Pengenalan Teori Interaksionalis

9
(BMM3117) PPG semester 6 Pengenalan Teori Interaksionalis Teori ini melihat pembelajaran bahasa sebagai alat interaksi dan merupak satu proses yang melibatkan mental dan linguistik. Teori ini berkembang sekita tahun-tahun 1960-an dan 1970-an. Ahli pemikiran terkenal yang terlibat dalam a ini ialah Mark Halliday. leh hal demikian! teori ini dikenali sebagai teori H "elain Halliday! ahli pemikiran lain teori interaksionalis ini ialah #loom! #o dan "%hlesinger yang berpendapat baha$a kebolehan kogniti& sahaja tidak dapat menjelaskan penguasaan bahasa. leh hal demikian kerana kebolehan kogn sahaja yang membolehkan kanak-kanak menta&sir makna tetapi tidak menja penta&siran boleh dilahirkan dalam bentuk bahasa. 'engan itu! dalam teori ini telah menerangkan perkembangan bahasa kanak- kanak melibatkan interaksi bahasa dan proses mental. (anak-kanak memperoleh bahasa kerana mereka mempunyai keperluanuntuk berinteraksi dengan ahli keluargadan masyarakat. "ebagai ahlimasyarakat! mereka juga seharusnya mempunyai kemampuan menguasai kemahiran menggambarkan pemikiran dalam bentuk bahasa yang sesuai dengan situasi sosial. (etika kanak-kanak berinterak mereka akan menguasai makna yang lebih tepat. Teori ini lebih memberi penekana dalam membina keyakinan berkomunikasi idea atau makna. )ersekitaran luaran dan &aktor ba$aan semula jadi memainkan peranan yang sama penting dalam proses pemerolehan bahasa oleh kanak-kanak. (anak- kanak selain menerima latihan bahasa yang pasi& daripada ibu bapa! mereka juga dapat memproses bahasa se%ara akti& kerana memiliki struktur dalaman pemerolehan bahasa. #eberapa &aktor seperti persekitaran sosial! permat biologi dan kogniti& memainkan peranan penting dalam perkembangan baha kanak-kanak. "emua &aktor ini saling berinteraksi lalu melakukan penye antara satu sama lain. 1

Transcript of Pengenalan Teori Interaksionalis

(BMM3117) PPG semester 6

(BMM3117) PPG semester 6

Pengenalan Teori Interaksionalis

Teori ini melihat pembelajaran bahasa sebagai alat interaksi dan merupakan satu proses yang melibatkan mental dan linguistik. Teori ini berkembang sekitar tahun-tahun 1960-an dan 1970-an. Ahli pemikiran terkenal yang terlibat dalam aliran ini ialah Mark Halliday. Oleh hal demikian, teori ini dikenali sebagai teori Halliday. Selain Halliday, ahli pemikiran lain teori interaksionalis ini ialah Bloom, Bowemen, dan Schlesinger yang berpendapat bahawa kebolehan kognitif sahaja tidak dapat menjelaskan penguasaan bahasa. Oleh hal demikian kerana kebolehan kognitif sahaja yang membolehkan kanak-kanak mentafsir makna tetapi tidak menjamin pentafsiran boleh dilahirkan dalam bentuk bahasa. Dengan itu, dalam teori ini telah menerangkan perkembangan bahasa kanak-kanak melibatkan interaksi bahasa dan proses mental. Kanak-kanak memperoleh bahasa kerana mereka mempunyai keperluan untuk berinteraksi dengan ahli keluarga dan masyarakat. Sebagai ahli masyarakat, mereka juga seharusnya mempunyai kemampuan menguasai kemahiran menggambarkan pemikiran dalam bentuk bahasa yang sesuai dengan situasi sosial. Ketika kanak-kanak berinteraksi, mereka akan menguasai makna yang lebih tepat. Teori ini lebih memberi penekanan dalam membina keyakinan berkomunikasi idea atau makna. Persekitaran luaran dan faktor bawaan semula jadi memainkan peranan yang sama penting dalam proses pemerolehan bahasa oleh kanak-kanak. Kanak-kanak selain menerima latihan bahasa yang pasif daripada ibu bapa, mereka juga dapat memproses bahasa secara aktif kerana memiliki struktur dalaman dalam pemerolehan bahasa. Beberapa faktor seperti persekitaran sosial, permatangan biologi dan kognitif memainkan peranan penting dalam perkembangan bahasa kanak-kanak. Semua faktor ini saling berinteraksi lalu melakukan penyesuaian antara satu sama lain.

