Penglibatan ibu bapa

15
1 PENGHARGAAN Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya saya akhirnya dapat menyiapkan kerja kursus bagi Perkongsian Ibu Bapa Dalam Pak. Saya, Farah Najwa binti Asri mengucapkan ribuan terima kasih kepasa Puan Hazina Zakaria selaku pensyarah Perkongsian Ibu Bapa Dalam Pak yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat sepanjang penghasilan kerja kursus ini. Terima kasih juga saya hadiahkan buat kedua ibu bapa saya, yang telah banyak memberi dorongan kepada saya selama ini. Tidak lupa buat rakan seperjuangan yang banyak membantu dan memberikan kerjasama pada setiap masa. Selepas berjaya menyiapkan tugasan ini, secara tidak langsung dapat membantu saya mengulang kaji subjek ini. Saya juga mendapat gambaran yang semakin jelas mengenai Perkongsian Ibu Bapa Dalam Pak. Fakta-fakta seperti ini perlu diketahui oleh saya sebagai bakal guru agar sesi pembelajaran dan pengajaran dapat berjalan dengan jayanya. Sekian, terima kasih.

Transcript of Penglibatan ibu bapa

Page 1: Penglibatan ibu bapa

1

PENGHARGAAN

Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya

saya akhirnya dapat menyiapkan kerja kursus bagi Perkongsian Ibu Bapa Dalam

Pak. Saya, Farah Najwa binti Asri mengucapkan ribuan terima kasih kepasa Puan

Hazina Zakaria selaku pensyarah Perkongsian Ibu Bapa Dalam Pak yang telah

banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat sepanjang penghasilan kerja kursus ini.

Terima kasih juga saya hadiahkan buat kedua ibu bapa saya, yang telah banyak

memberi dorongan kepada saya selama ini. Tidak lupa buat rakan seperjuangan

yang banyak membantu dan memberikan kerjasama pada setiap masa.

Selepas berjaya menyiapkan tugasan ini, secara tidak langsung dapat

membantu saya mengulang kaji subjek ini. Saya juga mendapat gambaran yang

semakin jelas mengenai Perkongsian Ibu Bapa Dalam Pak. Fakta-fakta seperti ini

perlu diketahui oleh saya sebagai bakal guru agar sesi pembelajaran dan

pengajaran dapat berjalan dengan jayanya.

Sekian, terima kasih.

Yang menghargai,

__________________

(Farah Najwa Binti Asri)

Page 2: Penglibatan ibu bapa

2

PENDAHULUAN

Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak pula ialah

penglibatan yang dapat ditakrifkan sebagai usaha bersama-sama atau saling bantu-

membantu antara dua pihak ataupun beberapa pihak. Penglibatan ibu bapa dalam

pendidikan kanak-kanak dapat meneguhkan pertumbuhan dan perkembangan

kanak-kanak dan membantu mengekalkan kejayaannya (Rohani Abdullah, 2007).

Sebagai ibu bapa, anda lebih mengenali anak anda, dan anda mempunyai

kuasa untuk terlibat secara aktif didalam pengalaman prasekolah anak anda.

Sekiranya dari pemerhatian anda memberikan gambaran bahawa di situlah anak-

anak anda akan dapat berkembang dengan sepenuhnya, maka anda telah pun

menemui prasekolah yang betul. Kanak-kanak juga mempunyai sifat-sifat yang

diperolehi melalui tindak balas dengan alam sekeliling tempat mereka dilahirkan

(Rosmah & Salma, 1985).

Menurut Siti Fatimah Abdul Rahman (2006), terdapat kajian membuktikan

bahawa ada kaitan antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian kanak-kanak.

Dalam kata lain, kajian ini merumuskan bahawa sekiranya kita mahu anak-anak

berjaya dalam bidang pendidikan, kita perlu terlibat secara langsung dalam arus

pembelajaran mereka. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak secara

tidak langsung memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan anak-anak

antaranya sikap bersungguh-sungguh dalam aktiviti pembelajaran di samping

menunjukkan tingkah laku yang lebih baik dan seimbang.

