Topik 4 kemahiran membaca

33
KEMAHIRAN MEMBACA KEMAHIRAN 5.0 - 7.0

Transcript of Topik 4 kemahiran membaca

Page 1: Topik 4 kemahiran membaca

KEMAHIRAN MEMBACA

KEMAHIRAN 5.0 - 7.0

Page 2: Topik 4 kemahiran membaca
Page 3: Topik 4 kemahiran membaca

Objektif Kemahiran Membaca

Murid mengetahui dan berkeupayaan:

i. Membaca pelbagai perkataan, frasa dan ayat secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul.

ii. Membaca, memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

Page 4: Topik 4 kemahiran membaca

iii. Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan

tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi

respons dengan betul.

iv. Membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat

yang terdapat dalam pelbagai bahan.

v. Membaca pelbagai bahan bacaan bagi memperkaya

kosa kata dan maklumat untuk memupuk minat

membaca.

Page 5: Topik 4 kemahiran membaca

Jenis Bacaan

Page 6: Topik 4 kemahiran membaca

• Bacaan bersuara

• Sebutan yang jelas dan tepat

• Membaca dengan gaya dan intonasi yang betul

• Contoh

Beri petikan teks yang sesuai.

Buat latih tubi membaca perkataan / rangkai kata yang sukar.

Page 7: Topik 4 kemahiran membaca

• Bacaan dalam hati tanpa suara

• Dijalankan selepas pelajar menguasai bacaan bersuara

• Membaca untuk memahami maklumat/ idea/ buah fikiran

• Contoh

Baca petikan secara senyap untuk mengesan maksud.

Bersoal jawab tentang isi petikan.

Page 8: Topik 4 kemahiran membaca

• Intensif – mengkaji dengan mendalam banyak perkara.

• Bacaan yang memberi penelitian banyak aspek termasuk penafsiran, pemahaman termasuk tatabahasa , nahu dsb.

• Memperkembangkan kebolehan meneliti, memahami dan mentafsirkan perkara yang dibaca.

• Bacaan yang memfokuskan kepada ciri – ciri tatabahasa.

• Bacaan yang meneliti pembentukan dan penggunaan bahasa dalam konteks dan situasi yang berlainan.

Page 9: Topik 4 kemahiran membaca

• Bacaan meluas.

• Dilaksanakan di luar bilik darjah. (rumah, stesen bas, kapal terbang dsb.)

• Menitikberatkan pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran pemahaman

dan meningkatkan kepantasan membaca.

• Bacaan yang membolehkan pelajar mencari isi penting.

• Contoh:

Mengkaji kandungan petikan.

Menyediakan soalan.

Page 10: Topik 4 kemahiran membaca
Page 11: Topik 4 kemahiran membaca

KEMAHIRAN MEMBACA

TAJUK4

• Kemahiran Membaca merupakan kebolehan murid membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami bahan yang dibaca.

• Penekanan diberikan kepada aspek pemahaman dan penaakulan kandungan teks secara kritis.

• Pelbagai teknik membaca diajarkan kepada murid untuk memastikan keefisienan membaca.

• Hasil Pembelajaran bagi kemahiran membaca ialah membaca kuat, memahami maklumat , menaakul , dan menghayati teks.

Page 12: Topik 4 kemahiran membaca

Hasil Pembelajaran Kemahiran Membaca 5.0

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul

dan memahami perkara yang dibaca.

5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul

dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.

Page 13: Topik 4 kemahiran membaca

CONTOH AKTIVITICONTOH AKTIVITI

•Meneliti bacaan rakan dan memilih bacaan

yang terbaik dari segi sebutan dan intonasi.

•Menyampaikan puisi dengan sebutan dan

intonasi yang betul.

Page 14: Topik 4 kemahiran membaca
Page 15: Topik 4 kemahiran membaca

Arahan: Lafazkan pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Pergi kedai dengan Sanusi,Mari kita susun kerusi.

Pergi sekolah jangan malas,Mari kita kemas kelas.

Makan nasi lauk kepah,Mari kita sapu sampah.

Pergi kebun petik peria,Kelas bersih kita ceria.

Hias kelas dengan bunga,Mari tanam pokok bunga.

Buah tembikai tolong belah,sama- sama kita jaga sekolah.

Page 16: Topik 4 kemahiran membaca

Bapaku pulang dari kota,

Bapaku belikan kereta,

Kereta kecil warna merah,

Bolehku bawa ke sekolah.

Pon,pon,pon, pon, pon

pon, pon, pon, pon

Kereta kecilku berbunyi,

Marilah adik mari naik,

Boleh kubawa jumpa nenek.

