Penjagaan Dan Penuaian Tanaman.

16
PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN ( Nota Guru ) OBJEKTIF OBJEKTIF AM: Mempelajari dan memahami kerja-kerja pengurusan dan penuaian tanaman. OBJEKTIF KHUSUS: Selepas mempelajari tajuk ini pelajar akan dapat; Menyenarai jenis dan contoh-contoh serta kandungan nutrien bagi baja yang popular digunakan dalam pengurusan tanaman. Menerangkan kaedah-kaedah membaja tanaman Menyenarai dan menerangkan tujuan memangkas dan jenis-jenis pemangkasan tanaman. Menerangkan cara-cara memangkas tanaman. Menerangkan tanda-tanda serangan perosak dan penyakit tanaman. Menerangkan cara-cara mengawal perosak dan penyakit. 1.0 PENGENALAN Tahukah anda tanaman yang subur, sihat akan mengeluarkan hasil yang lumayan dan akan memberi pulangan yang tinggi kepada petani. Persoalannya bagaimana kita mahu pastikan tanaman yang kita tanam sentiasa berada dalam keadaan sihat dan subur selalu. Tanaman yang subur dan sihat

description

pertanian- penjagaan dan cara menuai - abdul murad abd hamid -smk sri rahmat, johor bahru

Transcript of Penjagaan Dan Penuaian Tanaman.

Page 1: Penjagaan Dan Penuaian Tanaman.

PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN( Nota Guru )

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM: Mempelajari dan memahami kerja-kerjapengurusan dan penuaian tanaman.

OBJEKTIF KHUSUS: Selepas mempelajari tajuk ini pelajar akan dapat;

Menyenarai jenis dan contoh-contoh serta kandungan nutrien bagi baja yang popular digunakan dalam pengurusan tanaman.

Menerangkan kaedah-kaedah membaja tanaman Menyenarai dan menerangkan tujuan memangkas dan

jenis-jenispemangkasan tanaman.

Menerangkan cara-cara memangkas tanaman. Menerangkan tanda-tanda serangan perosak dan penyakit

tanaman. Menerangkan cara-cara mengawal perosak dan penyakit.

1.0 PENGENALAN

Tahukah anda tanaman yang subur, sihat akan mengeluarkan

hasil yang lumayan dan akan memberi pulangan yang tinggi kepada

petani. Persoalannya bagaimana kita mahu pastikan tanaman yang

kita tanam sentiasa berada dalam keadaan sihat dan subur selalu.

Tanaman yang subur dan sihat ialah tanaman yang mendapat cukup

keperluannya seperti baja, air dan cahaya yang sentiasa mencukupi.

Di samping itu kesuburan tanaman juga datangnya dari

tanaman yang bebas dari serangan perosak dan penyakit serta tidak

terdapat gangguan persekitaran dan sentiasa di pangkas bagi

menstabilkan pertumbuhanya. Atau mudah kita fahamnya untuk

Page 2: Penjagaan Dan Penuaian Tanaman.

mendapat tanaman yang subur dan sihat, sesuatu tanaman yang di

tanam itu perlu di jaga.

Kerja Penjagaan tanaman ialah kerja-kerja mengurus tanaman

yang dilakukan selepas sahaja ianya di tanam sehingga memungut

hasil. Kerja penjagaan tanaman ini umumnya sama untuk semua jenis

tanaman, tetapi ada tanaman yang memerlukan kerja penjagaan yang

agak spesifik seperti pokok kacang panjang perlu kepada panyediaan

pancang sedangkan tanaman sepereti kobis tidak perlu kerja-kerja

memancang.

2.0 PEMBAJAAN

Kesuburan tanaman bergantung pada jenis baja, cara dan masa

pembajaan.Pokok yang dibaja akan menjadi sia-sia jika baja yang

digunakan tidak sesuai dengan keperluannya. Pembajaan bertujuan

untuk memulihkan

kandungan nutrien dalam tanah yang telah diserap oleh tanaman

melalui

proses fisiologinya. Kekurangan nutrien boleh menyebabkan

tumbesaran

terbantut, tanaman mudah patah dan daun menjadi kuning. Oleh itu

baja

boleh di takrifkan sebagai punca pemakanan tumbuhan yang boleh

dicampurkan kepada tanah untuk membekalkan bahan-bahan yang

diperlukan oleh pokok.

Tumbuhan memerlukan 17 unsur-unsur pemakanan untuk

membesar dan

melengkapkan edaran hidupnya. Unsur-unsur ini boleh di kategorikan

kepada kepada tiga kategori sebagaimana rajah di bawah. Tumbuhan

Page 3: Penjagaan Dan Penuaian Tanaman.

memperolehi unsur-unsur di atas daripada tiga sumber iaitu dari

udara, air

dan tanah.

