Penggunaan Kaedah Latih Tubi Dapat Meningkatkan Kemahiran Penulisan Perenggan Karangan Bahasa Melayu...
-
Upload
shearer-alans -
Category
Documents
-
view
164 -
download
1
description
Transcript of Penggunaan Kaedah Latih Tubi Dapat Meningkatkan Kemahiran Penulisan Perenggan Karangan Bahasa Melayu...
PENGGUNAAN KAEDAH LATIH TUBI DAPAT MENINGKATKAN KEMAHIRAN
PENULISAN PERENGGAN KARANGAN BAHASA MELAYU BAGI PELAJAR-
PELAJAR TINGKATAN 1,
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEPAGAYA,
LAHAD DATU, SABAH.
1.0 PENGENALAN
Bahasa Melayu merupakan satu mata pelajaran yang sangat penting dan wajib diajar oleh
para guru dan dipelajari oleh semua murid di Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah
Menengah Jenis Kebangsaan seluruh Malaysia. Bahasa Melayu selain daripada bahasa rasmi
negara adalah juga merupakan mata pelajaran yang diwajibkan lulus bagi syarat utama untuk
seseorang pelajar itu mendapatkan sijil atau pengiktirafan. Menurut Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu KBSM (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003), pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu bertujuan untuk menyediakan minda murid supaya dapat menguasai
kecekapan bertatabahasa dengan menggunakan tatabahasa yang betul sebagai alat
komunikasi seharian.
Kemahiran yang ditekankan di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
ialah kemahiran menulis. Menurut S. Nathesan (2010), kemahiran menulis merupakan
kemahiran yang agak kompleks dan mencabar. Kemahiran ini juga digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran lain. Oleh itu, pelajar perlulah menguasai
kemahiran menulis. Menurut Dr. Ali Mahmood (2007), kemahiran menulis adalah merujuk
kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui
pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi
yang dialami. Senario daripada ini menyebabkan para guru perlu berusaha bagi menyediakan
strategi-strategi yang berkesan bagi menangani masalah ini demi meningkatkan pencapaian
pelajar dalam peperiksaan penulisan karangan khususnya dan memartabatkan Bahasa Melayu
umumnya.
Kemahiran menulis karangan adalah merupakan kemahiran paling tinggi dalam
kemahiran bahasa dan paling sinonim dengan mata pelajaran Bahasa Melayu. Proses
menghasilkan sesebuah karangan adalah memerlukan kemahiran yang kompleks dan
mencabar kebolehan murid-murid berbanding kemahiran-kemahiran bahasa yang lain.
Kepentingan penulisan karangan telah tergambar dalam kurikulum Bahasa Melayu sebagai
mata pelajaran tersendiri (Roslan Baki, 2003). Kebanyakan individu adalah kurang untuk
menguasai kemahiran ini. Proses penulisan karangan memerlukan seseorang murid itu
berfikir semasa merancang penulisan, semasa menulis dan seterusnya selepas penulisan itu
dihasilkan (Rothstein & Lauber, 2007). Oleh sebab itu, penulisan karangan perlulah
dilaksanakan mengikut tahap-tahapnya secara bersistematik. Seandainya seseorang individu
atau murid tidak dapat menguasai kemahiran menulis karangan tersebut sejak dari awal lagi,
besar kemungkinan adalah sukar baginya untuk memperolehi pencapaian cemerlang dalam
peperiksaan Bahasa Melayu.
Oleh yang demikian proses pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu itu
hendaklah mengutamakan tiga aspek penting yang perlu diberikan penekanan iaitu membaca,
menulis dan bertutur. Bagi penulisan karangan, guru perlulah membuat perancangan yang
teliti dan berkesan bagi merealisasikan impiannya menjadikan murid menguasai kemahiran
yang telah diajarnya. Seseorang guru haruslah berusaha merancang, membimbing, mengasah
dan mengukuhkan keupayaan murid supaya dapat menghasilkan satu penulisan karangan
yang benar-benar berkualiti dan bersemangat.
2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Secara keseluruhannya, para pelajar bagi kelas tingkatan satu ini agak lemah dalam
menguasai isi pelajaran yang berkaitan dengan kemahiran membaca dan menulis semasa
pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam kelas. Salah satu puncanya ialah mereka
kekurangan motivasi untuk belajar dan juga sokongan daripada guru. Hanya sebahagian kecil
pelajar sahaja yang mempunyai minat dan berpotensi untuk maju dalam mata pelajaran yang
diajarkan.
