Isi Ar Margin

87
MEMBUNDAR DENGAN KAWAN KECIL & KAWAN BESAR Oleh Muhamad Syazwan Bin Asung Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh Hulu Kinta, Perak Darul Ridzuan 1.0 PENDAHULUAN Matematik ialah satu bidang ilmu yang menarik dan melatih minda seseorang murid supaya dapat berfikir secara mantik, bersistem dan logik. Matematik juga merupakan satu bidang yang menyeronokkan dan berkait rapat dengan situasi kehidupan seharian manusia. Kenyataan ini menyuntik diri saya untuk membuka minda generasi kini dengan tanggapan bahawa Matematik itu mudah dan bukan sekadar nombor.Kajian 1

description

qu

Transcript of Isi Ar Margin

Page 1: Isi Ar Margin

MEMBUNDAR DENGAN KAWAN KECIL & KAWAN BESAR

Oleh Muhamad Syazwan Bin Asung

Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

Hulu Kinta,

Perak Darul Ridzuan

1.0 PENDAHULUAN

Matematik ialah satu bidang ilmu yang menarik dan melatih minda seseorang murid

supaya dapat berfikir secara mantik, bersistem dan logik. Matematik juga merupakan

satu bidang yang menyeronokkan dan berkait rapat dengan situasi kehidupan seharian

manusia. Kenyataan ini menyuntik diri saya untuk membuka minda generasi kini dengan

tanggapan bahawa Matematik itu mudah dan bukan sekadar nombor.Kajian ini

dilaksanakan adalah kerana kesedaran tentang pentingnya pemahaman konsep

pembundaran di kalangan murid Tahun 2.

1

Page 2: Isi Ar Margin

Pengaplikasian kurikulum yang terbaru iaitu KSSR atau Kurikulum Standard

Sekolah Rendah menuntut agar murid bukan sahaja dapat menguasai 3M iaitu membaca,

menulis dan mengira malah mengaplikasikan elemen kreativiti dan inovasi, teknologi

maklumat dan komunikasi (TMK), dan keusahawanan. Sesuai dengan itu, maka ciri -

ciri tersebut digarapkan dalam penghasilan intervensi kali ini.

Dalam kajian ini, fokus utamanya adalah untuk membantu murid mengatasi

kelemahan asas kemahiran membundar yang sepatutnya telah dikuasai berdasarkan

pentaksiran yang dibuat di sekolah iaitu PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah). Saya

telah memikirkan satu jalan penyelesaian agar konsep pembundaran yang mudah ini

dapat difahami secara jelas oleh murid-murid. Persediaan alat-alat mengajar adalah satu

aspek bantuan yang boleh menolong melahirkan aktiviti-aktiviti yang menarik dan

berkesan (Nik Ahmad Nik Yaacob,1984).

Oleh yang demikian, saya telah mereka satu intervensi yang menggunakan cara

pendekatan dalam memudahkan pembelejaran membundar murid iaitu ‘Kawan Kecil,

Kawan Besar’. Harapan saya, semoga kajian ini membawa manfaat yang besar dalam

bidang Matematik dan dapat dikembangkan lagi selaras dengan arus pendidikan pada

masa akan datang.

1.1 REFLEKSI PENGALAMAN YANG LALU

Masalah membundarkan nombor bulat dalam kalangan murid telah saya temui

sepanjang dua kali saya menjalankan praktikum iaitu praktikum fasa pertama dan

paktikum fasa kedua. Apa yang dapat saya perhatikan, murid-murid sukar untuk

2

Page 3: Isi Ar Margin

membundarkan nombor yang diberikan. Malahan pelbagai jenis kesalahan yang

dilakukan oleh murid-murid dalam membundar nombor. Saya merasakan satu tindakan

perlu diambil memandangkan kemahiran membundarkan nombor bulat bukanlah satu

kemahiran yang susah untuk dikuasai.

Dalam praktikum fasa ketiga ini, iaitu merupakan praktikum saya yang terakhir,

saya diberikan tanggungjawab untuk mengajar matematik Tahun 2 yang mempunyai

jumlah murid seramai 27 orang. Apa yang dapat saya perhatikan, kelas ini merupakan

kelas pertama daripada tiga kelas Tahun dua. Semuanya tampak baik dalam membuat

kerja-kerja matematik. Sewaktu saya mula-mula mengambil kelas mereka, saya

menyambung pengejaran guru sebelum ini iaitu pada sub-topik pembundaran nombor.

Saya mengajar seperti biasa dengan menggunakan garis nombor. Apabila saya

bertanya dengan murid-murid sama ada mereka faham ataupun tidak, semua

mengangguk faham. Namun apabila saya mengedarkan lembaran kerja, hampir semua

murid bermasalah dalam membundarkan nombor. Pelbagai jenis kesalahan yang telah

mereka lakukan dalam menyelesaikan soalan pembundaran nombor. Ada di antara

murid-murid ini yang langsung tidak tahu menyelesaikan soalan pembundaran nombor.

Ini menunjukkan bertapa lemahnya asas pembundaran nombor mereka.

Saya cuba mencari punca mengapa berlaku masalah dalam membundar nombor

dengan menanyakan pendapat mereka terhadap sub-topik ini. Seperti diduga jawapan

yang paling banyak diterima ialah belajar pembundaran sangat susah, tidak faham

penerangan guru, terlalu banyak langkah yang perlu dibuat dan susah untuk diingat.

3

Page 4: Isi Ar Margin

Dalam sukatan pelajaran Matematik Tahun 2, tajuk 1 adalah Nombor Bulat dan

pembundaran merupakan salah satu sub-topik yang harus dipelajari dan dikuasai oleh

murid-murid.. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan

kaedah ‘chalk and talk’ dan menggunakan bantuan garis nombor yang saya buat sendiri,

saya dapati murid memang kurang menumpukan perhatian. Walaupun ada yang mampu

menjawab soalan-soalan yang saya berikan, tetapi terdapat banyak murid yang salah

dalam mengemukakan jawapan mereka. Malahan ada murid yang langsung tidak tahu

jawapan.

Oleh itu, kajian ini meninjau masalah dan kesalahan yang dilakukan oleh murid

yang mana tidak dapat membundarkan nombor bulat dengan betul dan tidak mempunyai

asas pembundaran nombor yang baik. Melalui lembaran kerja yang diberikan

membuktikan murid-murid kelas Tahun dua ini mempunyai masalah dalam

pembundaran nombor. Kesalahan yang sering dilakukan oleh murid-murid ini ialah

murid tidak tahu apabila melakukan pembundaran berapa yang perlu ditambah pada

nombor yang dibundarkan. Selain itu, murid juga banyak yang melakukan kesilapan

kerana tidak faham dengan kata kunci yang merupakan kehendak soalan yang utama.

Perkara yang sangat memerlukan bimbingan ialah masalah murid yang tidak mempunyai

asas yang baik dalam pembundaran nombor

1.2 SOROTAN LITERATUR

Menurut Reys, R.E, Suydam, M.N. Lambdin, D.V., & Lindquist, M.M. (2001,

m.s 155),

4

Page 5: Isi Ar Margin

“the biggest difficulty related to rounding is knowing whether to round to

nearest ten, hundred, thousand or whatever”.

Melalui pandangan Reys, sememangnya pembundaran nombor ini adalah di antara

kemahiran intuisi nombor yang sukar dan mencabar. Ramai murid-murid yang tidak

memahami dan tidak dapat menjawab dengan betul apabila diberikan soalan berkaitan

dengan pembundaran nombor.

Menurut Suraya Othman (2004), berdasarkan kajian yang telah dijalankan, beliau

mendapati bahawa murid tidak dapat membundarkan nombor bulat pada nilai tempat

yang dikehendaki, murid tidak dapat menukarkan digit selepas pembundaran kepada

sifar dan murid sering terlupa untuk menambah satu pada nilai tempat yang dibundarkan

apabila digit disebelah kanan bernilai lima atau lebih. Sama seperti yang dinyatakan oleh

Cecillia Wong Yick Yim (2012) dalam catatannya yang menjelaskan bahawa murid

keliru tentang pembundaran sama ada nombor yang dibundarkan perlu ditambah satu

atau dikekalkan dan murid tidak tahu akan cara yang betul untuk menulis nombor

selepas dibundarkan. Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka, ternyata

bahawa permasalahannya adalah murid tidak memahami dan tidak menguasai kemahiran

pembundaran dengan baik.

Jika diperhatikan, kebanyakan murid yang berada di sekolah rendah menghadapi

masalah dalam pembundaran nombor. Ini disokong oleh pendapat tokoh kognitif

terkenal iaitu Jean Piaget dan Bjorklund (1989) dalam Bjorklund (1989) dalam teori

perkembangan kognitif mereka yang menyatakan bahawa murid-murid sekolah rendah

yang berada di peringkat operasi konkrit; iaitu mereka yang berumur dalam lingkungan

5

Page 6: Isi Ar Margin

7 hingga 11 tahun mempunyai pemikiran yang terhad kepada fenomena yang konkrit,

seperti yang dijelaskan bahawa “ thinking is not abstract “ (m.s 23). Ini dapat dijelaskan

oleh teori Jean Piaget dalam Jas Laile Suzana (1996) yang mana menerangkan bahawa

kanak-kanak pada peringkat ini hanya boleh melakukan operasi-operasi pada imej dan

objek-objek yang nyata sahaja dan bukan perkara-perkara abstrak. Dengan adanya

pendapat-pendapat tokoh di atas, jelaslah bahawa tahap perkembangan kognitif murid-

murid pada peringkat ini menambahkan lagi kesukaran dalam pembelajaran konsep

pembundaran nombor bulat.

