Pergerakan Asas - Plie

download Pergerakan Asas - Plie

of 5

description

Ballet Movement

Transcript of Pergerakan Asas - Plie

  • Jurnal APC1013 - Pergerakan Biomekanik 2015 Pengenalan

    Untuk minggu kedua, dalam kelas Pergerakan Biomekanik, Cik Muhaini Ahmad mengajar

    tentang pergerakan asas Pli. Apakah itu Pli? Sejujurnya, itu adalah kali pertama saya

    mendengar istilah tersebut. Setelah membuat sedikit pembacaan, apa yang saya faham ialah

    pergerakan atau cara membengkok satu atau kedua-dua lutut. Selalunya dilakukan oleh penari

    balet. Tujuannya adalah untuk menguatkan otot di paha dan urat pelipat lutut. Ia juga dilakukan

    adalah untuk mengelakkan kecederaan bagi penari balet.

    Aktiviti

    Di permulaan kelas, Cik Muhaini mengedarkan dua helai kertas berkaitan dengan tulang. Satu

    gambar rajah tulang dan satu lagi adalah artikel mengenai tulang badan manusia. Cik Muhaini

    meminta kami untuk menghafal bahagian-bahagian tulang dalam gambar rajah yang diberikan.

    Manakala untuk artikel yang bertajuk The Skeleton yang juga menceritakan tentang tulang-

    tulang manusia, Cik Muhaini meminta kami untuk membacanya dan memahaminya.

    Kemudian aktiviti pergerakan dimulakan. Pergerakan pertama adalah berdiri tegak, tangan di

    sisi, kemudian tunduk lalu turun perlahan-lahan sehingga berada dalam kedudukan

    bertinggung. Rapatkan kepala dengan lutut.

  • Jurnal APC1013 - Pergerakan Biomekanik 2015 Seterusnya adalah pergerakan Pli. Ada dua jenis pergerakan yang diajar oleh Cik Muhaini

    pada minggu ini. Yang pertama, menurut pembacaan saya, ia dipanggil Demi-Pli. Posisi

    pertama, berdiri tegak, luruskan kaki, rapatkan tumit dengan tumit, kaki dipusing hampir 180

    darjah seperti dalam gambar. Buat yang termampu, jangan memaksa.

    Kemudian, bengkokkan lutut, turun perlahan-lahan sehingga lutut membentuk bentuk V. Posisi

    bahagian atas badan perlu kekal sama seperti mula-mula, turunkan bahu, dapat di lihat seperti

    dalam gambar di bawah. Masalah yang sering berlaku, bahagian punggung akan dikeluarkan,

    namun sebenarnya, bahagian badan selain dari lutut perlulah kekal lurus.

    Tapak kaki perlu kekal di atas lantai tanpa perlu menjengkitnya. Rujuk gambar.

    Kemudian naik semula dengan perlahan-lahan. Jangan tergesa-gesa.

  • Jurnal APC1013 - Pergerakan Biomekanik 2015

    Seterusnya, Cik Muhaini mengajar kami pergerakan yang seterusnya iaitu pada pendapat saya

    adalah pergerakan Grand- Pli (Saya tak pasti betul atau tidak, jika salah, maafkan saya).

    Pergerakan ini hampir sama dengan pergerakan awal tadi. Yang berbeza adalah tahap

    membengkokkan lutut. Untuk pergerakan ini, tumit dijarakkan sedikit antara satu sama lain, jadi

    kita boleh lebih turun dan bila lutut dibengkokkan, tumit diangkat.

    Ia bermula dengan langkah yang sama seperti Demi-Pli. Mula-mula, berdiri tegak, luruskan

    kaki, rapatkan tumit dengan tumit, kaki dipusing hampir 180 darjah seperti dalam gambar.

    Sama seperti Demi-Pli, lutut perlu dibengkokkan, tumit dijarakkan, turun sehingga lutut

    melebihi jari kaki. Rujuk gambar.

  • Jurnal APC1013 - Pergerakan Biomekanik 2015

    Kemudian, turun serendah yang mungkin.

    Kemudian naik perlahan-lahan.

    Selepas itu, Cik Muhaini mengajar cara berjalan. Sambil berjalan, sambil kira langkah. Cik

    Muhaini minta kami mengira satu selepas dua langkah, kemudian mengira satu selepas tiga

    langkah. Kemudian lajukan langkah. Itu sahaja yang saya ingat untuk kelas minggu kedua ini.

    Terima kasih kepada Cik Muhaini kerana mengajar saya dan kawan-kawan ilmu baru ini.

  • Jurnal APC1013 - Pergerakan Biomekanik 2015

    Rujukan:

    http://www.wikihow.com/Do-a-Plie-in-Ballet