Terdapat tiga prinsip dicetuskan daripada pandangan-pandangan ahli-ahli bahasa interaksionalisme iaitu dalam sesuatu komunikasi bahasa, penyampaian makna adalah lebih diutamakan. Menurut prinsip ini sama ada pembelajaran bahasa pertama atau kedua, penyampaian makna adalah amat penting. Prinsip kedua ialah pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik. Teori ini merupakan interaksi sosial dalam kehidupan seharian. Individu berinteraksi dengan individu yang lain untuk mencapai motif dan sesuatu tujuan atau matlamat. Kebanyakan akan menggunakan simbol seperti warna, lampu, isyarat, gerak geri, lambang dan sebagainya dalam proses mencipta hubungan sosial. Walau bagaimanapun, teori interaksionalisme ini hanyalah salah satu daripada perspektif tentang pemahaman dan pemikiran tentang dunia sosial. Perbezaan pemahaman tentang dunia sosial ini menunjukkan hubungan antara manusia dengan masyarakat adalah tidak terbatas. Oleh itu, sebarang pendekatan sosiologi cuma boleh memberikan sebahagian huraian tentang manusia dan masyarakat. Teori ini berpendapat kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik supaya mereka dapat mempelajari cara-cara menggambarkan makna dalam bentuk linguistik yang jelas dan tepat. Teori interaksionalis mementingkan aktiviti komunikasi. Seseorang menghasilkan bahasa apabila dia memerlukannya. Sebagai contoh seorang guru melakukan aktiviti lakonan agar muridnya berinteraksi antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa. Perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa. Melalui interaksi, terhasillah ayat penyata dan ayat perintah. Hasil interaksi yang dilakukan akan mempengaruhi kanak-kanak untuk mempelajari sistem bahasa. Menurut teori pembelajaran interaksionalis kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik supaya mereka boleh mempelajari cara-cara menggambarkan makna-makna kognitif dalam bentuk linguistik dengan tepat dan jelas.Teori ini menekankan betapa pentingnya proses pembentukan hipotesis mengenai undang-undang bahasa dalam sesuatu pembelajaran bahasa itu. Seseorang pelajar harus boleh menggunakan strruktur-struktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa dan makna. Kebolehan ini adalah penting bagi membolehkan mereka itu berkomunikasi dalam bahasa masyarakat itu dengan baik dan berkesan.Dalam pembelajaran bahasa, teori ini menyarankan supaya guru-guru memberi banyak latihan kepada pelajar-pelajar. Walaupun pada dasarnya teori ini menganggap penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur bahasa namun kedua-dua makna dan struktur harus berjalan serentak. Langkah ini dapat menolong murid-murid menggunakan sistem bahasa yang dipelajarinya dengan betul. Selain itu, aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dan menarik adalah juga penting difikirkan. Menurut teori ini, aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dan berkesan membolehkan murid-murid bukan sahaja berusaha menguasai dan memperbaiki penggunaan sistem bahasa itu tetapi juga berkemampuan untuk menggunakannya dengan fasih dan lancar. Teori ini juga memandang pembelajaran bahasa adalah sebagai alat interaksi dan ia merupakan satu proses yang melibatkan mental dan linguistik. Teori ini menekankan pentingnya proses pembentukan hipotesis mengenai undang- undang bahasa dalam sesuatu pembelajaran itu. Teori ini juga menyarankan supaya guru-guru memberi banyak latihan kepada pelajar-pelajar.Prinsip-prinsip yang dicetuskan daripada pandangan-pandangan ahli-ahli bahasa Interaksionalisme adalah seperti berikut: Pertama, penyampaian makna adalah lebih diutamakan dalam komunikasi bahasa. Kedua, pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik. Dan ketiga, pengajaran dan pembelajaran bahasa memerlukan penumpuan terhadap tugas-tugas atau aktiviti-aktiviti yang bermakna. Jika guru itu dapat menyampaikan pengajaran dalam bentuk aktiviti-aktiviti yang bermakna maka murid-murid berkemampuan untuk menggunakan bahasa itu dengan lancar dan fasih.

