Pengenalan Pp

2
PENGENALAN Pengkaji telah membuat kajian mengenai campuran pemasaran yang dijalankan oleh Syarikat Perodua. Menurut Rodger (1971), campuran pemasaran ialah suatu konsep dan pemasaran sebagai satu kumpulan aktiviti perlu dibezakan. Pemasaran perlu bermula sebagai satu konsep yang menjelaskan tujuan operasi- operasi pemasaran sebagai deskripsi operasi-operasi iyu sendiri. Antara campuran pemasaran yang terdapat ialah produk, penetapan harga, pengedaran dan pengagihan serta campuran promosi. Menurut Philip Kotler, produk adalah sesuatu yang boleh ditawarkan kepada pasaran untuk mendapatkan perhatian, pembelian dan penggunaan yang dapat memenuhi keinginan atau keperluan. Antara elemen-elemen produk yang dikaji oleh pengkaji bagi syarikat Perodua ialah atribut produk, lini produk dan kitaran hayat produk. Selain itu, menurut Philip Kotler, harga adalah sejumlah wang yang dikenakan untuk sesebuah produk atau perkhidmatan. Antara elemen-elemen penetapan harga yang digunakan oleh Syarikat Perodua ialah faktor dalaman. Menurut Philip Kotler, pengedaran dan pengagihan bermaksud perantaraan yang digunakan oleh pemasar untuk mengedarkan produk dalam proses pemasaran. Pengedaran dan pengagihan juga merujuk kepada pemindahan produk dari tangan pengeluar ke tangan pengguna akhir. Antara elemen-elemen yang terdapat dalam pengedaran dan pengagihan ialah saluran agihan produk, pemborong, ejen dan peruncit.

description

dino

Transcript of Pengenalan Pp

PENGENALANPengkaji telah membuat kajian mengenai campuran pemasaran yang dijalankan oleh Syarikat Perodua. Menurut Rodger (1971), campuran pemasaran ialah suatu konsep dan pemasaran sebagai satu kumpulan aktiviti perlu dibezakan. Pemasaran perlu bermula sebagai satu konsep yang menjelaskan tujuan operasi-operasi pemasaran sebagai deskripsi operasi-operasi iyu sendiri. Antara campuran pemasaran yang terdapat ialah produk, penetapan harga, pengedaran dan pengagihan serta campuran promosi. Menurut Philip Kotler, produk adalah sesuatu yang boleh ditawarkan kepada pasaran untuk mendapatkan perhatian, pembelian dan penggunaan yang dapat memenuhi keinginan atau keperluan. Antara elemen-elemen produk yang dikaji oleh pengkaji bagi syarikat Perodua ialah atribut produk, lini produk dan kitaran hayat produk.Selain itu, menurut Philip Kotler, harga adalah sejumlah wang yang dikenakan untuk sesebuah produk atau perkhidmatan. Antara elemen-elemen penetapan harga yang digunakan oleh Syarikat Perodua ialah faktor dalaman.Menurut Philip Kotler, pengedaran dan pengagihan bermaksud perantaraan yang digunakan oleh pemasar untuk mengedarkan produk dalam proses pemasaran. Pengedaran dan pengagihan juga merujuk kepada pemindahan produk dari tangan pengeluar ke tangan pengguna akhir. Antara elemen-elemen yang terdapat dalam pengedaran dan pengagihan ialah saluran agihan produk, pemborong, ejen dan peruncit.Seterusnya, menurut Philip Kotler, promosi merupakan campuran tertentu pemasangan iklan, jualan personel, promosi jualan, hubungan masyarakat dan alat-alat pemasaran langsung yang digunakan oleh syarikat untuk mencapai matlamat. Antara campuran promosi yang digunakan oleh Syarikat Perodua ialah pengiklanan, jualan bersemuka dan promosi jualan Syarikat Perodua.Kesimpulannya, pengkaji telah memilih campuran pemasaran bagi Syarikat Perodua iaitu produk, penetapan harga dan promosi untuk membuat kajian dan mengenalpasti campuran pemasaran Syarikat tersebut.