Pengenalan Tugasan

34
Pengenalan Tugasan Bagi semester ini kami telah mempelajari subjek RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian. Melalui subjek ini, kami dapat membanding bezakan jenis dan ciri gentian berdasarkan jenis fabrik. Kami juga dapat mengaplikasi menjahit dalam penghasilan pakaian dan menguasai kemahiran memelihara ikan hiasan. Sehubungan itu, kami telah diberi tugasan yang berkaitan dengan kemahiran-kemahiran yang telah kami pelajari. Tugasan RBT 3120 semester ini memerlukan kami membuat projek yang berbeza di bawah bimbingan dua pensyarah yang berbeza juga. Projek pertama untuk tugasan RBT 3120 ini, mengkehendaki kami untuk menyiapkan satu projek jahitan apron yang menggabungkan pelbagai jenis mata jahitan. Untuk projek menjahit apron ini kami dibimbing oleh pensyarah Puan Nuraini. Manakala, untuk projek kedua bagi tugasan RBT 3120 ini, kami dikehendaki melakukan amali penyediaan akuarium terancang memelihara ikan hiasan. Projek ikan hiasan ini dibimbing oleh pensyarah Encik Janom. Kedua-dua projek dijalankan secara individu. Bagi projek pertama, kami dikehendaki menghantar laporan bertulis yang lengkap bersama-sama produk apron yang kami jahit. Bagi projek kedua, kami hanya perlu melaksanakan penyediaan akuarium ikan hiasan di rumah tetapi laporan 1

description

tugasan

Transcript of Pengenalan Tugasan

Pengenalan Tugasan

Bagi semester ini kami telah mempelajari subjek RBT 3120 Teknologi

Rumah Tangga dan Pertanian. Melalui subjek ini, kami dapat membanding

bezakan jenis dan ciri gentian berdasarkan jenis fabrik. Kami juga dapat

mengaplikasi menjahit dalam penghasilan pakaian dan menguasai kemahiran

memelihara ikan hiasan.

Sehubungan itu, kami telah diberi tugasan yang berkaitan dengan

kemahiran-kemahiran yang telah kami pelajari. Tugasan RBT 3120 semester

ini memerlukan kami membuat projek yang berbeza di bawah bimbingan dua

pensyarah yang berbeza juga. Projek pertama untuk tugasan RBT 3120 ini,

mengkehendaki kami untuk menyiapkan satu projek jahitan apron yang

menggabungkan pelbagai jenis mata jahitan. Untuk projek menjahit apron ini

kami dibimbing oleh pensyarah Puan Nuraini. Manakala, untuk projek kedua

bagi tugasan RBT 3120 ini, kami dikehendaki melakukan amali penyediaan

akuarium terancang memelihara ikan hiasan. Projek ikan hiasan ini dibimbing

oleh pensyarah Encik Janom.

Kedua-dua projek dijalankan secara individu. Bagi projek pertama, kami

dikehendaki menghantar laporan bertulis yang lengkap bersama-sama produk

apron yang kami jahit. Bagi projek kedua, kami hanya perlu melaksanakan

penyediaan akuarium ikan hiasan di rumah tetapi laporan penyediaan akuarium

ikan hiasan perlu diraan dan didokumentasikan. Rakaman video dan laporan

yang lengkap perlu dihantar.

1

1. Definisi ikan hiasan dan akuarium

Ikan hiasan

Ikan hiasan adalah ikan yang dipelihara di dalam bekas atau kolam.

Kebanyakan ikan hiasan mempunyai sisik nipis berlendir yang berfungsi

sebagai pelindung daripada bacteria. Kulit ikan mengandungi

‘chromatophoraes’ iaitu pigmen sel-sel yang member warna-warna tertentu

kepada ikan. Ciri-ciri istimewa ikan hiasan dilihat pada warna sisik, bentuk

badan, saiz, sirip, cara dan tabiat makan, jantina dan gaya berenang. Terdapat

pelbagai spesies ikan hiasan, antaranya ikan emas, ikan kelisa, ikan Guppy,

ikan Pelaga dan ikan Koi.

