Persoalan

1
Persoalan Peristiwa Kasih sayang antara keluarga. Keluarga Encik Hasrul dan Puan Sarah begitu menyayangi keluarga Pak Morit dan Mak Sukin sehingga mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk kebaikan anak mereka iaitu Hartini dan anak angkatnya Satiah. Encik Hasrul telah membawa Satiah ke hospital manakala Puan Sarah mempelawa Mak Sukin tidur di rumahnya. Ketabahan menghadapi dugaan hidup. Satiah yang menghidap penyakit barah paru-paru tabah menghadapi penyakitnya dan tetap meneruskan persekolahannya di Sekolah Menengah Tanjung Bestari. Kebijaksanaan mengatasi masalah. Encik Hasrul berjaya membuktikan anaknya tidak bersalah dengan meminta kerjasama pengetua dan beberapa pegawai polis Cawangan Narkotik supaya mengadakan pemeriksaan mengejut di seluruh bilik asrama. Percaya kepada perkara karut. Pak Morit percaya bahawa penyakit Satiah berpunca daripada terlangkah benda kotor dan dia perlu dihantar ke suatu tempat untuk membuang benda yang ada pada tubuhnya. Sanggup berkorban menghadapi kehidupan baharu Keluarga Encik Hasrul dan Puan Sarah menerima dengan hati yang terbuka untuk berpindah ke perkampungan orang asli dengan meninggalkan kehidupan yang selesa di bandar.

description

Persoalan

Transcript of Persoalan

Page 1: Persoalan

Persoalan Peristiwa

Kasih sayang antara keluarga.

Keluarga Encik Hasrul dan Puan Sarah begitu menyayangi keluarga Pak Morit dan Mak Sukin sehingga mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk kebaikan anak mereka iaitu Hartini dan anak angkatnya Satiah. Encik Hasrul telah membawa Satiah ke  hospital manakala Puan Sarah mempelawa Mak Sukin tidur di rumahnya.

Ketabahan menghadapi dugaan hidup.

Satiah yang menghidap penyakit barah paru-paru tabah menghadapi penyakitnya  dan    tetap meneruskan persekolahannya di Sekolah Menengah Tanjung Bestari.

Kebijaksanaan mengatasi masalah.

Encik Hasrul berjaya membuktikan anaknya tidak bersalah dengan meminta kerjasama pengetua dan beberapa pegawai polis Cawangan Narkotik supaya mengadakan pemeriksaan mengejut di seluruh bilik asrama.

Percaya kepada perkara karut.

Pak Morit percaya bahawa penyakit Satiah berpunca daripada terlangkah ‘benda kotor’ dan dia perlu dihantar ke suatu tempat untuk membuang ‘benda’ yang ada pada tubuhnya.  

Sanggup berkorban menghadapi kehidupan baharu 

Keluarga Encik Hasrul dan Puan Sarah menerima dengan hati yang terbuka untuk berpindah ke perkampungan orang asli dengan meninggalkan kehidupan yang selesa di bandar.