PERKEMBANGAN KENDIRI

14
KONSEP PERSONALITI PENGERTIAN KONSEP PERSONALITI Perkataan personaliti dalam Kamus Dewan Edisi keempat membawa maksud keperibadian dan perwatakan. Tidak dapat dinafikan bahawa setiap individu memiliki personaliti yang unik dan mengikut susunan yang tertentu. Menurut Alder (1948) bahawa personaliti merupakan gaya hidup seseorang individu. Selain itu, Mischel (1981) mentafsirkan personaliti sebagai susunan pola-pola tingkah laku manusia yang diaplikasikan dalam situasi kehidupannya. Crow dan Crow (1983) berpendapat bahawa personaliti seseorang manusia adalah perwatakan fizikal, corak pertuturan dan daya penarik dalam dirinya. Secara lazimnya, dua aspek difokuskan untuk membezakan seseorang individu dengan yang lain iaitu kemampuan dan personaliti. Aspek kemampuan merangkumi pencapaian dalam pembelajaran, kecerdasan mahupun bakat dan aspek personaliti pula meliputi watak, sifat, penyesuaian diri, cara berfikir, minat, emosi, sikap dan motivasi. Personaliti berkait rapat dengan konsep kendiri ataupun konsep sendiri. Ini demikian disebabkan personaliti adalah unik dan tidak dapat menjumpai sifat-sifat ataupun ciri-ciri yang sama tanpa sebarang kelainan dalam individu yang berlainan. Jikalau konsep kendiri seseorang itu berunsur positif, maka dapatlah menilai diri kelebihan dan kekurangnya secara sedar. Pada masa yang sama, individu tersebut dapat menerima komen yang membina dan mempertingkatkan diri lagi. Pernyataan ini bersamaan dalam huraian Allport (Mahmood Nizar, 2005) bahawa personaliti sebagai organisasi sistem psikofizik yang dinamik dalam diri individu yang menentukan ciri-ciri tingkah laku dan penyesuaian dalam persekitarannya. Secara tuntasnya, personaliti adalah gabungan daripada pelbagai sifat dan konsep kendiri seseorang. Individu yang memiliki konsep kendiri yang positif akan menghasilkan personaliti yang bersesuaian dengan permintaan persekitarannya. Cara untuk membantu mengenali personaliti seseorang 1

description

edu

Transcript of PERKEMBANGAN KENDIRI

Page 1: PERKEMBANGAN KENDIRI

KONSEP PERSONALITI

PENGERTIAN KONSEP PERSONALITI

Perkataan personaliti dalam Kamus Dewan Edisi keempat membawa maksud

keperibadian dan perwatakan. Tidak dapat dinafikan bahawa setiap individu memiliki

personaliti yang unik dan mengikut susunan yang tertentu.

Menurut Alder (1948) bahawa personaliti merupakan gaya hidup seseorang

individu. Selain itu, Mischel (1981) mentafsirkan personaliti sebagai susunan pola-pola

tingkah laku manusia yang diaplikasikan dalam situasi kehidupannya. Crow dan Crow

(1983) berpendapat bahawa personaliti seseorang manusia adalah perwatakan fizikal,

corak pertuturan dan daya penarik dalam dirinya.

Secara lazimnya, dua aspek difokuskan untuk membezakan seseorang individu

dengan yang lain iaitu kemampuan dan personaliti. Aspek kemampuan merangkumi

pencapaian dalam pembelajaran, kecerdasan mahupun bakat dan aspek personaliti

pula meliputi watak, sifat, penyesuaian diri, cara berfikir, minat, emosi, sikap dan

motivasi.

Personaliti berkait rapat dengan konsep kendiri ataupun konsep sendiri. Ini

demikian disebabkan personaliti adalah unik dan tidak dapat menjumpai sifat-sifat

ataupun ciri-ciri yang sama tanpa sebarang kelainan dalam individu yang berlainan.

Jikalau konsep kendiri seseorang itu berunsur positif, maka dapatlah menilai diri

kelebihan dan kekurangnya secara sedar. Pada masa yang sama, individu tersebut

dapat menerima komen yang membina dan mempertingkatkan diri lagi. Pernyataan ini

bersamaan dalam huraian Allport (Mahmood Nizar, 2005) bahawa personaliti sebagai

organisasi sistem psikofizik yang dinamik dalam diri individu yang menentukan ciri-ciri

tingkah laku dan penyesuaian dalam persekitarannya.