Menurut Access Centre (n.d), pendekatan Concrete-representational-abstract

instructional approach (CRA) merupakan salah satu intervensi yang berupaya

meningkatkan prestasi dan pencapaian dalam mata pelajaran matematik dikalangan

murid-murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Urutan CRA

membolehkan murid-murid membina satu hubungan yang bermakna di antara

pemahaman konsep dalam peringkat konkrit, perwakilan dan abstrak. Ini jelas terbukti

dalam hasil kajian yang mana menunjukkan penggunaan bahan-bahan konkrit dapat

meningkatkan motivasi dan pemahaman konsep Matematik dalam situasi kehidupan

sebenar. (Harrison dan Harrison, 1986. Suydan & Hissins, 1977, seperti dinyatakan

dalam Access Centre n.d).

Mengambil kira pandangan Cundy dan Rollet (1961), seseorang mudah untuk

mengingati ciri-ciri objek yang dilihat secara visual dan lebih-lebih lagi melalui

pengalaman praktis. Berasaskan pandangan ini, saya berpendapat bahawa dalam

mengajar konsep pembundaran ini, penggunaan bahan bantu mengajar yang mampu

dilihat, disentuh dan digunapakai oleh murid mampu meningkatkan pemahaman murid

6

Page 7: Isi Ar Margin

berkenaan dengan tajuk ini. Pendapat saya juga disokong dengan kenyataan Jean Piaget

dalam Souviney (1989) bahawa kewujudan objek yang nyata dan ketara merupakan

komponen yang penting dalam perkembangan konsep matematik. Tambahan pula,

Bruner (1989) juga menyarankan penggunaan bahan manipulasi dalam peringkat enaktif

untuk menyediakan visualisasi yang maksimum (Souviney, 1989). Beberapa orang lagi

tokoh menyokong perlaksanaan kaedah ini antaranya ialah Norma (2004) dan

Thompson (1992) dalam Lisah (2011) yang mana mendapati bahawa penggunaan bahan

konkrit dalam pembelajaran dapat mencetuskan pemikiran dan minat murid-murid

seterusnya dapat mengurangkan kebosanan.

Deb Russell (2013) pula menyatakan bahawa hukum penting pembundaran ialah

menentukan digit yang ingin dibundarkan dan digit di sebelah kanan. Oleh itu, dengan

mengambil kira masalah yang dikemukakan dan hukum pembundaran yang dinyatakan,

saya telah mengubahsuai satu intervensi yang mana menekankan digit yang ingin

dibundarkan dan digit disebelah kanan.

Justeru itu, melalui sorotan literatur ini saya akan melaksanakan satu kajian ke

atas tajuk pembundaran nombor bulat bagi mengenalpasti cara dan kaedah yang terbaik

untuk membantu murid-murid yang lemah dalam pembundaran nombor bulat. Saya

melaksanakan kajian ini dengan menggunakan bahan yang mampu untuk dirasa,

disentuh dan diguna pakai oleh murid-murid sesuai dengan pendapat saya yang disokong

oleh beberapa pendapat tokoh-tokoh seperti yang telah disebutkan di atas.

7

Page 8: Isi Ar Margin

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN

Dalam bahagian ini, saya akan membincangkan berkenaan dengan masalah yang

dihadapi oleh murid dalam pembundaran nombor dan juga kesilapan-kesilapan murid

dalam menyelesaikan soalan pembundaran nombor.

2.1 TINJAUAN MASALAH

Saya menjalankan pemerhatian dan meninjau sejauh mana pemahaman murid

dalam bahagian pembundaran. Ini penting bagi saya dalam mengenalpasti masalah yang

dihadapi oleh murid. Melalui masalah yang dapat saya kesan, saya boleh melaksanakan

pelan rancangan saya dalam membantu murid mengatasi masalah pembundaran yang

mereka hadapi.

Dalam buku teks Matematik KSSR Tahun Dua (KSSR, Bahagian Pembangunan

Kurikulum, 2011), murid tahun dua perlu belajar dan menguasai asas pembundaran

nombor iaitu membundar nombor kepada puluh yang terdekat dan juga ratus yang

terdekat. Sewaktu mula-mula mengajar kelas tahun 2 ini, saya terus diberikan tajuk ini

untuk diajar kepada murid.

8

Page 9: Isi Ar Margin

Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, saya perhatikan banyak murid yang

kurang memahami konsep membundar. Murid kurang faham dan ada yang tidak tahu

bagaimana untuk membundar nombor. Ada sesetengah murid apabila tidak faham dan

tidak tahu, mereka terus meletakkan jawapan yang salah dan tidak berdasarkan

pemahaman mereka. Ini menunjukkan pemahaman dan asas mereka dalam membundar

rendah dan memerlukan bimbingan.

Melalui tinjauan masalah yang saya dapat, saya berminat untuk menjalankan

kajian ini kerana saya ingin membantu murid-murid saya yang memerlukan bimbingan

dan bantuan saya. Di samping itu kajian ini sangat penting bagi mengkaji kaedah yang

terbaik dalam membantu mereka. Ini kerana, kaedah terbaik yang ada dalam mengajar

pembundaran nombor ialah dengan menggunakan garis nombor. Namun begitu, saya

telah mencuba kaedah ini, namun murid saya semakin keliru dengan penggunaan garis

nombor dalam membundarkan nombor.

Memandangkan kelas tahun 2 ini merupakan kelas utama saya semasa praktikum

ini, saya tidak menghadapi masalah dalam mengendalikan kajian ini. Mudah bagi saya

untuk berinteraksi dengan murid-murid ini dengan kebenaran pihak sekolah, ibubapa

murid dan juga dengan diri murid itu sendiri.

Dalam usaha menolong murid menguasai dan memperbaiki masalah dalam

pembundaran nombor, dengan menjalankan kajian ini juga saya dapat memperbaiki dan

meningkatkan mutu pengajaran saya dalam menggunakan kaedah-kaedah yang sesuai

untuk membantu mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh murid. Selain itu,

kaedah ‘Kawan Kecil dan Kawan Besar’ yang saya gunakan dalam membantu murid ini

9

Page 10: Isi Ar Margin

tidak akan membosankan mereka. Ini disebabkan murid akan merasa seronok

menggunakan anggota badan sendiri dalam belajar. Menurut Landreth, Baggelly &

Tyndall (1999), bermain adalah perlu dalam kehidupan kanak-kanak. Dalam bermain,

keseronokan akan timbul dan dari keseronokan inilah secara tidak langsung akan

meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran serta motivasinya juga akan

meningkat. Apabila ini berlaku, maka murid akan mudah memahami cara untuk

membundar dengan betul dan dapat mengukuhkan aktiviti pembelajaran mereka.

Selain daripada itu, kajian yang saya jalankan ini juga sangat penting bagi pihak

guru-guru sekolah kerana melalui kajian ini, ianya dapat memberi idea kepada guru-guru

yang lain dalam mengajar pembundaran nombor. Di samping itu, ianya akan menjadikan

lagi pengajaran guru-guru lebih menarik dan seronok.

2.2 ANALISIS MASALAH

Melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan dalam kelas dan

latihan yang saya sediakan di hadapan kelas yang telah diselesaikan oleh murid serta

lembaran kerja yang saya berikan, saya dapati murid banyak melakukan kesilapan dalam

setiap soalan. Saya dapat mengesan bahawa murid menghadapi masalah dalam asas

pembundaran nombor. Di bawah saya sediakan jadual analisis saya terhadap kesilapan

yang dilakukan oleh murid dalam menyelesaikan soalan pembundaran nombor.

10

Page 11: Isi Ar Margin

Jadual 1 Analisis Kesilapan Murid

Jenis Kesalahan Analisis Kesalahan

A. Murid tidak tahu apabila

melakukan pembundaran

berapa yang perlu ditambah

pada nombor yang

dibundarkan.

B. Murid tidak faham dengan

kata kunci soalan

C. Murid tidak mempunyai

asas yang baik dalam

membundar nombor dan

mungkin tidak tahu

langsung.

11

Page 12: Isi Ar Margin

Jika dilihat dalam Jadual 1, terdapat tiga masalah dan kesalahan yang dilakukan

oleh murid. Bagi murid A, kesalahan yang dilakukan ialah murid tidak tahu apabila

melakukan pembundaran berapa yang perlu ditambah pada nombor yang dibundarkan.

Melalui kesalahan ini, saya dapat simpulkan murid masih tidak memahami pembundaran

dengan lebih baik. Kesalahan ini juga mungkin disebabkan oleh pengajaran saya yang

kurang efektif.

Seterusnya bagi murid B, dapat diperhatikan bahawa dia melakukan kesalahan

yang menunjukkan ketidakfahamanya terhadap kata kunci bagi soalan pembundaran.

Soalan meminta murid membundarkan nombor kepada puluh terdekat tetapi murid tidak

faham dengan soalan. Saya berasa kesalahan ini berpunca dari saya. Mungkin

disebabkan oleh penerangan saya yang kurang jelas.

Bagi murid C pula, murid ini mempunyai masalah yang serius. Murid ini tidak

dapat menjawab satupun soalan yang telah diberikan oleh saya. Masalah murid ini

menunjukkan yang terdapat murid yang tidak mempunyai asas yang baik dalam

membundar nombor. Melalui hasil jawapan murid ini juga, dapat dilihat yang murid ini

sangat memerlukan bimbingan khas dan kaedah yang lebih baik dalam menangani

masalah ini.

Melalui semua kesalahan dan masalah yang dihadapi oleh murid di atas, secara

kesimpulannya saya berpandangan bahawa murid-murid ini memerlukan bimbingan dan

kaedah yang sesuai bagi membolehkan mereka mengatasi masalah dalam membundar

nombor.