Karbon, hidrogen dan oksigen diperolehi oleh pokok daripada air

dan

udara, manakala unsur-unsur lain semuanya diperolehi dari tanah iaitu

dari

baja dan bahan organan dalam tanah.

2.1 Baja

Terdapat dua jenis baja iaitu:

a) Baja Organik

Baja asli yang terdiri daripada sisa tumbuhan atau najis haiwan.

Biasanya digunakan sebagai baja permulaan. Bertujuan untuk

meninggikan tahap kesuburan tanah dan membaiki tekstur

tanah. Pastikan najis haiwan yang digunakan telah cukup reput.

Contohnya seperti najis-najis haiwan, buangan kelapa sawit

seperti tandannya, humas/kompos, darah dan tulang yang

diproses dan sebagainya.

b) Baja Kimia

Baja yang diproses kepada bentuk-bentuk butiran, hablur dan

cecair. Baja kimia jenis butiran boleh digunakan secara terus

kepada tanaman manakala jenis hablur dan cecair hendaklah

dicampurkan dengan air terlebih dahulu sebelum disembur.

Contohnya ialah seperti baja Urea, CIRP, Nitrophoska, Byfolan,

Welgrow dan sebagainya.

2.2. CARA MEMBAJA

Page 4: Penjagaan Dan Penuaian Tanaman.

a) Cara taburan

Dengan cara ini, baja ditabur/disebar sama rata ke atas tanah

dengan

tangan atau menggunakan jentera penyebar. Kemudian baja ini

mesti

digaul dengan tanah supaya ianya tidak terdedah dipermukaan

tanah. Cara ini selalunya digunakan apabila membaja asas

sayur-sayuran. Siram

dengan mencukupi.

b) Cara jalur atau jajar (Band or row placement)

Dengan cara ini , baja dibubuh ke dalam tanah, biasanya di

sebelah dan di

bawah bijibenih. Apabila menggunakan cara ini, kita perlu

berhati-hati

supaya baja tersebut tidak terkena atau terlalu dekat dengan

bijibenih.

Misalnya apabila menanam jagung, baja asas dibubuh 2”-4” di

sebelah

dan di bawah benih semasa menanam. Cara ini digunakan pada

tanaman

berbaris seperti jagung, kacang soya, sekoi, kacang tanah dan

lain-lain.

c) Baja permukaan(Top dressing)

Baja permukaan adalah apabila kita menabur baja semasa

tanaman sedang

membesar. Hanya baja nitrogen sahaja yang selalu digunakan

untuk baja

permukaan, kerana baja nitrogen senang larutresap dan oleh itu

hanya se

Page 5: Penjagaan Dan Penuaian Tanaman.

tengah sahaja dibubuh semasa menanam dan yang selebihnya

dibubuh

semasa tanaman sedang membesar.

d) Pembajaan sisi (side dressing)

Dengan cara ini, baja dibubuh di sisi/ di sebelah tanaman yang

sedang

membesar. Cara ini dibuat bagi tanaman berbaris, tanaman

berjunjung dan

pokok-pokok. Bagi tanaman se musim, pembajaan sisi ini hanya

dilakukan

untuk baja nitrogen sahaja.

e) Pembajaan berpoket (pocket placement)

Dengan cara ini, baja dibubuh secara bertumpuk-tumpuk iaitu

dibubuh

dilubang-lubang dan kemudian ditimbus. Cara ini selalu

digunakan

apabila membaja pokok-pokok dengan membubuh baja

dilubang-lubang

yang dikorek disekeliling pokok. Cara ini juga digunakan apabila

membaja ubi keledek dan lain-lain. Lubang di korek di keliling

silara

dengan jarak 50 cm.

f) Penyemburan daun (foliar application)

Cara ini selalu digunakan untuk memberi unsur pemakanan

mikro kepada

tanaman iaitu dengan cara menyembur larutan pemakanan

tersebut kepada daun-daun. Unsur-unsur kuperum, zingkam,

feram, boron, dan

Page 6: Penjagaan Dan Penuaian Tanaman.

molybdenum, selalunya diberikan kepada tanaman dengan cara

semburan daun. Sembur pada daun dan batang sehingga basah

sampai ke tanah.

3.0PEMANGKASAN

Pemangkasan ialah membuang sebahagian daripada tumbuhan

dengan

cara yang teratur berasaskan pengetahuan mengenai pertumbuhan

tanaman

supaya pokok boleh tumbuh seperti yang dikehendaki.

3.1 Tujuan pemangkasan

Tujuan pemangkasan ialah seperti berikut:

Mengawal saiz tumbuhan

Mengurangkan transpirasi.

Mengimbangi pertumbuhan antara batang dan akar.

Mengalakkan pengeluaran bunga dan buah.

