PENGENALAN KEMAHIRAN MEMBACA

20
1.0PENGENALAN KEMAHIRAN MEMBACA. Membaca merupakan asas penting dalam pendidikan dan kunci kepada sesebuah kejayaan seseorang pelajar. Membaca memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seseorang individu dalam memenuhi keperluan, menimbulkan kesedaran dan membina perkembangan social. Melalui pembacaan seseorang akan dapat membuka pemikiran mereka daripada ruang lingkup yang lebih besar, menimbulkan minat, citarasa dan pandangan terhadap orang lain. Membaca mempunyai hubungan yang paling rapat dengan pendidikan.ini adalah disokong oleh ahli falsafah yang menyatakan bahawa Kejayaan seseorang dalam pendidikan bergantung kepada kejayaan dalam bacaannya mengikut Denchant 1997 Kejayaan pelbagai program pendidikan adalah bergantung kepada para guru yang bertanggungjawab menjadi pembentuk generasi yang celik membaca pada peringkat awal lagi iaitu peringkat prasekolah dan sekolah rendah lagi. Merekalah yang bertanggungjawab menentukan sama ada seseorang murid Berjaya menguasai kemahiran membaca atau tidak. Dengan ini, guru haruslah dilengkapkan dengan pelbagai ilmu terhadap pengajaran membaca daripada awal lagi. Terdapat beberapa fahaman lama dan baru terhadap kemahiran membaca iaitu fahaman lama berpendapat bahawa membaca ialah semata-mata memindahkan tulisan kepada suara. Seseorang murid

Transcript of PENGENALAN KEMAHIRAN MEMBACA

Page 1: PENGENALAN KEMAHIRAN MEMBACA

1.0 PENGENALAN KEMAHIRAN MEMBACA.

Membaca merupakan asas penting dalam pendidikan dan kunci kepada sesebuah

kejayaan seseorang pelajar. Membaca memainkan peranan yang penting dalam

kehidupan seseorang individu dalam memenuhi keperluan, menimbulkan kesedaran

dan membina perkembangan social. Melalui pembacaan seseorang akan dapat

membuka pemikiran mereka daripada ruang lingkup yang lebih besar, menimbulkan

minat, citarasa dan pandangan terhadap orang lain. Membaca mempunyai hubungan

yang paling rapat dengan pendidikan.ini adalah disokong oleh ahli falsafah yang

menyatakan bahawa

Kejayaan seseorang dalam pendidikan bergantung kepada kejayaan dalam

bacaannya mengikut Denchant 1997

Kejayaan pelbagai program pendidikan adalah bergantung kepada para guru

yang bertanggungjawab menjadi pembentuk generasi yang celik membaca pada

peringkat awal lagi iaitu peringkat prasekolah dan sekolah rendah lagi. Merekalah yang

bertanggungjawab menentukan sama ada seseorang murid Berjaya menguasai

kemahiran membaca atau tidak. Dengan ini, guru haruslah dilengkapkan dengan

pelbagai ilmu terhadap pengajaran membaca daripada awal lagi.

Terdapat beberapa fahaman lama dan baru terhadap kemahiran membaca iaitu

fahaman lama berpendapat bahawa membaca ialah semata-mata memindahkan tulisan

kepada suara. Seseorang murid yang boleh menyuarakan tulisan kepada bentuk lisan

dengan lancer adalah dianggap pandai membaca.

Mengikut pendapat fahaman baru pula, membaca ini bukanlah bermakna

memindahkan tulisan semata-mata kepada bentuk lian tanpa memahami maknanya,

bahkan dapat menagkap makna dan memahami apa yang dibaca mereka.

Page 2: PENGENALAN KEMAHIRAN MEMBACA

1.1 DEFINISI MEMBACA

Menurut Robert Lado, 1964 membaca itu bermaksud mengungkap pola-pola

bahasa daripada bentuk tulisannya.

Menurut Smith ( dalam Mangantar Simanjuntak, 1985:3 ) mengatakan

membaca adalah satu proses psikolinguistik yang berlaku apabila seseorang

membentuk semula di dalam pemikirannya dengan sebaik mungkin erti yang

telah diterbitkan oleh seseorang penulis dalam bentuk tulisan yang kemudian di

baca oleh si pembaca tadi.

