PENGENALAN BIDANG MENGGAMBAR

download PENGENALAN BIDANG MENGGAMBAR

of 6

description

,vmbofjbodsvp[hptlb[edl

Transcript of PENGENALAN BIDANG MENGGAMBAR

PENGENALAN BIDANG MENGGAMBAR

Bidang menggambar menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid. Melalui bidang ini, kita dapat melihat kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik.Dalam bidang menggambar menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi dalam sesuatu hasil karya. Ia melindungi teknik lukisan, catan, kolaj, montaj, catakan, gosokan, resis, percikan dan mozek. Bidang menggambar meliputi penerokaan kesan seni mengenali pelbagai alat bahan dan kegunaannya. Menggambar membolehkan murid mengenali dengan lebih dekat lagi pelbagai kemahiran asa dan teknik dalam proses rekaan. Ia dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. Menggambar menunjukkan representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata. Ia merupakan gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang. Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek. Gambaran huruf yang diterangkan dalam dalam bentuk grafik. Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk dua dimensi. Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek.

TEKNIK GURISAN

Gurisan ini merupakan satu karya yang dihasilkan dengan teknik gurisan dengan menggunakan sesuatu objek atau alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis-lapis supaya bahan krayon yang tebal melekat di atas kertas. Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastik boleh digunakan untuk mengguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Misalnya menggunakan krayon untuk mewarna kertas lukis secara berlapis-lapis. Selepas itu, gunakan alat yang keras atau tajam seperti kayu, plastik dan paku untuk mengguris pada krayon yang tebal supaya menghasilkan gambar. Berbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan.

TEKNIK STENSILANMenggunakan rupa bentuk gambar yang dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna disapu di atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan

TEKNIK MOZEK

Mozek merupakan sebuah gambar atau corak hiasan dibuat dengan menyusun carikan kecil baha-bahan seperti kaca, marmar dan seramik(tessera), disusun di atas dinding, lantai atau permukaan yang tidaj rata dan menghasilkan pantulan/ kilauan. Mozek adalah satu imej yang berasingan dan tidak bertindih, disusun secara bersebelahan.Foto mozek adalah gambar hasil dari cantuman beberapa gambar lain disusun menjadi satu tema atau tajuk. Ia sebagai satu corak seni yang dihasilkan dengan menekan kepingan batu, kaca, seramik atau tessera.Mozek adalah satu bentuk seni di mana kepingan bahan semula jadi atau bahan buatan manusia yang berwarna disusun bersebelahan tidak ditindih di atas permukaan rata untuk menghasilkan gambar atau corak. Mengikut sejarah lama mozek telah diperkenalkan oleh oeng Greek. Pada asalnya mereka mencipta mozek dengan untuk tujuan menghias permukaan lantai. Orang Roman pula menghias batu, marmar, seramik menggunakan teknik mozek pada permukaan dinding dan lantai. Manakala orang Kriatian Orthodok Byzantine pada abad ke 16 menghiasi gereja mereka dengan teknik mozek.Kini teknik mozek luas digunakan dalam pembinaan bangunan dan aktiviti seni si sekolah. Di peringkat sekolah rendah aktiviti mozek diperkenalkan dalam subjek Pendidikan Seni Visual. Ia adalah sebahagian daripada aktiviti yang dicadangkan dalam kegiatan menggambar.

PENERANGAN TEKNIK MOZEK

Satu hasil kerja seni menggambar yang dihasilkan dengan menyusun bahan-bahan tertentu di atas permukaan rata. Teknik mozek dihasilkan dengan menyusun bahan secara bersebelahan dan rapat tetapi masih meninggalkan ruang latar. Bahan-bahan yang digunakan adalah dari bahan semula jadi atau buatan manusia mengikut kesesuaian tahap murid dan jenis kelas yang hendak diajar. Orang Greek, Roman dan Kristian mula-mula seni menggambar menggunakan teknik mozek. Aktiviti mozek boleh dijalankan sebagai aktiviti dalam seni menggambar di dalam sekolah dan pada bangunan-bangunan di luar sekolah.. Setiap teknik dalam aktiviti mempunyai perbezaan dari segi penggunaan alatan, bahan dan media. Potongan kertas boleh dijalankan dengan berbagai bentuk dan tidak terhad kepada satu bentuk sahaja dan tips untuk mengangkat cebisan kertas dengan mudah ialah dengan cara meletakkan sedikit gam pada penghujung alatan tersebut. Penyesuaian warna untuk mozek perlu dibuat dengan teliti untuk menampakkan prinsip kontra pada objek yang dihasilkan. Teknik mozek timbul (relief) lebih sesuai menggunakan bahan-bahan timbul. Semburan lutsinar ke atas permukaan hasil kerja mozek menjadikan mozek lebih menarik. Bahan-bahan yang dilekatkan untuk menghasilkan mozek boleh di campur. Teknik mozek catan ialah satu-satunya teknik yang tidak memerlukan bahan untuk menampal. Penggunaan linguistik dan ekspresi visual penting dalam menilai sesuatu hasil kerja seni. Kemahiran kritis dan kreatif boleh dikembangkan bersama-sama aktiviti seni. TEKNIK KOLAJ

