Penyiasatan terperinci hidrogeologi di kawasan Jebungan ... · PDF fileAbstrak: Di kawasan...

download Penyiasatan terperinci hidrogeologi di kawasan Jebungan ... · PDF fileAbstrak: Di kawasan Jebungan, Sarawak, dua tapak telah dikenalpasti dari penyiasatan awal hidrogeologi untuk

If you can't read please download the document

Transcript of Penyiasatan terperinci hidrogeologi di kawasan Jebungan ... · PDF fileAbstrak: Di kawasan...

  • Geol. Soc. Malaysia, Bulletin 24, October 1989; pp. 173-199

    Penyiasatan terperinci hidrogeologi di kawasan Jebungan, Mukah, Sarawak

    YusUF B. BuJANG

    Jabatan Penyiasatan Kajibumi Kuching, Sarawak

    Abstrak: Di kawasan Jebungan, Sarawak, dua tapak telah dikenalpasti dari penyiasatan awal hidrogeologi untuk dilakukan penyiasatan terperinci air tanah. Tujuan utama dari penyiasatan ini adalah menentukan kesesuaian akuifer dari tapak-tapak tersebut untuk pengabstrakan air tanah yang tawar untuk Skim Cadangan Bekalan Air bagi kampung-kampung yang terletak di kawasan Hilir Sungai Mukah. Penyiasatan ter-perinci melibatkan penentuan litologi dan kualiti air untuk menaksirkan taburan, kete-balan dan semulajadi akuifer. Kajian imbangan air juga dilakukan dalam menentukan keupayaan akuifer untuk memenuhi keperluan air. Penggunaan air masa kini adalah 541 m3/hari dan dijangkakan sebanyak 879 m31hari pada tahun 2000. Air tanah dari kawasan Jebungan juga diperlukan untuk pekan Mukah semasa musim kemarau selama tempoh maksima dua minggu setiap tahun apabila sumber air yang sedia ada mengalami intrusi air laut. Penggunaan air untuk pekan Mukah adalah dijangkankan sebanyak 1000 m31hari. Berdasarkan kajian imbangan air, keperluan harlan air dari akuifer-akuifer untuk kampung-kampung dan pekan Mukah semasa musim kemarau adalah mencukupi. Sistem perigi mendatar adalah dicadangkan untuk mengambil air dari akuifer-akuifer bagi bekalan air.

    Abstract: Based on the result of a preliminary survey, two sites have been identified in the Jebungan area, Sarawak for detailed groundwater investigations. The aim of these investigations is to determine the suitability of the aquifers at the two sites for the abstraction of fresh groundwater for the proposed Water-Supply Scheme of the villages located in the Lower Sungai Mukah area. The detailed investigations involved lithological and water-quality studies to assess the distribution, thickness and nature of the aquifers. A water balance study was also conducted to determine the ability of the aquifers to meet the year-round requirement of water. The present domestic water requirement is 541 m3/day, and is projected to be 879 m3/day in the year 2000. Ground-water from J ebungan area is also needed during the dry spell for supply to Mukah town for a maximum duration of two weeks per year when the existing source of water for Mukah is intruded by saline water. This requirement ofMukah is expected to be about 1000 m3/day. Based on the water balance study, the daily requirement of'the villages and Mukah town during the dry spell can be sufficiently obtained from the aquifers. A system of horizontal wells is recommended for the removal of water from the aquifers for the proposed water-supply.

    PENDAHULUAN

    Masalah kekurangan air untuk kegunaan harian di kawasan Hilir Sungai Mukah memang kerap berlaku terutamanya pada musim kemarau iaitu dari bulan April hingga Ogos setiap tahun.

    Jumlah penduduk di kawasan Hilir Sungai Mukah adalah 3606 orang, dan

    Dibentangkan di Persidangan Tahunan Geologi PGM 1988

  • 174 YusUF BuJANG

    dijangkak.an bertambah kepada 5974 orang pada tahun 2000.

    Berdasarkan penggunaan air sebanya~ 150 liter/orang/hari, penduduk di sini memerlukan 541 m3/hari dan dijangka memerlukan sebanyak. 879 m3/hari pada tahun 2000. Pada musim kemarau, pekan Mukah dijangka memerlukan air sebanyak. 1000 m3/hari untuk tempoh mak.sima dua minggu setiap tahun.