12

Page 13: Isi Ar Margin

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 OBJEKTIF UMUM

1. Membantu dan mengatasi masalah pembundaran dalam kalangan murid-murid

Tahun 2 yang mana didapati sering melakukan kesilapan dalam menjawab

soalan pembundaran nombor bulat.

3.2 OBJEKTIF KHUSUS

1. Membantu murid Tahun 2 meningkatkan pencapaian dan penguasaan dalam

pembundaran nombor bulat.

2. Membantu murid Tahun 2 dalam menyelesaikan soalan pembundaran nombor

bulat dengan mudah.

3.3 SOALAN KAJIAN

Kajian tindakan ini akan menjawab soalan berikut :

a) Sejauh manakah penggunaan kaedah ‘Kawan Kecil & Kawan Besar’

dapat meningkatkan pencapaian murid dalam pembundaran nombor bulat

dalam kalangan murid-murid Tahun 2?

b) Apakah pandangan murid-murid Tahun 2 terhadap penggunaan kaedah

‘Kawan Kecil & Kawan Besar’ dalam membantu murid-murid Tahun

2 ;menyelesaikan soalan pembundaran nombor bulat?

13

Page 14: Isi Ar Margin

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini dijalankan terhadap murid tahun 2 Zamrud di salah sebuah sekolah

Kinta Selatan. Dalam kelas ini, terdapat 27 orang murid semuanya. Murid yang menjadi

sasaran dalam kajian ini ialah seramai 4 orang murid iaitu murid yang telah dikenalpasti

sangat lemah dalam bahagian pembundaran nombor.

Empat orang murid ini terdiri daripada seorang murid lelaki dan tiga orang murid

perempuan. Murid-murid ini berasal dari sekitar kawasan daerah ini. Murid-murid ini

semuanya berbangsa Melayu dan didapati mereka ini lemah dalam subjek Matematik.

Melalui lembaran kerja pembundaran nombor, mereka adalah murid-murid yang lemah

dan memerlukan bimbingan yang lebih dengan kaedah yang lebih sesuai untuk

membantu mereka memahami konsep pembundaran.

14

Page 15: Isi Ar Margin

5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN

Kajian tindakan melibatkan pengumpulan dan penterjemahan data untuk

memudahkan pemahaman seseorang tentang sesuatu fenomena atau permasalahan di

tempat kerja. Perkara utama dalam prinsip pelaksanaan kajian tindakan ialah untuk

memperbaiki amalan seseorang atau mengatasi masalah yang dihadapi dengan membuat

tindakan terhadap penemuan yang didapati tentang sesuatu amalan itu. Kajian tindakan

dalam pendidikan menjadi satu perkembangan penting yang memberi alternatif

penyelidikan kepada pendidik.

Kajian tindakan adalah satu kajian yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri yang

dilakukan oleh peserta iaitu pengamal pendidikan, guru atau pendidik sebagai penyelidik

dalam situasi sosial itu sendiri. Terdapat pelbagai definisi berkaitan dengan kajian

tindakan. Jika dilihat pada pandangan Kemmis & McTaggart (1998) dalam Rosinah

Edinin (2011), kajian tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang

dilakukan secara kolektif, dilakukan oleh peserta yang berada dalam sesuatu situasi

sosial bertujuan meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan-amalan

kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri, di samping meningkatkan kefahaman

mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan.

15

Page 16: Isi Ar Margin

Manakala menurut pandangan McNiff (1988) pula, kajian tindakan adalah satu

pendekatan untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan

dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri,

menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Ia

melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-guru

lain secara bersama.

Untuk melaksanakan kajian ini, saya telah menggunakan dan mengaplikasikan

model kajian yang diperkenalkan oleh Kemmis & McTaggart (1988) dalam Rosinah

Edinin (2011). Berdasarkan model kajian ini, terdapat empat langkah utama yang

digunakan. Langkah pertama ialah mereflek (“reflect”), langkah kedua adalah

merancang (“plan”), langkah ketiga adalah bertindak (“action”) dan langkah yang

terakhir adalah memerhati (“observe”). Gelung Model Kemmis & McTaggart dapat

dilihat pada rajah di bawah.

Rajah 1.

Gelung Model Kemmis & McTaggart (1998).

16

Page 17: Isi Ar Margin

Peringkat 1: Mereflek

Melalui refleksi pengajaran dan pembelajaran yang telah dilakukan, saya telah

mengenalpasti beberapa masalah yang dihadapi oleh murid-murid tahun 2 Zamrud

dalam tajuk Pembundaran Nombor Bulat. Dengan mengenalpasti masalah ini, saya telah

merangka suatu tindakan yang bakal diambil dan menggunakan kaedah pengajaran

‘Kawan Kecil & Kawan Besar’ untuk membantu murid mengatasi masalah yang

dihadapi.

Peringkat 2: Merancang

Setelah mengenalpasti masalah utama yang dialami oleh murid-murid tahun 2

Zamrud, saya seterusnya membuat perancangan tindakan untuk mengatasi masalah

tersebut. Saya telah melakukan tinjauan literatur dan menentukan objektif serta

persoalan kajian yang hendak diselesaikan dalam kajian tindakan ini. Saya juga telah

menentukan kumpulan sasaran iaitu seramai empat orang yang dipilih berdasarkan

pencapaian murid dalam Ujian Diagnostik. Setelah itu, saya juga menetapkan instrumen

yang hendak digunakan dalam kajian ini iaitu melibatkan Ujian Pra dan Ujian Pasca,

pemerhatian tingkah laku (rakaman video), temu bual dan soal selidik. Oleh itu, saya

telah merancang untuk menggunakan kaedah ‘Kawan Kecil dan Kawan Besar’ untuk

membantu murid meningkatkan kemahiran membundar nombor bulat . Sebanyak dua

peringkat program intervensi yang dirancang yang setiap satunya mempunyai tiga sesi

dan juga dua sesi untuk membantu murid meningkatkan kemahiran membundar nombor

bulat..

17

Page 18: Isi Ar Margin

Peringkat 3: Bertindak

Selepas perancangan dibuat, saya telah mengadakan Ujian diagnostik dan Ujian

Pra bagi mengukur tahap pencapaian peserta kajian sebelum menjalankan sesi

Intervensi. Selepas itu, saya menjalankan program intervensi saya. Kemudian, saya

mengedarkan soalan latihan sebagai mengukur tahap peningkatan kumpulan sasaran dan

seterusnya membuat Ujian Pasca. Setiap perkembangan murid direkodkan dan dijadikan

bukti bahawa proses peningkatan kemahiran telah berlaku. Instumen temu bual,

pemerhatian tingkah laku,penulisan refleksi dan analisis dokumen juga dilakukan dalam

peringkat ini.

Peringkat 4: Memerhati

Pada peringkat ini, saya membuat suatu pemerhatian berdasarkan hasil dapatan.

Ini termasuklah membuat perbandingan secara langsung tentang pencapaian markah

setiap peserta kajian berdasarkan Ujian Pra dan Ujian Pasca. Perbandingan ini bertujuan

untuk melihat sejauh mana tahap kefahaman murid dan menentukan keberkesanan

kaedah ‘Kawan Kecil & Kawan Besar’ dalam membantu murid. Analisis bagi setiap

orang peserta kajian juga dibuat berdasarkan kepada hasil lembaran kerja pada setiap

sesi Intervensi yang telah dijalankan dan hasil jawapan mereka dalam soalan latihan dan

Ujian Pasca yang menentukan keberkesanan kaedah ini. Analisis ini juga mengambil

kira pelbagai aspek dan dinilai sudut instrumen kajian yang berbeza iaitu melalui kaedah

temu bual dan pemerhatian.

18

Page 19: Isi Ar Margin

Peringkat 5 : Mereflek

Bagi melengkapkan satu pusingan gelung, saya membuat refleksi sekali lagi

secara keseluruhan bagi membuat penilaian saya sendiri tentang kekuatan dan

kelemahan yang terdapat pada kaedah mahupun pada sesi program intervensi saya.

5.1 PERANCANGAN PELAN TINDAKAN

Perancangan merupakan langkah awal yang sangat penting dalam setiap perkara

yang ingin kita lakukan. Sebelum menjalankan kajian ini, saya telah merancang

beberapa langkah dalam menjadikan kajian ini berjalan lebih baik dan teratur.

Perancangan yang telah saya rangka adalah seperti yang tertera dalam Rajah 1 :

19

Page 20: Isi Ar Margin

5.1.1 Ujian Pra

Ujian Pra merupakan ujian yang saya jalankan selepas murid menjalani ujian

diagnostik. Ujian Pra ini merupakan ujian yang diberikan kepada kumpulan sasaran

yang telah dikenalpasti selepas ujian diagnostik. Perlaksanaan Ujian Pra ini adalah

20

Langkah 1

Ujian Pra

Langkah 2

Program intervensi 1 menggunakan bahan bantu mengajar kaedah ‘Kawan Kecil & Kawan Besar’

Langkah 4

Ujian Pasca

Langkah 5

Temu Bual

Langkah 3

Program intervensi 2 menggunakan kaedah ‘Kawan Kecil & Kawan Besar’

Rajah 2 . Carta Aliran Kajian Tindakan.

Page 21: Isi Ar Margin

sebagai langkah awal dalam merekod pencapaian murid dalam kumpulan sasaran

sebelum intervensi dijalankan.