Secara tuntasnya, personaliti adalah gabungan daripada pelbagai sifat dan

konsep kendiri seseorang. Individu yang memiliki konsep kendiri yang positif akan

menghasilkan personaliti yang bersesuaian dengan permintaan persekitarannya. Cara

untuk membantu mengenali personaliti seseorang adalah dengan memerhatikan gaya

1

Page 2: PERKEMBANGAN KENDIRI

percakapan, cara bertindak dan tingkah laku yang ditunjukkan serta cara berinteraksi

dengan alam sekelilingnya.

KLASIFIKASI PERSONALITI BERDASARKAN TEORI PERSONALITI

Kajian-kajian selama ini telah mengklasifikasikan personaliti dalam tiga jenis iaitu

ekstrovet, introvet dan ambivet. Individu yang aktif, mesra dan peramah serta responsif

terhadap persekitaran memiliki personaliti ekstrovet. Individu yang introvet dapat

dilihatkan pasif, pendiam dan sensitif serta suka berseorangan dan tidak suka

menerima cabaran. Personaliti ambivet merupakan gabungan kedua-dua ciri personaliti

ekstrovet dan introvet. Sebagai tambahan, teori-teori personaliti dan perkembangan

personaliti seseorang akan dihuraikan seperti berikut.

TEORI PSIKOANALISIS

Pengasas Teori Psikoanalisis ialah Sigmund Freud yang percaya bahawa

personaliti manusia dibentuk semenjak manusia dilahirkan sehinggalah ke umur lima

tahun (Mahmood Nazar, 2005). Beliau merupakan pakar dalam bidang neurofisiologi

dan neuropsikitari. Sepanjang pengalaman beliau merawati pesakit-pesakit yang

mempunyai masalah jiwa, maka beliau mengasaskan konsep alam sedar dan alam

tidak sedar.

Freud mengatakan bahawa terdapat tiga komponen personaliti iaitu id, ego dan

superego yang saling berkait rapat dalam mengawal tingkah laku manusia. Id

merupakan dorongan biologikal dan tenaga naluri manusia yang memberi motivasi

kepada manusia atas prinsip kelazatan ataupun keseronokan. Ini menjadi punca semua

dorongan tenaga dan wujud sejak masa lahir. Namun, id tidak dapat melakukan

penilaian dan tidak menitikberatkan logik, nilai, moral atau etika.

Komponen ego pula berperanan sebagai pentadbir kepada personaliti manusia

dan berkembang semasa tahun pertama kelahiran. Struktur ini berfungsi atas prinsip

realiti untuk memenuhi kehendak id tetapi berdasarkan pertimbangan rasional dan

dapat diterima oleh masyarakat. Akhirnya, superego adalah struktur personaliti yang

bergerak atas prinsip kesempurnaan. Ini mengawal segala kehendak id, mempengaruhi

2

Page 3: PERKEMBANGAN KENDIRI

ego supaya mendapat jalan menepati kehendak id dengan bersesuaian dengan cara,

nilai, budaya, kepercayaan dan agama sesebuah masyarakat.

Freud berpendapat bahawa personaliti seseorang dipengaruhi oleh

perkembangan psikoseksual seseorang itu dalam 5 peringkat.

Peringkat pertama, peringkat oral ataupun mulut dalam lingkungan umur

semenjak lahir hingga satu tahun setengah. Pada tahap ini, bayi senang berasa puas

hati kerana dikawal oleh kenikmatan seperti mengunyah, menelan dan menghisap. Jika

bayi dilayan secara baik dan memenuhi kepuasannya, maka trait personaliti individu

yang mesra, optimistik dan mudah bekerjasama dapat diperlihatkan dalam dirinya.

Sebaliknya, seseorang itu akan membawa trait personaliti yang pesimistik dan terlalu

bergantung apabila dewasa dan mudah dipengaruhi oleh persekitaran.

