Pengenalan Pke

5
Pengenalan. Masalah salah laku gender pada masa kini semakin menjadi-jadi bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan ekoran arus pemodenan masa yang terlalu banyak dipengaruhi anasir-anasir luar sehingga menjadi ikutan segelintir masyarakat di luar sana. Hal ini menjadi kebimbangan bagi sebilangan masyarakat yang cakna akan permasalahan yang bagaikan tiada penghujungnya ini. Topik ini kerapkali menjadi perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat serta tersebar secara meluas terutamanya di laman sosial seperti facebook dan twitter termasuklah blog – blog peribadi samaada sebagai bahan untuk menyatakan pendapat atau pandangan masing-masing mahupun sebagai bahan untuk melempar kritikan. Salah laku menurut kamus Oxford Fajar Edisi Ketiga, bermaksud, “kelakuan yang tidak sopan atau kelakuan buruk” atau “ menguruskan sesuatu dengan tidak cekap”. Mengikut pandangan umum, salah laku gender merupakan isu yang di kaitkan dengan kekeliruan individu dalam memainkan peranan yang bersesuaian dengan jantina yang dimilikinya atau erti kata lainnya ialah kecelaruan gender. Kelompok yang sering dikaitkan dengan salah laku gender ini selalunya berpusat kepada golongan remaja. Namun begitu, tidak di nafikan bahawa isu salah laku gender ini merangkumi semua peringkat golongan iaitu kanak-kanak, remaja, belia dan dewasa. Masalah salah laku gender yang wujud dalam kalangan masyarakat yang sering di perkatakan termasuklah lesbian, gay, biseksual, transeksual, transgender, homoseksual .heterosex dan lain lain lagi. Dahulunya, golongan-golangan yang menghadapi konflik kecelaruan gender ini tidak mahu serta malu untuk menonjolkan diri di khalayak ramai dek kerana bimbang akan penerimaan masyarakat tentang masalah yang dihadapi mereka. Namun kini, semua itu sudah tidak diambil peduli bagi

description

KKP PENDIDIKAN KESIHATAN SEMESTER 4 IJAZAH

Transcript of Pengenalan Pke

Page 1: Pengenalan Pke

Pengenalan.

Masalah salah laku gender pada masa kini semakin menjadi-jadi bagaikan cendawan

tumbuh selepas hujan ekoran arus pemodenan masa yang terlalu banyak dipengaruhi anasir-

anasir luar sehingga menjadi ikutan segelintir masyarakat di luar sana. Hal ini menjadi

kebimbangan bagi sebilangan masyarakat yang cakna akan permasalahan yang bagaikan tiada

penghujungnya ini. Topik ini kerapkali menjadi perbincangan hangat dalam kalangan

masyarakat serta tersebar secara meluas terutamanya di laman sosial seperti facebook dan

twitter termasuklah blog – blog peribadi samaada sebagai bahan untuk menyatakan pendapat

atau pandangan masing-masing mahupun sebagai bahan untuk melempar kritikan. Salah laku

menurut kamus Oxford Fajar Edisi Ketiga, bermaksud, “kelakuan yang tidak sopan atau

kelakuan buruk” atau “ menguruskan sesuatu dengan tidak cekap”. Mengikut pandangan

umum, salah laku gender merupakan isu yang di kaitkan dengan kekeliruan individu dalam

memainkan peranan yang bersesuaian dengan jantina yang dimilikinya atau erti kata lainnya

ialah kecelaruan gender. Kelompok yang sering dikaitkan dengan salah laku gender ini

selalunya berpusat kepada golongan remaja. Namun begitu, tidak di nafikan bahawa isu salah

laku gender ini merangkumi semua peringkat golongan iaitu kanak-kanak, remaja, belia dan

dewasa.