    Penyiasatan awal hidrogeologi di kawasan ini telah menjumpai dua tapak. ak.uifer air tawar yang cetek iaitu Tapak. A dan B (Rajah 1). Kawasan ak.uifer-ak.uifer tersebut telah dinamak.an kawasan Jebungan, yang mana air tanahnya berpotensi sebagai sumber bekalan air untuk penduduk di sini. Hasil dari maklumat yang diperolehi dalam penyiasatan awal, kawasan tersebut di-lak.ukan penyiasatan terperinci hidrogeologi. Tujuannya adalah untuk menen-tukan kesesuaian ak.uifer di kawasan Tapak. A dan B untuk pengabstrak.an air tanah yang tawar bagi Skim Cadangan Bekalan Air di kawasan Hilir Sungai Mukah. Penyiasatan terperinci telah dimulak.an pada bulan Mac hingga Okto-ber, 1987. Sebanyak. 284lubang gerudi dengan kedalaman 7 m untuk setiap lubang gerudi telah dibuat dan jumlah kedalaman lubang gerudi adalah 1988 m. Pengarasan permukaan bumi dan kajian imbangan air juga dilak.ukan untuk mendapatkanjumlah air tanah yang boleh diambilkan dari ak.uifer-ak.uifer ini.

    GEOGRAFI

    Kawasan Jebungan terletak. di sebelah timur pekan Mukah iaitu lebih kurang 80 km timurlaut Bandar Sibu. Ia disempadankan oleh Laut China Selatan di bahagian utara, manak.ala di sebelah barat disempadankan oleh Sungai Mukah. Keluasan yang diliputi untuk penyiasatan terperinci hidrogeol-ogi di kawasan Tapak. A dan B adalah 3.65 km persegi. Lokasi kawasan kajian ditunjukkan pada Rajah 1.

    Jumlah penduduk di kawasan Hilir Sungai Mukah iaitu dari Kampung Litong hingga ke Kampung Sekai adalah 3606 orang dan dijangkak.an seramai 597 4 orang pada tahun 2000. Penduduk di pekan Mukah pula mengalami masalah kekurangan air pada musim kemarau untuk tempoh mak.sima dua minggu setiap tahun. lni disebabkan sumber bekalan aimya mengalami intrusi air laut. .

    Sungai-sungai di kawasan kajian mengalir dari kawasan paya gambut dan kemudian mengalir terus ke Laut China Selatan.

    Iklim di kawasan kajian adalah jenis tropika dan dicirikan oleh hujan tahunan sekitar 3620 mm, suhu 26C dan kelembapan yang tinggi. Purata hujan bulanan untuk Mukah dari tahun 1964-1986 dan hubunganya dengan sejat-transpirasi dari tahun 1971-1980 ditunjukkan pada Rajah 2. Musim kemarau di sini berlak.u pada bulan April hingga Ogos setiap tahun. Manak.ala angin monsunnya adalah Monsun Timurlaut iaitu dari bulan Oktober hingga Januari dan Monsun Baratdaya dari bulan April hingga Ogos. Biasanya, hujan

  • u

    l

    ~ 2 KILOMETER

    """""';;;;;;:al:::=:::::l

    PETUN.JUK

    f7ZZZI KAWASAN K AJIAN -- - JALAN TIOAK BERTURAP

    ---< JAMBATAN

    lAUT CHINA SEL AT A If

    Rajah 1: Lokasi kawasan Jebungan, Mukah.

    l g "'

    \ ~ > z ) ~

    ~ z 0 ::t: ... . .... .... II 6

    1SULA ~ 8 s;t ~ .. ~ J; tn

    0

    ~ !2

    u1t: lit u.1 II ~ ~ > "' > z ..... !ll c:: z ? z

    TBIAMS: -.....:1 Vt

  • ~ e .!! a , 2

    "" .., :I ::1:

    600mm-

    500mm-

    400mm-

    300rnm-

    PETUNJUK

    [[]] LEBIHAN AIR YANG TERSEDIA UNTUK IMBUHAN AIR TANAH

    1----1 SEJAT-TRANSPIRASI dalam mm: ( 1971- 1980)

    I I HUJAN dalam mm. (1964- 1986)

    200mm"11111 llllllllll~

    I I II I II I II I

    IOOmm-

    JAN. I FEB. I MAC. I APR. I MEl. I JUN. I JUL. I OGOS.I SEPT. I OKT. I NOV. I DIS.