Ikan emas Ikan Koi

Ikan Kelisa Ikan Pelaga

Ikan hiasan dipelihara bertujuan untuk mencantikkan kawasan dan menjadi

daya penarik bagi sesuatu tempat atau bangunan. Memelihara ikan hiasan juga

boleh dijadikan sebagai hobi yang menarik dan member ketenangan kepada

pemiliknya. Di samping itu, menternak ikan hiasan boleh mendatangkan

pendapatan yang lumayan.

2

Sebelum meneruskan projek penyediaan akuarium untuk ikan hiasan, perlu

untuk kita mengetahui serba sedikit mengenai bahagian luar dan fungsi setiap

bahagian luar ikan hiasan.

BAHAGIAN IKAN FUNGSI

Sirip pektoral, Sirip Pelvik berpusing berundur, mengapung, dan mengimbang

Sirip Dorsal dan Sirip Anal Membantu ikan bergerak lurus

Sirip Kaudal atau ekor Membantu ikan bergerak ke hadapan

Sisik Melindungi badan ikan daripada musuh, kecederaan dan penyakit

Penutup Insang Melindungi insang. Ikan menyerap

3

oksigen melalui insang

Garisan lateral Berfungsi untuk mengesan pergerakan objek lain di dalam air

Mulut Untuk makan dan menyedut air untuk mendapatkan oksigen

Mata Untuk melihat. Ikan tidak mempunyai kelopak mata

Dubur Membuang najis

Akuarium

Menurut Wikipedia, akuarium pula adalah sebuah vivarium yang mengandungi

air dan diletakkan di sesuatu tempat dengan permukaan yang bersifat lutsinar.

Terdapat berbagai jenis akuarium seperti akuarium kaca, akuarium plastik,

akuarium kaca bulat, akuarium kaca berbadan kayu dan akuarium kaca

berbingkai aluminium.

Pemilihan bekas(akuarium) adalah bergantung kepada beberapa faktor tertentu

seperti:

1. Jenis bahan akuarium sama ada kaca ata plastik

2. Jenis ikan hiasan

3. Bilangan ikan hiasan

4. Saiz akuarium

Elemen-elemen yang perlu ada di dalam sebuah akuarium yang lengkap ialah:

4

1. Pam akuarium

2. Pasir dan batu

3. Tumbuhan akuatik

4. Penapis

5. Laporan amali penyediaan akuarium terancang memelihara ikan

hiasan

2.1 Aktiviti : Penyediaan akuarium terancang memelihara ikan hiasan

2.2 Tujuan : Memelihara ikan hiasan

2.3 Alatan dan bahan : akuarium kaca bersaiz 60.7 cm x 30.5 cm x 30.5 cm ,

pam akuarium, penapis, model, lampu, kayu buruk, batu-batu kecil, pasir,

tumbuhan akuatik, tumbuhan tiruan, larutan anti klorin, polisterina dan

beberapa ekor ikan hiasan.

5

2.5 Prosedur :

Saya telah membahagikan prosedur kerja kepada 3 peringkat iaitu peringkat

perancangan, pelaksanaan dan penilaian

1. Peringkat perancangan

1. Merujuk internet dan melihat contoh-contoh hiasan akuarium yang

terdapat dalam internet.

6

Batu kecil

lampu

Larutan anti klorin

Tumbuhan akuatik dan

tiruan

pasir

cangkerangkayu

polistren

penutup

Akuarium kaca

Pam

span

2. Setelah mendapat idea, saya membuat lukisan lakaran cadangan idea

hiasan akuarium yang ingin saya buat. (Rujuk lukisan lakaran

cadangan idea saya di muka surat 11)

3. Saya membuat perancangan jenis ikan dan bahan- bahan yang ingin

saya gunakan untuk membuat projek akuarium saya.

4. Setelah menyenaraikan semua bahan dan peralatan yang akan saya

gunakan untuk membuat projek akuarium, saya telah membeli bahan

dan peralatan yang diperlukan.

1. Pelaksanaan

1. menyediakan dan menghias akuarium

Sediakan semua alatan dan bahan untuk

akuarium

Bersihkan akuarium daripada

kekotoran atau benda asing sebelum

memasukkan aksesori

7

Bersih dan bilas bahan hiasan,

kemudian tuskan dengan raga.

Masukkan pasir, batu-batu, dan model

ke dalam akuarium.