Di Malaysia Event et al. (1999) mendapati bahawa dalam penglibatan ibu

bapa terdapat ruang lingkup yang agak terbatas. Corak penglibatan ibu bapa

ditentukan oleh penganjur sesebuah tadika. Ada pola yang menunjukkan

kecenderungan ibu bapa terlibat dalam aktiviti kokurikulum tetapi ibu bapa tidak

dijangka dan dirancang terlibat dalam pengendalian pengajaran harian dalam kelas

tadika. Hanya 10% daripada ibu bapa yang aktif di tadika, sementara majoriti tidak

terikat dalam aktiviti tadika. Diantara sebab yang dinyatakan adalah kekurangan

masa dan ibu bapa mempunyai tanggungjawab di rumah, serta kurangnya latihan

ibu bapa mengenai peranan mereka sebagi pendidik kanak-kanak pra sekolah.

Page 3: Penglibatan ibu bapa

3

Selain dari itu, Penglibatan Komuniti Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

pula menurut Rohani Abdullah (2007) komuniti merujuk kepada orang yang ada

kaitan rapat dengan kanak-kanak. Antaranya ibu bapa, saudara mara, semua ahli

keluarga yang tinggal serumah dengan mereka,guru-guru, jiran, rakan sebaya dan

orang dewasa yang mengenali mereka. Golongan yang paling penting adalah orang

yang bertanggungjawab dengan kebajikan mereka.

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Perkembangan mempunyai beberapa ciri-ciri yang boleh dilihat. Antara ciri-

ciri perkembangan yang penting adalah seperti berikut: Pertama, ia merupakan satu

proses perubahan yang berlaku akibat tindakan yang saling berkait antara

perkembangan jasmani dengan pembelajaran. Kedua, perubahan-perubahan ini

adalah dari segi jasmani, emosi, mental dan sosial. Ringkas kata, perubahan itu

bersifat kualitatif. Ketiga, perubahan-perubahan itu adalah dari segi fungsi. Keempat,

proses perkembangan membawa perubahan ke arah sifat-sifat yang sejagat serta

mengikut aturan semula jadi. Contohnya, seseorang kanak-kanak kecil berupaya

meniarap sebelum merangkak, duduk sebelum berdiri dan berjalan sebelum berlari.

Kelima, proses perkembangan berterusan sepanjang hayat seseorang individu.

Keenam, perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan

menerusi peringkat-peringkat kematangan tertentu. Ketujuh, peringkat-peringkat

perkembangan membawa perubahan yang menuju kearah tertentu serta

dijangkakan. Kelapan, perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka

menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan menolong

perkembangan mencapai tahap yang maksimum.

Page 4: Penglibatan ibu bapa

4

JENIS PENGLIBATAN IBU BAPA DENGAN INSTITUSI PENDIDIKAN YANG

DAPAT MEMBANTU DALAM PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

DERMA

Ibu bapa boleh melibatkan diri dengan institusi pendidikan melalui memberi

sumbangan seperti menderma kepada pihak institusi pendidikan. Melalui cara ini ibu

bapa akan lebih dapat mendekatkan diri dengan pihak tadika. Terdapat pelbagai

jenis sumbangan yang boleh diberi kepada pihak tadika adalah seperti dalam bentuk

kewangan, makanan, pakaian sukan, alatan sukan, alat bantu mengajar, alat

permainan, alat tulis, buku rujukan dan buku latihan.

Ada diantara sumbangan yang diberi oleh ibu bapa dapat meningkatkan

perkembangan kanak-kanak. Sumbangan pertama, pakaian sukan, alatan sukan

dan alat tulis dapat membantu dalam perkembangan fizikal kanak-kanak dimana

kanak-kanak yang kurang berkemampuan dapat bersukan dengan memakai pakaian

sukan yang diberikan oleh ibu bapa. Selain dari itu, kanak-kanak dapat bermain

peralatan seperti bola untuk meningkatkan perkembangan motor kasar dan alat tulis

pula dapat meningkatkan perkembangan motor halus kanak-kanak didlam

perkembangan fizikal kanak-kanak.

Sumbangan kedua, alat bantu mengajar. Sumbangan ini boleh meningkatkan

perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak dimana alat bantu mengajar yang

diberikan oleh ibu bapa dapat menyentuh emosi mereka dengan cara pengajaran

yang diberikan oleh guru. Contohnya seperti kit lipatan, permainan puzzle dan

sebagainya dapat meningkatkan perkembangan emosi dan sosialnya dimana kanak-

kanak dapat bergaul rapat dengan kanak-kanak yang lain dan juga guru. Selain itu,

sumbangan dalam bentuk kewangan, pihak institusi dapat memberikan sedikit

sumbangan kepada kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa yang tidak

berkemampuan dalam membeli pakaian dan sebagainya, maka dengan itu

emosinya tidak aka tergangu dan akan berkembang dengan baiknya.