Pada peringkat dubul pula iaitu satu tahun setengah hingga tiga tahun

melibatkan latihan tandas (‘toilet-training’) sedangkan tenaga libido difokuskan pada

bahagian-bahagian otot pembuangan najis. Menurut Freud, cara ibubapa menguruskan

latihan tandas kepada kanak-kanak boleh mempengaruhi trait personaliti seseorang

individu. Jika latihan tandas diberikan terlalu ketat, maka kanak-kanak akan menjadi

degil dan terlampau mementingkan kekemasan. Ini turut membantut kanak-kanak

mengembangkan keyakian diri dan berdikari.

Pada umur tiga hingga enam yang dinamakan kubul, kanak-kanak mengetahui

tentang kejantinaan bahawa dirinya lelaki atau perempuan. Sumber kepuasan libido

berpindah kepada organ kejantinaan. Kanak-kanak lelaki akan menumpukan kasih

sayang pada ibunya kerana dipercayai mengalami Oedipus kompleks manakala kanak-

kanak perempuan mengalami Elektra kompleks yang mengakibat berlakunya

persaingan dengan ibu untuk mendapatkan kasih sayang.

Pada peringkat latency iaitu dari umur enam hingga baligh, segala emosi seksual

dipendamkan dan diletakkan di bawah aras sedar. Kanak-kanak menumpukan

perhatian dalam kerja-kerja sekolah dan aktiviti-aktiviti lain. Mereka mengenali peranan

jantina dan kanak-kanak lebih suka berkawan dengan mereka yang jantinanya sama.

3

Page 4: PERKEMBANGAN KENDIRI

Pada peringkat genital yang antara lingkungan baligh hingga dewasa, tahap

kejantinaan ini muncul semula kecenderungan seks yang dilalui semasa individu masih

kanak-kanak. Mereka mula cuba memuaskan segala apa yang tidak dapat dicapai pada

masa kanak-kanak dahulu seperti kepuasan seks pada zon mulut, dubur dan kubul.

Personaliti yang dibentukkan oleh konflik-konflik yang berlaku pada zaman kanak-kanak

ditonjolkan dan menjadi dominan.

TEORI TRAIT

Atkinson (Mahmood Nazar, 2005) berkata, trait bermaksud apa-apa bentuk sifat

yang membezakan seseorang itu dengan individu lain dengan kadar yang kekal dan

konsisten. Ini menunjukkan bahawa teori trait berkaitan dengan personaliti seseorang

dari segi sifat dan tingkah laku seseorang.

A. PERSONALITI, BENTUK BADAN DAN PERLAKUAN

William Sheldon (Mahmood Nazar, 2005) mengklasifikasikan tiga bentuk tubuh

atau somatotip dengan tiga set personaliti, iaitu endomorf, mesomorf dan ektomorf.

Pernyataan ini mencerminkan hubungan antara resam tubuh dengan personaliti.

Bentuk badan yang endomorf adalah bentuk badan yang gemuk dan bulat.

Individu ini dianggap periang, suka bergaul, kuat makan, ekstrovet dan tenang. Di

samping itu, mesomorf merupakan individu yang mempunyai badan tubuh yang kuat,

keras dan tegap. Kumpulan ini memiliki personaliti yang tegas, bertenaga, agresif dan

berani. Ektomorf merujuk kepada individu yang kurus, tinggi dan lembut. Ini berkait

dengan personaliti yang pendiam, tidak suka bergaul, beremosi, pemalu tetapi cerdik.

Namun demikian, seseorang itu tidak semestinya dikategorikan secara tepat di

bawah mana-mana satu set personaliti kerana setiap individu berbarangkali memiliki

lebih daripada satu set personaliti. Teori ini boleh digunakan oleh pakar psikologi untuk

meramal sifat seseorang.

B. TEORI TRAIT GORDON ALLPORT

4

Page 5: PERKEMBANGAN KENDIRI

Allport menyatakan bahawa manusia mempunyai trait dan sifat tertentu dan

untuk itu beliau mengklasifikasikan trait manusia kepada tiga jenis iaitu trait kardinal,

trait pusat dan trait sekunder.