    HUJAN &244 4474 :5597 1897 1590 1720 1847 2051 2448 2444 30174 !1546

    SEJAT- TRANSPIRASI 949 1014 1172 1138 1191 1133 1197 115 0 1113 1091 905 929 BERPOTENSI

    LEBIHAN AIR 529 5 3460 2425 759 39 9 587 650 90 I 133 5 135 3 21124 461. 7

    Rajah 2: Min hujan bulan dan. sejat - transpirasi, Mukah.

    ~ 3&16 5mm

    1295 5mm

    2391 Omm

    --.J 0\

    ~ ~ C;j

    s ~

  • PENYIASATAN TERPERINCI HIDROGEOLOGI DI KAWASAN JEBUNGAN 177

    lebat dibawa oleh Monsun Timurlaut.

    GEOLOGI

    Di kawasan Jebungan, sedimen Kuaternari menindihi Formasi Liang yang berusia Pliosen. Pada keseluruhannya, kawasan kajian diliputi oleh endapan Resen yang terdiri daripada sedimen laut cetek dan lagun. Di sini, sedimen laut cetek terdiri daripada pasir halus-sederhana, kelodak dan tanah liat. Di seten-gah-setengah tempat, ianya ditindihi oleh sediinen lagun iaitu gambut.

    Pasir di sini berbutir hal us hingga sederhana, asingan sederhana baik, kaya dengan mineral kuarza dan mengandungi pecahan ~angkang dan sisa tum-buhan. Warnanya putih-coklat di atas paras air tanah dan berwarna kelabu di bawah paras air tanah. Ketebalan pasir halus-sederhana di kawasan kajian berbeza-beza dan berjulat dari 3.3 hingga 5.6 m. Di setengah tempat, ianya ditindihi oleh gambut yang berbeza-beza ketebalannya dan tepu dengan air sepanjang tahun.

    Sempadan litologi untuk kawasan kajian ditunjukkan pada Rajah 3.

    KAEDAH PENYIASATAN

    Pada masa penyiasatan terperinci hidrogeologi dijalankan, sebanyak 284 lubang gerudi telah dibuat dengan kedalaman 7 m untuk setiap lubang gerudi danjumlah kedalaman lubang gerudi ialah 1988 m. Di mana 238lubang gerudi telah dibuat di kawasan Tapak A dan 46 lubang gerudi di kawasan Tapak B. Lubang gerudi tersebut dibuat dengan menggunakan alat 'Puls Auger' dengan jarak 100 m di antara satu dengan yang lain. Untuk ketebalan pasir melebihi 3 m, maka lubang gerudi terse but diubahkan menjadi perigi cera pan. Oleh itu, sebanyak 235 perigi cerapan telah dibuat di kawasan Tapak A dan 42 perigi cerapan di kawasan Tapak B.

    Di samping itujuga, 2 perigi ujian telah dibuat di sini iaitu satu di kawasan Tapak A dan satu lagi di kawasan Tapak B. Pembinaan perigi ujian ini dibuat denganmenggunakan alat pancutan airyangmempunyaimata gerudi bergaris-pusat 210 mm.

    Kedudukan lubang gerudi 'Puls Auger' dan perigi ujian di kawasan kajian dapat dilihat pada Rajah 4.

    Kesemua lubang gerudi tersebut diambil sampel pasir dan direkodkan litologinya. Manakala dari perigi cerapan, setelah dipam selama 30-60 minit, sampel airnya diambil dan dilakukan analisa kimia airnya. Ketinggian perigi cera pan di atas Min Paras Laut juga ditentukan.

  • 200 400 800 NETER

    PETUN.JUK

    ~::: J PASIR HALUS- SEDER HAN A GAMBUT MENINOIHI PASIR HALUS- SEOERHANA

    {1; KAWASAN NIPAH

    SM 1729/11/87 YB/AMS

    Rajah 3: Sempadan litologi di kawasan Jebungan, Mukah.

    --.J 00

    i t:d e ~

  • SP::1945/11/87

    LAUT CHINA SELATAN

    0

    0 0 0 0

    ooo 0 0 0 0 0 0

    O 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0