Masalah salah laku gender yang wujud dalam kalangan masyarakat yang sering di

perkatakan termasuklah lesbian, gay, biseksual, transeksual, transgender,

homoseksual .heterosex dan lain lain lagi. Dahulunya, golongan-golangan yang menghadapi

konflik kecelaruan gender ini tidak mahu serta malu untuk menonjolkan diri di khalayak ramai

dek kerana bimbang akan penerimaan masyarakat tentang masalah yang dihadapi mereka.

Namun kini, semua itu sudah tidak diambil peduli bagi mereka untuk tidak menonjolkan diri

ekoran perubahan masa yang dikatakan mewujudkan golongan yang berfikiran terbuka

sehingga menimbulkan salah faham di pihak mereka bahawa isu yang dihadapi bukanlah satu

masalah yang berat dan perlu di beri perhatian. Golongan ini merasakan bahawa masyarakat

sudah mula menerima mereka sehingga ada yang tanpa segan silu mengakui bahawa mereka

merupakan salah seorang dalam kalangan individu yang menghadapi konflik kecelaruan gender

secara umum. Tidak kurang juga bagi mereka yang ingin mencuba sehingga akhirnya

terjerumus dan terjebak dengan masalah yang dicipta sendiri tanpa menemui jalan

penyelesaiannya ataupun memerlukan masa yang panjang untuk kembali ke fitrah asal

kejadiaanya.

Page 2: Pengenalan Pke

Berikutan isu salah laku gender ini, pelbagai istilah atau definisi ‘gender’ diberikan oleh

golongan yang mengkaji tentang permasalahan ini. Perkataan Gender dikatakan berasal dari

bahasa Inggeris yang bererti jenis kelamin (John M.echols dan Hassan Sadhily, 1983:

256). Secara umum, pengertian Gender adalah perbezaan yang terzahir antara lelaki dan

perempuan apabila dilihat dari nilai dan tingkah laku. Menurut Gender Management System,

gender adalah satu set ciri atau kriteria, peranan dan corak tingkah laku yang membezakan

wanita daripada lelaki yang bukan dibina secara biologinya tetapi secara sosial dan budaya.

Jantina individu boleh ditentukan secara biologi sebaliknya ciri-ciri gender terbina secara secara

sosial yang merupakan satu keluaran asuhan, keterbiasaan, norma sosial budaya dan

jangkaan. Ciri-ciri tersebut berubah melalui masa dan dari satu budaya ke satu budaya. Gender

juga dirujuk kepada lakaran symbol budaya, konsep normative ( subjektif), struktur institusi dan

imej dari dalaman yang melalui proses pembinaan sosial, takrifan peranan kelakiaan dan

kewanitaan dan meluahkan peranan tersebut dalam kuasa perhubungan.

Selain itu, Vitayala (2010) pula mendefinisikan bahawa gender merupakan suatu

konsep yang menunjuk pada suatu sistem peranan dan hubungannya antara perempuan dan

lelaki yang tidak ditentukan oleh perbezaan biologi, akan tetapi ditentukan oleh lingkungan

sosial, politik, dan ekonomi. Tambahan lagi, dalam buku Sex and Gender yang ditulis oleh

Hilary M . Lips , Gender ditakrifkan sebagai harapan-harapan budaya terhadap lelaki dan

perempuan. Contohnya ; perempuan dikenali dengan lemah lembut, cantik, emosi dan

keibuan. Sementara lelaki dianggap kuat, rasional, jantan dan perkasa. Ciri-ciri dari sifat itu

merupakan sifat yang boleh ditukar, misalnya ada lelaki yang lemah lembut, ada perempuan

yang kuat, rasional dan perkasa. Perubahan ciri dari sifat-sifat tersebut boleh berlaku dari masa

ke masa dan dari tempat ke tempat yang lain (Mansour Fakih 1999: 8-9).

Namun begitu, menurut Engenderhealth 2004, konsep gender masih belum di fahami

dengan mendalam dan belum ada definisi yang khusus yang masih diperdebatkan termasuklah

oleh agensi United Nation (UN) seperti dalam Fourth World Confernce On Women di Beijing.