Trait kardinal seseorang individu memiliki satu pengaruh yang sangat kuat dalam

dirinya. Individu jenis ini tidak mengira pendapat orang lain tetapi mengikut

kemahuannya dalam membuat sebarang keputusan. Trait pusat pula seperti

kesabaran, kejujuran, kemurungan dan ketegasan yang hanya berpengaruh terhadap

beberapa situasi yang terhad. Manakala trait sekunder merupakan sifat yang mengawal

perlakuan manusia secara spesifik dan tidak begitu ketara. Hanya situasi dan

rangsangan tertentu yang mampu menimbulkan trait ini.

Beliau turut menyatakan bahawa konsep personaliti matang membolehkan

seseorang itu menunjukkan sifat yang konsisten, positif dan mempunyai mental emosi

yang stabil walau berada di mana pun.

C. TEORI TRAIT RAYMOND CATELL

Menurut Cartell, personaliti manusia adalah gabungan beberapa trait yang

khusus dan berupaya menghasilkan sifat serta tingkah laku yang konsisten. Beliau

mengemukakan 16 PF (‘Personality Factor’) yang diberi nama trait sumber.

Kaedah analisi faktor dapat mengenal pasti trait sumber yang dikhuatir sebagai

sifat-sifat yang tidak dilihat secara jelas. Trait-trait tersebut saling berhubungan sesama

lain untuk menghasilkan tingkah laku yang dapat diperlihatkan dan dinamakan trait

permukaan yang merupakan sifat senang dikenal pasti melalui tingkah laku manusia

secara langsung. Sebagai contohnya, trait pemarah mudah mengeluarkan kata-kata

kesat dan bukan jenis penyabar.

TEORI HUMANISTIK

Rogers (1959) menghuraikan bahawa pengalaman individu menentukan

personaliti seseorang. Individu yang mempunyai konsep kendiri stabil akan mempunyai

asas motivasi kuat untuk mencapai potensi diri ke arah penyempurnaan diri.

5

Page 6: PERKEMBANGAN KENDIRI

Maslow (1968) melihat manusia sebagai insan yang baik, mulia dan memiliki

dorongan semula jadi untuk mara ke kelengkapan diri. Beliau juga percaya bahawa

personaliti manusia ditentukan oleh keinginan dan kehendak seseorang individu.

Diagram berikut menunjukkan teori keperluan Maslow dari peringkat asas ke kompleks.

Fisiologi Keselamatan Kasih sayang Penghargaan kendiri Penyempurnaan

kendiri Mengetahui Estetik Aktualisasi Kendiri.

Manusia mesti menepati keperluan yang paling asas untuk hidup iaitu keperluan

fisiologi seperti air, udara, makanan dan tempat tinggal.

Seterusnya, keselamatan diperlukan agar menjamin kesejahteraan hidup dan

membebaskan diri daripada segala ancaman. Misalnya, penceraian dan pergaduhan

ibu bapa memberi impak kepada diri kanak-kanak. Sistem keluarga yang stabil akan

menentukan keperluan keselamatan mereka terjaga.

Dari aspek kasih sayang, manusia tidak boleh hidup bersendirian. Setiap individu

memerlukan kasih sayang daripada ibubapa, keluarga, kawan, suami, isteri dan

masyarakat. Ibu bapa perlu memenuhi kehendak kasih sayang anak-anaknya supaya

mereka rasa disayangi dan dihargai.

Selain itu, pencapaian penghargaan diri ini dapat meningkatkan harga diri,

berkebolehan, berguna dan boleh menyumbang kepada masyarakat. Penghargaan

kendiri yang lebih sihat dan stabil berasaskan penghormatan daripada orang lain .

Sampai ke tahap kesempurnaan kendiri merujuk kepada keinginan manusia

untuk kepuasan diri dan kebarangkalian menjadi sempurna dalam setiap bidang yang

diceburi. Sesiapa yang mampu mencapai ke tahap ini tetapi tidak berusaha ke arahnya

akan mengalami kegelisahan dan keresahan dalam hidup.

Tiga keperluan yang akhir merupakan keperluan pertumbuhan manusia.

Ketamakan manusia mendorong keinginan untuk mencari lebih banyak kepuasan dan

memenuhi keperluan hidup.

6

Page 7: PERKEMBANGAN KENDIRI

TEORI BEHAVIORISME

Dalam kajian perkembangan personaliti manusia, para pakar behavourisme

mengandaikan bahawa tingkah laku manusia dipelajari melalui proses perkaitan,

manusia pada asasnya akan cenderung ke arah sesuatu yang membawa kepada

keseronokan dan tingkah laku manusia pada asasnya ditentukan oleh persekitaran.