Sepanjang guru mengajar topik yang melibatkan penulisan karangan, murid-murid
tidak memberikan tumpuan yang sepenuhnya. Tambahan pula, mereka kurang mengetahui
makna sesuatu perkataan dan memerlukan penjelasan daripada guru. Selain itu, keputusan
pelajar dalam ujian juga agak tidak memuaskan guru.
Para pelajar gagal untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis yang diajar.
Hanya 28% pelajar sahaja yang mendapat markah yang agak tinggi iaitu sebanyak 15%.
Kaedah hafal dan tulis yang dipraktikkan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran
adalah gagal untuk menarik perhatian pelajar dalam penulisan karangan.
Sekiranya perkara ini tidak dibendung dari awal sudah semestinya akan
mendatangkan masalah kepada para pelajar untuk meneruskan pembelajaran kepada topik-
topik lain yang melibatkan penulisan karangan. Sehubungan dengan itu, satu tindakan
sistematik dan terancang melalui kajian tindakan telah diambil bagi mengatasi masalah ini.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Dalam kajian yang dijalankan ini, objektif umum adalah untuk mengenal pasti masalah dalam
kemahiran membaca dan menulis murid-murid tingkatan empat yang mempunyai masalah
pendengaran. Manakala objektif khusus kajian ini adalah seperti berikut:
3.1 Objektif Am
a) Meningkatkan peratusan kelulusan dalam penulisan karangan.
b) Memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran topik-topik lain yang
berkaitan dengan penulisan karangan.
c) Membentuk kaedah yang sesuai dengan keupayaan murid-murid.
3.2 Objektif Khusus
a) Murid-murid dapat meningkatkan penguasaan membaca dan menulis
karangan berdasarkan teknik latih tubi.
b) Pelajar dapat menyelesaikan semua soalan lembaran kerja yang
diberikan mengikut masa yang ditetapkan oleh guru
c) Pelajar dapat lulus ujian pos yang melibatkan penulisan karangan.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Pelaksanaan kajian tindakan ini melibatkan 20 orang murid tingkatan satu di Sekolah
Menengah Kebangsaan Sepagaya Lahad Datu
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan Masalah
Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah telah dibuat berdasarkan
kepada pemerhatian, ujian pra, dan ujian pos.
5.1.1 Pemerhatian
Pengkaji telah menjalankan pemerhatian ke atas tingkah laku kumpulan
sasaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, iaitu
sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian dijalankan, para pelajar
kurang memberi perhatian kepada proses pengajaran dan pembelajaran
yang sedang berlangsung. Keadaan berubah setelah kajian
dilaksanakan dalam kalangan pelajar, iaitu pelajar lebih berminat, lebih
yakin dan berusaha menjawab soalan latihan yang diberikan oleh guru.
5.1.2 Ujian Pra dan Ujian Pos
Pengkaji juga menyediakan set Ujian Pra dan diberikan kepada
kumpulan sasaran pada awal kajian untuk mengesan sejauh mana
penguasaan dan kefahaman mereka terhadap kemahiran membaca dan
menulis. Secara tidak langsung, pengkaji dapat mengesan kelemahan
kedua-dua kemahiran tersebut dalam kalangan murid. Item dalam ujian
pra terdiri daripada lima soalan yang berkaitan dengan proses
pembinaan ayat dan pemahaman teks bacaan. Selepas itu, pelajar diuji
lagi dengan ujian pos dengan format soalan yang sama.
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
5.2.1 Analisis pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan didapati:
a) Pelajar lebih memahami petikan dan dapat menulis dengan baik.
b) Suasana pembelajaran dalam kelas lebih bermakna.
5.2.2 Analisis Ujian Pra
Setelah dianalisis keputusannya, hampir kesemua pelajar gagal
menguasai kemahiran memahami petikan dan menulis karangan.
Jadual 1 : Keputusan Ujian Pra
MARKAH (%) JUMLAH PELAJAR
5 10
10 5
15 4
20 1
25 0
30 0
JUMLAH 20
Dapatan daripada Ujian Pra di atas menunjukkan bahawa seramai 10 orang murid mendapat
markah sebanyak 5%, 5 orang murid mendapat markah sebanyak 10%, 4 orang murid
mendapat markah sebanyak 15% dan seorang sahaja yang mendapat 20% markah.
Hasil ujian ini menunjukkan bahawa tindakan segera perlu diambil bagi membantu
murid-murid meningkatkan penguasaan membaca dan menulis terhadap penulisan karangan.
Oleh itu, teknik bercerita digunakan untuk mengatasi masalah ini.