Gender sering dikelirukan dengan jantina. Agensi tersebut menyatakan bahawa jantina

umumnya dirujuk kepada biologi dan automistruktur tubuh. Tiga ciri biasa yang

menggambarkan jantina seseorang iaitu organ luaran jantina, organ dalaman jantina dan

pembangunan wanita sekunder pada peringkat akil baligh. Gender pula dikatakan lebih

merujuk kepada peranan individu yang dipamerkan bersesuaian dengan jantina mereka.

Page 3: Pengenalan Pke

Dari sudut disforia gender atau lebih dikenali umum sebagai kecelaruan gender pula,

Pakar Perunding Kesihatan Seksual dan Reproduktif, Lembaga Penduduk dan

Pembangunan Keluarga Negara, Dr. Mohd Ismail Tambi, mendefinisikan kecelaruan gender

sebagai suatu keaadaan yang mana penghayatan seseorang individu mengenai dirinya itu

bercelaru antara perasaan gender kendiri dengan jantina anggota kelaminnya. Tambah beliau

lagi , manifestasi fenomena transeksualisme berlaku ketika seseorang itu dalam proses

pengenalan diri mengenai jantina. Individu akan berasa dirinya berbeza dengan kehendak

hatinya dan kadangkala dia serba salah apabila lebih cenderung bergaul dengan individu

daripada jantina yang berlawanan dengannya sehingga mendorong berlakunya fenomena ‘

lekaki lembut dan perempuan keras’.

Merujuk kepada kajian kes yang dijalankan oleh Prof Louis Gooren, kemungkinan

fenomena transeksualisme berlaku ialah satu transeksual lelaki dalam 15,000 lelaki manakala

satu transeksual perempuan dalam 35,000 perempuan. Menurut beliau, di Malaysia, banyak

istilah yang diguna pakai bagi membezakan golongan-golongan ini antaranya seperti mak nyah,

bapuk, gay, tomboy, pengkid atau lesbian. Penampilan dan cara kehidupan

lahiriah mereka ini berbeza-beza.Secara tersembunyi, mereka akan memakai

pakaian jantina yang sebaliknya, sekaligus  berasa dirinya dekat dengan jantina itu.

Perasaan untuk mendekati jantina yang dianggap jantina nalurinya akan menjadi lebih

ketara apabial memasuki alam remaja dan berlaku pergolakan hormon seksual

serta mengalami ketumbesaran anggota kelamin. Mereka akan berasa perubahan

pada dirinya lebih jauh daripada kehendak diri sehingga berasa tertekan. Bagi

mereka yang dapat mengawal kehendak diri, mereka akan ikut haluan masyarakat

yang sebenar.Namun, bagi yang yang mengikut kehendak diri, mereka akan

terperangkap dengan konflik kecelaruan gender yang dihadapinya.

Tuntasnya, berdasarkan definisi salah laku, gender dan kecelaruan gender

yang diberikan, dapat disimpulkan bahawa salah laku gender merupakan kesalahan

yang melanggar norma yang telah termaktub ataupun melakukan perkara yang

bertentangan dengan apa yang telah ditetapkan dalam lingkungan gender yang

meliputi isu kecelaruan gender yang bermaksud, kekeliruan seorang individu dalam

memainkan peranan mereka samada sebagai seorang lelaki mahupun perempuan

dengan jantina yang dimilikinya. Kekeliruan yang dihadapi kadangkala

Page 4: Pengenalan Pke

mengakitbatkan konflik yang hebat dalam diri seseorang sehingga menghadapi

tekanan dalam kehidupan. Namun begitu, kekeliruan ini juga kadangkala tidak

dapat dikawal sehingga timbulnya masalah kecelaruan gender seperti yang

diperkatakan. Oleh itu, perkara seperti ini tidak boleh dipandang enteng oleh

semua pihak terutamanya masyarakat dek kerana terlalu mengalah kepada arus

permodenan masa.

(NUR SYAHIRAH BINTI MOHD SALAHUDDIN)

930216-11-5618 ( 123203 )