PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
-
Upload
anonymous-mkdecsf -
Category
Documents
-
view
108 -
download
6
description
Transcript of PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
SEMESTER JANUARI 2015
HDPS4303
PERKEMBANGAN KURIKULUM PRASEKOLAH MALAYSIA
ISI KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA SURAT
1.0 Pengenalan 3
2.0 Faktor-faktor Mempengaruhi Kurikulum 4
2.1 Falsafah Pendidikan 4-5
1
2.2 Faktor pembangunan negara dan perkembangan dunia 5-6
2.3 Faktor perubahan sosial 6
2.4 Faktor perancang dan pelaksana kurikulum 7
2.5 Faktor murid , kehendak , dan keperluan masyarakat 8
2.6 Faktor perkembangan ilmu dan kepentingannya 9
2.7 Pengaruh psikologi pendidikan 9-10
3.0 KSPK Dapat Membantu Melahirkan Modal Insan 10-11
3.1 Peranan Pendidikan KPSK Melahirkan Modal Insan
dari segi Individu 11-12
3.1(i) Membentuk Modal Insan Ciri-Ciri Sosial Individu 12
3.1(ii) Membentuk Ciri-Ciri Positif Sosial Individu 12
3.1(iii) Membentuk Nilai-Nilai Asasi Individu Yang Cemerlang 12
3.1(iv) Membentuk Individu Berilmu Dan Berkemahiran Tinggi 13
3.2 Peranan Pendidikan KPSK Terhadap Pembentukan
Modal Insan Masyarakat 13
3.2(i) Sumber Kemahiran dan Keterampilan 14
3.2(ii) Sumber Kebudayaan dan Ilmu 14
3.2(iii) Sumber Pemupukan Kepercayaan dan Sistem Nilai 14
3.2(iv) Menyediakan Tenaga Manusia Untuk Alam Pekerjaan 14-15
6.0 KESIMPULAN 15
RUJUKAN 16
1.0 PENGENALAN
Kurikulum Pra Sekolah adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan.
Dalam konteks pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum ( khususnya
2
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan - KPSK) adalah didasari oleh falsafah dan
matlamat pendidikan negara yang menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada
semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.
Kurikulum atau pun skop kandungan sesuatu pelajaran adalah asas penting dalam sistem
pendidikan sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, Malaysia
memerlukan suatu kurikulum yang kemas dan sesuai untuk mewujudkan sistem pendidikan yang
dinamik serta selaras dengan cita-cita dan kehendak negara ( Kamaruddin Haji Hussin, 1994 )
Perkembangan kurikulum tidak berlaku dengan sendiri tanpa sebab yang mempengaruhinya. Ia
berlaku sejajar dengan kemajuan masyarakat dan negara dan ia dianggap sebagai satu proses
yang dinamik dan seimbang.
Pra sekolah Sk.Tudan, Tuaran mencapai kerberjayaan dalam pengelolaan KPSK terhadap murid-
murid yang dahagakan pendidikan. Cikgu Moihin Manuel, yang mempunyai pengalaman 15
tahun mengajar murid Pra sekolah tidak mempunyai masalah untuk melaksanakan KSPK
terhadap murid-muridnya. Pengalaman cikgu Moihin Manuel ini membantu beliau melaksanakan
tugas seorang pendidik dengan baik dibantu dengan pembantu nya yang merupakan ibu kepada 3
anak menyerapkan pengalaman seorang ibu terhadap murid-murid Pra sekolah.
2.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN KURIKULUM
2.1 Falsafah pendidikan
3
Falsafah pendidikan negara memainkan peranan yang penting dalam mencorak sistem
pendidikan di sesebuah negara, khususnya di Malaysia. Falsafah pendidikan kebangsaan kita
adalah seperti berikut :
" Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlaq mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteran diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara "
( PPK, 1988 )
Falsafah pendidikan negara mempunyai implikasi yang besar terhadap pembentukan kurikulum.
KBSR dan KBSM adalah hasil perubahan yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Negara.