Masukkan pam penapis dan air ke

dalam akuarium

Titiskan larutan anti klorin ke dalam air.

8

Masukkan tumbuhan akuatik perlahan-

lahan ke dalam akuarium.

Hidupkan suis alat pam penapis.

Biarkan akuarium tanpa ikan selama

24 jam.

9

b) Memasukkan ikan ke dalam akuarium

Setalah 24 jam akuarium yang tersedia dibiarkan, barulah ikan-ikan hiasan

akan dimasukkan ke dalam akuarium. Biasanya, ikan-ikan hiasan yang dibeli

dari kedai akan dimasukkan ke dalam plastik yang diikat dan mempunyai

oksigen. Ikan-ikan ini tidak boleh terus dilepaskan ke dalam akuarium. Terdapat

beberapa langkah untuk memasukkan ikan hiasan supaya ikan tidak terkejut

yang boleh menyebabkan stress dan kematian. Ikan perlu membiasakan diri

dengan suhu dan persekitaran baru.

Rendamkan beg plastik yang mengandungi ikan hiasan yang dibeli ke dalam

akuarium yang tersedia selama 20 minit.

10

Bukakan ikatan beg plastik dan biarkan ikan berenang keluar sendiri bersama air

dari plastik ke dalam akuarium. Setelah ikan hiasan keluar semua, keluarkan

plastic dari akuarium tersebut.

11

1. Lakaran akuarium

Lakaran 3D akuarium

12

Item Fungsi

Pam penapis dan oksigen Menapis segala kekotoran dan menambahkan

oksigen yang mencukupi untuk ikan

Lampu Menceriakan pemandangan akuarium dan

member tenaga kepada pokok akuatik

melakukan fotosintesis

Kepingan polistren Mengelakkan dasar akuarium pecah.

Lakaran dasar akuarium

Item Fungsi

Kayu bakau, model, cangkerang Menambahkan seri akuarium

13

Tumbuhan akuatik dan tiruan 1. Menyerap bahan toksik dari

kumuhan ikan . Sisa kumuhan

ikan mendap di bawah dan

menjadi baja kepada tumbuhan.

2. Membekal oksigen kepada ikan

3. Tempat perlindungan dan

tempat ikan kecil bermain

Batu-batu 4. Menahan pokok akuatik

daripada tercabut.

5. Menampakkan keaslian

akuarium seperti di sungai.

Lakaran sisi akuarium

14

6. Hasil kerja saya

15

Pasir halus dapat mencengkam akar pokok. Pasir ditebalkan di belakang dan beransur rendah ke depan. Tujuan supaya kotoran makanan mudah bergolek ke bahagian depan akuarium.

5.0 Ikan-ikan pilihan saya

JENIS IKAN BIL. MAKLUMAT IKAN

Peringkat lapisan permukaan 3 Ikan yang berada di lapisan

permukaan (surface swimmer),

perut buncit, senang dipelihara,

tidak mudah diserang penyakit,

16

Ikan Molly

daya tahan yang cukup tinggi,

spesies omnivor

b) Peringkat lapisan

pertengahan

Ikan Neon Sword

10

4

Bersaiz kecil, sangat agresif,

Badan pipih, mulut tajam, sirip

perut dan punggungnya lebar

kea rah ekor, terdapat dua sirip

panjang berjuntai di bahagian

dada.

17

Ikan Angelfish

Ikan Tiger Barb 3

Ikan berwarna perak berbelang

hitam, sangat aktif, hidup

berkumpulan, mudah dipelihara,

Ikan ini dapat hidup selama 2-3

tahun

c) Peringkat lapisan bawah

Suckermouth catfish1

Dikenali sebagai ikan

Bandaraya, pemakan

alga/lumut, ikan jenis omnivore,

mempunyai dua alat pernafasan

iaiti insang untuk bernafas

dalam air dan labirin untuk

bernafas dalam lumpur

18

1. Pengiraan kos

Bil Bahan Kuantiti Kos seunit(RM) Jumlah Kos(RM)

1 Akuarium

kaca

1 buah 75.00 75.00

2 Pam penapis 1 buah 38.00 38.00

3 lampu 1 buah 30.00 30.00

4 Batu-batu

kecil

3 peket 5.00 15.00

5 Pasir 2 cawan (sumber sedia

ada)