5.1.2 Program Intervensi Pertama Menggunakan Bahan Bahan Bantu Mengajar

Kaedah “Kawan Kecil & Kawan Besar“

5.1.2.1 Sesi Pertama

Dalam bahagian pertama ini, saya telah memperkenalkan pembundaran nombor

kepada kumpulan sasaran. Langkah-langkah dalam sesi pertama ini adalah seperti di

bawah :

I. Guru menunjukkan satu kad nombor bulat kepada murid.

II. Guru bertanya kepada murid beberapa soalan :

a) Bacakan nombor ini murid-murid. ( Seratus dua puluh lima ).

b) Apakah nilai tempat bagi setiap nombor di atas? ( 1 = ratus, 2 = puluh, 5

= sa )

III. Guru menerangkan setiap kedudukan nilai tempat nombor-nombor pada kad

nombor tersebut.

21

1 2 5

Page 22: Isi Ar Margin

IV. Kemudian, guru memperkenalkan perkataan puluh terdekat dan ratus terdekat

kepada murid. Guru menunjukkan kad nombor yang telah siap ditanda dengan

kedudukan puluh terdekat dan ratus terdekat.

5.1.2.2 Sesi Kedua

Dalam sesi kedua ini, saya mula memperkenalkan kaedah saya kepada kumpulan

sasaran. Kaedah yang saya gunakan ialah kaedah ‘Kawan Kecil & Kawan Besar’.

I. Guru memperkenalkan kaedah ‘Kawan Kecil & Kawan Besar’ kepada kumpulan

sasaran

II. Guru menunjukkan bahan bantu mengajar kaedah ini, yang merupakan dua tangan

iaitu tangan kiri dan tangan kanan.

22

1 2 5

Puluh Terdekat

Ratus Terdekat

Page 23: Isi Ar Margin

III. Guru menerangkan kepada murid, tangan kiri merupakan kawan kecil manakala

tangan kanan pula ialah kawan besar.

IV. Kemudian, guru menerangkan kawan kecil terdiri dari pada nombor 0, 1, 2, 3, dan

4. Nombor-nombor ini berada pada setiap jari bermula dari ibu jari. Manakala

kawan besar pula terdiri daripada nombor 5, 6, 7, 8, dan 9.

V.

Guru memberitahu murid, nombor dalam kawan kecil hanya boleh menambah ‘0’

ketika membundar manakala kawan besar pula boleh menambah ‘1’.

VI. Guru menunjukkan satu kad nombor :

23

1 2 5

Page 24: Isi Ar Margin

VII. Kemudian guru memberi satu contoh soalan, “bundarkan nombor berikut kepada

puluh yang terdekat”. Murid sudah tahu nilai tempat setiap nombor, puluh yang

terdekat dikotakkan. Guru menunjukkan dan menjelaskan bahawa kawan kecil

atau kawan besar ialah nombor di sebelah kanan nombor yang ingin dibundarkan

(nombor yang berwarna merah).

VIII. Setelah itu, guru bertanya kepada murid ;

a) Nombor 5 tergolong dalam kawan apa ? (Kawan Besar)

b) Berapakah yang boleh ditambah oleh nombor 5 kepada puluh yang terdekat iaitu

2 ? (+1)

IX. Setelah itu, guru menjelaskan pula kepada murid, apabila kawan kecil atau kawan

besar menambah ‘1’ atau ‘0’ kepada nombor yang dibundarkan, nombor kawan

kecil dan kawan besar ini akan menjadi kosong. Begitu juga nombor yang berada

di sebelah kanan kawan kecil atau kawan besar dan seterusnya.

5.1.2.3 Sesi Ketiga

Dalam sesi ketiga, saya mengajak murid untuk mengimbas kembali apa yang

telah mereka pelajari dalam sesi pertama dan sesi kedua. Kemudian saya meneruskan

24

1 2 5

1 3 0

Page 25: Isi Ar Margin

intervensi dengan memberi contoh soalan. Langkah-langkah dalam sesi ini adalah

seperti di bawah :

I. Guru mengimbas kembali apa yang telah mereka pelajari dalam sesi pertama dan

sesi kedua.

II. Setelah itu, guru memberikan contoh soalan kepada murid. Soalan ini adalah

soalan pembundaran nombor bulat kepada puluh dan ratus terdekat.

III. Sebelum itu, guru menampal bahan bantu mengajar kaedah ‘Kawan Kecil &

Kawan Besar’ sebagai bahan membantu murid dalam menyelesaikan contoh

soalan.

IV. Soalan yang diberikan ialah ;

a) Bundarkan 143 kepada puluh yang terdekat

Kotakkan puluh yang terdekat iaitu 4, maka lihat nombor sebelah kanan untuk

memastikan nombor tersebut ialah kawan kecil atau kawan besar. 3 ialah kawan

kecil, maka hanya tambah 0 (+0)

Tambah 0 (+0) kepada puluh yang terdekat, iaitu 4. Selepas itu, 3 akan menjadi

kosong. Jawapannya ialah :

25

1 4 3

1 4 0

Page 26: Isi Ar Margin

b) Bundarkan 264 kepada ratus yang terdekat

Ratus yang terdekat ialah 2, maka lihat nombor sebelah kanan untuk memastikan

nombor tersebut ialah kawan kecil atau kawan besar. 6 merupakan kawan besar,

maka boleh tambah 1 (+1).

Tambah 1 (+1) kepada ratus yang terdekat iaitu 2. Selepas itu, 6 dan 4 akan

menjadi kosong.

5.1.3 Program Intervensi Kedua Menggunakan Kaedah ‘Kawan Kecil & Kawan

Besar’

Dalam program intervensi kedua ini, saya membuat dua sesi iaitu sesi pertama dan juga

sesi kedua. Penerangan setiap sesi adalah seperti berikut ;

5.1.3.1 Sesi Pertama

Dalam sesi pertama, saya memperkenalkan kaedah ‘Kawan Kecil & Kawan

Besar’ tanpa penggunaan bahan bantu mengajar. Setiap langkah adalah seperti di bawah

26

2 6 4

3 0 0

Page 27: Isi Ar Margin

I. Guru memperkenalkan cara menggunakan kaedah ‘Kawan Kecil & Kawan

Besar’ dalam pembundaran nombor tanpa menggunakan bahan bantu belajar

yang disediakan oleh guru.

II. Guru meminta semua murid mengangkat kedua-dua belah tangan mereka.

Kemudian guru meminta semua murid menjatuhkan tangan. Seterusnya, guru

memberi arahan kepada murid, “angkat tangan kanan”. Selepas itu, guru

memberi arahan lagi, “angkat tangan kiri”.

III. Setelah itu, guru menjelaskan kepada murid bahawa tangan kiri mereka adalah

kawan kecil manakala tangan kanan adalah kawan besar. Guru menerangkan

bahawa penggunaan tangan mereka dalam menentukan kawan kecil dan kawan

besar sama dengan cara semasa menggunakan bahan bantu mengajar sebelum ini.

IV. Guru memberikan satu contoh soalan kepada murid dalam bentuk kad nombor ;

a) Bundarkan 358 kepada puluh yang terdekat.

27

Page 28: Isi Ar Margin

b) Murid menentukan dahulu nilai tempat yang dibundarkan, puluh yang terdekat

ialah 5. Maka kawan kecil atau kawan besar ditentukan melalui nombor disebelah

kanan 5 iaitu 8.

c) Nombor 8 termasuk dalam kawan besar, maka ia menambah 1 (+1) kepada nilai

tempat puluh iaitu 5.

d) Maka jawapannya ialah 360, dimana 8 selepas menambah 1 (+1) kepada 5

menjadi kosong.

V. Seterusnya, guru memberikan satu lagi contoh soalan membundar kepada ratus

yang terdekat.

a) Bundarkan 529 kepada ratus yang terdekat.

b) Pertama sekali, tentukan nilai tempat yang ingin dibundarkan iaitu ratus yang

terdekat. Ratus yang terdekat ialah 5. Maka, kawan kecil atau kawan besar ialah

nombor 2.

c) Nombor 2 adalah kawan kecil, oleh itu ia menambah 0 (+0) kepada nombor yang

dibundarkan iaitu nombor 5.

d) Maka, jawapan bagi 529 apabila dibundarkan kepada ratus yang terdekat ialah

500.

28

3 6 0

5 0 0

Page 29: Isi Ar Margin

5.1.3.2 Sesi Kedua

Dalam sesi kedua ini, saya mengedarkan soalan kepada murid untuk menguji

kefahaman mereka dalam membundar menggunakan kaedah ‘Kawan Kecil & Kawan

Besar’. Langkah-langkah dalam sesi ini adalah seperti berikut ;

I. Guru memgajak murid untuk mengimbas kembali pembelajaran mereka pada sesi

pertama yang lepas. Guru bertanya ;

a) Sebelum ini, kita belajar membundar menggunakan kaedah apa ? (Kaedah Kawan

Kecil & Kawan Besar’)

b) Kawan kecil tangan apa dan kawan besar pula tangan mana satu ? (kawan kecil

tangan kiri manakala kawan besar pula ialah tangan kanan)

c) Kawan kecil boleh menambah berapa ? kawan besar pula boleh menambah

berapa? (kawan kecil tambah 0, manakala kawan besar tambah 1)

II. Kemudian, guru memberikan murid soalan membundar bagi menguji kefahaman

murid dalam membundar menggunakan kaedah ‘Kawan Kecil & Kawan Besar’.

III. Guru memberikan murid 6 soalan membundar nombor bulat, 3 soalan membundar

kepada puluh yang terdekat dan 3 lagi membundar kepada ratus yang terdekat.

Soalan rujuk lampiran 5.