Antara perubahan-perubahan yang jelas terdapat dalam kedua-dua tersebut ialah ;
i. Sukatan pelajaran yang digubal memberi penekanan kepada aspek kesepaduan
dan keseimbangan. Oleh itu konsep-konsep seperti penggabungjalinan
( penyatuan kemahiran-kemahiran ) dan penyerapan ( penyatuan isi ) sentiasa
dititik beratkan.
ii. Penekanan baru diberikan kepada penerapan nilai-nilai murni. Ia seharusnya
diserapkan dalam setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah.
iii. Program pendidikan disusun agar dapat melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan.
iv. Program pendidikan yang menitik beratkan pendidikan umum diperkenalkan.
v. Penekanan diberikan kepada pendidikan teknik dan vokasional.
4
vi. Penekanan juga diberikan kepada bahasa merentasi kurikulum.
vii. Pemupukan budaya sains dan teknologi terus ditekankan.
viii. Pemupukan budaya keusahawanan dan budaya niaga ditegaskan.
ix. Pengukuhan dan perluasan bahasa Melayu sebagai satu cabang ilmu pengetahuan.
x. Peningkatan pendedahan dan penguasaan bahasa Inggeris.
xi. Penekanan kepada melahirkan individu yang berkeyakinan diri dan bersikap
berdikari.
2.2 Faktor pembangunan negara dan perkembangan dunia
Perkembangan kurikulum juga dipengaruhi oleh faktor pembangunan negara dan perkembangan
dunia. Negara yang ingin maju dan membangun tidak seharusnya mempunyai kurikulum yang
statik. Oleh itu ia harus diubahsuai mengikut peredaran masa dan kemajuan sains dan teknologi.
Menurut Hida Taba (1962) :
"Technology has changed and is changing not only the face of the earth and the
institutions of our society, but man itself "
Kenyataan di atas jelas menunjukkan bahawa perkembangan teknologi telah membawa
perubahan yang pesat pada kehidupan manusia di muka bumi ini. Oleh itu perkembangan
kurikulum haruslah sejajar dengan pembangunan negara dan perkembangan dunia. Kandungan
kurikulum pendidikan perlu menitikberatkan mata pelajaran sains dan kemahiran teknik atau
vokasional kerana tenaga kerja yang mahir diperlukan dalam zaman yang berteknologi dan
canggih ini. (Ee Ah Meng, 1995)
2.3 Faktor perubahan sosial
5
Selain menjadi tempat menyalurkan pengetahuan dan melatih kemahiran akademik, sekolah
juga merupakan agen sosial. Melalui pendidikan di sekolah, nilai-nilai sosial yang diperlukan
dalam dan negara diserapkan.
Dewasa ini masalah keruntuhan moral dan jenayah di kalangan remaja dan murid-murid semakin
meningkat. Mereka terdedah dengan masalah penagihan dadah, minum minuman keras,
merokok, pergaulan bebas dan melakukan perkara-perkara jenayah seperti mencuri, merompak,
merogol dan sebagainya. Masalah ini jika tidak dibendung dengan segera, akan merosak dan
menghalang pembangunan negara.
Menyedari hakikat ini, negara telah mewujudkan Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan
insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.. Dengan itu
perkembangan kurikulum harus sejajar dengan perubahan sosial agar nilai-nilai murni dalam diri
individu tidak pupus ditelan arus pembangunan (Mohammad Nor, 1990; Kamaruddin Hj. Husin,
1994).
2.4 Faktor perancang dan pelaksana kurikulum
Perubahan yang begitu pesat dalam masyarakat dan dunia membuat kurikulum hari ini perlu
disesuaikan mengikut peredaran masa. Sehubungan dengan itu perancang kurikulum
bertanggungjawab menyemak semula dari masa ke semasa. Pengguguran, perubahan atau
6
pertambahan terhadap kurikulum harus dilakukan mengikut peredaran masa, kehendak
masyarakat dan kemajuan negara.