Pendekatan ini menyatakan segala tingkah laku adalah hasil daripada proses

pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan pelaziman yang dipeloporikan oleh

Pavlov.

Pengalaman awal sama ada masa lampau mahupun masa kini adalah amat

penting dalam pembentukan personaliti individu. Namun, faktor-faktor seperti latihan,

ganjaran, dendaan dan pelaziman budaya dan masyarakat akan memberi impak dalam

penubuhan personaliti.

Skinner berpendapat, personaliti merupakan tingkah laku yang khusus

ditunjukkan oleh individu ketika berinteraksi dengan persekitarannya. Prinsip

peneguhan menjadi punca menentukan sesuatu personaliti itu kekal ataupun lenyap

dalam diri individu. Peneguhan positif atau negatif diperlukan untuk memperkukuhkan

sesuatu perlakuan atau gerakbalas, beliau berpendapat.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN PERSONALITI

Personaliti ialah perasaan, cara pemikiran dan tingkah laku seseorang.

Personaliti seorang individu ditentukan oleh beberapa faktor-faktor yang dibahagikan

kepada faktor kebakaan dan faktor persekitaran.

FAKTOR KEBAKAAN

Gen-gen dan ciri-ciri biologi yang diperturunkan oleh ibu bapa kepada anak-

anaknya adalah baka. Faktor Kebakaan dihubungkaitkan dengan bentuk tubuh badan

dan tahap kecerdasan seorang individu. Kerosakan, kecacatan atau penyakit yang

diwarisi semasa lahir amat mempengaruhi tingkah laku seorang individu, ini bermakna

pola genetik yang wujud pada masa persenyawaan mempengaruhi perkembangan

personaliti individu.

7

Page 8: PERKEMBANGAN KENDIRI

Faktor-faktor yang berkait dengan tubuh badan seperti ketinggian,berat badan,

warna kulit dan fungsi-fungsi kederiaan juga akan mempengaruhi perkembangan

personaliti.

FAKTOR PERSEKITARAN

A. PENGALAMAN AWAL INDIVIDU

Setiap individu mempunyai pengalaman yang unik dan akan bertindak dengan

cara tersendiri terhadap tekanan yang dihadapi. Hal ini disebabkan oleh perbezaan

antara kekuatan fizikal, kepekaan dan ketahanan diri individu.

Menurut Sigmund Freud, pengalaman awal amat penting dalam perkembangan

personality. Perkara-perkara seperti trauma kelahiran, perpisahan dari ibu (separation)

adalah pengalaman yang sukar dihadapi oleh kanak-kanak. Aspek-aspek persekitaran

individu seperti budaya,adat resam dan cara hidup masyarakat juga mempengaruhi

perkembangan personality individu.

B. LATAR BELAKANG SEKOLAH

Suasana sebuah sekolah akan menyumbang kepada perkembangan personaliti

kanak-kanak. Hal ini kerana sekolah merupakan tempat bimbingan dan pembentukan

personality.

Sebuah suasana sekolah yang kondusif akan menyumbang kepada

perkembangan personality yang positif di kalangan kanak-kanak. Selain itu, berbagai

aktiviti di sekolah seperti kelas, bimbingan, latihan dan aktiviti kokurikulum akan

membantu membentuk perkembangan personality individu.

C. PENGARUH KELUARGA

Masa yang diluangkan bersama keluarga amat banyak, maka pengaruh keluarga

amat penting dalam membentuk personaliti kanak-kanak. Latar belakang keluarga yang

porak peranda akan membawa kesan buruk kepada emosi kanak-kanak dan

menyebabkan perkembangan personaliti yang negative.

8

Page 9: PERKEMBANGAN KENDIRI

Kebebasan harus diberi kepada kanak-kanak untuk membuat sesuatu yang

diminatinya untuk membina keyakinan diri dan perkembangan personaliti yang positif.

D. PERANAN MEDIA MASA

Peranan media masa turut menyumbang kepada perkembangan personaiti

individu pada hari ini. Maklumat-maklumat akan disampaikan melalui media kepada

kanak-kanak, dan bukan semua maklumat adalah maklumat yang bersifat positif.