5.1.6 Ujian Pasca

Ujian Pasca ialah ujian akhir yang dilakukan bagi menilai hasil intervensi. Ujian

ini dilakukan selepas semua intervensi dijalankan bersama murid. Ujian ini

29

Page 30: Isi Ar Margin

menggunapakai kembali soalan dalam Ujian Pra tetapi urutannya telah diubah.

Pencapaian murid dalam Ujian Pasca ini direkodkan untuk membuat perbandingan ke

atas pencapaian murid sebelum dan selepas intervensi.

5.1.7 Temu Bual

Setelah melaksanakan semua langkah dan Ujian Pasca, saya mengadakan temu

bual bersama dengan murid kumpulan sasaran. Temu bual ini dijalankan untuk

mendapatkan respon murid terhadap intervensi yang telah mereka jalani. Temu bual ini

juga saya jalankan dengan kebenaran murid sendiri tanpa ada paksaan.

Antara soalan yang akan saya ajukan kepada murid ialah :

a. Adakah anda suka dan selesa menggunakan kaedah ‘Kawan Kecil & Kawan

Besar’ dalam membundar nombor ?

b. Apakah selepas menggunakan kaedah ‘Kawan Kecil & Kawan Besar’ anda lebih

mudah faham dengan pembundaran nombor ?

c. Adakah anda boleh menjawab soalan pembundaran nombor dengan mudah dan

berkesan selepas menggunakan kaedah ‘Kawan Kecil & Kawan Besar’ ?

Perbualan saya dan kumpulan sasaran ini saya rakam dan rekodkan dalam data yang

telah saya kumpulkan. Saya telah terjemahkan jawapan murid-murid ini dalam bentuk

transkrip.

30

Page 31: Isi Ar Margin

5.2 PERANCANGAN CARA MENGUMPUL DATA

Setelah merancang tindakan, saya telah mengumpul semua data yang saya dapat

melalui langkah-langkah yang telah saya laksanakan. Antara data yang saya kumpul dan

rekodkan ialah pencapaian murid, tingkah laku murid dan minat murid dalam

pembelajaran pembundaran nombor menggunakan kaedah ‘Kawan Kecil & Kawan

Besar’.

Untuk mendapatkan data-data tersebut, saya telah menggunakan Ujian Pra dan

Ujian Pasca dalam mengumpul dan merekodkan pencapaian murid. Bagi data tingkah

laku murid pula, saya menggunakan kaedah pemerhatian (rakaman video) manakala data

minat murid menggunakan kaedah ‘Kawan Kecil & Kawan Besar’ pula saya rekodkan

melalui temu bual bersama mereka serta melalui soal selidik.

5.2.1 Ujian Pra

Ujian Pra ialah ujian yang dijalankan selepas ujian diagnostik. Ujian ini

dijalankan kepada kumpulan sasaran. Soalan-soalan dalam Ujian Pasca ini adalah soalan

yang berkaitan dengan pembundaran nombor. Tahap penguasaan murid direkodkan

sebagai tahap penguasaan murid sebelum intervensi.

31

Page 32: Isi Ar Margin

5.2.2 Ujian Pasca

Ujian Pasca ditadbir setelah selesai proses intervensi terhadap kumpulan sasaran.

Ujian ini penting bagi mengenalpasti hasil inervensi yang dijalankan, sama ada berjaya

ataupun sebaliknya. Ini juga menentukan sama ada kaedah ‘Kawan Kecil & Kawan

Besar’ sesuai diaplikasikan kepada kumpulan sasaran ini ataupun tidak. Hasil data dalam

Ujian Pasca direkodkan bagi membuat perbandingan sebelum dan selepas intervensi

dijalankan.

5.2.3 Pemerhatian (Rakaman Video)

Sepanjang proses kajian ini, saya telah melakukan pemerhatian terhadap

tingkahlaku kumpulan sasaran. Bermula dari Ujian Pra sehinggalah sampai ke langkah

temu bual, pemerhatian dibuat bagi melihat tingkahlaku murid sama ada terdapat

penambahbaikan dari segi minat dan sikap mereka.

5.2.4 Temu Bual

Temu bual dijalankan bagi mendapatkan respon kumpulan sasaran selepas

menjalankan sesi intervensi. Temu bual ini dijalankan selepas semua langkah telah

dilaksanakan. Temu bual ini dijalankan lebih kepada pendapat murid terhadap

penggunaan kaedah ‘Kawan Kecil & Kawan Besar’ dan juga kesannya dalam

pembelajaran dan pemahaman mereka dalam pembundaran nombor. Semua yang

dijalankan dalam temu bual ini direkodkan untuk simpanan dan menjadi data penilaian.

32

Page 33: Isi Ar Margin

5.2.5 Soal Selidik

Soal selidik juga dijalankan bagi mendapatkan respon kumpulan sasaran selepas

menjalankan intervensi. Item-item soalan dalam soal selidik ini adalah lebih kepada

pendapat murid dan kesan penggunaan kaedah ‘Kawan Kecil & Kawan Besar’ terhadap

diri mereka dalam pembundaran nombor. Data yang diperolehi dalam soal selidik ini

direkodkan untuk disimpan dan menjadi data penilaian.

5.3 PERANCANGAN CARA MENGANALISIS DATA

Setelah data dikumpul, saya telah menganalisis setiap data tersebut. Data yang

dianalisiskan ialah data yang diperolehi dari Ujian Pra, Ujian Pasca, pemerhatian

(rakaman video), temu bual dan juga melalui soal selidik.

Jadual 2 Cara menganalisis data mengikut data

Data Instrumen Cara Analisis

Pencapaian Murid Ujian Pra

Ujian Pasca

Statistik deskriptif dengan

menggunakan peratus (%)

Tingkah laku dan sikap

murid

Pemerhatian (rakaman video) Membuat transkrip melalui

video dan menganalisis

persoalan yang

dikemukakan

Minat Murid Temu Bual

Soal Selidik

Membuat transkrip melalui

audio dan borang soal

selidik

33

Page 34: Isi Ar Margin

5.3.1 Ujian Pra dan Ujian Pasca

Ujian ini telah dijalankan sebelum dan selepas intervensi yang saya lakukan.

Ujian Pra dijalankan sebelum intervensi manakala Ujian Pasca pula dijalankan selepas

intervensi. Hasil keputusan bagi kedua-dua ujian ini telah direkodkan dan saya analisis

untuk melihat hasil intervensi. Saya telah merekodkan semua hasil murid dalam jadual

seperti berikut.

Jadual 3 Bilangan Skor Murid Dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca.

Soalan Bilangan Murid

Ujian Pra Ujian Pasca

1

2

3

4

Bagi menganalisis dengan lebih mendalam lagi, saya membuat jadual palang.

Jadual palang ini memaparkan analisis bagi peningkatan atau penurunan yang

ditunjukkan oleh murid kumpulan sasaran.

Di samping itu, saya membuat perbandingan di antara markah murid kumpulan

sasaran dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca. Ini bagi menampakkan lagi perbezaan yang

berlaku sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Ujian Pra ditandakan dengan simbol

(x1) manakala Ujian Pasca pula ditandakan dengan simbol (x2). Melalui perbezaan ini,

peratus perbezaan akan dilakukan sekaligus.

34

Page 35: Isi Ar Margin

Jadual 4 Pencapaian Skor Murid Dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca

Murid Skor Dalam

Ujian Pra (x1)

Skor Dalam

Ujian Pasca

(x2)

Perbezaan Skor

(x2 –x1)

Peratus

Perbezaan

(x 2– x1)X

X 100

M1

M2

M3

M4

Melalui data yang dianalisis ini, keberhasilan kaedah ‘Kawan Kecil & Kawan Besar’

dapat dinilai. Perbezaan pencapaian murid sebelum dan selepas intervensi akan

menentukan sama ada kaedah ini boleh diguna pakai dalam membantu mereka ataupun

tidak.

5.3.2 Pemerhatian (Rakaman Video)

Rakaman video yang dibuat diubah kepada transkrip video. Ini bagi memudahkan

proses menganalisis video tersebut. Selepas mengubahnya kepada transkrip, saya

membuat rumusan dari apa yang telah berlaku. Jadual dibawah ialah bagaimana

rakaman video ditukar kepada transkrip.

35

Page 36: Isi Ar Margin

Jadual 5 Transkrip Video

Masa Pihak Kandungan Catatan

Guru

Murid

5.3.3 Temu Bual

Temu bual yang dijalankan telah dirakam. Rakaman ini penting bagi

mengenalpasti respon murid dengan penggunaan kaedah ‘Kawan Kecil & Kawan Besar’

dalam pembundaran nombor. Respon murid ini akan direkodkan dan ditranskripkan bagi

memudahkan penilaian dilakukan. Melalui transkrip ini juga, saya dapat mengenalpasti

kekuatan dan kelemahan intervensi yang saya lakukan dalam membantu mereka. Jadual

transkip adalah seperti dibawah.

Jadual 6 Transkrip Temu Bual

Masa Pihak Kandungan Catatan

Guru

Murid

5.3.4 Soal Selidik

Soal selidik diedarkan bagi mendapatkan respon kumpulan sasaran tentang kesan

penggunaan kaedah ‘Kawan Kecil & Kawan Besar’ dalam pembundaran nombor

mereka. Soal selidik ini mengandungi 3 item soalan dan setiap soalan mempunyai tiga

36

Page 37: Isi Ar Margin

pilihan jawapan. Melalui hasil borang soal selidik ini, saya dapat mengenalpasti sama

ada kumpulan sasaran suka menggunakan kaedah ‘Kawan Kecil & Kawan Besar’

ataupun tidak dan juga menilai kesan penggunaan kaedah ini dalam pembundaran

nombor mereka. Jadual 7 di bawah adalah bagaimana saya menganalisis soal selidik

kumpulan sasaran.