Kita hidup dalam masyarakat yang berubah-ubah, iaitu pengetahuan baru sentiasa ditemui,
sementara pengetahuan lama yang dibuktikan kurang tepat diperkemaskinikan. Masalah
pertambahan pengetahuan yang banyak menimbulkan masalah pemilihan apa yang hendak
dipelajari serta pertimbangan semula bagaimana pembelajaran harus berlaku. Dengan menyedari
bahawa murid-murid harus disediakan untuk menyesuaikan diri dengan permintaan masyarakat
yang cepat berubah, guru-guru dan perancang kurikulum harus menyemak semula apa yang
mereka kemukakan kepada murid-murid (Kamaruddin Hj. Husin, 1994).
Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada pelaksana kurikulum harus sentiasa peka
dengan perubahan yang timbul serta bersedia mencari penyelesaian dalam mengubah kurikulum
merupakan orang yang penting dalam
2.5 Faktor murid, kehendak , dan keperluan masyarakat
Pelajar sebagai individu mempunyai kehendak dan keperluan asas ytang melibatkan kehendak
dan keperluan asa yang melibatkan keselamatan, kasih sayang, bermasyarakat dan kehendak
penyempurnaan kendiri. Kurikulum yang akan dibentuk sewajarnya dapat memberi ilmu
7
pengetahuan dan kemahiran agar kehendak dan keperluannya sebagai muriod dan individu dapat
dipenuhi. Ini bermakna, kurikulum yang dibentuk akan menyediakan segala ilmu pengetrahuan
dan kemahiran yang merangsang perkembangan potensi mereka secara menyeluruh iaitu
merangkmi intelek, jasmani, rohani dan sosial( Ee Ah Meng, 1995).
Perancangan kurikulum yang baik sentiasa mengambil kira keperluan murid serta mampu
memberi faedah secara menyeluruh. Ini bermakna faktor minat dan perkembangan individu
dalam bidang kognitif, psikomotor dan afektif perlu difikirkan semasa membentuk kurikulum
tersebut.
Kajian hendaklah dilakukan terhadap keperlun individu, sekurang-kurangnya dari peringkat bayi
hingga remaja. Hasilnya, segala keperluan tersebut dapat diserapkan ke dalam sistem pendidikan
itu dan dilaksanakan di sekolah-sekolah dengan berkesan.
Murid adalah individu yang bakal menjadi sebahagian daripada anggota masyarakat. Oleh itu,
kurikulum haruslah bertanggungjawab menyediakan murid-murid dengan pendidikan yang
berkaitan dengan masyarakat di mana mereka tinggal dan juga bentuk masyarakat yang akan
mereka hadapi kelak.
2.6 Faktor perkembangan ilmu dan kepentingannya
Masa yang berlalu turut membawa perubahan kepada masyarakat yang seterusnya menuntut
mereka menerima pendidikan yang lebih sempurna selaras dengan keperluan kemajuan yang
kian pesat. Ilmu yang bersifat dinamik menyebabkan ia sentiasa berkembang. Perkembangan ini
8
disebarkan kepada masyarakat menerusi perancangan kurikulum 6yang lebih kemas dan sesuai
dengan kehendak masyarakat dan negara.
Penemuan baru dalam pelbagai bidang seperti perubatan, teknologi dan sebagainya menjadikan
bidang itu terus berkembang. Perkembangan ini penting dalam pembentukan kurikulum supaya
ia dapat dikemaskini dari masa ke semasa agar ilmu -ilmu baru ini dapat dissalurkan kepada
murid-murid bagi mengimbangi keperluan zaman.
Selain itu, pengenalan ilmu atau bidang-bidang baru ke dalam pendidikan membantu
meningkatkan taraf pendidikan itu sendiri. Contohnya, mem[erkenalkan ilmu pengurusan dan
perhubaungan ke dalam biodang pendidikan, khususnya ke dalam bidang kurikulum,
meningkatkan lagi keberkesanan proses perkembvangan kuriklum itu sendiri.