Kolaj bermakna potong, koyak, gunting, gam , tampal sesuatu bahan ke atas suatu permukaan. Ia merupakan satu hasil kerja seni mengandungi sebahagian imej seperti gambar foto atau cetakan majalah disusun dan ditindih. Teknik mencantum potongan gambar menjadi satu komposisi. Berbagai jenis bahan dilekat di satu pemukaan khas disebut kolaj. Ia adalah satu komposisi daripada imej yang berlainan dan daripada berbagai media.Kolaj bermakna menghasilkan satu komposisi artistic daripada imej atau gambar yang berlainan, latar belakang yang berlainan dan daripada berbagai warna dan corak. Ia adalah satu teknik menggambar di mana foto,keratin akhbar atau mana-mana bahan berbentuk 2D dolekat dan disatukan di atas permukaan.Teknik kolaj merupakan teknik di mana imej bergambar atau corak berjalinan dihasilkan secara superimpose di antara satu sama lain. Kolaj ialah satu hasil kepingan seni dibuat dengan menggam berbagai elemen. Satu susunan objek dan bahan diatas dilekat di atas suatu permukaan supaya menjadi satu gambar bagi sesuatu tajuk atau tema tertentu.

PENERANGAN TEKNIK KOLAJ

Kolaj ialah satu komposisi artistik yang mengandungi berbagai imej. Kolaj dihasilkan dengan cara memotong, mengoyak, menggunting, menampal, menindih bahan-bahan di atas permukaan rata. Bahantara yang digunakan untuk menghasilkan kolaj adalah dari bahan-bahan terbuang, jenis kekacang, berbagai jenis kertas dan fabrik. Pelekat-pelekat dan alatan yang digunakan dalam menghasilkan kolaj mempunyai kegunaannya yang tersendiri. Berbagai jenis permukaan boleh digunakan dalam menghasilkan kolaj bergantung kepada jenis bahan-bahan yang hendak digunakan. Teknik-teknik yang berbagai dalam kolaj mempunyai kesan yang berlainan pada setiap kolaj yang dihasilkan. Sebelum mengaplikasikan alatan dan media pada kolaj perlu fikirkan tema terlebih dahulu. Tema, alatan, bahan dan media perlu disesuaikan dengan tahap umur murid. Langkah permulaan menghasilkan kolaj ialah dengan membuat lakaran untuk mendapatkan idea atau tema. Penekanan terhadap warna pada latar belakang, rupa, bentuk, ruang, yang berkaitan dengan tajuk perlu diutamakan semasa menghasilkan kolaj. Langkah terakhir yang sangat penting dan perlu dititikberatkan ialah memperlihatkan kejadian sebenar. Aktiviti kolaj banyak melibatkan koordinasi tangan dan mata, ketekunan dan perasaan individu. Dalam aktiviti kolaj, guru harus menyesuaikan tahap umur murid-murid dengan aktiviti kolaj yang hendak dijalankan. Tahap keupayaan murid boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu tahap manipulatif, tahap simbolik, dan tahap realistik. Tahap manipulatif ialah tahap di mana murid suka meneroka, mencari bukti dan mendapatkan keseronokan. Tahap simbolik ialah tahap di mana murid boleh menjalani eksperimen mudah dan suka terhadap sesuatu benda. Tahap realistik ialah tahap di mana murid berada di peringkat matang dan boleh meluahkan perasaan melalui hasil kerja mereka.