Mengikut Atan Long 1978, membaca melibatkan satu proses yang

melibatkan kebolehan mengenal lambing-lambang dan menterjemah lambang-

lambang itu semula kepada bunyi suara ( bahasa ) dan memahami makna atau

tanggapan yang disampaikan oleh tulisan itu.

Steinberg 1982:197 mendefinisikan proses membaca sebagai satu bentuk

komunikasi dan tujuannya ialah memberi maklumat melalui bnetuk-bentuk

tertulis.

Deboer dan Dallman berpendapat bahawa membaca melibatkan

pemahaman dan intepretasi idea-idea yang disimbolkan melalui penulisan atau

symbol yang tertulis.

Gibson menegaskan bahawa membaca ialah penerimaan komunikasi

bertindakbalas terhadap symbol-simbol grafoik, mentafsir simbol grafik kepada

pertuturan dan mendapatkan makna dari[ada bahan-bahan bercetak.

Decent 1982, membaca adalah ‘the process of giving the significacne

intended by the writer to graphic symbols by relating them to our previous fund of

experience’

Page 3: PENGENALAN KEMAHIRAN MEMBACA

Satu aspek lagi yang ditekankan dalam aspek membaca ialah proses

membaca dan komunikasi. Proses meletakkan pembaca berhubung dengan

idea-idea tertentu. Membaca juga melibatkan interaksi antara pembaca dan

penulis.

Kebanyakan definisi membaca menekankan dua proses penting iaitu :

Mengenalpasti simbol-simbol.

Hubungan makna yang sesuai atau cocok dengan symbol-simbol

tersebut.

Membaca juga memerlukan pengenalpastian dan pemahaman. Satu lagi

aspek yang ditekankan dalam definisi membaca ialah proses bahasa dan

komunikasi yang melibatkan proses meletakkan pembaca berhubung dan

berkomunikasi dengan idea-idea tertentu. Membaca adalah melibatkan interaksi

antara pembaca dengan penulis.

An interaction by which meaning encoded in visual stimuli by an author becomes

meaning in the mind of the reader.

Pakar Jabatan Pendidikan, Amerika Syarikat

Kesimpulannya, membaca adalah melibatkan proses pemikiran dan

menyuarakan lambang-lambang bunyi daripada bentuk tulisan kepada bentuk

lisan serta memahaminya dengan berkesan.

Page 4: PENGENALAN KEMAHIRAN MEMBACA

MEMBACA

Page 5: PENGENALAN KEMAHIRAN MEMBACA

1.2 KAEDAH-KAEDAH MEMBACA.

1.2.1 Kaedah Fonetik.

Dalam pengajaran kaedah ini, kebiasaannya pembaca akan

membunyikan perkataan-perkataan atau lambang-lambang huruf yang

dilihat mereka. Menurut Durkin 1972, menyatakan bahawa anggapan

asas di sebalik kaedah ini ialah, jika kanak-kanak diajar melihat hubungan

Page 6: PENGENALAN KEMAHIRAN MEMBACA

di antara simbol ( huruf ) dengan bunyinya, mereka akan dapat membaca

( membunyikan ) sendiri perkataan – perkataan yang baru dihadapi

Murid-murid akan diajar bunyi – bunyi yang berhubung dengan huruf-huruf

dan tidak nama huruf itu. Berbanding dengan kaedah abjad dan kaedah

suku-kata, kaedah ini boleh diangap sebagai kaedah yang baharu dalam

bidang pengajaran pembacaan permulaan untuk bahasa Melayu.

Kaedah fonik berasaskan teori bahawa belajar membaca melibatkan

kebolehan mengenal kod ( lambang ), hubungan antara bunyi dan

lambang yang dilihat .

Menurut Sofiah Hamid

(1985:1) .

Seterusnya Sofiah Hami juga turut mengatakan bahawa kaedah ini

boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu Kaedah Fonik Binaan dan

Kaedah Fonik Instrinsik.

Kaedah Fonik Binaan ialah pengajaran dimulakan dengan

penyebutan fonetik bunyi-bunyi huruf. Kemudian bunyi-bunyi ini

digabunggkan menjadi unit yang lebih besar, iaitu suku kata seterusnya

membentuk perkataan.