2.7 Pengaruh psikologi pendidikan
Teori disiplin mental yang berlandaskan konsep falsafah yang dimajukan oleh Plato dan Aristotle
banyak mempengaruhi pengajaran aritmetik pada abad ke 19. Salah satu aspek disiplin mental
yang penting ialah psikolgi fakulti. Psikologi Fakulti mempunyai pengaruh yang begitu kuat
terhadap isu mengapa matematik perlu dipelajari oleh kanak-kanak. Manakala ahli ` fahaman
perkaitan’ mengaggap pembelajran sebagai pembinaan unit-unit kecil yang terdiri daripada
rangkaian R-G untuk menghasilakn tingkah laku. Fahaman ini telah menghasilakn startegi
pengajaran aritmatik kepada fakta dan kemahiran kecil untuk diajar dan dinilai secara
berasingan. Kesan utama pendekatan ini bterhadap sekolah ialah matematik diajar semata-mata
dengan menggunakan teknik latih tubi ( Nik Aziz Nik Pa, 1992).
9
Pemikiran psikologi `behaviourisme’ telah bertapak dalam kurikulum pendidikan matematik
sejak awal 60’an. Dalam pemikiran ini murid telah dianggap sebagai gelas kosong. Guru
berperanan memasukkan pengetahuan matematik ke dalam gelas tersebut. Pendekatan ini
mengenepikan aktiviti pengembangan intelek yang sekaligus membina sikap negatif dalam diri
pelajar terhadap matematik.
Untuk mengatasi masalah itu, satu kurikulum matetamati yang memberikan tumpuan kepada
penyelesaian masalah dan pemikiran kritis telah diperkembangkan pada penghujung tahun 70’an.
Seterusnya dalam KBSM pengajaran dan pembelajran Matematik ditekankan kepada fahamanb
binaan (konstuktivm) dan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
3.0 KSPK DAPAT MEMBANTU MELAHIRKAN MODAL INSAN
Usaha-usaha untuk mewujudkan masyarakat Malaysia abad ke 21 yang berdaya saing dan
berdaya maju digariskan dalam Wawasan 2020. Kesemua usaha ini bermatlamat menjadikan
Malaysia sebuah negara moden dan maju, sebuah masyarakat industri yang adil, bermoral dan
rasional dan mempunyai keperibadian sendiri.
Dalam pembangunan sebuah negara yang maju, dan dapat melahirkan modal insan yang
bermutu dan berkualiti, masyarakat Malaysia memerlukan kesediaan diri yang kukuh dari segi
intelek, rohani, jasmani dan emosi. Sebagai sebuah negara maju, pembangunan pesat berlaku
dalam pelbagai bidang dan setiap bidang memerlukan sepenuh perhatian. Ahli-ahli profesional
dalam pelbagai bidang sebagai jurutera, doktor, arkitek, saintis, usahawan, peguam, ahli fikir
10
dan sebagainya amat diperlukan. Kesemua golongan ini secara bersepadu menggembleng
fikiran, tenaga dan usaha untuk membangun Malaysia menjadi sebuah negara maju.
Secara umumnya sistem pendidikan boleh dikatakan mendokong dua peranan utama. Dari satu
sudut, pendidikan sering dikenal pasti sebagai jentera untuk menyedakan tenaga kerja yang
terlatih dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk menggerak dan menyuburkan
pertumbuhan ekonomi negara.
Dari sudut lain pula pelajar yang sama setelah melalui sistem pendidikan formal, diharapkan
menjadi individu yang seimbang dari segi pertumbuhan rohani, intelek dan jasmaninya. Secara
pronya, KPSK ini mencapai seperti yang dihuraikan dibawah iaitu;
3.1 Peranan Pendidikan KPSK Melahirkan Modal Insan dari segi Individu
i. Membentuk Modal Insan Ciri-Ciri Sosial Individu
Pendidikan KPSK memainkan berperanan penting untuk membentuk kesedaran individu pada
masa akan datang berdasarkan
Kekeluargaan – bertanggungjawab terhadap keperluan keluarga.
Komuniti dan masyarakat – Memberikan sumbangan tenaga dari segi mental dan fizikal.
Kebangsaan – Semangat cintakan negara.
Kejiranan – Menghormati jiran sekeliling.
Organisasi – Menjadi pemimpin sesebuah organisasi
serantau dan antarabangsa – Bertindak sebagai duta untuk perpaduan negara serantau
Menurut cikgu Moihin Manuel yang telah bertugas selama 15 tahun sebagai guru pra sekolah.