Jadual 7 Taburan Respon Kumpulan Sasaran dalam Soal Selidik

Bil Item Respon Murid

Tidak Setuju Setuju Sangat

Setuju

1 Item 1

2 Item 2

3 Item 3

37

Page 38: Isi Ar Margin

6.0 ANALISIS DAN INTEPRETASI DATA

Melalui data-data yang telah dikumpul, iaitu melalui Ujian Pra dan pasca, pemerhatian

(rakaman video), temu bual dan soal selidik, saya melakukan analisis dan intepretasi

data. Triangulasi data dibuat dengan pengumpulan data kuantitatif dan kualitatif.

6.1 ANALISIS UJIAN PRA DAN PASCA

Sebelum saya menjalankan program intervensi saya, saya mentadbir Ujian Pra

kepada kumpulan sasaran dalam kajian ini. Manakala, Ujian Pasca pula saya jalankan

selepas program intervensi. Ujian Pra mengandungi 8 soalan di mana 4 soalan

merupakan ‘soalan membundar kepada puluh yang terdekat’ dan 4 soalan lagi

‘membundar kepada ratus yang terdekat’. Soalan Ujian Pasca sama seperti Ujian Pra

tetapi susunan soalan dibeza-bezakan. Setelah mentadbir Ujian Pra dan pasca, saya telah

memeriksa kertas ujian tersebut. Jadual 8 di bawah menunjukkan bilangan skor

kumpulan sasaran dalam Ujian Pra dan pasca.

38

Page 39: Isi Ar Margin

Jadual 8 Bilangan Skor Murid dalam Ujian Pra dan Pasca

No Soalan Bilangan Murid

Ujian Pra Ujian Pasca

1 4 4

2 1 4

3 0 4

4 0 1

5 2 4

6 2 4

7 0 4

8 0 3

Melalui Jadual 8 di atas, dapat dilihat berlaku peningkatan di antara Ujian Pra dan

Ujian Pasca. Merujuk jadual di atas, soalan 1 menunjukkan kesemua kumpulan sasaran

dapat menjawab soalan dengan betul dalam kedua-dua ujian. Bagi soalan 2 pula, berlaku

peningkatan dalam skor dalam Ujian Pasca, iaitu kesemua kumpulan sasaran berjaya

menjawab dengan betul berbanding dalam Ujian Pra iaitu hanya seorang yang betul.

Soalan 3 pula menunjukkan peningkatan skor semua betul berbanding sebelumnya iaitu

semua salah dalam Ujian Pra. Bagi soalan 4, kumpulan sasaran gagal menjawab soalan

dalam Ujian Pra namun terdapat dua orang yang berjaya menjawab dalam Ujian Pasca.

Dalam soalan 5 pula, kesemua kumpulan sasaran berjaya menjawab soalan

berbanding dalam Ujian Pra iaitu hanya dua orang sahaja yang berjaya menjawab.

Soalan 6 menunjukkan dua orang kumpulan sasaran berjaya menjawab soalan dalam

39

Page 40: Isi Ar Margin

Ujian Pra dan dalam Ujian Pasca kesemua kumpulan sasaran berjaya menjawab soalan.

Bagi soalan 7, kesemua kumpulan sasaran berjaya menjawab soalan berbanding dengan

Ujian Pra yang semua kumpulan gagal menjawab soalan. Dan yang terakhir, soalan 8

pula menunjukkan 3 orang kumpulan sasaran berjaya menjawab soalan 8 jika

dibandingkan dalam Ujian Pra yang tiada seorangpun berjaya menjawab soalan dengan

betul.

Bagi menganalisis dengan lebih mendalam lagi, saya telah membuat

perbandingan di antara markah murid kumpulan sasaran dalam Ujian Pra dan Ujian

Pasca. Ini bagi menampakkan lagi perbezaan yang berlaku sebelum dan selepas

intervensi dijalankan. Ujian Pra ditandakan dengan simbol (x1) manakala Ujian Pasca

pula ditandakan dengan simbol (x2). Jadual 9 menunjukkan skor kumpulan sasaran

dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca serta peratusnya. Manakala, dalam Jadual 10 pula

menunjukkan peningkatan skor dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca serta peratus

peningkatan skor.

Jadual 9 Peratus Pencapaian dalam Ujian Pra dan Pasca

Murid Skor Dalam

Ujian Pra (x1)

Peratus

Pencapaian (%)

Skor Dalam

Ujian Pasca

(x2)

Peratus

Pencapaian (%)

Adib 1 12.5 7 87.5

Izzati 3 37.5 6 62.5

Mariam 1 12.5 7 87.5

Sofiyyah 4 50 8 100

40

Page 41: Isi Ar Margin

Melalui data yang ditunjukkan dalam Jadual 9, terdapat peningkatan dalam skor

dan peratus bagi setiap orang dalam kumpulan sasaran. Peningkatan skor Adib dapat

dilihat dalam Ujian Pasca di mana Adib mendapat skor 1 dalam Ujian Pra dan dalam

Ujian Pasca, Adib berjaya mendapat skor 7. Ini menunjukan peningkatan dari 12.5%

dalam Ujian Pra kepada 87.5% dalam Ujian Pasca. Peningkatan skor Izzati dalam Ujian

Pasca pula ialah 6 berbanding dengan skor yang dia perolehi dalam Ujian Pra iaitu 3. Ini

menunjukkan peningkatan pencapaian dari 37.5% dalam Ujian Pra kepada 62.5% dalam

Ujian Pasca.

Bagi peningkatan pencapaian Mariam pula, dia mendapat skor 1 dalam Ujian Pra

namun dalam Ujian Pasca dia berjaya mendapat skor 7. Peningkatan pencapaian Mariam

sama dengan Adib iaitu 12.5% dalam Ujian Pra kepada 87.5% dalam Ujian Pasca.

Manakala Sofiyyah pula berjaya mendapat skor 8 iaitu semua betul dalam Ujian Pra

berbanding dengan skor 4 dalam Ujian Pra. Peningkatan pencapaian Sofiyyah dalam

Ujian Pasca ialah 100% berbanding dengan 50% dalam Ujian Pra.

Saya juga telah membuat analisis dari segi peningkatan yang berjaya dicapai oleh

kumpulan sasaran dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca seperti yang tunjukkan dalam Jadual

10 di bawah:

Jadual 10 Peningkatan Peratus Dalam Ujian Pra dan Pasca

41

Page 42: Isi Ar Margin

Murid Skor Dalam

Ujian Pra (x1)

Skor Dalam

Ujian Pasca

(x2)

Perbezaan Skor

(x2 –x1)

Peratus (%)

(x 2– x1)X

X 100

Adib 1 7 6 75

Izzati 3 6 3 37.5

Mariam 1 7 6 75

Sofiyyah 4 8 5 50

Berdasarkan data Jadual 10, terdapat peningkatan peratus dalam skor bagi setiap

orang dalam kumpulan sasaran. Melalui Jadual 9, peningkatan peratus skor Adib dapat

dilihat iaitu sebanyak 75% di mana skor perbezaan yang Adib perolehi di antara Ujian

Pra dan Ujian Pasca ialah 6. Dalam jadual di atas juga menunjukkan, Izzati berjaya

memperolehi peningkatan peratus sebanyak 37.5% yang mana dia memperolehi

peningkatan skor iaitu sebanyak 3 skor dalam Ujian Pasca.

Bagi peningkatan peratus pencapaian Mariam pula, dia mendapat 75% di mana

Mariam berjaya memperolehi perbezaan 6 skor dalam Ujian Pasca jika dibandingkan

dengan 1 skor dalam Ujian Pra. Dan yang terakhir, Sofiyyah berjaya mendapat

peningkatan peratus dalam skor sebanyak 50% yang mana dia berjaya mendapat 8 skor

dalam Ujian Pasca berbanding 4, beza 4 skor dalam Ujian Pra.

Di samping membuat analisis data menggunakan jadual dan peratus bagi data-

data Ujian Pra dan pasca yang dikumpul, saya juga telah menganalisis data

42

Page 43: Isi Ar Margin

menggunakan graf bar berganda. Rajah 3 di bawah menunjukkan graf perbezaan skor

kumpulan sasaran dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca.

Rajah 3. Graf Bar Berganda Perbezaan Skor Kumpulan Sasaran dalam Ujian Pra dan

Pasca

Berdasarkan graf bar berganda dalam Rajah 3 di atas, dapat dilihat Adib dan

Mariam merupakan kumpulan sasaran yang paling tinggi mencapai peningkatan iaitu

dari 12.5% dalam Ujian Pra kepada 87.5 % dalam Ujian Pasca. Izzati pula berjaya

mencapai peningkatan sebanyak 62.5% dalam Ujian Pasca berbanding 37.5% dalam

Ujian Pra. Manakala Sofiyyah pula berjaya mecapai peningkatan sebanyak 100% dalam

Ujian Pasca berbanding 50% dalam Ujian Pra yang mana menunjukkan dia berjaya

menjawab kesemua soalan dengan betul.

