, masalah keluarga,
masalah kognitif serta masalah sosial.
Tahap keupayaan kognitif murid pemulihan berbeza. Mengikut Jean
Piaget (1973) terdapat empat tahap dalam teori kognitif iaitu Peringkat Deria
Motor (0-2 tahun), Peringkat Praoperasi/ Praolahan(2-7 tahun),Peringkat
Operasi Konkrit (7-11 tahun) dan Peringkat Operasi Formal (11-15 tahun).
Tahap kognitif murid pemulihan berada pada Peringkat Praoperasi dimana
mereka masih lagi tidak boleh menguasai sesuatu skema. Dalam banyak
situasi, skema-skema yang dibentuk ini akan berdepan dengan situasi yang
baru. Contohnya: kanak-kanak yang telah mengenal nombor berdepan
dengan situasi baru untuk menyusun nombor secara menaik atau menurun.
Kajian ini adalah untuk membantu murid pemulihan dalam memahami
konsep darab dalam matematik. Mereka merasakan operasi darab
merupakan satu operasi yang susah. Mereka juga beranggapan bahawa sifir
adalah penyelesaian untuk masalah darab. Walaubagaimana pun, murid
pemulihan tidak sama dengan murid arus perdana. Mereka mengalami
masalah kognitif dan hal ini mengganggu mereka untuk fokus dalam
pengajaran dam pembelajaran.
Semasa pengajaran dan pembelajaran, murid pemulihan memerlukan bahan
bantu mengajar (BBM) untuk membantu mereka memahami sesuatu tajuk
atau kemahiran. Menurut Atan Long (1982), beliau telah membahagikan
(BBM) kepada tiga kumpulan iaitu bahan pendengaran, pandangan dan
bahan pandang- dengar. Bahan maujud dapat memberi pemahaman yang
lebih baik untuk murid pemulihan memahami konsep darab.
REFLEKSI PENGALAMAN LALU
Sepanjang saya menjalani praktikum, saya pernah diamanahkan untuk
mengajar mata pelajaran matematik untuk murid pemulihan. Murid
pemulihan daripada kelas 2 Bestari sangat rajin dan sentiasa menunjukkan
minat yang positif untuk belajar. Mereka kerap kali bertanya sekiranya tidak
faham akan sesuatu kemahiran.
Dalam salah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran,saya telah
memulakan dengan menyuruh murid melakukan penambahan berulang.
Saya menyuruh murid menambah nombor yang sama berulang kali.
Contohnya murid menambah angka 3 sebanyak 4 kali (3+3+3+3 = 12).
Murid dapat menjawab soalan yang diajukan dengan cepat dan betul. Akan
tetapi apabila saya menyuruh murid mendarab 3 x 4 , murid terdiam dan
tidak dapat menjawab soalan tersebut.
Saya mula berfikir bagaimanakah untuk saya membantu murid
pemulihan memahami konsep darab nombor satu digit dengan satu digit.
Saya tahu untuk mengajar murid pemulihan akan sesuatu tajuk, bahan
konkrit amat diperlukan bagi membantu mereka melihat sendiri bagaimana
sesuatu proses darab berlaku.
Murid pemulihan memerlukan bahan konkrit semasa pengajaran dan
pembelajaran sebelum berubah kepada semi konkrit seterusnya kepada
abstrak.
Saya tertanya-tanya bagaimanakah cara untuk saya mengajar murid
akan operasi darab satu digit dengan satu digit . Pada masa akan dating,
saya akan mengkaji masalah-masalah ini.