Sumbangan ketiga, buku rujukan dan buku latihan dapat memperkembangkan

perkembangan kognitif kanak-kanak. Dengan cara ini ia dapat belajar dan berfikir

Page 5: Penglibatan ibu bapa

5

dengan menggunakan buku rujukan dan buku latihan yang diberi oleh ibu bapa

melalui sumbangan tiap-tiap tahun atau bulanan.

Sebagai seorang ibu bapa yang bertanggungjawab dan berkemampuan, mereka

perlulah memberi sumbangan kepada pihak institusi dengan hati yang ikhlas. Selain

dari itu, ibu bapa manakah yang mahu melihat anak-anak mereka tidak cukup

peralatan untuk bermain, belajar dan sebagainya di institusi tersebut. Sekiranya

peralatan cukup di dalam sesebuah institusi pendidikan yang di mana anak mereka

di hantar itu mencukupi segala keperluan maka dengan itu anak-anak mereka turut

berasa senang berada di dalam institusi tersebut. Dengan sumbangan yang diberi

oleh pihak ibu bapa maka pihak institusi juga tidak akan terlepas pandang pada

semua keperluan kanak-kanak di situ.

Page 6: Penglibatan ibu bapa

6

MELIBATKAN DIRI DENGAN PENGLIBATAN SEKOLAH

Ibu bapa perlulah mendekatkan diri dengan penglibatan di sekolah. Hal ini

ternyata dapat memberikan sumbangan atau idea yang bernas demi menjamin

perkembangan kanak-kanak kelak. Ibu bapa haruslah melibatkan diri dengan

kegiatan sekolah contohnya seperti, gotong royong, sukaneka, hari kantin dan

sebagainya.

Sumbangan yang diberi oleh ibu bapa dalam penglibatan sekolah ini amat

penting dan sangat di perlukan di sekolah. Pada zaman moden seperti sekarang,

jarang ada ibu bapa yang mampu melibatkan diri dalam penglibatan sekolah. Tetapi

sekiranya sekolah melakukan aktiviti yang mendatangkan faedah kepada anak-anak

mereka, kebarangkalian ibu bapa akan turut serta memberi dukungan kepada anak-

anaknya.

Diterangkan disini, sumbangan yang perlu diberikan oleh ibu bapa ialah tenga

untu bergotong royong di sekolah. Dengan aktiviti ini, ia dapat memperkembangkan

perkembangan fizikal, sosial dan emosi dikalangan kanak-kanak dan ibu bapa.

Dimana yang dikatakan dengan perkembangan fizikal ini apabila kanak-kanak itu

melakukan aktiviti mengutip sampah dan dengan cara itu ia dapat meningkatkan

perkembangan fizikal. Perkembangan sosial dan emosi pula dimana kanak-kanak itu

bersama ahli keluarga masing-masing dan berkomunikasi bersama ahli keluarga

rakan-rakan yang lain. Dengan ini, kanak-kanak itu dapat mempelajari cara

berkomunikasi dengan orang yang lebih tua darinya. Sebaliknya, jika ibu bapa

kanak-kanak ada yang tidak dapat menghadirkan diri dalam aktiviti gotong royong

ataupun sukaneka kanak-kanak tersebut akan menjadi muram dan tidak banyak

bercakap dengan orang di sekelilingnya.

Selain dari itu, ibu bapa juga boleh menghadirkan diri dalam kegiatan hari

kantin, dimana ibu bapa boleh memberi makanan percuma pada semua kanak-

kanak disitu, dengan cara ini perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak tersebut

akan berkembang dengan baiknya.

Page 7: Penglibatan ibu bapa

7

MEMBERI BANTUAN KEPAKARAN KEPADA GURU

Selaku ibu bapa yang prihatin terhadap pembelajaran anak-anaknya, ibu

bapa perlu juga memberi bantuan kepakaran kepada guru sekiranya ibu bapa

tersebut mempunyai kepakaran contohnya seperti doktor, jururawat, angkasawan

dan sebagainya. Sekiranya ia mempunyai kepakaran dalam bidang kedoktoran, ibu

bapa juga boleh memberikan rawatan percuma kepada guru dan kanak-kanak.