43

Adib Izzati Mariam Sofiyyah0

20

40

60

80

100

120

Perbezaan Skor Kumpulan Sasaran dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca

Ujian PraUjian Pasca

Kumpulan Sasaran

Pera

tus M

arka

h (%

)

Page 44: Isi Ar Margin

Selain menggunakan graf bar berganda dalam menganalisis Ujian Pra dan Ujian

Pasca, saya menggunakan kaedah min dalam menganalisis perbezaan di antara Ujian Pra

dan pasca. Analisis min bagi kedua-dua ujian seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 11

di bawah :

Jadual 11 Analisis Min Perbezaan Ujian Pra dan Pasca

Kumpulan Sasaran Skor

Ujian Pra (%) Ujian Pasca (%)

1. Adib 12.5 87.5

2. Izzati 37.5 62.5

3. Mariam 12.5 87.5

4. Sofiyyah 50 100

Min 28.13 % 84.38%

Pengiraan min bagi Ujian Pra,

Peratus min skor Ujian Pra = (12.5+37.5+12.5+50)4

= (112.5)

4

= 28.13

Pengiraan min bagi Ujian Pasca,

Peratus min skor Ujian Pasca = (87.5+62.5+87.5+100)

4

44

Page 45: Isi Ar Margin

= (337.5)

4

= 84.38

Berdasarkan Jadual 11 dan pengiraan peratus min di atas, dapat dilihat bahawa

peratus min bagi Ujian Pra ialah 28.3 manakala peratus min bagi Ujian Pasca pula ialah

84.38. Ini bermaksud bahawa Ujian Pasca menunjukkan peratus min yang lebih tinggi

berbanding dengan peratus min yang ditunjukkan oelh Ujian Pra. Analisis mod pula

mendapati mod bagi Ujian Pra ialah 12.5% iaitu 1 skor manakala mod bagi Ujian Pasca

pula ialah 87.5% iaitu sebanyak skor 7.

Melalui analisis Ujian Pra dan Ujian Pasca, jelas menunjukkan bahawa

pencapaian kumpulan sasaran saya telah menunjukkan peningkatan yang tinggi dan

ketara. Ini berlaku selepas program intervensi dijalankan ke atas mereka. Ini juga

menunjukkan bahawa Kaedah Kawan Kecil & Kawan Besar berjaya meningkatkan

penguasaan kumpulan sasaran dalam pembundaran nombor.

6.2 ANALISIS PEMERHATIAN (RAKAMAN VIDEO)

Saya menganalisis data melalui pemerhatian yang saya lakukan dalam program

intervensi saya melalui rakaman video. Analisis pemerhatian ini bertujuan untuk

melihat tingkah laku kumpulan sasaran dalam menggunakan kaedah ‘Kawan Kecil &

Kawan Besar’ sama ada mereka suka dan seronok menggunakan kaedah ini ataupun

tidak. Saya menganalisis pemerhatian (rakaman video) terutamanya dalam bahagian

45

Page 46: Isi Ar Margin

intervensi menggunakan kaedah ‘Kawan Kecil dan Kawan Besar’ dengan membuat

transkrip video melalui video tersebut.

Melalui video dan transkrip video yang saya analisis, didapati kumpulan sasaran

memberi respon yang sangat positif. Kumpulan sasaran memberi respon dengan

menjawab soalan dengan penuh bersemangat. Malah melalui video yang dianalisis,

didapati kumpulan sasaran melibatkan diri dengan aktif. Setiap soalan yang diajukan

oleh guru dapat dijawab dengan baik oleh kumpulan sasaran.

Selain itu, melalui analisis ini juga didapati kumpulan sasaran mudah mengingati

apa yang disampaikan oleh guru. Apabila guru bertanya kembali berkenaan dengan

penggunaan kaedah ‘Kawan Kecil & Kawan Besar’, kumpulan sasaran dapat menjawab

dengan betul. Ini menunjukkan mereka faham dengan apa yang diajarkan oleh guru. Di

samping itu, kumpulan sasaran sering kali menjawab “boleh” apabila disoal oleh guru

dengan penuh yakin. Ini menunjukkan bahawa kumpulan sasaran faham cara

penggunaan kaedah ini serta berasa seronok dalam menggunakan kaedah ini dalam

pembundaran nombor.

Tambahan itu, kumpulan sasaran dengan penuh yakin menjawab “boleh” kepada

guru apabila guru bertanya mereka faham ataupun tidak bagaimana membundar dengan

kaedah ‘Kawan Kecil & Kawan Besar’. Mereka juga penuh yakin untuk menjawab

soalan pembundaran nombor jika diberikan menggunakan kaedah ‘Kawan Kecil &

Kawan Besar’.

Secara kesimpulannya, murid berasa seronok dan suka menggunakan kaedah

‘Kawan Kecil & Kawan Besar’ dalam membundar nombor bulat. Melalui analisis yang

46

Page 47: Isi Ar Margin

dibuat juga didapati, murid memberikan respon yang sangat memberangsangkan dalam

sesi intervensi apabila diperkenalkan dengan kaedah ‘Kawan Kecil & Kawan Besar’.

6.3 ANALISIS SOAL SELIDIK

Selain daripada Ujian Pra dan Ujian Pasca, saya menggunakan borang soal selidik

bagi menentukan keberkesanan program intervensi saya. Melalui respon yang diberikan

oleh kumpulan sasaran saya kepada item-item dalam soal selidik, saya telah

menganalisis dengan menggunakan kekerapan. Jadual 12 menunjukkan taburan respon

kumpulan sasaran dalam soal selidik.

Jadual 12 Taburan Respon Kumpulan Sasaran dalam Soal Selidik

Bil Item Respon Murid

Tidak Setuju Setuju Sangat

47

Page 48: Isi Ar Margin

Setuju

1 Adakah konsep Kawan Kecil &

Kawan Besar mudah difahami ?

0 0 4

2 Adakah kaedah ‘Kawan Kecil

& Kawan Besar’ dapat

membantu anda menguasai

pembundaran nombor bulat ?

0 0 4

3 Adakah anda seronok

membundar nombor

menggunakan kaedah ini ?

0 0 4

Dalam borang soal selidik ini, saya telah memasukkan tiga item untuk dijawab

oleh kumpulan sasaran. Berdasarkan Jadual 12, didapati kesemua 4 orang kumpulan

sasaran (100%) menyatakan bahawa konsep penggunaan kaedah ‘Kawan Kecil &

Kawan Besar’ mudah untuk difahami (Item 1). Ini menunjukkan kaedah ini mudah

untuk digunakan dan mudah untuk difahami oleh kumpulan sasaran.

Selain itu, semua kumpulan sasaran (100%) juga bersetuju bahawa kaedah

‘Kawan Kecil & Kawan Besar’ dapat membantu mereka dalam menguasai pembundaran

nombor (Item 2). Ini dapat dibuktikan dengan berlakunya peningkatan keputusan

kesemua kumpulan sasaran dalam Ujian Pasca. Kesemua kumpulan sasaran (100%)

48

Page 49: Isi Ar Margin

menyatakan bahawa mereka seronok membundar nombor dengan menggunakan kaedah

‘Kaedah Kawan Kecil & Kawan Besar’ (Item 3).

Melalui analisis soal selidik ini, kumpulan sasaran mempunyai persepsi yang

positif tentang penggunaan kaedah ‘Kawan Kecil & Kawan Besar’ dalam pembundaran

nombor.

6.4 ANALISIS TEMU BUAL

Selain daripada menggunakan Ujian Pra dan pasca serta soal selidik, saya

menggunakan kaedah temu bual dalam memperolehi data. Di akhir perlaksanaan

program intervensi, saya telah menemu bual semua murid dalam kumpulan sasaran.

Saya telah merekodkan semua temu bual saya bersama dengan kumpulan sasaran dan

saya telah menganalisis transkrip setiap temu bual tersebut bagi mendapatkan respon

yang lebih mendalam tentang penggunaan kaedah ‘Kawan Kecil & Kawan Besar’ dalam

pembundaran nombor.

Dalam temu bual saya, saya telah menyoal setiap orang dalam kumpulan sasran

saya dengan soalan yang sama. Soalan saya yang pertama ialah “Bagaimana perasaan

anda dengan kaedah ‘Kawan Kecil & dan Kawan Besar’ ?“ Kesemua kumpulan sasaran

menjawab dengan jawapan yang sama iaitu “seronok”. Mereka berasa seronok dan

menarik menggunakan kaedah ‘Kawan Kecil & Kawan Besar’ dalam menjawab soalan

pembundaran nombor. Kemudian, saya bertanya dengan soalan kedua iaitu “ Adakah

Kaedah ini dapat membantu anda menguasai pembundaran nombor?” Adib menjawab “

Ya. Sebab senang untuk selesaikan soalan membundar.” Izzati pula menjawab “Kaedah

49

Page 50: Isi Ar Margin

ini senang berbanding dengan kaedah miskin dan kaya”. Manakala Mariam dan Soffiyah

masing-masing menjawab “Ya”.

Selepas itu, saya bertanyakan soalan yang ketiga iaitu “Dalam semua aktiviti yang

telah dijalankan, aktiviti manakah yang paling anda sukai?”. Kesemua kumpulan sasaran

menjawab dengan jawapan yang sama iaitu “Aktiviti intervensi yang melibatkan model

tangan ‘Kawan Kecil & Kawan Besar’. Soalan terakhir, iaitu soalan keempat iaitu

“Adakah anda rasa kaedah ini patut diadakan lagi pada masa akan datang? Kenapa?”.

Adib menjawab “ Ya. Sebab senang”. Manakala Izzati dan Mariam pula menjawab “ Ya.

Sebab senang membundar nombor dengan cara ini”. Dan Soffiyah pula menjawab “ Ya.

Sebab dapat membantu jawab soalan pembundaran nombor”.

50

Page 51: Isi Ar Margin

7.0 DAPATAN

Kaedah ‘Kawan Kecil & Kawan Besar’ digunakan untuk membantu kumpulan

sasaran dalam menyelesaikan soalan pembundaran nombor bulat. Dalam bahagian

dapatan ini, analisis data yang telah dikumpul dalam kajian digunakan untuk menjawab

dua soalan kajian ini.

