Perkembangan Bahasa kanak kanak
-
Upload
ainanieikhwana97 -
Category
Education
-
view
161 -
download
14
Transcript of Perkembangan Bahasa kanak kanak
FONOLOGI
Fonologi kebolehan melahirkan bunyi, perkataan atau
ayat.Kanak-kanak mempunyai corak perkembangan
fonologi tidak kira bahasa apa yang dituturkan. Kanak-kanak menghasilkan bunyi secara
rambang. Mula-mula ia memperoleh fonem-fonem yang
kasar dan perbezaan fitur yang ketara.
Fonem- unit bahasa terkecil yang berfungsi, unit ujaran yang bermakna dan terdiri daripada beberapa unit bunyi.
Contoh, “malu”, mempunyai 4 unit bunyi. M adalah unit terkecil yang berfungsi untuk menentukan maksud ujaran.
Setelah memperoleh fonem-fonem, kanak-kanak mula beransur maju kepada fonem-fonem yang halus dan jelas kedengaran.
Semasa kanak-kanak membesar, mereka mempelajari perkataan baru melalui proses fast-mapping.
Perkembangan fonologi kanak-kanak
Peringkat umur kebolehan
Baru lahir-2 bulan • menangis dan senyum. • Suka mendengar suara
manusia
2-4 bulan • bermain dengan bunyi vokal seperti “aa-aa-aa-aa” ataupun “oo-oo-oo-oo” (mendekut)
6-9 bulan • Mencantum bunyi konsonan dengan bunyi vokal untuk menghasilkan suku kata seperti “ma-ma-ma” atau “ba-ba-ba”
Peringkat umur kebolehan
9-12 bulan • Mencantumkan suku kata dan menghasilkan perkataan pertama.
’ba’+’pa’= bapa.
1-1 ½ tahun • Menyebut perkataan (mengenal nama benda atau orang)
1 ½ - 2 tahun • Menyebut gabungan 2 perkataan ayat mudah melalui bahasa telegrafi(perkataan yang penting sahaja).
Peringkat umur kebolehan
2 – 4 tahun • Menggunakan strategi sebutan untuk perkataan rumit (seperti “didi” untuk “tv” atau “alan” untuk “jalan”)
4 – 6 tahun • Sebutan bertambah baik. Mengulang dan dapat mengubahsuai seni kata lagu ataupun pantun mudah
PRAGMATIK
Pragmatik penggunaan bahasa yang peka pada konteks iaitu cara
seseorang menyesuaikan bentuk ucapan ataupun perkataan mengikut konteks sosial yang berbeza
kanak-kanak perlu mempelajari bahasa mengikut peraturan budaya ketika berkomunikasi
Mereka juga harus mengetahui bahasa badan, isyarat dan tajuk yang diperbualkan
perkembangan pragmatik bergantung kepada budaya masyarakat
Perkembangan bahasa Pragmatik
Umur Kebolehan pragmatik
1 -2 tahun • Mula mengambil giliran dalam perbualan
• Dapat menggunakan bahasa yang mudah, seperti ‘bye bye’
3 – 4 tahun • Dapat mengambil bahagian dalam perbualan kumpulan kecil ketika bermain atau aktiviti kelas.
• Berbual dengan rakan sebaya semasa aktiviti harian.
• Dapat menggunakan bahasa , seperti “selamat pagi”.
5 – 6 tahun • Dapat mengambil bahagian dalam perbualan kumpulan besar.
• Dapat menggunakan bahasa dan kata seperti “ apa khabar”, dan “selamat pagi”
• Mula memberi komen dan tindak balas.
• Dapat bertanya balik apabila disoalkan.