Disebabkan kanak-kanak mudah terikut-ikut dengan pihak media dan asyik cuba

adaptasi ideology dari media ke dalam diri mereka, ia amat penting untuk menerangkan

implikasi dan motif yang betul tentang maklumat tersebut kepada kanak-kanak.

E. PEMAKANAN

Cara amalan pemakanan boleh menjejaskan personaliti seseorang jadi ia

penting untuk mengelakkan makanan atau minuman yang mengancam atau

menjejaskan kesihatan mental, emosi dan fizikal.

F. PENGARUH SOSIOBUDAYA

Pendidikan, agama dan budaya masyarakat boleh memberi kesan kepada sikap

dan personaliti individu. Individu yang mengamalkan gaya hidup bebas mudah

terpengaruh dengan budaya masyarakat yang negatif dan menjejaskan kesihatan

mereka.

IMPLIKASI PERKEMBANGAN PERSONALITI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Kita harus memahami implikasi perkembangan personality terhadap pengajaran

dan pembelajaran untuk lebih memahami murid dan membantu murid untuk menjadi

insan cemerlang.

MEMAHAMI TINGKAH LAKU MURID

9

Page 10: PERKEMBANGAN KENDIRI

Guru harus menggunakan segala ilmu dan kemahiran psikologi pendidikan guru

untuk memahami tingkah laku murid dan membentuk satu perkembangan personality

yang positif.

Guru harus boleh meramal tingkah laku negatif murid dalam bilik darjah dan

mengenalpasti punca tingkah laku murid.Guru harus memahami konsep naluri dan

keperluan individu murid dan mengambil langkah-langkah untuk memastikan kepreluan

murid dipenuhi.

SENSITIF DENGAN POTENSI MURID

Setiap manusia berpotensi untuk berjaya dalam kehidupannya dan guru

bertanggungjawab untuk memberi galakan kepada murid dalam mengilap potensi yang

ada dalam diri mereka. Guru bertanggungjawab untuk beri galakan dan dorongan

kepada murid supaya murid akan berusaha ke arah kecemerlangan.

MENERIMA HAKITAT BAHAWA SETIAP INDIVIDU BERBEZA DAN UNIK

Setiap murid unik dan berbeza dari segi kognitif, emosi, fizikal dan personaliti

diri. Sebagai guru, jangan melabek kanak-kanak yang lemah sebagai murid yang bodoh

dan tiada masa depan. Pelajar yang sering dicaci dan dikecam akan dipengaruhi imej

personaliti mereka.

Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan, guru berperanan untuk

member bimbingan kepada murid murid. Dengan bimbingan yang betul seseorang

individu itu akan lebih berkeyakinan dan lebih mudah untuk membentuk personality

yang positif.

MEMAHAMI KEPERLUAN MURID MENGIKUT PERINGKAT UMUR

Guru perlu mahir dalam pengetahuan tentang ilmu psikologi memgikut usia

murid-murid supaya dapat memahami keperluan kanak-kanak mengikut peringkat

umur. Contohnya apabila guru mengetahui tentang hieraki keperluan Maslow, guru

faham tentang keperluan oleh kanak-kanak dalam hidupnya sebelum menuju ke arah

kesempurnaan hidup.

10

Page 11: PERKEMBANGAN KENDIRI

MEMBINA IMEJ KENDIRI YANG POSITIF

Guru harus membantu murid membina konsep kendiri yang positif, seterusnya

membina satu identiti kendiri yang positif. Kendiri yang positif akan menjadikan diri

mereka lebih berdikari dan berkeyakinan tinggi dalam melibatkan diri dalam menjalani

kehidupan yang mencabar

KONSEP KEDIRI

PENGERTIAN KONSEP KENDIRI

Kendiri adalah satu organisasi atau pengaturan persepsi yang konsisten serta

hubungan dengan entiti lain seseorang itu yang dilihatnya sebagai ‘aku’, ‘saya’ dan

‘diri’. Pernyataan ini adalah pandangan dari Rogers pada tahun 1959. Oleh itu, dalam

erti yang lain kendiri bermaksud penilaian atau definisi menyeluruh tentang diri sendiri

sama ada positif atau negatif atau bagaimana kita melihat gambaran atas diri.