7.1 Sejauh manakah penggunaan kaedah ‘Kawan Kecil & Kawan Besar’ dapat

meningkatkan pencapaian murid dalam pembundaran nombor bulat dalam

kalangan murid-murid Tahun 2?

Melalui analisis yang saya lakukan dalam Ujian Pra dan pasca, terdapat

peningkatan pencapaian murid dalam pembundaran nombor bulat. Analisis skor murid

dalam Ujian Pra dan pasca menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Jika

dilihat hasil analisis Ujian Pra dan pasca, hanya seorang sahaja yang berjaya

memperolehi markah 50% manakala seorang hanya mendapat 37.5% dalam Ujian Pra.

Selebihnya pula masing-masing hanya mendapat 12.5%.

51

Page 52: Isi Ar Margin

Namun begitu, selepas menjalani program intervensi, peningkatan dalam

pencapaian kesemua kumpulan sasaran dapat dilihat di mana dalam Ujian Pasca seorang

murid berjaya mencapai markah 100%, seorang berjaya memperolehi markah 87.5%

dengan peningkatan sebanyak 37.5%. Manakala dua orang murid yang hanya

memperolehi markah 12.5% berjaya memperolehi markah 87.5% dengan peningkatan

sebanyak 75%.

Selain itu, pengiraan peratus min bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca juga

menunjukkan peningkatan yang ketara. Peratus min bagi Ujian Pra ialah 28.13 manakala

peratus min bagi Ujian Pasca pula ialah 84.38. Ini jelas menunjukkan berlakunya

peningkatan yang sangat ketara. Perbezaan di antara peratus min Ujian Pra dan peratus

min Ujian Pasca ialah 56.25. Analisis graf bar berganda juga menunjukkan peningkatan

yang ketara skor murid dalam Ujian Pasca berbanding dengan Ujian Pra.

Keputusan Ujian Pasca ini jelas menunjukkan kaedah ‘Kawan Besar & Kawan

Kecil’ sangat membantu kumpulan sasaran yang lemah dalam memahami cara

membundar nombor bulat dengan betul dan seterusnya mampu menyelesaikan soalan

membundar nombor bulat.

Kesimpulannya, hasil analisis dapatan kajian ini menunjukkan penggunaan

kaedah ‘Kawan Kecil & Kawan Besar’ dalam membundar nombor bulat meningkatkan

pencapaian murid dalam pembundaran nombor bulat.

52

Page 53: Isi Ar Margin

7.2 Apakah pandangan murid-murid Tahun 2 Terhadap penggunaan kaedah

‘Kawan Kecil & Kawan Besar’ dalam membantu murid-murid Tahun 2

menyelesaikan soalan pembundaran nombor bulat?

Berdasarkan hasil pemerhatian saya sepanjang sesi intervensi dijalankan,

kumpulan sasaran berasa seronok dan lebih aktif dalam mempelajari pembundaran

nombor dengan menggunakan kaedah ‘Kawan Kecil & Kawan Besar’. Kumpulan

sasaran seronok menggunakan kaedah ini dan mereka sentiasa memberi kerjasama

dengan saya dalam setiap soalan yang saya ajukan. Menurut Mok Soon Sang (1996)

penggunaan Bahan Bantu Mengajar sebenarnya turut memberi peluang kepada pelajar

memperolehi pengetahuan melalui penggunaan pelbagai deria, iaitu deria penglihatan,

deria sentuh, dan deria pendengaran,Melalui pendapat ini, dapat dilihat penggunaan

bahan bantu mengajar dalam kaedah ini telah banyak membantu kumpulan sasaran

untuk terlibat secara keseluruhannya dalam program intervensi saya seterusnya berjaya

menjawab soalan pembundaran nombor dengan baik

Berdasarkan analisis soal selidik pula, kesemua kumpulan sasaran memberikan

respon yang positif berkenaan dengan penggunaan kaedah ‘Kawan Kecil & Kawan

Besar’ dalam pembundaran nombor. Semua kumpulan sasaran merasa mudah dan suka

menggunakan kaedah ‘Kawan Kecil & Kawan Besar’ apabila menyelesaikan soalan

pembundaran nombor bulat. Kaedah ‘Kawan Besar mudah digunakan dalam

menyelesaikan soalan pembundaran nombor kerana hanya menggunakan tangan kanan

dan tangan kiri sebagai bahan bantu mengajar utama. Apabila murid menjawab soalan

yang melibatkan pembundaran nombor, dengan mengaplikasikan kaedah ‘Kawan Kecil

& Kawan Besar’ murid hanya menggunakan tangan kiri dan tangan kanan mereka untuk

53

Page 54: Isi Ar Margin

membundar. Ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik

dan bermakna.

Kumpulan sasaran juga bersetuju bahawa penggunaan kaedah ‘Kawan Kecil &

Kawan Besar’ membantu mereka dalam memahami dan menyelesaikan masalah

pembundaran nombor bulat. Mereka menyatakan bahawa kaedah ini lebih senang dan

lebih menarik berbanding dengan kaedah miskin dan kaya. Kumpulan sasaran dapat

menjawab soalan pembundaran yang diberikan dengan mudah, biarpun masih ada

kesalahan yang boleh diperbaiki. Dengan menggunakan kaedah ini juga, kumpulan

sasaran mampu menjawab soalan pembundaran nombor bulat tanpa bantuan guru

biarpun masih ada sedikit kesalahan akibat keliru dengan kedudukan puluh dan ratus

terdekat. Namun secara keseluruhannya, kumpulan sasaran berjaya menjawab dengan

baik dan seronok menggunakan kaedah ini.

Melalui analisis temu bual dan juga analisis pemerhatian (rakaman video), murid

memberikan respon yang memberangsangkan tentang penggunaan kaedah ‘ Kawan

Kecil & Kawan Besar’ untuk membundar nombor bulat. Dalam analisis temu bual dan

rakaman video juga menunjukkan murid bersemangat dan seronok serta melibatkan diri

dalam program intervensi yang dijalankan menggunakan kaedah ini.

Secara keseluruhannya, kaedah ‘Kawan Kecil & Kawan Besar’ sangat membantu

kumpulan sasaran dalam memahami dan menyelesaikan soalan pembundaran nombor.

Respon kumpulan sasaran menunjukkan hasil yang sangat positif berkenaan penggunaan

kaedah ini dalam membantu masalah mereka dalam membundar nombor.

54

Page 55: Isi Ar Margin

8.0 CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

Melalui dapatan kajian ini, didapati penggunaan kaedah ‘Kawan Kecil & Kawan

Besar’ dalam membundar nombor bulat telah memberikan kesan yang positif dalam

membantu murid tahun 2 meningkatkan penguasaan dalam membundar nombor. Justeru

itu, saya ingin mencadangkan beberapa kajian yang boleh dilakukan seterusnya.

Cadangan yang pertama ialah memperkenalkan kaedah ‘Kawan Kecil & Kawan

Besar’ sebaik sahaja murid mula belajar pembundaran nombor. Ini penting untuk murid

mempunyai asas yang baik berkenaan dengan konsep pembundaran nombor seperti

kedudukan nilai tempat yang terdekat dan juga perlu tambah satu ataupun tidak. Dengan

pengenalan awal menggunakan kaedah ini juga, murid akan seronok untuk mengikuti

proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan bahan bantu mengajar yang

menarik dan mudah untuk difahami.

Cadangan saya yang kedua ialah memperkenalkan kaedah ‘Kawan Kecil &

Kawan Besar’ kepada murid-murid yang sederhana dan juga murid-murid yang

berkebolehan tinggi. Kaedah ‘Kawan Kecil & Kawan Besar merupakan kaedah yang

memudahkan pemahaman murid dalam pembundaran nombor seterusnya membantu

murid membundar dengan mudah dan cepat tanpa memerlukan masa yang lama. Oleh

itu, dengan memperkenalkan kaedah ini kepada semua murid, murid-murid akan lebih

faham dan lebih mudah dalam menjawab soalan pembundaran nombor.

55

Page 56: Isi Ar Margin

Cadangan saya yang seterusnya ialah menggunakan kaedah ‘Kawan Kecil &

Kawan Besar’ dalam membundar nombor yang mempunyai nilai tempat lebih besar

seperti ribu dan puluh ribu. Kaedah ‘Kawan Kecil & Kawan Besar’ sangat sesuai untuk

digunakan dalam pembundaran tidak kira nilai tempat. Konsep penggunaan kaedah ini

dalam membundar nombor mudah untuk difahami dan sangat sesuai untuk

menyelesaikan soalan membundar tidak kira berapa nilai tempat sekalipun. Ini kerana,

kaedah ‘Kawan Kecil & Kawan Besar’ menekankan murid untuk melihat nilai tempat

yang ingin dibundar sebagai contoh, puluh ribu yang terdekat. Apabila nilai tempat yang

ingin dibundar sudah dikenal pasti, penentuan ‘Kawan Kecil & Kawan Besar’ dapat

dibuat dengan melihat nombor di sebelah kanannya. Apabila sudah menambah ‘1’ atau

‘0’, bergantung dengan nombor sama ada tergolong dalam ‘Kawan Kecil’ atau ‘Kawan

Besar’, nombor tersebut akan menjadi kosong. Begitu juga dengan nombor-nombor

yang seterusnya.

Akhir sekali, adalah diharapkan agar dapatan kajian ini dapat dijadikan panduan

kepada para guru untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan

pembelajaran matematik di dalam bilik darjah.

56