PERATURAN SEKOLAH

6
SEKOLAH KEBANGSAAN LANGKAWI JALAN PERSIARAN PUTRA KUAH, 07000 LANGKAWI KEDAH DARUL AMAN BUKU PERATURAN SEKOLAH PERATURAN SEKOLAH 1.0 Pengenalan Sebagai sebuah institusi pendidikan yang berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Sekolah Kebangsaan Sampir juga mempunyai peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh warga sekolahnya. Murid perlu mematuhi peraturan sekolah dengan harapan untuk mendidik dan membimbing murid supaya menjadi manusia yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah. Peraturan-peraturan sekolah perlu dihayati dan dipatuhi dengan penuh kesedaran dan tanggung jawab. Dengan adanya suasana persekolahan yang harmonis, membolehkan pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan teratur, dan juga visi dan misi sekolah dapat dicapai. 2.0 Waktu Persekolahan Hari Perhimpunan Waktu Kelas Kegiatan KOKUM AHAD 0730-0815 0815-1345 ISNIN SELASA 1400-1530 RABU KHAMIS 0815-1345

description

rules in school

Transcript of PERATURAN SEKOLAH

PERATURAN SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN LANGKAWIJALAN PERSIARAN PUTRAKUAH, 07000 LANGKAWIKEDAH DARUL AMAN

BUKU PERATURAN SEKOLAH

PERATURAN SEKOLAH

1.0 Pengenalan

Sebagai sebuah institusi pendidikan yang berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Sekolah Kebangsaan Sampir juga mempunyai peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh warga sekolahnya. Murid perlu mematuhi peraturan sekolah dengan harapan untuk mendidik dan membimbing murid supaya menjadi manusia yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah.

Peraturan-peraturan sekolah perlu dihayati dan dipatuhi dengan penuh kesedaran dan tanggung jawab. Dengan adanya suasana persekolahan yang harmonis, membolehkan pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan teratur, dan juga visi dan misi sekolah dapat dicapai.

2.0 Waktu Persekolahan

HariPerhimpunanWaktu KelasKegiatan KOKUM

AHAD0730-08150815-1345

ISNIN

SELASA1400-1530

RABU

KHAMIS0815-1345

3.0 Tidak Hadir Ke Sekolah

3.1 Jika Sakit

a. Ibu Bapa / Penjaga mesti memaklumkan kepada Guru Besar /

pentadbir Sekolah

b. Murid membawa surat dari ibu bapa / penjaga atau Sijil Sakit

3.2 Atas Sebab-Sebab Lain

Ibu Bapa / Penjaga mesti mendapat surat kebenaran bertulis daripada

Guru Besar / Pentadbir Sekolah

3.3 Ponteng Sekolah

Jika murid tidak hadir ke sekolah tanpa sebab, dia dianggap ponteng

sekolah:

(a) Tidak hadir TIGA hari berturut-turut atau kerap tidak hadir ke sekolah

atas sebab yang meragukan

i. Pihak Sekolah menghantar surat notis pertama meminta ibu bapa /

penjaga berjumpa Guru Besar / Pentadbir Sekolah

ii. Sekiranya murid masih tidak hadir ke sekolah selepas 5 hari dari

tarikh surat pertama, surat amaran kedua akan dikeluarkan.

iii. Surat amaran terakhir melalui Surat Berdaftar AR akan dikeluar-

kan selepas 7 hari dari tarikh kedua. Jika murid masih belum hadir

tanpa keterangan dan penjelasan munasabah dari ibu bapa /

penjaga nama murid akan dipotong daripada daftar murid.

3.4 Semua murid wajib menjalani aktiviti kurikulum dan kokurikulum sekolah

3.5 Murid tidak dibenarkan dating lewat ke sekolah.

4.0 Pakaian Seragam

Murid diwajibkan memakai :-

4.1 Lencana Sekolah dan tanda nama

4.1.1 Hendaklah dipakai pada setiap hari persekolahan, semasa

Mengikuti aktiviti / lawatan / majlis rasmi anjuran sekolah atau

Di mana sekolah mengambil bahagian.