Konsep kendiri bagi setiap individu akan kerap berubah kerana setiap individu

akan bercuba mencapai apa yang diinginanya. Akan tetapi, individu tetap mengekalkan

kualiti atau personaliti asal yang ada pada individu tersebut. Ini amat bergantung

kepada pengalaman seseorang tentang pelbagai perkara dari zaman kanak-kanak dan

persepsi keseluruhan yang ada pada dirinya.

Pembentukkan konsep kendiri sesorang terbentuk daripada perasaan

peenerimaan orang lain terhadap dirinya dan bagaimana layanan yang diperolehi

daripada keluarga, masyarakat dan persekitaran. Penilaian terhadap konsep kendiri

seseorang dapat dilihat berdasarkan tiga sumber iaitu kasih sayang dan sokongan

yang diterima daripada persekitarannya, kemampuan atau keupayaan diri dan

penerimaan keluarga dna masyarakat sekitar terhadap dirinya.

Dalam diri manusia terdapat diri unggul, iaitu bentuk atau konsep kendiri yang

amat diigini oleh seseorang. Diri unggul ini mempunyai elemen seperti persepsi dan

maknanya yang relevan pada dirinya serta sesuatu yang amat bernilai pada dirinya.

Personaliti seseorang itu mempunyai perkaitan yang kuat dengam konsep kendiri

kerana personaliti adalah sifat-sifat atau ciri-ciri yang dimiliki oleh seseorang individu

11

Page 12: PERKEMBANGAN KENDIRI

seperti cara berfikir dan beremosi. Sifat-sifat ini membolehkan dirinya dibezakan

dengan individu yang lain.

Konsep Kendiri adalah penting untuk kanak-kanak kerana ia akan

mempengaruhi kejayaan mereka pada masa kelak dan dapat mempertingkatkan

prestasi akademik serta tingkahlaku mereka. Ia juga memudahkan pengasasan

hubungan interpersonal yang baik supaya dapat menjadi asas kepada kepimpinan yang

berkesan.

KONSEP KENDIRI POSITIF DAN NEGATIF

Dalam konsep kendiri terdapat dua konsep yang berlainan iaitu kendiri positif

dan negatif. Individu yang mempunyai konsep kendiri positif mempunyai ciri-ciri yang

tertentu seperti mempunyai personaliti yang harmonis dan seimbang, mempunyai

penuh keyakinan diri sendiri, berfikiran terbuka dan optimistik, mudah bergaul dengan

orang lain, sentiasa sedia menerima teguran, kritikan dan pendapat orang lain, mudah

menyesuaikan diri dengan persekitaran, bersikap bertimbang rasa serta pandangan

terbuka oleh itu mudah diterima oleh orang lain, mempunyai emosi yang lebih stabil,

tenang dan tabah dalam menghadapi cabaran, kesusuhan dan dugaan dan juga

berkeyakinan tinggi dalam setiap bidang yang diceburi lalu sentiasa menikmati lebih

banyak kejayaan daripada kegagalan.

Manakala bagi individu yang mempunyai konsep kendiri negatif pula, individu ini

akan mempunyai ciri-ciri seperti sahsiah tidak seimbang dan mempunyai kompleks

rendah diri, keyakinan yang rendah dan pasif, sukar bergaul dengan orang lain, terlalu

sensitif terhadap teguran dan kritikan daripada orang lain,. tidak mempunyai kesukaan

dan keberanian untuk mencuba cabaran, tidak berani mencuba, bersifat

penakut,pemalu dan tidak sudi bertanggungjawab, mempunyai perasaan curiga,

prasangka dan tidak percaya orang lain serta diri sendiri, sering berasa tertekan dengan

tugasan yang diberi dan mudah tersingguh dan merajuk sehingga menunjuk wajah

muram dan masam muka.

Antara faktor-faktor yang menyebabakan konsep kendiri negatif ialah

pengalaman pahit berkaitan dgn kegagalannya, kritikan negatif sama ada oleh ibubapa

12

Page 13: PERKEMBANGAN KENDIRI

atau guru, kekurangan kasih sayang, kurang penerimaan rakan sebaya, prestasi

akademik rendah, kedudukan sosio-ekonomi rendah, kecacatan anggota badandan

berasal dari keluarga yang tidak harmonis.