Manakala Kaedah Fonetik Intrinsik diperkenalkan untuk menagtasi

kelemahan-kelemahan yang ada pada Kaedah Fonok Binaan. Ia

menekankan pemerolehan makna dalam proses membaca. Murid akan

diperkenalkan dahulu dengan perbendaharaan kata sebelum

diperkenalkan bunyi. Selepas murid mempelajari sejumlah

perbendaharaan kata, mereka akan membandingkan unsur-unsur yang

sama daripada perkataan-perkataan tersebut dan kemudiannya membuat

kesimpulan umum tentang bunyi-bunyi yang terdapat dalam perkataan-

perkataan yang telah dipelajari. Contohnya:

Murid diajar perkataan-perkataan yang dimulakan dengan bunyi yang sama iaitu:

Mana,mama, makan, baju, papa, bawa ;

Selepas itu, murid diajar mengenal bahawa perkataan-perkataan

Page 7: PENGENALAN KEMAHIRAN MEMBACA

Pada asasnya kaedah ini hampir ketara bersamaan dengan

kaedah membaca lain iaitu kaedah abjad. Yang membezakannya ialah

tiap-tiap huruf dalam abjad itu dibunyikan.

Dalam pengajaran kaedah ini, tiap-tiap huruf dibunyikan iaitu

contohnya A dibunyikan a, B dibunyikan beh, T disebut teh, U dibunyikan

uu dan sebagainya. . setelah kanak-kanak mengenal dan mengetahu

bunyi-bunyi huruf tersebut, sukukata pula dibunyikan contohnya Aa, Au,

Ba, Bu, Ce, Cu, Re, Ri, Ka, Lu, Tu, dan sebagainya lagi, kemudian ia baru

digabungkan membentuk sukukata-sukukata dan kemudiannya menjadi

perkataan-perkataan.

Sistem ejaan bahasa Melayu adalah bersifat fonemik iaitu

sistematik dan tersusun berbanding dengan bahasa Inggeris yang tidak

tersusun dan bercwlaru antara sebutan dengan ejaan perkataannya. Jadi

kaedah ini adalh sesuai digunakan untuk mengajar membaca kepada

kanak-kanak.

Membatang sukukata dan perkataan adalah salah satu kaedah

yang ada di dalam kaedah fonetik ini. Iaitu contohnya

MATA

MA = MA, TA = TA

MA/TA

Murid diajar perkataan-perkataan yang dimulakan dengan bunyi yang sama iaitu:

Mana,mama, makan, baju, papa, bawa ;

Selepas itu, murid diajar mengenal bahawa perkataan-perkataan

Page 8: PENGENALAN KEMAHIRAN MEMBACA

Kebaikan dan keburukan Kaedah Fonetik.

KEBAIKAN KEBURUKANSesuai dengan susuk bahasa Melayu

kerana bahasa Melayu adalah tediri dari

suku kata yang hampir tetap bunyinya.

Bacaan murid tidak licin. Ini disebabkan

oleh perhatian murid itu tertumpu kepada

sukukata-sukukata, satu persatu

Kaedah ini membolehkan kanak-kanak

membaca perkataan-perkataan baharu

walaupun perkataan-perkataan itu di luar

perbendaharaan kata mereka.

Tidak menarik hati kerana sukukata-

sukukata yang diajar itu tidak mempunyai

makna yang nyata pada mereka.

1.2.2 Kaedah Abjad. ( Alphabets Method )

Kaedah ini merupakan kaedah yang tertia sekali diajarkan di dunia ini iaitu

semenjak zaman Kerajaan Greek dan Rome. Kaedah ini menekankan

pengenalan nama-nama huruf dan bunyi-bunyi huruf tersebut.

Kaedah ini dimulakan dengan penegenalan terhadap huruf-huruf iaitu

huruf A sehingga Z, vocal dan konsonan.

Page 9: PENGENALAN KEMAHIRAN MEMBACA

Terdapat 6 huruf vocal dalam pengajaran bahasa Melayu iaitu

a, e, i, o, u, e

manakala gabungan huruf vocal dan konsonan seperti beberapa contoh di

bawah iaitu:

ka, ki, ku, ku, ke, ko

Diftong pula ialah seperti berikut:

au, ai, oi

kemudian murid akan mengenal rangkaikata, ayat dan seterusnya diajar

membaca.

kelebihan dan kelemahan kaedah abjad ialah;

KELEBIHAN KEKURANGAN

Sesuai dengan bahasa Melayu yang terdiri

daripada sukukata dan rangkaikata yang

hamper tetap bunyinya.