4.1.2 Cara memakai

LencanaTanda Nama

Murid LelakiPoket baju sebelah kiriDi atas poket baju sebelah kiri

Murid Perempuan IslamDi sebelah atas mini telekongDi atas lencana

Murid Perempuan Bukan IslamPoket baju sebelah kiriDi atas poket baju sebelah kiri

4.2 Baju Kemeja

4.2.1 Baju kemeja putih lengen pendek atau panjang. Lengen panjang

Hendaklah dilipat hingga ke paras atas siku

4.2.2 Butang baju mesti dijahit dengan benang putih

4.2.3 Bilangan butang mesti lengkap dan mesti dikancing

4.2.4 Bahagian bawah kemeja mestilah sentiasa dimasukkan ke dalam

Seluar

4.3 Seluar

4.3.1 Seluar panjang atau seluar pendek berwarna biru tua

4.3.2 Labuh seluar tidak menutupi tumit kasut tetapi melebihi buku lali.

Hujung kaki seluar tidak boleh dilipat

4.3.3 Jeans atau seluar berbentuk jeans / bell bottom / berfesyen tidak

Dibenarkan

4..3.4 Butang seluar mestilah butang baiasa bukan dari jenis butang

Besi

4.3.5 Seluar yang poket bertampal tidak dibenarkan

4.4 Tali Pinggang

4.4.1 Lebar tali pinggang tidak melebihi 3.0 cm termasuk kepala tali

Pinggang

4.4.2 Warna yang dibenarkan ialah warna coklet atau hitam dan tidak

Berfesyen.

4.5 Kasut

4.5.1 Kasut kanvas warna putih

4.5.2 Stokin hanya yang berwarna putih

4.6 Rambut

4.6.1 Rambut murid lelaki mestilah sentiasa pendek, kemas dan bersih

4.6.2 Rambut murid perempuan yang tidak memakai tudung mestilah

diikat kemas dengan pengikat rambut warna hitam atau biru tua 4.6.3 Murid tidak dibenarkan meniru fesyen rambut ala punk / mewarna-

kan rambut

4.7 Perkara Yang Tidak Dibenarkan

4.7.1 Tidak dibenarkan menyimpan misai, janggut, kuku panjang atau

kuku berwarna

4.7.2 Perhiasan diri seperti rantai, cincin, gelang, subang telinga, dan

menggunakan alat solek

4.7.3 Murid-murid dilarang memiliki atau membawa alatan selain untuk

kegunaan pembelajaran sekolah

4.7.4 Tidak dibenarkan membawa wang melebihi wang saku sekolah

5.0 Peraturan di Bilik Darjah

5.1 Murid-murid sentiasa berada di dalam bilik darjah semasa guru

mengajar dan mengikutinya dengan penuh perhatian

5.2 Murid-murid hanya boleh meninggalkan kelas jika mendapat

Kebenaran guru dan memakai KAD KELUAR

5.3 Pergerakan dalam kumpulan seperti ke bilik bilik makmal, ETEMS,

Pusat Sumber dan sebagainya mestilah dalam keadaan berbaris,

senyap dan bergerak pantas.

5.4 Tidak dibenarkan makan di dalam kelas

5.5 Murid-murid bertanggung jawab menjaga kebersihan dan keceriaan

kelas

5.6 Membaca buku atau membuat kerja sekolah semasa ketiadaan

guru

6.0 Perhimpunan

6.1 Perhimpunan harian

6.1.1 Perhimpunan harian dibuat sekali setiap hari, waktu pagi sebelum

Masuk kelas

6.1.2 Murid-murid beratur dan menerima arahan guru bertugas /

Pengawas / murid bertugas sebelum bergerak masuk kelas.

Pergerakan mestilah dalam keadaan teratur dan senyap

6.2 Perhimpunan Rasmi

6.2.1 Diadakan setiap pagi Isnin

6.2.2 Atur cara

- Pengawas bertugas menyiapkan barisan kelas

- Memberi salam sejahtera kepada guru

- Lagu Negaraku

- Lagu Negeri

- Lagu Sekolah

- Ikrar Murid

- Laporan guru bertugas minggu lalu

- Pengumuman guru bertugas minggu ini dan guru-guru lain

- Ucapan Penolong Kanan / Guru Besar

- Masuk kelas

7.0 Memohon balik / Pergi ke hospital

Murid-murid digalakan memohon balik atau ke hospital sewaktu

persekolahan kecuali bagi kes-kes kecemasan di mana kebenaran

mesti diperolehi daripada Guru Besar / Penolong Kanan HEM dengan

mengisi borang :