Beliau mendapati murid pertamanya iaitu pada tahun 2000 yang kini berusia 15 tahun rata-
ratanya masih bersekolah dan mempunyai kriteria murid yang baik dan menghormati guru-guru,
ibu bapa dan masyarakat setempat.
11
ii. Membentuk Ciri-Ciri Positif Sosial Individu
Sistem pendidikan negara melalui KPSK adalah ilmu awal yang diterima oleh individu. Ini
adalah juga berperanan membentuk rakyat yang sentiasa bermotivasi, iltizam, bermaruah,
dedikasi, kuat daya saing, dan daya juang dari segi aqidah dan ilmu.
Daripada 15 orang bekas murid cikgu Moihin Manuel, 10 murid nya berjaya menempatkan diri
ke sekolah berprestasi tinggi. Ini menunjukkan ilmu yang diterima oleh murid pertamanya ini
telah dapat membentuk ciri-ciri positif dalam diri.
iii. Membentuk Nilai-Nilai Asasi Individu Yang Cemerlang
Sistem pendidikan KPSK terbukti memainkan peranan untuk membentuk akhlak/etika
berasaskan agama dan moral yang tinggi. Individu yang terdidik mestilah bertoleransi di antara
kaum dan agama. Mereka juga menghormati kebudayaan kaum lain dan menghargai kebudayaan
kebangsaan. Ini secara tidak langsung merupakan modal insan yang diharap-harapkan.
Menurut cikgu Moihin Manuel, setiap hari ahad beliau berkesempatan berjumpa bekas anak
muridnya di tempat ibadat kerana cikgu Moihin berasal dari kampung Tagudon, Penampang
berdekatan dengan kampung bekas anak-anak muridnya ini. Ini merupakan salah satu contoh
nilai-nilai asasi individu cemerlang.
iv. Membentuk Individu Yang Berilmu Dan Berkemahiran Tinggi
Sistem pendidikan negara diharapkan dapat mengeluarkan individu yang boleh berkomunikasi
sekurang-kurangnya dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pendidikan juga diharapkan
dapat membentuk individu yang berpengetahuan matematik, sains dan teknologi. Mereka
mempunyai daya fikir dan mahir menyampai ilmu dan kemahiran.
3.2 Peranan Pendidikan KPSK Terhadap Pembentukan Modal Insan Masyarakat
12
i. Sumber Kemahiran dan Keterampilan
Mempunyai atau mengetahui sesuatu bidang ilmu sahaja tidak mencukupi untuk sebuah
masyarakat menjalani kehidupan yang sempurna. Setiap ahli masyarakat perlu mahir dan
berketerampilan dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
Ibu bapa yang mempunyai anak yang bersekolah di Sk.Tudan Tuaran mengetahui bidang ilmu
yang hendak dipelajari oleh anak-anak mereka.
ii. Sumber Kebudayaan dan Ilmu
Sekolah memainkan peranan yang penting bagi menyalurkan kebudayaan dan ilmu sesuatu
bangsa kepada generasi berikutnya. Tanpa sesuatu agen untuk mewariskan serta memperluaskan
budaya, sesuatu generasi baru akan kehilangan pedoman dan arah.
Peranan mewariskan kebudayaan dan ilmu ini boleh dimainkan oleh institusi keluarga. Dalam
abad ini masyarakat telah menjadi lebih maju menyebabkan kebanyakan ibu bapa telah
terperangkap dalam arus mengejar kemajuan. Mereka tidak mempunyai cukup masa untuk
memberikan ilmu yang lengkap kepada anak-anak.
Kebanyakan ibu bapa tahu bahawa Pra sekolah merupakan tempat anak-anaknya menimba ilmu
pengetahuan. Menurut cikgu Moihin Manuel, Ibu bapa seawal jam 6 pagi sudah menghantar
anak-anak ke sekolah kerana faktor budaya semasa walaupun persekolahan murid Pra bermula
jam 8 pagi.