Dengan cara ini ia boleh membantu dalam perkembangan fizikal kanak-kanak

sekiranya ia demam, selsema dan batuk.

Sebegitu juga dengan kepakaran seorang jururawat, iaitu dengan memberi

kepakarannya dalam mengajar kanak-kanak itu memberus gigi, membasuh tangan

selepas makan dan sebagainya dapat mempertingkatkan perkembangan fizikal,

sosial dan emosi dimana kanak-kanak tersebut dapat bertanya kepada jururawat

dan melakukan pergerakan yang di ajar oleh jururawat tersebut.

Selain dari itu, sekiranya ada ibu bapa yang mempunyai kepakaran dalam

saintis seperti angkasawan juga dapat membantu dalam perkembangan kognitif

kanak-kanak, dimana sekara kita lihat bahawasanya kanak-kanak sekarang sangat

berminat pada angkasawan kita yang pertama iaitu Datuk Dr. Sheikh Muzaffar.

Sekiranya ada dikalangan ibu bapa yang mengetahui tentang kepakaran seorang

angkasawan juga boleh memberi sumbangan kepakarannya.

Seterusnya, ibu bapa yang ada masa kelapangan juga boleh mengajar

kanak-kanak bermasak, itu juga antara perkembangan kognitif dan fizikal yang

dimana seorang kanak-kanak itu akan berfikir dan berlari untuk melihat sesuatu

yang di ajar oleh ibu bapa mereka. Dengan cara ini juga ia dapat membantu

perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak dimana kanak-kanak tersebut akan

terus bertanya dan bercakap sesama mereka kerana cara memasak ini akan

menarik minat kanak-kanak terutama kanak-kanak perempuan. Perkembangan

emosi pula dapat di tingkatkan kerana kanak-kanak yang sunyi dapat menghiburkan

hati melihat apa yang di ajar dan di masak oleh ibu bapa mereka.

Page 8: Penglibatan ibu bapa

8

GURU SUKARELA

Jenis penglibatan ibu bapa yang seterusnya ialah ibu bapa menjadi guru

sukarela terhadap kanak-kanak. Ibu bapa juga boleh memberi ilmu dan juga boleh

meningkatkan perkembangan fizikal, emosi, sosial dan kognitif kanak-kanak.

Sumbangan yang boleh di berikan oleh ibu bapa adalah seperti mengajar mengenai

bahasa, mengajar melukis, mengajar bersenam, mengajar bermain bola dan

sebagainya.

Penglibatan ibu bapa bermaksud melibatkan aktiviti di bilik darjah secara

sukarela, membantu guru menyediakan bahan dan menjalankan aktiviti bersama

kanak-kanak. Pihak pengurusan tadika dan taska amat menggalakkan penglibatan

ibu bapa dalam memberikan bantuan secara sukarela khususnya dalam aktiviti

kemahiran akademik seperti membaca dan menulis. Ibu bapa juga boleh membantu

guru menyediakan bahan aktiviti yang akan digunakan oleh guru di tadika.

Ibu bapa boleh mengajar secara sukarela ini di saat mereka cuti dan di masa

lapang. Ibu bapa boleh member sumbangan dalam mengajar bahasa, contohnya

seperti menyebut perkataan, huruf dan sebagainya. Teori Vygotsky memberi

penekanan terhadap pengaruh persekitaran sosial terhadap perkembangan kanak-

kanak, khususnya aspek perkembangan bahasa kerana bahasa adalah alat utama

interaksi yang berperanan sebagai penyampai maklumat. Bahasa kanak-kanak

berkembang dalam persekitaran sosialnya. Menurut teori ini, bahasa ialah alat

berfikir bagi manusia untuk membina konsep-konsep dalam fikiran sebagai respons

kepada masalah dan rangsangan persekitaran.

Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan mempunyai kesan yang positif

kepada anak-anak. Anak-anak akan merasakan pembelajaran bukan sahaja

diperolehi daripada guru di sekolah tetapi juga akan berterusan sehingga di rumah.

Permuafakatan antara guru dan ibu bapa, penjaga dan komuniti dapat membantu

dalam perkembangan dan kemajuan murid secara berterusan ke arah melahirkan

warganegara yang baik dan bertanggungjawab. Kanak-kanak akan lebih senang

belajar bersama ibu bapa mereka sendiri. Dengan ini ia dapat mempertingkatkan

perkembangan kanak-kanak secara keseluruhannya.