KERETA MERAH

Page 17: Topik 4 kemahiran membaca
Page 18: Topik 4 kemahiran membaca

Hasil Pembelajaran Kemahiran Membaca 6.0

6.1 Merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk

yang sedang dikaji termasuk maklumat daripada internet.

6.2 Mengenal pasti pelbagai genre penulisan.

6.3 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada

teks.

Page 19: Topik 4 kemahiran membaca

6.4 Membaca pantas secara luncuran untuk mendapatkan maklumat

yang menyeluruh.

6.5 Membaca pantas secara imbasan untuk mendapatkan maklumat

khusus.

6.6 Membuat ramalan berdasarkan sesuatu cerita atau maklumat yang

diberi dalam bahan ilmu.

Page 20: Topik 4 kemahiran membaca

CONTOH AKTIVITICONTOH AKTIVITI

• Merujuk kamus dan mencari makna, ejaan dan sebutan yang betul bagi

perkataan yang dipetik daripada teks yang dibaca

• Membandingkan penggunaan kata, frasa, rangkai kata, dan ayat dalam sesuatu

genre.

• Contoh: Membandingkan teks surat dengan laporan.

• Meneliti perenggan dan menggaris bawah frasa isi penting dalam teks.

Page 21: Topik 4 kemahiran membaca

Alkisah, di suatu tepian sungai di Sumatera Barat, hiduplah seorang

guru agama. Ia dikenal dengan nama Pak Lebai. Hampir seluruh penduduk

di sekitar sana mengenal Pak Lebai, karena ia sering mengajarkan agama

kepada anak-anak di sana.

Suatu hari, ia mendapat surat undangan dari salah satu tetangganya

di hulu sungai. Ia diundang untuk menghadiri acara resepsi pernikahan

anaknya esok hari. Mereka akan menghidangkan dua kepala kerbau untuk

konsumsi. Pak Lebai sudah tidak sabar ingin menghadiri acara tersebut.

Cerita Rakyat : Pak Lebai yang Malang

Page 22: Topik 4 kemahiran membaca

Tiba-tiba, seorang tetangganya dari hilir sungai datang

menghampiri Pak Lebai. Ia menyampaikan undangan kepada Pak

Lebai. Setelah mengantarkan surat, tetangga Pak Lebai itu lantas pergi.

Lalu, Pak Lebai membuka suratnya. Isinya adalah undangan acara

resesi pernikahan pula. Yang menikah adalah salah seorang muridnya.

Ia kenal baik dengannya. Namun, di acara tersebut hanya menyajikan

satu ekor kerbau.

Page 23: Topik 4 kemahiran membaca

Pak Lebai bingung untuk memilih acara mana yang hendak

didatanginya. Karena, ternyata kedua acara tersebut bersamaan waktunya.

Kalau ia mendatangi acara di hulu sungai, ia akan mendapat dua kepala

kerbau. Namun, ia tak begitu kenal dengan pemilik hajatnya. Lagipula, ia

pernah mendapat kabar bahwa makanan di sana kurang begitu enak.

Jika ia mendatangi acara di hilir sungai, ia hanya akan mendapat

satu kepala kerbau. Namun, yang didatanginya itu adalah muridnya. Ia

merasa tidak enak jika tidak datang. Makanan di sana katanya juga enak

dan sedap rasanya. Setelah terlalu lama berpikir, ia akhirnya memutuskan

untuk memutuskan acara yang akan didatanginya esok hari.

Page 24: Topik 4 kemahiran membaca

Esok harinya, Pak Lebai telah memakai baju rapi dan sopan

untuk menghadiri acara pernikahan. Namun, ia belum memutuskan

acara yang akan didatanginya. Sambil berpikir, ia menaiki sampannya.

Ia memikirkan dua kepala kerbau yang akan disantapnya jika ia pergi

ke hulu. Akhirnya, dia memutuskan untuk pergi ke hulu.

Page 25: Topik 4 kemahiran membaca

Di tengah jalan, ia teringat kabar bahwa ia tak terlalu akrab dengan pemilik

hajatnya. Ia merasa harus pergi ke resepsi pernikahan muridnya. Ditambah pikiran

bahwa makanan di hilir jauh lebih enak, walaupun hanya mendapat satu kepala

kerbau. Akhirnya, ia memutar haluan sampannya ke arah hilir.

Dalam perjalanannya menuju hilir sungai, ia berpapasan dengan salah satu

tetangganya. “Hendak menuju ke manakah engkau, tetanggaku?”

“Aku baru saja mampir di acara pernikahan di hilir sungai. Ternyata, kerbau

yang disembelih di sana kurus.” Lalu si tetangga segera meninggalkan Pak Lebai. Ia

tak ingin ketinggalan acara di hulu sungai.