5.3 Tindakan Yang Dijalankan
Pengkaji melakukan tindakan berikut dalam mendapatkan hasil kajian:
a) Pengkaji menjalankan Ujian Pra kepada para pelajar setelah selesai mengajar topik
yang berkaitan dengan karangan.
b) Pelajar-pelajar juga diberi latih tubi dalam membaca dan menulis karangan dengan
menggunakan teknik latih tubi.
c) Selepas itu, pengkaji menjalankan Ujian Pos apabila semua pelajar telah menguasai
penggunaan teknik tubi.
d) Kemudian, pengkaji membuat perbandingan antara hasil dapatan Ujian Pra dan Ujian
Pos.
5.4 Pelaksanaan Tindakan, Pemerhatian dan Penilaian
Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh tiga minggu. Setiap kali memasuki
waktu mata pelajaran Bahasa Melayu, pengkaji akan membimbing para pelajar untuk
meningkatkan penguasaan bacaan dan menulis karangan dengan menggunakan teknik latih
tubi. Pelajar-pelajar telah menjalani Ujian Pra seminggu sebelum diperkenalkan dengan
teknik bercerita. Manakala Ujian Pos pula dijalankan sebulan selepas itu. Berdasarkan kepada
pemerhatian yang telah dijalankan, didapati pelajar lebih mudah untuk membaca dan menulis
karangan dengan menggunakan teknik latih tubi.
Jadual 2 : Keputusan Ujian Pos
MARKAH (%) JUMLAH PELAJAR
5 0
10 0
15 4
20 8
25 4
30 4
JUMLAH 20
Dapatan daripada Ujian Pos menunjukkan bahawa terdapat 4 orang pelajar yang mendapat
markah sebanyak 15%, 8 orang murid mendapat markah 20% dan 4 orang murid mendapat
markah sebanyak 25% dan 30%.
Dapatan ini juga menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam pemahaman
bacaan teks dan penulisan karangan berdasarkan teknik sumbangsaran. Berikut merupakan
perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos.
Jadual 3 : Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos
MARKAH
(%)
Bil Pelajar
(Ujian Pra)
Bil Pelajar
(Ujian Pra)
5 10 0
10 5 0
15 4 4
20 1 8
25 0 4
30 0 4
JUMLAH 20 20
5.5 Refleksi Kajian
Dapatan dari kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa penggunaan teknik latih tubi
dapat meningkatkan penguasaan pelajar terhadap mata pelajaran bahasa terutamanya
pemahaman bacaan dan penulisan karangan. Hal ini dapat dikukuhkan dan dibuktikan lagi
dengan perbandingan keputusan yang telah dijalankan iaitu melalui Ujian Pra dan Ujian Pos
yang telah dijalankan dalam kalangan pelajar tingkatan satu
Pencapaian pelajar dalam kedua-dua ujian telah dilaksanakan ini menunjukkan
peningkatan yang baik dan memuaskan. Di samping itu, hasil dapatan kajian bukan sahaja
menunjukkan bahawa kaedah atau cara ini telah membantu para pelajar meningkatkan
kefahaman, tetapi juga membina keyakinan diri terhadap sesuatu yang telah dipelajari oleh
pelajar serta menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih ceria dan bersemangat.
Tambahan pula, para pelajar juga memberi respons yang memuaskan kepada guru dan secara
tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan guru.
Hasil kajian juga mendapati bahawa teknik latih tubi ini dapat membantu murid-
murid memahami apa yang dibaca oleh mereka dan sekali gus dapat menambah
perbendaharaan kata mereka. Penambahan perbendaharaan kata amat penting terutama ketika
melibatkan aktiviti penulisan terutamanya melibatkan penulisan karangan. Kaedah latih tubi
yang melibatkan bacaan juga dapat membantu murid-murid menguasai kemahiran membaca
dan ini sekali gus dapat membantu murid-murid dalam kelancaran ketika membaca. Murid-
murid ini juga percaya bahawa penguasaan kemahiran membaca yang baik dapat menjadikan
aktiviti membaca di dalam kelas sebagai suatu aktiviti yang amat menarik jika dikendalikan
dengan betul.
6.0 CADANGAN
Beberapa cadangan yang difikirkan perlu bagi meningkatkan prestasi pengajaran dan potensi
pembelajaran murid untuk meningkatkan pemahaman bacaan dan menulis murid-murid
tingkatan empat yang mempunyai masalah pendengaran. Hal ini supaya kemahiran menulis
dan membaca mereka selari dengan murid-murid normal sebaya dengan mereka.