7.1.1 Borang pengesahan mendapat rawatan

7.1.2 Mendaftar nama ke dalam buku kebenaran di hospital / keluar

kawasan sekolah

7.1.3 Menghantar semula surat pengesahan mendapat rawatan

daripada doktor ke pejabat dan mencatat masa pulang ke dalam

buku catatan keluar kawasan ke sekolah

8.0 Masa Rehat

8.1 Masa rehat sekolah adalah dari pukul 10.00 hingga 10.15 pagi

8.2 Murid tidak dibenarkan berada di dalam bilik darjah

8.3 Semasa membeli makanan, mesti beratur dan bersopan

8.4 Semua pembalut makanan hendaklah di buang ke dalam tong

sampah.

8.5 Semasa rehat, murid digalakkan membaca segala pengumuman

kenyataan yang di papar di papan kenyataan

8.6 Murid tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman pada

waktu pembelajaran

9.0 Masa Balik

9.1 Murid beratur di luar kelas dengan tertib dan membaca sifir atau

perkara yang diarahkan oleh pihak sekolah dari semasa ke semasa

9.2 Selepas selesai membaca sifir atau perkara yang diarahkan oleh

pihak sekolah dari semasa ke semasa, murid diminta berjalan

dalam barisan sehingga ke tangga sekolah dan seterusnya berjalan

dengan tertib.

10.0 Kawasan Larangan

10.1 Pejabat dan Bilik Guru kecuali dengan urusan mustahak

10.2 Padang dan kawasan di tepi pagar sekolah kecuali pada waktu

Pendidikan Jasmani atau atas arahan Guru Besar / Guru

11.0 Penggunaan Bangunan dan Harta Benda Sekolah

11.1 Murid tidak dibenarkan mengguna bangunan, harta benda dan alat-

Alat ssekolah tanpa kebenaran Guru Besar / Guru

11.2 Harta Benda sekolah tidak dibawa keluar daripada kawasan

Sekolah tanpa kebenaran Guru Besar / Penolong Kanan

11.3 Kerusi dan meja tidak boleh dipindahkan tanpa kebenaran

11.4 Murid dilarang menulis / menconteng bangunan, papan kenyataan

dan perabot-perabot sekolah

12.0 Tandas

12.1 Murid menggunakan tandas murid menggunakan jantina yang

telah ditetapkan

12.2 Murid dilarang dari mengguna tandas guru

12.3 Kebersihan dan keceriaan tandas adalah tanggung jawab murid

sendiri

12.4 Pam mesti ditarik dengan cermat selepas menggunakan tandas.

Paip air mesti ditutup

12.5 Jangan membuang kertas, pembalut makanan, sampah dan tuala

wanita ke dalam tandas. Gunakan tong sampah yang telah

disediakan.

12.6 Murid tidak dibenar berkumpul lama dalam tandas. Keluar dari

tandas secepat mungkin

13.0 Penggunaan Lampu dan Kipas

13.1 Lampu hanya dipasang jika cuaca gelap

13.2 Kipas hanya dibenarkan dipasang selepas waktu rehat.

Elakkan memasang semua kipas dalam satu-satu masa.

14.0 Kebersihan dan Keceriaan Sekolah

14.1 Semua murid hendaklah menjalankan tugas menjaga kebersihan

sekolah sepanjang masa

14.2 Murid wajib menghadiri hari gotong-royong membersihkan

sekolah apabila diarahkan.

15.0 Bahasa Pertuturan

15.1 Murid diwajibkan mengguna Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

sahaja dalam proses pembelajaran dalam bilik darjah kecuali

semasa pembelajaran bahasa ibunda.

15.2 Semasa berinteraksi di luar kelas, murid digalakkan mengguna

Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris

16.0 Budaya Sekolah

16.1 Murid-murid SK.Sampir, Kota Marudu hendaklah mengamalkan

budaya sekolah tersebut :

a. Sentiasa bersikap cintakan ilmu pengetahuan

b. Suka membaca

c. Tidak suka membuang masa tanpa membuat kerja yang berfaedah

d. Segera menyiapkan kerja rumah yang diberikan guru

e. Bersopan santun dan beradab

f. Menghormati guru dan orang yang lebih tua

g. Menghormati rakan dan ada sikap bertolak ansur

h. Memberi ucap selamat kepada guru-guru, rakan dan tetamu sekolah

i. Menghormati bendera Jalur Gemilang, negeri-negeri dan sekolah

j. Menghormati Lagu Kebangsaan, negeri dan sekolah

k. Mempunyai semangat perpaduam di kalangan murid dan guru, semangat kekitaan bagi menjaga imej sekolah

