Perkembangan Diri Yang Seimbang

2

Click here to load reader

description

SIVIK T4

Transcript of Perkembangan Diri Yang Seimbang

Page 1: Perkembangan Diri Yang Seimbang

PERKEMBANGAN DIRI YANG SEIMBANG

1. Perkembangan diri yang seimbang merujuk kepada usaha melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

2. Individu yang seimbang merupakan individu yang berilmu pengetahuan danberkemahiran, berakhlak baik dan mulia, bertanggungjawab serta cergas tubuh badannya.

3. Intelek merujuk kepada aspek perkembangan minda seseorang untuk berfikir dan memahami sesuatu. Perkembangan ini dapat dicapai dengan menambahkan ilmu dan memperoleh pengalaman.

4. Rohani merupakan perkembangan perasaan dan hati yang berkaitan dengan jiwa atau naluri manusia. Rohani dapat dikembangkan dengan amalan agama, norma masyarakat, pantang-larang dan undang-undang.

5. Emosi merupakan unsur semulajadi yang ada pada manusia iaitu pengawalan perasaan seperti sayang, marah, takut, cinta, benci dan sebagainya. Manusia perlu mengawal emosi agar tidak mendatangkan tindak balas yang negatif daripada pihak lain.

Page 2: Perkembangan Diri Yang Seimbang

6. Perkembangan tubuh badan dikenal sebagai jasmani. Tubuh yang sihat akan mewujudkan intelek yang baik, emosi yang terkawal dan waktu rehat yang mencukupi serta riadah yang sistematik akan menghasilkan jasmani yang sihat.

7. Keempat-empat aspek ini penting untuk menikmati kehidupan yang sejahtera.