Pak Lebai berpikir sekali lagi. Perutnya sudah mulai keroncongan. Lalu, dia

membulatkan tekadnya untuk pergi ke hulu sungai. Ia kembali memutar arah

sampannya. Ia mengikuti tetangganya yang juga hendak pergi ke hulu.

Page 26: Topik 4 kemahiran membaca

Beberapa saat kemudian, sampailah Pak Lebai di acara pernikahan di hulu

sungai. Namun, betapa herannya ia ketika melihat keadaan di sana sepi oleh

pengunjung. Lalu masuklah ia ke dalam. Ternyata,semua makanan telah habis

disantap oleh pengunjung. Acara pernikahan tersebut sudah selesai.

Begitu kecewanya Pak Lebai. Lalu, ia kembali menaiki sampannya dan

mendayung sampannya ke hilir. Ia berharap masih mendapatkan kerbau kurus

tetapi lezat rasanya tersebut. Ia mendayung sampannya dengan cepat. Namun,

betapa kecewanya Pak Lebai setelah melihat di tempat acara telah kosong dengan

pengunjung. Makanan yang katanya lazat sudah habis semua.

Page 27: Topik 4 kemahiran membaca

Akhirnya, ia kembali pulang ke rumah. Perutnya terasa sangat

lapar karena belum makan. Ia memutuskan untuk memancing. Ia

membawa bekal sebungkus nasi sebagai teman makan ikan.

Kemudian, ia mendayung sampannya ke tengah sungai. Ia

memasang umpan, lalu melemparkan kailnya ke dalam sungai. Setelah

beberapa lama, belum juga ada pergerakan dari kail yang ia pegang.

Lalu, ia mencoba menarik kail tersebut. Ternyata, kail tersebut tidak dapat

ditarik. Ia menyangka bahwa kailnya tersangkut di sebongkah batu. Untuk

memastikan, ia terjun ke dalam sungai.

Page 28: Topik 4 kemahiran membaca

Ternyata benar bahwa kailnya tersangkut oleh bebatuan. Dengan susah

payah ia keluarkan kailnya dari batu tersebut. Tiba-tiba, ia melihat ada ikan besar di

dekatnya. Ia mencoba menangkap ikan tersebut. Ikan tersebut tertangkap oleh

genggaman tangannya. Namun, ikan tersebut tak mau menyerah. Ikan tersebut

terus meronta-ronta. Akhirnya, ikan tersebut lepas dari tangan Pak Lebai. Karena

hari sudah menjelang petang. Keadaan di bawah sungai sudah mulai tidak kelihatan.

Pak Lebai naik ke darat. Betapa terkejutnya ketika melihat bungkus nasinya telah

hancur berantakan sedang dimakan anjing. Ia lalu mengusir anjing tersebut.

Hari itu, ia tak bisa makan apapun. Sungguh malangnya Pak Lebai.Oleh

sebab itu, ia dijuluki Pak Lebai Malang.

Page 29: Topik 4 kemahiran membaca

Hasil Pembelajaran Kemahiran Membaca 7.0

7.1 Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat.

7.2 Membaca dan mengenal pasti perkataan, pelbagai jenis ayat, dan gaya bahasa daripada bahan sastera dan bukan sastera yang dapat membawa kesan tertentu kepada pembaca.

7.3 Membaca dan menghayati pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang berkualiti untuk meningkatkan dan memperkukuh minat membaca.

Page 30: Topik 4 kemahiran membaca

• Meneliti dan mengecam ayat yang membawa maksud lain.

• Mendeklamasi sajak dan mengesan ayat yang meninggalkan

kesan kepada pembaca.

• Membaca dan menceritakan semula isi teks yang telah

dibaca.

CONTOH AKTIVITICONTOH AKTIVITI

Page 31: Topik 4 kemahiran membaca

Suatu hari seekor anjing terjumpa dengan tulang yang besar. Anjing sangat gembira lalu berlari-lari pulang ke rumahnya sambil menggonggong tulang itu.

Di dalam perjalanan, anjing melalui sebuah titi pada sungai yang dalam dan sangat jernih. Anjing memandang ke arah sungai di bawahnya dan ternampak bayang-bayangnya yang disangkakan anjing lain yang juga membawa tulang.

Kerana tamakkan tulang itu, anjing itu menyalak dan menerkam ke arah anjing di dalam sungai. Akibatnya, anjing itu basah kuyup dan tulang di dalam mulutnya terlepas ke dasar sungai. Anjing menyesal kerana terlalu tamak, akibatnya dia yang rugi.

Anjing dengan bayang-bayang

Page 32: Topik 4 kemahiran membaca
Page 33: Topik 4 kemahiran membaca

Disediakan oleh :

NURHIDAYAHCORINA SULATDAYANGKU NURUL AKMAL

SEKIAN TERIMA KASIH