Oleh itu, jika konsep kendiri seseorang itu adalah positif, maka individu tersebut

dapat menilai dan member pendapat mengenai dirinya secara sedar tentang kebaikan

dan kekurangannya dan juga boleh menerima pandangan orang lain tentang dirinya.

Dalam erti lain, konsep kendiri merupakan sesuatu proses dinamik yang berlaku

terhadap sistem psikofizik manusia sehingga membentuk pola penyesuaian diri yang

unik pada setiap individu dalam lingkungan persekitarannya.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBENTUKKAN KONSEP KENDIRI

Antara faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukkan konsep kendiri adalah

pengaruh baka ke atas ciri-ciri fizikal serta kecerdasan, bentuk tubuh badan

mempengaruhi sahsiah. Oleh itu, keadaan fizikal boleh mempengaruhi perubahan

tingkah laku seseorang individu.

Pengaruh keluarga membentuk sikap dan kepercayaan seseorang individu.

Status sosial keluarga juga mempengaruhi pembentukan sahsia sesesorang , ini akan

membentukkan konsep kendiri yang tertentu. Kebudayaan di persekitaran juga

mempengaruhi persepsi diri dan persepsi orang lain terhadapnya dan pengaruh

sekolah yang mengubah tingkah laku sesuai dengan kumpulan sebaya atau gurunya.

IMPLIKASI KONSEP KENDIRI TERHADAP PELAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Zaman awal persekolahan kanak-kanak merupakan peringkat di mana kendiri

dillihat sebagai vulnerable dan berubah-ubah dalam diri kanak-kanak. Sehubungan

dengan itu, guru dilihat sebagai orang yang mempunyai kewajipan yang penting dalam

membantu kanak-kanak meningkatkan kendiri positif mereka.

Di peringkat yang awal persekolahan, kanak-kanak mempunyai kepekaan yang

tinggi terhadap keupayaan mereka dalam menguasai kemahiran yang diajar oleh guru

dan ibu bapa mereka. Oleh itu, kanak-kanak harus diberi peluang untuk menerokai

kebolehan dan menggunakan bakat unik yang ada dalam diri kanak-kanak.

13

Page 14: PERKEMBANGAN KENDIRI

Guru perlu peka dengan kebolehan dan minat murid. Komunikasi dan interaksi

yang baik antara guru dengan murid dapat membantu guru mengetahui kebolehan,

bakat dan minat mereka lalu guru dapat mengelolakan aktiviti yang sesuai dengan

minat dan kebolehan pelajar. Guru juga harus membantu muridnya untuk tinggalkan

kepahitan sosialisasi dan komunikasi murid. Dangan cara ini, kendiri positif dapat

dipertingkatkan dalam diri murid.

Kendiri positif kanak-kanak boleh dikembang dengan baik apabila kanak-kanak

sedar akan keupayaan diri mereka. Oleh itu, guru boleh memberi peluang kepada

murid untuk memainkan peranan yang penting maka keyakinan diri akan meningkat.

Guru juga harus menggalakkan muridnya menjalin persahabatan dengan rakan sebaya

yang berada di persekitarannya, berinteraksi dangan baik, gaya percakapan, cara

bertindak dan tingkah laku yang baik lalu dapat membentukkan kendiri yang positif

dalam diri murid.

Kanak-kanak yang berada di peringkat awal persekolahan mempunyai

kebimbangan yang tinggi terhadap kemampuan dan kebolehan mereka akan dinilai dan

dibandingkan dengan kanak-kanak yang lain. Oleh itu, guru juga boleh memberi

bimbingan yang wajar dengan membetulkan kesilapan murid dalam proses

pembelajaran dan mengajar murid mengikut kebolehan mereka supaya mereka

sentiasa menikmati pengalaman berjaya.

Selain itu, guru perlulah sentiasa memberikan sokongan kepada usaha

pembelajaran muridnya dan gunakan ganjaran serta pujian agar kanak-kanak

merasakan diri mereka berkebolehan seperti kanak-kanak yang lain. Sokongan yang

diberi ini juga dapat meningkatkan kendiri positif dalam diri kanak-kanak.

14