Page 9: Penglibatan ibu bapa

9

KEGIATAN LUAR

Dalam jenis penglibatan ibu bapa yang seterusnya, ialah kegiatan luar. Pihak

institusi boleh menganjurkan seminar keibubapaan dan perkembangan kanak-

kanak. Ia bertujuan mendedahkan ibu bapa cara-cara menguruskan dan mendidik

anak di rumah terutama dalam meningkatkan perkembangan pemikiran anak-anak.

Ibu bapa juga boleh menjadi pengajur untuk sesuatu aktiviti, contohnya

seperti berkelah, mengadakan hari membuat latihan berfikir, mengadakan lawatan,

membuat hari keluarga dan guru bersama-sama. Dengan cara ini dapat kita lihat

perkembangan sosial kanak-kanak dapat di pertingkatkan. Selain itu, dengan aktiviti-

aktiviti yang dianjurkan ibu bapa itu juga boleh meningkatkan perkembangan kognitif

kanak-kanak dimana mengadakan hari membuat latihan berfikir itu adalah aktiviti

seperti diberi satu kertas bergambar dan harus kanak-kanak tersebut mencari

gambar yang ada didalam kertas tersebut. Aktiviti tersebut diadakan diluar pusat

institusi, contohnya seperti zoo.

Sekarang ini, ibu bapa juga kerap dilihat dalam aktiviti di luar tadika seperti

menemani anak mereka dalam lawatan ke muzium dan taman hiburan. Penglibatan

ibu bapa lebih merupakan pendekatan satu arah, iaitu daripada atas ke bawah.

Kesinambungan penglibatan ibu bapa lebih bersifat inisiatif guru daripada inisiatif ibu

bapa pada andaian tadika pula ibu bapa perlu diberitahu mengenai apa yang harus

dilakukan. Penglibatan ibu bapa boleh meningkatkan kualiti tadika. Ibu bapa perlu

dididik mengenai peranan dan tanggungjawab mereka supaya matlamat pendidikan

tadika berkenaan dapat dicapai dan peranan mereka sebagai pendidik di rumah

dilatih.

Page 10: Penglibatan ibu bapa

10

KESIMPULAN

Penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam pendidikan awal kanak-kanak

memainkan peranan yang penting dalam membentuk keperibadian mulia di

kalangan kanak-kanak. Peranan ibu bapa, keluarga dan komuniti sebagai rakan

kongsi aktif dalam proses pembelajaran kanak-kanak selalunya memberikan kesan

kepada kualiti perkembangan kanak-kanak. Ibu bapa juga adalah pendidik pertama

dan utama kanak-kanak sebelum kanak-kanak berhadapan dengan guru-guru

pembimbing di tadika.

Ibu bapa juga membantu meningkatkan kualiti sesebuah program tadika

dengan menyumbang tenaga, berkongsi bakat dalam program tadika. Penglibatan

ibu bapa juga boleh meningkatkan kendiri kanak-kanak dan ibu bapa itu sendiri.

Kefahaman ibu bapa dapat meningkatkan tahap proses pembelajaran di tadika dan

ibu bapa berpeluang melaksanakan peranan sebagai pendidik.

Oleh yang demikian, ibu bapa dan komuniti seharusnya mengambil

pendekatan yang serius dalam membimbing kanak-kanak seawal usia lagi kerana

mereka bakal menerajui pentadbiran dunia kelak. Penglibatan ibu bapa, penjaga dan

komuniti adalah sangat digalakkan kerana ia adalah elemen penting dalam

pelaksanaan kurikulum prasekolah. Permuafakatan antara guru dan ibu bapa,

penjaga dan komuniti dapat membantu dalam perkembangan dan kemajuan murid

secara berterusan ke arah melahirkan warganegara yang celik akal dan berintegriti.

Page 11: Penglibatan ibu bapa

11

RUJUKAN

Abdul Rahman Rashid. (1995). Kepentingan alat bantu mengajar dalam

pengajaran bahasa, Jurnal Teknologi Pendidikan. Kuala Lumpur:

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Azizah Lebai Nordin. 2002. Pendidikan Awal Kanak-Kanak Teori Dan Amali.

Penerbitan Universiti Malaya.