Aktiviti Pembelajaran Koperatif Pembelajaran koperatif adalah satu jenis pembelajaran kolaboratif yang khusus. Dalam pembelajaran koperatif, pelajar bekerja bersama-sama dalam kumpulan berdasarkan aktiviti yang telah distruktur dengan baik. Mereka bertanggungjawab secara individu untuk kerja-kerja mereka. Aktiviti pembelajaran yang mencorakkan koperatif : 1)Temuduga tiga langkah (ice-breaker)- Guru memberikan arahan tentang maklumat yang perlu diperolehi, sebagai contoh guru memberi arahan kepada pelajar untuk menyelidik cita-cita kawan mereka.- Pelajar A menemubual pelajar B untuk mengumpulkan maklumat.- Apabila guru memberi isyarat untuk menukar peranan, maka giliran pelajar B pula menemuramah pelajar untuk mendapatkan maklumat. - Kemudian pelajar salah seorang daripada mereka akan di panggil kehadapan untuk membentangkan maklumat yang diperoleh.

2)Permainan Posmen- permainan ini bertujuan untuk mengasah kemahiran mengingat dan menyimpan maklumat dengan tepat.- Pelajar akan menutup mata kecuali pelajar yang berada di belakang sekali. Guru akan menyusun pelajar mengikut baris yang terdiri dari 3 - 5 orang.- Pelajar tidak akan tahu di kumpulan mana mereka ditetapkan. - Pelajar yang paling belakang akan diberi beberapa minit untuk membaca satu anekdot.- Apabila arahan diberikan, pelajar yang paling belakang akan pergi kepada rakan yang berada di hadapannya dan menyampaikan maklumat dari anekdot yang dibaca.- Arahan akan diberikan lagi, kemudian pelajar yang kedua akan melakukan perkara yang sama kepada pelajar ketiga.- Apabila isyarat masa tamat, pelajar ketiga iaitu pelajar yang paling hadapan sekali akan diminta menulis kembali maklumat yang diperoleh melalui rakan yang memberitahu maklumat sebentar tadi.- Guru akan menilai, teks yang sama dengan anekdot diberi, baris yang paling tepat maklumat diberikan, akan memenagi permainan ini.

3)Aktiviti Kenalpasti Watak Dan Peranan Dalam Cerpen Atau Novel- Pelajar akan berdiri secara rawak- Guru akan memberi sepucuk sampul surat yang sama warna kepada setiap pelajar.- Meskipun sampul surat yang sama, tetapi terdapat 3 jenis maklumat yang terdapat dalam sampul itu. i) Nama Watakii) Nama Ceritaiii) Perwatakan- Pelajar akan mendapat salah satu jenis maklumat di atas di dalam sampul yang mereka terima- Apabila arahan diberikan, mereka akan mencari rakan yang memegang sampul yang maklumatnya berkaitan dengan maklumat di sampul mereka. Contohnya, pemegang watak Budiman akan mencari pemegang sampul yang mengandungi perwatakan budiman dan pemegang sampul tajuk novel yang mempunyai watak budiman iaitu novel Anak Din Biola. - Akhir sekali, apabila pelajar sudah menjumpai rakan sekumpulan meraka, mereka akan mencantum maklumat itu maka wakil kumpulan akan membentangkan hasil dapatan mereka. Jika maklumat tidak kena atau salah, maka pelajar itu dikira kalah atau gagal. - Melalui aktiviti ini pelajar akan lebih peka selain perlu mengulangkaji terlebih dahulu sebelum bermain dengan permainan ini. 4)Lakon Semula

Pelajar akan diminta melakonkan semula cerita dari novel atau cerpen. Guru akan meminta semua pelajar terlibat dan lakonan akan dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan.Pelajar akan menggunakan kebijaksaan melantik organisasi demi melicinkan urusan.Ketua akan dilantik dan mereka akan saling berbincang untuk menjayakan lakonan.Watak akan ditentukan oleh ketua hasil perbincangan sesama mereka mengenai kesesuaian watak terhadap pelakon yang akan memegang watak berkenaan. Mereka akan bekerjasama antara satu sama lain.

5)Analisis maklumat melalui gambar. Guru akan memberikan sekeping gambar di hadapan semua pelajar. Murid akan berada di dalam kumpulan, dan guru akan meminta mereka menyenaraikan sifat baik dan sifat buruk berdasarkan gambar yang mereka lihat. Pelajar bertungkus lumus meneliti dan menyenaraikan sebarang jangkaan yang didapati berkaitan. Proses kognitif dan koperatif akan berlaku. Apabila tempoh telah tamat, mereka akan membentangkannya di hadapan.