Mengekalkan kesuburan tanaman dan membuang

bahagian yang

rosak, mati dan berpenyakit.

Meninggikan nilai estetik.

Membentuk tanaman menjadi bentuk-bentuk khusus yang

diingini.

3.2 Jenis Pemangkasan

Terdapat tiga jenis pemangkasan yang biasa dilakukan iaitu :

a. Pemangkasan membentuk

Ia dilakukan untuk mendapat bentuk yang sesuai pada pokok

yang

Page 7: Penjagaan Dan Penuaian Tanaman.

tertentu. Tunas-tunas sisi (susuk) dibuang dan hanya

mengekalkan tunas

utama tumbuh ke paras yang sesuai. Kemudian barulah dahan

dibiarkan

tumbuh untuk mendapat bentuk yang dikehendaki.

b. Pemangkasan rutin atau biasa.

Ia dilakukan dengan membuang tunas air, dahan yang patah

berpenyakit

atau mati. Cantasan ini bertujuan untuk mengekalkan bentuk

dan

kesuburan pokok. Bagi tanaman seperti Bougainvillea, Jambul

Merak atau

Melati yang mengeluarkan bunga bersama-sama tunas daun,

pastikan

tunasnya dipangkas setiap kali selepas berbunga. Jika tidak

dipangkas, ia

akan tumbuh memanjang, berdaun lebat dan mempunyai bentuk

yang liar.

c. Pemangkasan pemulihan

Dilakukan dengan cara memotong dahan pokok sehingga ke

pangkal atau

batang utama. Ini bertujuan untuk mengalakkan batang/ dahan

baru

tumbuh dengan segar dan seterusnya dapat memulihkan

pertumbuhan

pokok tersebut.

3.3 Cara Pemangkasan

Page 8: Penjagaan Dan Penuaian Tanaman.

Cara pemangkasan ialah seperti berikut:

Dahan yang tua - Potongan dibuat hampir sama dengan tunas

dan

menyerong supaya air tidak bertakung.

Dahan yang besar - Menggunakan kaedah 3 kali keratan.

Dilakukan dengan memotong dahan di bahagian bawah 25 cm dari

pangkal batang diikuti dengan pemotongan kedua di bahagian atas

dengan jarak 5 – 8 cm dari keratan pertama. Apabila dahan jatuh

lakukan keratan yang ketiga di pangkal dahan.

3.4 Masa pemangkasan

Sebaik-baiknya dilakukan pada musim pertumbuhan

aktif iaitu di akhir musim kemarau dan selepas musim bunga atau

buah.

Rawatan luka setelah melakukan pemangkasan, bahagian yang luka

perlu

disapu dengan ubat atau cat `coal tar`, `Santa SM` atau ubat-ubat lain

untuk mengelakkan serangan kulat.

3.5 Langkah-langkah kerja memangkas:

1. Sediakan peralatan pemangkasan seperti di senaraikan.

Gunakan

peralatan yang tajam.

2. Kenal pasti dahan yang akan dibuang.

3. Pangkas di bahagian atas tunas baru dan condong ke

bawah

Page 9: Penjagaan Dan Penuaian Tanaman.

berlawanan arah tunas. Pangkas dengan licin dan bersih

untuk

mengelakkan air bertakung.

4. Sapu cat atau Santa A pada tempat yang dipangkas.

5. Buat takuk kecil di bawah tunas teratas, di atas tunas

kedua dan

ketiga untuk mendapatkan dua atau tiga tunas seragam

selepas

pemangkasan.

6. Pangkas pucuk dan dahan untuk menghadkan

pertumbuhan serta

mengekalkan saiz dan bentuk yang dikehendaki.

7. Beberapa contoh pemangkasan adalah seperti yang

ditunjukkan.

Dahan-dahan yang perlu di pangkas ialah dahan yang

berpenyakit, dahan yang bersilang antara satu sama lain,

dahan yang tumbuh menghala ke dalam, dahan yang

tumbuh menghala ke bawah, sulur atau tunas air dan

tangkai bunga serta buah.

4.0 KAWALAN PENYAKIT DAN PEROSAK

Kesuburan tanaman sering diancam oleh pelbagai jenis perosak.

Akibatnya, hasil dan kualiti tanaman akan terjejas. Oleh yang demikian

penjagaan yang rapi daripada serangan perosak dan penyakit amatlah

diperlukan untuk mengekalkan keindahan dan kesegaran tumbuhan.