--

6 Kayu (sumber sedia

ada)

--

7 Tumbuhan

akuatik

4 pohon 5.00 20.00

19

8 Makanan ikan 1 botol 5.00 5.00

9 model 1 buah 20.00 20.00

10 Larutan anti

klorin

1 botol 5.00 5.00

11 Ikan hiasan 12 ekor Purata seekor

RM4.00

52.00

JUMLAH KESELURUHAN RM260.00

7.0 Jadual kerja carta gantt

BIL BULAN/MINGGU

AKTIVITI

JAN FEB MAC

M3 M1 M2 M3 M4 M1

1 Menerima tugasan

2 1. Merancang

2. Mencari maklumat dari internet

3. Membuat rujukan dari buku KH tahun 5 dan ketua panitia KH

3 1. Menyenaraikan bahan/alatan yang diperlukan

2. Mengumpul/ membeli bahan/alatan

4 3. Membuat rakaman penyediaan akuarium

20

4. Membersihkan akuarium

5. Menyediakan akuarium

5 6. Membeli ikan

7. Memasukkan ikan dalam akuarium

6 8. Membuat rakaman memasukkan ikan

9. Membuat laporan

10. Mencetak laporan

11. Memasukkan rakaman video dalam CD

12. Menghantar tugasan kepada pensyarah

Carta aliran kerja proses menyediakan akuarium

21Menyediakan akuarium dan

merakam proses penyediaan akuarium

Membeli bahan/aksesori

Merancang dan melakar akuarium(lanskap)

Membuat anggaran kos projek

1. Refleksi

Kerja Kursus Projek Perniagaan dan Keusahawanan RBT 3120, diserahkan

oleh pensyarah penasihat iaitu Encik Janom bin Saadun kepada kami dan

tempoh lebih kurang 2 bulan diberikan untuk kami menyerahkan kembali

22

Memasukkan ikan hiasan dan membuat rakaman

Membeli ikan hiasan

Pendokumentasian

tugasan laporan penyediaan akuarium yang telah lengkap disiapkan beserta

rakaman video. Setelah menerima tugasan ini, kami merasa janggal dengan

tajuk ikan hiasan. Ini merupakan pengalaman baru bagi saya yang tidak pernah

memelihara ikan hiasan. Sebaik menerima tugasan, kolaborasi bersama

pensyarah dilakukan untuk lebih memahami kehendak soalan. Setelah itu,

perbincangan bersama rakan sekelas dan pencarian maklumat dilaksanakan.

Melalui tugasan ini, saya dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan saya

yang perlu diatasi.

Kekuatan diri saya ialah saya mempunyai ramai rakan yang tahu mengenai

ikan hiasan. Di samping itu, saya juga mempunyai saudara yang mempunyai 3

buah akuarium hiasan di rumah. Melalui kelebihan yang ada pada saya, saya

telah bertanya dan mendapat maklumat terperinci mengenai penyediaan

akuarium dan memilih ikan hiasan. Saya juga mendapat banyak maklumat dari

buku-buku yang dipinjam dari perpustakaan Sibu. Sifat gigih yang ada pada diri

saya memudahkan lagi saya membuat tugasan.

Kelemahan yang dikenalpasti pula ialah masalah masa yang begitu padat

dengan tugasan subjek lain, tugasan saya sebagai guru tahun 6 dan tugasan

saya sebagai guru penyelaras kelab Sains dan Matematik di sekolah. Semester

ini, RBT 3120 mengkehendakkan kami membuat 2 jenis tugasan yang

memerlukan 2 laporan yang berasingan.

Ini dapat di atasi dengan membuat jadual harian saya dengan mengutamakan

tugas mengajar anak bangsa. Saya telah menggunakan setiap masa yang

terluang dengan membuat tugasan ini.

Kelemahan yang kedua saya ialah tidak mahir membuat rakaman video dalam

bentuk movie maker. Suasana menjadi kelam kabut apabila saya terpaksa

mengambil gambar dan membuat rakaman video lagi untuk tujuan

dokumentasi.

23

Untuk mengatasi masalah ini, saya telah belajar cara mengambil rakaman dan

memasukkan rakaman video dalam bentuk movie maker daripada guru ICT,

Cikgu Ian di sekolah. Saya juga dibantu oleh ahli keluarga untuk membuat

rakaman penyediaan akuarium.

