PERHUBUNGAN ANTARA KELOMPOK ETNIK.pptx

13
EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN Pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya “Perhubungan antara kelompok etnik” .FARHANA BASIRAN.RBT1 PISMP SEM5.2013.

Transcript of PERHUBUNGAN ANTARA KELOMPOK ETNIK.pptx

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN Pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya

Perhubungan antara kelompok etnik

.FARHANA BASIRAN.RBT1 PISMP SEM5.2013.PENGENALANDEFINISIPembinaan diri individu dalam kalangan masyarakat sekitar yang berbilang kaum.

PENGALAMAN MURIDHubungan sosial yang mampu membina tanggungjawab kemanusiaan dan tanggungjawab sosial yang kuat.

KEGUNAAN SEKOLAHTempat pertemuan dan perjumpaan kanak-kanak daripada pelbagai etnik untuk memperolehi ilmu pengetahuan dan pengalaman.

Menurut Ralp Linton (1945),Kebudayaan ialah segala yang dipelajari dan diulangi dalam sesebuah masyarakat iaitu warisan sosial ahli-ahli masyarakat.

Mesra Budaya ini merupakan budaya yang dipersetujui oleh semua ahli dalam satu komuniti dan mereka mengiktiraf budaya tersebut sebagai suatu amalan murni bersama.

Perlembagaan Persekutuan perlu memahami Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak setiap rakyat Malaysia.Etnik adalah perkataan Yunani, iaitu ethnos yang bermakna orang.

Etnik merujuk kepada kelompok manusia yang ditentukan menerusi perbezaan ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya.

Modul Hubungan Etnik yang diluluskan oleh kabinet pada 2004 mewajibkan semua pelajar Tahun Pertama mengikuti kursus Hubungan Etnik di semua pusat pengajian tinggi. Kontrak Sosial ialah persetujuan yang dicapai antara pemimpin kumpulan Etnik Malaysia ketika Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan ketika merangka dan merumuskan Perlembagaan Persekutuan tahun 1957.

Unsur tradisi itu dianggap faktor utama mewujudkan identiti Malaysia dan memupuk persefahaman ke arah perpaduan kerana unsur tradisi ini sebahagian daripada Kontrak Sosial. GURU DAN PEMAHAMAN TERHADAP KEPENTINGAN HUBUNGAN ETNIKGURUPihak yang perlu menghayati kepentingan hubungan etnik dalam memastikan murid-muridnya mengalami suasana persekitaran bilik darjah dan pembelajaran yang mesra budaya lalu terjalin persepakatan dan perpaduan.MATLAMATPemupukan terhadap nilai-nilai perpaduan antara etnik perlu menjadi matlamat dan fokus pengajaran di dalam bilik darjah.HALANGANKerapuhan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia menjadi penghalang pada pembinaan negara harmoni dan maju.Modul Hubungan Etnik menyatakan 6 perkara utama:

i. Perkara 8: Persamaan dan hak sama rata dan pengecualian peruntukan itu dalam soal agama, kedudukan istimewa orang Melayu.

ii. Perkara 10 (4): Batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan Raja-Raja Melayu, bahasa Melayu dan Islam.iii. Perkara 38: Kuasa Raja-Raja Melayu menghalang Parlimen membuat undang-undang yang menyentuh kedudukan Raja-Raja Melayu, orang Melayu, bahasa Melayu dan Islam.

iv. Perkara 150 (6a): Kedudukan agama Islam, adat istiadat Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak, kewargenegaraan meskipun dalam darurat.v. Perkara 152: Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tanpa menafikan hak etnik lain menggunakan bahasa mereka.

vi. Perkara 153: Kedudukan istimewa orang Melayu tanpa menafikan kedudukan etnik lain.

Semua murid perlu memahami kesedaran, kefahaman, akomodasi, saling menghormati dan perpaduan.

Usaha untuk mewujudkan kesepaduan daripada kepelbagaian ini mesti sentiasa dilakukan dengan teliti dan mengambil kira sensitiviti etnik lain.

Sifat Akomodasi serta kesanggupan menerima etnik lain yang berbeza cara hidup, kebiasaan, adat-resam dan agama adalah penting sebagai pembuka jalan kepada kerjasama dan kesepakatan demi melanjutkan hubungan etnik harmoni.

Interaksi lebih rapat antara kelompok dan etnik yang berbeza boleh dijamin keutuhannya oleh sikap saling menghormati dan menghindari konflik dalam segala bentuk.

Perpaduan boleh wujud menerusi pendekatan top-down atau bottom-up membabitkan kerajaan, orang ramai, sektor swasta, dll.

Guru haruslah memilih tajuk pembelajaran berkaitan kepelbagaian budaya masyarakat di Malaysia.Orientasi Sosial di dalam bilik darjah menentukan apa yang patut diamalkan serta perkara yang tidak sepatutnya dilakukan di dalam bilik darjah.

Setiap program serta aktiviti yang dilakukan haruslah tidak menyentuh isu-isu sensitif yang mampu mengguris perasaan mana-mana pihak.

Setiap Etnik perlu diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran.Cincin permata kilauan cahaya,Cincin suasa pengikat mesra;Berbeza Agama, adat, dan Budaya,Bukan penghalang penyatuan bangsa.SEKIAN