iii. Sumber Pemupukan Kepercayaan dan Sistem Nilai
Sepanjang sejarah kehidupan manusia, mereka tidak pernah lepas daripada sesuatu kepercayaan
dan sistem nilai. Manusia fitrahnya sentiasa mencari-cari jawapan bagi persoalan-persoalan
kerohaniannya. Banyak berlaku, manusia tersesat dalam memberikan jawapan-jawapan
persoalan kerohanian mereka. Dengan kesesatan itu mereka akan membinasakan diri dan
13
masyarakat mereka. Di sinilah peranan pendidikan KPSK menjadi penting bagi memberi
petunjuk dan panduan yang benar.
iv. Menyediakan Tenaga Manusia Untuk Alam Pekerjaan
Pada masa kini dan pada masa akan datang terdapat pelbagai jenis pekerjaan. Lebih maju sesuatu
masyarakat maka lebih banyajk jenis pekerjaan yang wujud. Tenaga manusia pelbagai peringkat
pendidikan perlu dikeluarkan bagi mengisi jawatan pekerjaan yang sesuai. Dengan wujudnya
kepelbagaian pelajaran individu akan terdorong untuk (kerap) bertukar pekerjaan.
Ada dikalangan anak-anak murid cikgu Moihin sudah tahu tentang keperitan hidup tanpa
pekerjaan yang tetap. Oleh yang demikian, cikgu Moihin Manuel akan menerapkan nilai-nilai
murid setiap kali Pdp dilaksanakan.
Secara kontranya pula, proses pembelajaran murid pra sekolah adalah sangat kompleks. Pertama
sekali, ia melibatkan hubungan antara guru dan pelajar yang mengikuti kurikulum dan
pengajaran diberi amalan, ia juga berlaku dalam konteks sosial yang lebih luas. Perhubungan dan
pencapaian kurikulum KPSK ini tidak terjalin dengan baik sekiranya sumber yang ada di
sekolah-sekolah, kerjasama guru-guru, dan struktur insentif yang dihadapi tidak seperti yang
dijangkakan.
Ia biasanya dianggap bahawa persekolahan formal adalah salah satu daripada beberapa
penyumbang penting kepada kemahiran individu dan modal insan. Ia bukan satu-satunya faktor.
Ibu bapa, kebolehan individu dan rakan-rakan sudah pasti menyumbang. Sekolah masih
mempunyai tempat yang istimewa, bukan sahaja kerana pendidikan dan 'penciptaan kemahiran'
adalah antara objektif utama yang jelas mereka, tetapi juga kerana mereka adalah faktor yang
memberi kesan paling langsung dengan dasar awam. Adalah menjadi pengetahuan umum
14
bahawa pengagihan pendapatan peribadi dalam masyarakat adalah sangat berkaitan dengan
pendidikan yang diterima.
4.0 KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, Pendidikan awal kanak-kanak KPSK dapat meningkatkan hasil
pembelajaran pra di sekolah-sekolah di seluruh dunia bukan sahaja perkara yang
melaksanakan satu set langkah-langkah teknikal direka secukupnya. Eksperimen
penilaian KSPK menjadi alat standard dalam rekabentuk dasar kurikulum Pra sekolah ini
merupakan satu pembangunan modal insan murid, Sekolah merupakan institusi sosial di mana
pendidikan diterima murid setiap hari melalui proses berinteraksi dengan pembentukan hasil
pendidikan secara kognitif dan non-cognitive.
Hasil dari proses ini kadang-kadang boleh menjadi konflik sekiranya tidak ada tindakan bijak
daripada guru mahupun pembantu guru pra. Sebahagian besar daripada kanak-kanak
disosialisasikan untuk bahagian yang semakin panjang zaman kanak-kanak, remaja dan dewasa
awal, soalan kandungan kurikulum dan kontras antara latar belakang pelajar dan aspirasi
sekarang baru. cabaran untuk kualiti persekolahan yang tidak boleh ditangani hanya dengan cara
teknikal.
15
RUJUKAN
1. 100 Panduan Membina Amalan yang Baik, Pendidikan Awal Kanak-kanak. Wendy
Bowkett.
2. Early Childhood Curriculum, PETERSEN.
3. Excellence in Early Childhood Education, CHIAM.
4. Belajar Melalui Bermain, Prinsip Utama Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak,
Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali.
5. Penilaian dalam Pendidikan PRASEKOLAH, Ayah Zaidon & Haslinda Md.Ali
16