4.1 Jenis Perosak

Terlebih dahulu kita perlu mengenali jenis perosak yang biasa

menyerang

Page 10: Penjagaan Dan Penuaian Tanaman.

tanaman. Di antara perosak tumbuhan yang biasa ialah belalang,

kumbang,

ulat daun, lintah bulan, siput babi , semut, koya, burung, hama,

mamalia

seperti gajah, monyet, babi dan tikus serta tupai. Dua jenis serangga

yang

sering menyerang tanaman hiasan iaitu dari jenis mengunyah dan

jenis

menghisap

4.2 Tanda-tanda serangan perosak jenis mengunyah :

Daun berlubang –lubang atau koyak.

Najis serangga bertaburan.

Ulat-ulat perosak merayap di bahagian pokok.

Akar terpotong atau menjadi pendek.

Daun, buah atau dahan menjadi bengkak atau busuk.

Getah atau cecair kelihatan meleleh.

4.3 Tanda-tanda serangan perosak jenis menghisap :

o Daun kerekot dan kekuningan, layu atau mati.

o Batang, daun serta buah dipenuhi dengan teritip atau sisik.

o Bintik-bintik hitam disebabkan bekas cucukan pada daun,

buah atau batang.

4.4 Tanda-tanda serangan virus :

Pertumbuhan pokok terbantut.

Semua bahagian daun berkedut dan kelihatan kecut.

Page 11: Penjagaan Dan Penuaian Tanaman.

Terdapat tompok-tompok hijau dan kuning (mozek) di

permukaan

daun.

4.5 Tanda-tanda serangan kulat :

Karat di daun.

Layu di seluruh pokok.

Kulapok menyerang daun, bunga, buah dan batang.

Busuk dan reput di batang, buah atau bunga.

Permukaan daun dipenuhi dengan pelbagai bentuk bintik.

Tanda-tanda serangan bakteria :

Keseluruhan pokok layu.

Bahagian daun berbintik-bintik.

Pokok kelihatan buruk dan reput.

4.6 Cara-cara mengawal perosak tanaman

Terdapat LIMA cara iaitu:

Kawalan Fizik

Kaedah perosak di kawal secara fizik seperti

menggunakan jaring, guna penutup buah, Sekatan tingkah laku

seperti suara bising atau orang-orangan, mengutip dengan tangan

dan menggunakan pancaran radioaktif.

Kawalan Kultura

Kaedah mengawal perosak dengan menggunakan amalan

menanam yang betul. Contohnya seperti amalan giliran tanaman,

pemugaran tanah, Menanam tanaman perangkap, menggunakan

varieti yang tahan dan mengamalkan kaedah penjagaan yang

sempurna.

Page 12: Penjagaan Dan Penuaian Tanaman.

Kawalan biologi

Kaedah kawalan perosak menggunakan

organisma tertentu menggunakan konsep mangsa dan pemangsa.

Contoh mengawal tikus dalam ladang sawit dengan menternak

burung hantu, pokok asparagus dan bunga tahi ayan menghasilkan

rembesan yang boleh memusnahkan nematod.

Kawalan kimia

Kaedah mengawal perosak menggunakan

racun. Ini merupakan kaedah yang popular dan agak berkesan.

Contohnya ialah serangan perosak seperti belalang, kumbang dan

kulat daun boleh dikawal dengan racun serangga seperti Carbaryl,

Decis atau Malathion. Manakala serangan perosak jenis hamama

boleh menggunakan racun hamama Ortus. Penyemburan sesuai

dilakukan dua minggu sekali.

Kawalan secara undang-undang

Kaedah mengawal perosak dengan menggunakan kuasa yang di

tetapkan. Contohnya Kawalan Kuarantin, Pensijilan bebas dari punca

merebaknya perosak seperti larangan menternak siput gondang di

kawasan padi.

4. 7 Penyakit-penyakit

Penyakit yang agak popular untuk tanaman ialah penyakit yang

disebabkan oleh bakteria dan kulat seperti penyakit Bintik, Layu,

Reput

dan mati rosot adalah di sebabkan oleh bakteria. Penyakit yang

disebabkan

Page 13: Penjagaan Dan Penuaian Tanaman.

oleh kulat pula ialah seperti penyakit bintik berpusar, Kulapok

berdebu,

Karat Kulapok Downy dan lain-lain.

Cara-cara mengawal penyakit ialah sekiranya berpunca

dari serangan kulat, boleh diatasi dengan menggunakan racun kulat

seperti Captan atau Benlate.

Penyemburan juga sesuai dilakukan dua minggu sekali. Lain-lain

kaedah kawalan ialah dengan lebih kepada amalan pengurusan yang

baik

seperti tidak menyiram berlebihan, Jangan menyiram lewat petang,

cabut

dan bakar yang diserang dan lain-lain.

Perosak seperti siput babi dan lintah bulan boleh dikawal dengan

menggunakan umpan beracun seperti Metadex dan Siputox. Racun

ditabur

di tempat yang diserang. Bakteria dan virus boleh dikawal dengan

cara

sanitasi terutamanya kebersihan kawasan.