PENGENALAN Pcg Hantar Lec

2
PENGENALAN Bantuan Per Kapita atau Per Capita Grant ( PCG ) untuk sekolah merupakan satu bantuan kewangan yang diperuntukan kepada setiap murid sekolah sama ada sekolah bertaraf Sekolah Kerajaan atau sekolah Bantuan Kerajaan. Bantuan meliputi PCG mata pelajaran dan PCG bukan matapelajaran. Sebelum ini terdapat enam surat pekeliling kewangan ( SPK )berkaitan bantuan PCG yang berkuatkuasa.Lima daripadanya merupakan pindaan dan tambahan kepada SPK yang utama iaitu SPK bilangan 5 Tahun 2012. Sehubungan itu, garis panduan ini telah menyatupadukan semua peraturan dan arahan yang terdapat dalam keenam- enam SPK tersebut supaya menjadi lebih kemas dan teratur. Kini surat pekeliling yang menjadi panduan ialah Surat Pekeliling Kewangan ( SPK ) Bil 8 /2010 Bertarikh 24 Disember 2010. Kadar baru agihan PCG bagi matapelajaran Teras adalah 60% Sains , Matematik dan Bahasa Inggeris. Daripada jumlah tersebut 40% adalah subjek sains, 30% adalah subjek matematik dan 30% lagi untuk subjek Bahasa Inggeris. Manakala 40% lagi adalah untuk mataplejaran bukan teras. Tuntutan PCG adalah ditetapkan sekali setahun. Bagi tuntutan tahun berkenaan adalah berdasarkan bilangan enrolment murid pada 1 Oktober tahun sebelumnya. Menurut Surat Perkeliling Kewangan bilangan 8 tahun 2012 terdapat dua jenis PCG iaitu Bantuan Perkapita matapelajaran dan bukan matapelajaran. Perbelanjaan yang dibenarkan dengan menggunakan wang PCG matapelajaran adalah: i- Pembelian inventori dan bahan habis guna tujuan pengajaran dan pembelajaran. ii- Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian,cakera padat dan lain- lain yang bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. iii- Penyelenggaraan dan pembaikan inventori dan harta modal yang digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. iv- Keceriaan berunsurkan pendidikan seperti taman sains , taman herba dan lain- lain yang boleh memberi pengukuhan kepada program pengajaran dan pembelajaran.

description

ppg

Transcript of PENGENALAN Pcg Hantar Lec

PENGENALANBantuan Per Kapita atau Per Capita Grant ( PCG ) untuk sekolah merupakan satu bantuan kewangan yang diperuntukan kepada setiap murid sekolah sama ada sekolah bertaraf Sekolah Kerajaan atau sekolah Bantuan Kerajaan. Bantuan meliputi PCG mata pelajaran dan PCG bukan matapelajaran. Sebelum ini terdapat enam surat pekeliling kewangan ( SPK )berkaitan bantuan PCG yang berkuatkuasa.Lima daripadanya merupakan pindaan dan tambahan kepada SPK yang utama iaitu SPK bilangan 5 Tahun 2012. Sehubungan itu, garis panduan ini telah menyatupadukan semua peraturan dan arahan yang terdapat dalam keenam- enam SPK tersebut supaya menjadi lebih kemas dan teratur. Kini surat pekeliling yang menjadi panduan ialah Surat Pekeliling Kewangan ( SPK ) Bil 8 /2010 Bertarikh 24 Disember 2010. Kadar baru agihan PCG bagi matapelajaran Teras adalah 60% Sains , Matematik dan Bahasa Inggeris. Daripada jumlah tersebut 40% adalah subjek sains, 30% adalah subjek matematik dan 30% lagi untuk subjek Bahasa Inggeris. Manakala 40% lagi adalah untuk mataplejaran bukan teras. Tuntutan PCG adalah ditetapkan sekali setahun. Bagi tuntutan tahun berkenaan adalah berdasarkan bilangan enrolment murid pada 1 Oktober tahun sebelumnya.Menurut Surat Perkeliling Kewangan bilangan 8 tahun 2012 terdapat dua jenis PCG iaitu Bantuan Perkapita matapelajaran dan bukan matapelajaran. Perbelanjaan yang dibenarkan dengan menggunakan wang PCG matapelajaran adalah:i- Pembelian inventori dan bahan habis guna tujuan pengajaran dan pembelajaran.ii- Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian,cakera padat dan lain- lain yang bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.iii- Penyelenggaraan dan pembaikan inventori dan harta modal yang digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.iv- Keceriaan berunsurkan pendidikan seperti taman sains , taman herba dan lain- lain yang boleh memberi pengukuhan kepada program pengajaran dan pembelajaran.v- Program berunsurkan pendidikan yang boleh memberi pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran samaada semasa cuti persekolahan atau hari persekolahan.vi- Peroleh harta modal dibenarkan tetapi hendaklah dibincangkan dan dipersetujui oleh Ketua Bidang atau Ketua Panitia dan diluluskan oleh Pengurus sekolah.

Setiap pembelian harta modal hendaklah dibincangkan bersama dengan ketua Panitia dan mendapat persetujuan daripada ketua Panitia dan serta diluluskan oleh Pengurus Sekolah iaitu guru besar. Setiap pembelian yang dibuat hendaklah memenuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan yang tidak melebihi RM 5000 atau 30% daripada keseluruhan peruntukan PCG mata pelajaran dan bukan matapelajaran ( tidak termasuk LPBT/LPK sekolah ) mana yang lebih rendah.PCG bagi mata pelajaran Sains sekolah saya ialah RM463.20 bagi peruntukan untuk 83 orang. Bagi membelanjakan wang peruntukan tersebut setiap awal tahun persekolahan Panitia Sains akan bermesyuarat kali pertama dan membincangkan bahan atau alat yang diperlukan untuk pengajaran dan pembelajaran.Setiap ahli akan menyenaraikan keperluan yang diperlukan dan mengisi nota minta. Ketua panitia akan mengagihkan peruntukan mengikut keperluan bagi tahap 1 dan tahap 2. Perancangan perbelanjaan yang teliti hendaklah dilakukan agar peruntukan digunakan sebaik mungkin dan sewajarnya bagi membantu murid- murid untuk meningkatkan lagi minat dan pencapaian mereka bagi mata pelajaran sains. Dengan peruntukan sebanyak RM 463.20 keputusan mesyuarat bersetuju untuk membeli bahan bantu belajar bagi tahap 1 dan tahap 2 dengan menggunakan keseluruhan peruntukan tersebut. Berikut ada porposal perbelanjaan peruntukan wang PCG bagi matapelajaran Sains Sekolah Kebangsaan Chegar Galah , Kuala Kangsar.