Cadangan yang boleh dilakukan adalah antaranya iaitu pengajaran asas kemahiran
membaca dan menulis seharusnya diberikan penekanan yang serius agar murid-murid dapat
menguasai kedua-dua kemahiran tersebut. Pengajaran Bahasa Melayu seharusnya
disampaikan dalam pendekatan yang lebih menarik dengan kepelbagaian bahan bantu
mengajar serta kaedah pengajaran yang menarik dan mampu memperkembang lagi
keupayaan kemahiran membaca dan menulis murid. Kepelbagai kaedah yang digunakan oleh
guru bahasa dapat membentuk murid supaya tidak cepat bosan dan penat semasa proses
pembelajaran berlaku di dalam bilik darjah terutama untuk aktiviti membaca.
Selain itu, teknik ini juga boleh digunakan oleh kelas-kelas yang lain untuk
meningkatkan pemahaman bacaan dan sekali gus dapat membantu murid-murid untuk
menulis karangan dengan baik. Bagi menangani masalah menulis pula dalam kalangan
murid-murid ini, satu kelas tambahan dilakukan untuk membantu murid-murid ini dalam
kemahiran menulis. Semasa melaksanakan kelas ini, lembaran-lembaran kerja disediakan
sebagai pengukuhan kepada murid-murid dalam aktiviti menulis. Selain itu, guru juga boleh
menggunakan bahan seperti buku-buku untuk memberi pendedahan kepada murid-murid
tentang penulisan terutamanya dalam penulisan karangan dan rumusan.
7.0 KESIMPULAN
Kelemahan murid menguasai kemahiran membaca dan menulis menjejaskan potensi serta
motivasi dalam menguasai pelbagai kemahiran lain dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Dalam usaha memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dewasa ini
memang perlu diberi perhatian yang lebih serius. Seluruh warga pendidik Bahasa Melayu
mesti mempunyai komitmen serta kekuatan untuk menghadapi cabaran dan seterusnya
memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran pengajaran Bahasa Melayu sebaik mungkin.
Peningkatan profesionalisme guru Bahasa Melayu merupakan pemangkin akauntabiliti
bahasa dan bangsa Melayu. Ini amat bertepatan dengan saranan Menteri Pelajaran yang mahu
sistem pendidikan negara kita terus maju seiring dengan kemajuan negara berimpak tinggi.
Persepsi guru tentang imej murid bermasalah pendengaran yang memerlukan bantuan
seharusnya positif dan mempunyai kesedaran bahawa mereka seharusnya dilayan secara
saksama dan berpotensi untuk berjaya sama seperti rakan mereka yang beruntung. Tambahan
lagi, kesabaran serta ketekunan guru amatlah penting bagi membentuk amalan membantu
murid yang mengalami masalah ini untuk berjaya. Pihak berkaitan juga perlu mengadakan
lebih banyak kursus khas kepada guru-guru yang terlibat dalam permasalahan kemahiran
membaca dan menulis terutama untuk mengajar murid-murid yang mengalami masalah
pendengaran.
Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua responden bersetuju bahawa
faktor kebolehan dan kreativiti guru dapat mengubah persepsi serta kesedaran bahawa
mereka juga mempunyai potensi untuk berjaya dalam pembelajaran. Dalam kerjasama yang
melibatkan pihak pengurusan sekolah diharapkan dapat membina iklim persekolahan yang
kondusif, dan persekitaran sekolah yang selamat dapat merangsang murid bermotivasi untuk
terus belajar. Selain itu, faktor guru yang berketerampilan serta berkeupayaan menyerap
kaedah, teknik dan aktiviti serta menstrukturkan tahap pembelajaran supaya menjadi satu set
binaan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif dapat memberikan kesan
positif dan bermakna. Faktor ini sememangnya dapat membina pembelajaran yang
menggalakkan hala tuju pengajaran yang hendak dicapai oleh guru.
BIBLIOGRAFI
Amir Hasan Dawi (2006). Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Tanjong Malim: Quantum
Books.
Yahya Othman. (2005). Trend dalam pengajaran Bahasa Melayu. Bentong: PTS Publications
& Distributors Sdn. Bhd.
Teknik pengajaran dan pembelajaran diperolehi pada April 20 2014
melalui http://bobezani.tripod.com/teknik.htm
Kaedah dan teknik mengajar diperoleh pada April 10 2014 melalui
http://www.scribd.com/doc/13259494/Kaedah-Dan-Teknik-Mengajar