l. Memberi kerjasama kepada guru-guru dan rakan-rakan dalam semua program sekolah

m. Bencikan najis dadah, rokok, arak, budaya samseng, buli dan gejala-gejala negarif yang meruntuhkan akhlak

n. Sayangkan diri, ibu bapa, adik-beradik dan keluarga

o. Sentiasa patuh kepada Prinsip-Prinsip Rukun Negara

17.0 Jenis-Jenis Salahlaku

17.1 Murid hendaklah sentiasa pada setiap masa menghindari dari

Perkara-perkara salahlaku berikut

17.2 A1 Tingkahlaku Jenayah

111. Berjudi

112. Mencuri

113. Melawan / mengancam / memukul / mencederakan guru

114. Melawan / mengancam / memukul / mencederakan

pengawas / ketua kelas / penolong

115. Memeras ugut

116. Membuli

117. Menganggotai kumpulan haram / kongsi gelap

118. Menyalahgunakan dadah

119. Membawa senjata merbahaya

120. Mencabul kehormatan

121. Mengancam / memukul / mencederakan murid lain

122. Menceroboh bilik khas / kantin / pejabat sekolah

123. Mengedar Dadah

124. Menunjuk perasaan / berpiket / mengganggu

ketenteraman sekolah

125. Bertaruh secara besar-besaran

17.3 A2 Tingkahlaku Lucah

221. Bercumbu-cumbuan

222. Berkhalwat

223. Membawa bahan-bahan lucah ke sekolah

224. Mengintai murid perempuan

225. Menggunakan kata dan perbuatan lucah

226. Melukis dan menulis kata-kata dan gambar lucah

17.4 A3 Kekemasan Diri

331. Murid lelaki berambut panjang / fesyen rambut

keterlaluan dan bertentangan dengan peraturan sekolah

332. Berkuku panjang

333. Bermisai dan berjanggut

334. Memakai pakaian tidak mengikut peraturan sekolah

335. Memakai barang perhiasan yang dilarang ke sekolah

17.5 A4 Mementingkan Masa

441. Berkeliaran di kawasan sekolah

442. Datang lewat ke sekolah

443. Lewat ke perhimpunan

444. Makan di kantin di luar waktu rehat

17.5 A5 Tingkahlaku kurang sopan dan biadap

551. Berkelakuan kasar terhadap guru

552. Berkelakuan kasar terhadap pengawas

553. Berkelakuan kasar terhadap murid lain

554. Berbahasa kesat

555. Menyimpan rokok

556. Menghisap rokok

557. Mengganggu pengajaran dan pembelajaran

558. Tidak menghormati guru

559. Tidak menghormati pengawas

17.6 A6 Tingkahlaku Musnah

661. Merosakkan harta benda sekolah

662. Merosakkan harta benda Guru Besar / guru-guru

663. Merosakkan harta benda kantin sekolah

664. Merosakkan harta benda murid lain

17.7 A7 Tingkahlaku Tidak Jujur

771. Menipu melibatkan wang

772. Menipu yang melibatkan kepercayaan

773. Menipu semasa peperiksaan

17.8 A8 Ponteng

881. Ponteng kelas

882. Ponteng Sekolah

883. Ponteng Perhimpunan

884. Ponteng kegiatan luar bilik darjah / KOKUM

885. Ponteng Ujian

886. Ponteng kelas tambahan / hari akademik

17.9 Jenis Hukuman

1. Nasihat / Kaunseling

2. Amaran

3. Memberitahu Ibu Bapa / Penjaga

4. Kelas tahanan

5. Denda / Khidmat social

6. Rotan

7. Digantung persekolahan

8. Dilaporkan kepada polis

9. Direkod dalam Sijil Berhenti dan Surat Akuan

10. Di buang sekolah

18.0 Jenis hukuman bergantung kepada merit kesalahan dan

Kesesuaian keadaan

18.1 Nama murid yang melakukan kesalahan akan direkodkan ke

Dalam Buku Rekod Disiplin