Murid dapat membaca denga lancer

mengikut cara tradisional tabpa

memahami apa yang dibacanya. Mereka

hanya mementingkan kleancaran sebutan

Page 10: PENGENALAN KEMAHIRAN MEMBACA

dari kelancaran membaca.

Memebolehkan kanak-kanak membaca

perkataan baharu walaupun belum

dipelajarinya kerana mereka dapat

mengenal huruf-huruf dan membunyikan

vocal dan konsonan dengan baik.

Murid terbawa-bawa tabiat membaca

sambil mengeja.

Kaedah ini membawa asas dan binaan

yang kukuh dalam membaca.

Dikatakan tidak sesuai dengan kehendak

pendidikan dan keperluan psikologi murid-

murid kerana pengajaran tidak

keseluruhan bermakna

Tercapai kemahiran dan kecekapan

membaca serta memberi keyakinan

kepada murid-murid.

Boleh membosankan murid-murid apabila

mereka diberi latih tubi yang berlebihan.

1.2.3 Kaedah Pandang dan Sebut

Kaedah Pandang dan Sebut dianggap sebagai reaksi kepada kelemahan-

kelemahan yang terdapat pada Kaedah Abjad. Kaedah ini lebih bermakna

daripada ‘nama setiap huruf itu’. Misalnya ‘bapa’, ‘rumah’, ‘mata’, dan

sebagainya ditulis penuh dan diajar keseluruhannya kerana difikirkan lebih

bermakna daripada dipecahkan kepada huruf-huruf.

Page 11: PENGENALAN KEMAHIRAN MEMBACA

Kaedah ini dijadikan asas untuk mengajar murid-murid yang baru

hendak belajar membaca. Dalam pengajaran, guru menunjukkan seluruh

perkataan dan disertakan dengan gambar-gambar (atau benda sebenar)

yang mewakili perkataan yang dilambangkan itu. Perkataan ‘ayam’ ditulis

di tepi atau di bawah gambar ayam, dan perkataan ‘kereta’ diletakkan di

tepi atau di bawah gambar kereta. Kadang-kadang digunakan kad

imbasan yang menunjukkan gambar dan perkataan untuk murid-murid

membacanya apabila kad-kad itu diimbaskan di hadapan mereka.

Antara kelebihan kaedah ini ialah, bahan yang disampaikan itu

menarik minat murid kerana bahan-bahan itu mempunyai makna. Selain

itu, kaedah ini bersesuaian dengan resmi kanak-kanak mempelajari

sesuatu, iaitu daripada keseluruhan membawa kepada bahagian-

bahagaiannya. Kaedah ini dari awal lagi mementingkan makna. Dengan

itu, murid dari mula lagi mendapat latihan memahami perkataan yang

dibacanya. Disamping itu, guru dapat melatih murid-murid membaca

dengan sebutan dan rentak irama ataupun alunan suara yang betul dari

peringkat permulaan membaca lagi.

Kelemahan-kelemahan kaedah ini, pertama ialah bacaan-bacaan

murid terhad kepada perkataan-perkataan atau ayat-ayat yang dipelajari

sahaja. Kaedah ini tidak membolehkan murid mengenal huruf-huruf, dan

murid-murid tidak mempunyai asas yang membolehkan mereka menulis

dan membaca dengan sendiri.

Menurut Laporan Jemaah Nazir Sekolah-sekolah , ‘Guru yang

bergantong semata-mata kepada satu kaedah untok mengajar semua

peringkat akan dapat menchapai tujuan yang ada pada sisi kaedah itu

sahaja… Dan manakala dinilaikan hasil pengajaran itu dari beberapa segi

maka tentulah keputusan-nya tidak memberi puas hati.’

( Kementerian Pelajaran Malaysia, 1971 : 39)

Page 12: PENGENALAN KEMAHIRAN MEMBACA

BAHAN BANTU MENGAJAR POWER POINT

KAEDAH PANDANG SEBUT

Page 13: PENGENALAN KEMAHIRAN MEMBACA

REFLEKSI (Ainur Nazura binti Mohd Joni)

Assalamualaikum. Pertama sekali saya memanjatkan kesyukuran pada Yang Maha Esa

kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan tugasan kerja kursus

pendek ini pada masa yang ditetapkan. Setelah diberi tempoh masa tertentu proses

menghasilkan kerja kursus yang diberi maka inilah yang dapat saya sembahkan dalam Kerja

Kursus Literasi Bahasa.