Pengenalan Pendekatan KomunikatifPendekatan, Kaedah, dan Teknik (PKT) merupakan trio yang saling berkait antara satu sama lain. Trio ini wajib dikuasai oleh semua guru untuk memastikan kelancaran proses P dan P di dalam kelas kelak.PKT akan mempengaruhi RPH pada suatu masa. Oleh itu, sebagai guru, pemilihan PKT yang sesuai amat penting bagi memastikan objektif pengajaran tercapai seterusnya kemahiran yang hendak diajarkan mampu dikuasai oleh murid.Terdapat 3 pendekatan utama yang sering digunakan oleh para guru di sekolah iaitu pendekatan berpusatkan murid, pendekatan berpusatkan guru, dan pendekatan berpusatkan bahan. Setiap pendekatan mempunyai kelemahan dan kelebihan masing- masing yang harus difahami dan dikuasai oleh seorang guru.Pendekatan Komunikatif dan impak dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa melayuKaedah ini berasaskan teori interaksi .Pengasas kaedah ini berpegang kepada beberapa prinsip pengajaran bahasa pertama, pengajaran bahasa mestilah berpandukan proses perolehan bahasa kanak-kanak.Oleh sebab proses pemerolehan bahasa kanak kanak melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa,maka pengajaran bahasa mestilah merangkumi kecekapan bahasa ( tatabahasa ) serta kecekapan komunikatif ( ketepatan penggunaan bahasa mengikut konteks penggunaan ) Dalam kaedah ini, Struktur bahasa dapat dikuasai oleh murid-murid dengan cara yang lebih berkesan sekiranya mereka memberi perhatian terhadap makna. Andaian ini juga berasaskan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak, kanak-kanak menguasai makna terlebih dahulu dan kemudian barulah mereka dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat yang tertentu. Oleh itu pengajaran bahasa murid mestilah menglibatkan aktiviti penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancara dan lain-lain supaya mereka dapat berlatih menggunakan struktur bahasa yang diajar.Pengajaran bahasa melalui kaedah komunikatif ini mementingkan huraian unsure -unsur bahasa dalam teks dan wacana. Kesilapan bahasa selalunya bukanlah kesalahan bahasa, dalam proses pemerolehan bahasa kanak-kanak, kesilapan merupakan satu ciri yang lumrah. Keadaan ini berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi peluang kepada murid murid untuk cuba menggunakan bahasa dalam situasi-situasi tertentu. Tegasnya kaedah ini bukan sahaja bertujuan untuk membolehkan murid menguasai kecekapan berbahasa tetapi kaedah ini juga bertujuan untuk membolehkan murid menguasai kecekapan menggunakan unsure - unsur yang dipelajari dalam pelbagai konteks.

Pendekatan komunikatif merupakan salah satu pendekatan yang berpusatkan murid. Pendekatan komunikatif dapat memastikan murid mengambil bahagian secara aktif di dalam kelas supaya mereka memahami isi pengajaran . Sebagai contoh murid di sekolah tidak diajarkan struktur ayat secara formal oleh guru, akan tetapi murid akan menggunakan ayat yang sudah biasa digunakan di rumah masing- masing agar mereka dapat berkomunikasi secara telus dan guru dapat membetulkan kesalahan mereka.

Seterusnya, murid akan berlakon berdasarkan kad imbasan . Di dalam kad imbasan itu guru akan memberi beberapa situasi yang biasa dialami oleh murid seterusnya memberi reaksi secara spontan dengan erti kata lain berlakon sesama sendiri bagi memastikan situasi yang digambarkan didalam kad imbasan jelas dan difahami.

Kaedah komunikatif juga merupakan kaedah yang digunakan bagi memastikan berlakunya komunikasi antara pelajar. Kaedah ini juga berasaskan teori interaksi.

Penganjur kaedah ini berpegang kepada beberapa prinsip penajaran bahasa pertama, pengajaran bahasa mestilah berpandukan proses perolehan bahasa kanak-kanak. Oleh sebab proses pemerolehan bahasa kanak kanak melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa,maka pengajaran bahasa mestilah merangkumi kecekapan bahasa (tatabahasa) serta kecekapan komunikatif ketepatan penggunaan bahasa mengikut konteks penggunaan kaedah ini sangat sesuai dengan aras pengajaran kerana murid dikehendaki untuk merayu dengan menggunakan strategi yang berkesan. Oleh itu, murid tidak boleh tidak, harus berkomunikasi sesama mereka bagi menampakkan proses merayu dengan strategi yang berkesan itu.9