Kelemahan seterusnya, saya ketandusan idea untuk membina lanskap

akuarium yang kreatif dan inovatif. Saya telah melakar beberapa cadangan

idea saya. Untuk mengatasi masalah ini, saya bertanya dan berbincang

bersama beberapa orang guru di sekolah SK. Sg, Durin. Akhirnya, setelah

berkolaborasi, saya menggabungkan idea asal saya dengan idea rakan guru,

maka terhasillah sebuah akuarium yang menarik.

Melalui tugasan ini, saya dapat menambah pengetahuan mengenai

pemeliharaan ikan hiasan. Secara keseluruhannya, tugasan ini begitu menguji

keupayaan saya dalam menyediakan lanskap akuarium yang kreatif dan yang

paling membanggakan saya mampu untuk menghasilkan satu lanskap

akuarium yang cukup menarik bagi saya. Semoga pengetahuan ini dapat saya

praktikkan untuk pengajaran KH Tahun 5 di sekolah kelak.

Rujukan

24

http://penjagaanikanhiasan.blogspot.com/

http://cara-memeliharaikandenganbaik.blogspot.com/

http://akuariumhias.blogspot.com/2013/04/ikan-serpent-loach.html

http://www.kkp.go.id/ikanhias/index.php/news/c/34/Tips-tips-Bagi-Yang-Ingin-Memelihara-

Ikan-Hias/?category_id=1

Abu Bakar dan Rakan (1998). Kemahiran Hidup Bersepadu, Selangor. Pelangi

Sdn. Bhd.

Aishah binti Abd. Rashid dan Faizah binti Ismail (2010). Kemahiran

Hidup Sekolah Kebangsaan Tahun 5. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Cheah Huck Chee. et.al. (1997). Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun 5

KBSR. Petaling Jaya, Selangor: Pustaka Delta Pelajaran Sdn. Bhd.

Gina Sandford, (2000) Understanding tropical fish, New York : Howell Books

Howell Books House.

25

LAMPIRAN A

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS PENDEK

NAMA PELAJAR : MEDLINE AK TAHA

KURSUS & AMBILAN : PPG SAINS & AMBILAN JUN 2011

MATA PELAJARAN : RBT3120

PENSYARAH PEMBIMBING : ENCIK JANOM BIN SAADUN

TARIKH PERKARA YANG

DIBINCANGKAN

CATATAN / KOMEN

(HASIL PERBINCANGAN)

TANDATANGAN

(NAMA)

18. 01. 14 Taklimat tentang

Kerja Kursus

Penyerahan tugasan dan

berbincang bersama pensyarah

mengenai;

1. Tajuk tugasan

2. Objektif tugasan

3. Prosedur Pelaksanaan

4. Jadual Penentuan Tugasan

5. Peraturan Memberi Markah

6. Pengagihan tajuk tugasan

(En. Janom)

(Medline Taha)

19. 01. 14 Mengakses

maklumat

Mengumpul maklumat dari

internet menggunakan

komputer bilik akses Sekolah

(Medline Taha)

(Cikgu Ian Felix)

26

2. 02. 14

Bertukar maklumat

yang diperolehi.

Berkongsi dan bertukar idea

untuk menghasilkan rak(Medline Taha)

(Dina Ganya)

(Sopia Manju)

14. 02. 14

Perbincangan

bersama ketua

panitia KH SK. Sg.

Durin

Ketua panitia memberi idea

Lakaran lanskap (Medline Taha)

(Cikgu Francisco)

28. 02. 14

Penyediaan

akuarium

Membuat rakaman penyediaan akuarium

Membersihkan akuarium

Menyediakan akuarium

(Medline Taha)

(Cikgu Ian Felix))

1.03. 14 Membuat rakaman memasukkan ikan

Membuat laporan

Mencetak laporan

Memasukkan rakaman video dalam CD

Dibantu oleh suami

(Medline Taha)

(Ian Felix)

8.03. 14 Berkolaborasi

bersama pensyarah

pembimbing

Menghantar tugasan (Encik Janom)

(Medline Taha)

LAMPIRAN B

27

CAKERA PADAT PROJEK IKAN HIASAN

28