penulisan refleksi

3
Penulisan refleksi Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapatlah saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Dengan berbantukan berkat, usaha dan doa ini dapatlah saya menyelasaikan tugasan ini dengan baik. Walau bagaimanapun, usaha ini juga tidak akan berhasil dengan baik tanpa bantuan dan dorongan daripada bimbingan pensyarah. Segaa tunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah pembimbing sepanjang proses menyiapkan tugasan ini dimanfaatkan sebaiknya. Penghargaan juga ditujukan kepada mereka yang terlibat secara langsung tidak langsung dalam memastikan kejayaan menyiapkan tugasan ini. Penulisan Rancangan Pengajaran Harian merupakan suatu perkara yang tidak asing lagi bagi saya. Hal ini kerana setiap kursus atau subjek memerlukan RPH sebagai panduan pengajaran. Walau bagaimanapun, setiap RPH tersebut adalah berbezan mengikut kursus masing - masing dan hal ini sama juga bagi kursus Pedagogi Pendidikan Seni Visual KBSR/KSSR. Merancang Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Hal ini melibatkan strategi dan kaedah yang betul agar penyampaian isi pelajaran adalah berkesan. Pemikiran yang kreatif dan kritis perlu diterapkan sepanjang menyediakan RPH agar isi pelajaran yang ingin disampaikan dapat disampaikan secara berkesan. Menekankan kepada aktiviti seni visual berkaitan empat bidang yang diluahkan dalam bentuk penulisan RPH dan seterusnya diamalikan. Selain itu, kepentingan terhadap pencapai objektif seperti 13

description

refleksi

Transcript of penulisan refleksi

Page 1: penulisan refleksi

Penulisan refleksi

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapatlah

saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Dengan berbantukan berkat, usaha dan

doa ini dapatlah saya menyelasaikan tugasan ini dengan baik. Walau bagaimanapun,

usaha ini juga tidak akan berhasil dengan baik tanpa bantuan dan dorongan daripada

bimbingan pensyarah. Segaa tunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah pembimbing

sepanjang proses menyiapkan tugasan ini dimanfaatkan sebaiknya. Penghargaan juga

ditujukan kepada mereka yang terlibat secara langsung tidak langsung dalam

memastikan kejayaan menyiapkan tugasan ini.

Penulisan Rancangan Pengajaran Harian merupakan suatu perkara yang tidak

asing lagi bagi saya. Hal ini kerana setiap kursus atau subjek memerlukan RPH sebagai

panduan pengajaran. Walau bagaimanapun, setiap RPH tersebut adalah berbezan

mengikut kursus masing - masing dan hal ini sama juga bagi kursus Pedagogi

Pendidikan Seni Visual KBSR/KSSR. Merancang Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Hal ini melibatkan strategi dan kaedah yang

betul agar penyampaian isi pelajaran adalah berkesan. Pemikiran yang kreatif dan kritis

perlu diterapkan sepanjang menyediakan RPH agar isi pelajaran yang ingin disampaikan

dapat disampaikan secara berkesan. Menekankan kepada aktiviti seni visual berkaitan

empat bidang yang diluahkan dalam bentuk penulisan RPH dan seterusnya diamalikan.

Selain itu, kepentingan terhadap pencapai objektif seperti mana - mana mata

pelajaran sekalipun perlulah dititikberatkan. Seorang guru perlulah memastikan objektif

yang dirancang dapat dicapai setelah akitiviti dijalankan. Pemilihan dan penetapan

objektif yang bersesuaian adalah perlu agar perkara tersebut dapat dicapai sepenuhnya

pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan kaedah dan strategi perlulah

berpatutan serta bersesuaian agar objektif yang telah disasarkan akan tercapai. Oleh

itu, saya mendapati pengalaman menyediakan RPH adalah sangat bermanfaat kepada

saya dan ilmu - ilmu yang berjaya diperoleh boleh diaplikasikan dalam setiap RPH yang

bakal diadakan kelak.

Terdapat juga kelemahan yang didapati oleh saya sepanjang menyiapkan tugasan

ini. Antara kelemahan yang berjaya didapati ialah kesukaran dalam mendapati format

13

Page 2: penulisan refleksi

penulisan sebuah Rancangan Pengajaran Harian yang lengkap dan betul. Hal ini kerana

terdapat banyak format dan contoh - contoh RPH berkaitan Pendidikan Seni Visual. Dan

sukar untuk dipastikan RPH yang sepatutnya dicontohi. Sekiranya RPH yang dirancang

adalah salah, maka hal ini akan mengganggu proses pengajaran kerana perkara

tersebut saling berkait rapat. Oleh itu, dalam memastikan kelemahan ini diatasi,

pensyarah pembimbing menjadi rujukan utama kami untuk memperbaiki RPH yang telah

dirancang. Perbincangan secara kumpulan juga dilaksanakan bagi mendengar pendapat

sisiwi pendidikan yang lain. Selain itu, bertanyakan kepada siswi pendidikan yang telah

mengalami pengalaman terlebih dahulu dalam merancang RPH.

Berdasarkan segala pengalaman yang diterima sepanjang menjayakan

pelaksanaan tugasan ini, saya mendapati peningkatan terhadap kefahaman tentang

aktiviti yang bersesuaian untuk dijalankan bagi murid - murid sekolah rendah.

Pentingnya menyediakan RPH dengan baik seperti pemilihan strategi dan kaedah yang

betul, kemahiran yang ingin diajar dan pencapaian objektif agar semua murid dapat

menerima input - input tersebut dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

Selain itu, penerapan nilai - nilai moral yang baik dapat diterapkan dalam diri murid -

murid sepanjang melaksanakan aktiviti pendidikan seni visual. Sebagai contoh, nilai

menghargai ketika melakukan sesi apresiasi, kekemasan dan kerjasama sepanjang

melaksanakan aktivtiti.

Kesimpulannya, tugasan PSV 3107 merupakan antara tugasan yang agak

mencabar untuk saya kerana memerlukan saya untuk merancang sebuah Rancangan

Pengajaran Harian. Oleh itu, saya berharap tugasan ini dapat membantu saya dan

rakan siswi pendidik yang lain dalam membentuk jati diri sebagai seorang guru yang

berkaliber dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Perkara

ini merupakan salah satu 'platform' kepada kami sebelum memasuki dunia perguruan

yang sebenarnya.

14