Page 14: PENGENALAN KEMAHIRAN MEMBACA

Antara masalah yang dihadapi ialah berkenaan penghasilan bahan bantu mengajar bagi

kaedah membaca. Saya dan rakan sekumpulan iaitu Nik Fatin Amalina telah memilih kaedah

pandang sebut untuk dijadikan kaedah mengajar membaca. Apa yang menjadi masalah pada

mulanya ialah format bahan bantu mengajar yang menepati kehendak pensyarah pembimbing.

Kami telah berjumpa En. Sheikh untuk mendapatkan maklumat berkaitan.

Selain itu, kami mempunyai masalah untuk merakam suara untuk digunakan dalam

bahan bantu mengajar kami. Kira-kira hampir 3 hari barulah proses rakaman tersebut selesai.

Rakaman kami terkandung cara sebutan objek yang dijadikan muzik tertentu. Kami memilih

beberapa lagu kanak-kanak untuk dijadikan irama sebutan kami. Ini adalah bertujuan untuk

menarik minat kanak-kanak dan seterusnya menjawab soalan kerja kursus ini sendiri yang

meminta kami memasukkan unsure muzik dalam setiap bahan bantu mengajar.

Tugasan ini dapat saya siapkan hasil dorongan pensyarah dan bantuan daripada

beberapa rakan sepelatih yang membantu saya dan Nik Fatin dalam proses rakaman. Saya

berharap apa yang saya sembahkan ini telah menjawab dan menepati kehendak soalan. Saya

menyusun sepuluh jari memohon kemaafan, sekiranya ada terdapat salah silap dan kelemahan

dalam kerja kursus ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sesungguhnya yang

indah itu datang daripada Allah, dan yang buruk itu datang daripada saya sendiri.

Sekian,terima kasih.

Assalamualaikum w.b.t

Pertama sekali saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana

Berjaya juga menyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan sempurna hendaknya.

Seperti kebiasaannya, saya dan rakan telah diberi taklimat terhadap kerja kursus

Literasi Bahasa ini yang menginginkan kami berkerja secara berkumpulan dalam menyiapkan

tugasan ini. Kami telah dibahagikan kedalam kumpulan dan saya dan rakan saya Ainur telah

bersetuju untu menyiapakn tugasan ini dalam kumpulan yang sama.

Page 15: PENGENALAN KEMAHIRAN MEMBACA

Saya dan rakan telah membahagikan tugasan terhadap apa yang difahami dalam

pengajaran kaedah membaca kanak-kanak selain mencari maklumat yang sepatutnay untuk

diajdikan bahan rujukan kami.

Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini terdapat beberapa masalah yang biasa saya

dan rakan lain hadapi iaitu akses internet yang kurang berfungsi dengan sepatutnya. Selain itu

juga buku di perpustakaan juga mungkin telah habis dipinjam oleh pelajar lain yang

menambahkan kesukaran bagi saya dan rakan, namun atas usaha dan kerjasama rakan-rakan

yang lain, kami Berjaya juga menyiapkan tugasan ini dalam masa yang telah ditetapkan.

Selain menghadapi masalah ini, saya merasakan bahawa ini adalah pengalaman yang

berharga buat saya kerana saya telah serba sedikit mengetahui apa itu kaedah yang patut

diajar kepada kanak-kanak diawal permulaan membaca, sesuailah dengan tugas yang bakal

saya galas sebagai guru prasekolah suatu hari nanti.

Selain itu juga saya berpeluang untuk menyediakan sendiri bahan bantu mengajar yang

begitu menarik perhatian kerana telah diterapkan unsur muzik dan warna-warna yang menarik

minat kanak-kanak untuk membaca di peringkat permulaan harapnya.

Saya turut bersyukur kepada diri sendiri kerana telah berjaya menyiapkan tugasan ini

dan juga dapat berkerjasama dengan rakan saya dalam memastikan sumber dan dapatan yang

diperolehi adalah tidak tersasar dan memenuhi skop tugasan ini.

Disediakan oleh : Nik Fatin Amalina binti

Ismail.