pjm 2

18
PJM3103E 1 Assalamualaikum.. Alhamdulillah, bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya maka kami dapat menyiapkan Tugasan untuk subjek Kurikulum & Pedagogi Pendidikan Jasmani (PJM3103E) bagi semester ini. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing Encik Roslan bin Khalid, rakan-rakan, ahli keluarga yang banyak membantu kami sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Sekalung penghargaan Terima kasih sekali lagi kepada En Roslan bin Khalid selaku pensyarah pembimbing , kerana tidak putus-putus memberikan tunjuk ajar sepanjang menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan tugasan masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini

Transcript of pjm 2

PJM3103E

13Manipulasi Alatan

Tajuk:

Melambung, melantun dan menyambut.

Fokus:

Berkebolehan melambung, melantun dan menangkap bola.1.4.1 Melambung, melantun dan menangkap bola.

2.3.1 Menyatakan perkaitan antara aplikasi daya dengan pergerakan objek.

5.2.3 Menerima kemenangan dan kekalahan dalam permainan secara positif.

5.4.3 Bekerjasama dalam kumpulan.Aktiviti:

1. Memanaskan badan.

2. Lantun bola.

3. Bola 3M.

4. Permainan kecil Bola tali bersyarat.

5. Menyejukkan badan.

6. Pentaksiran. Senarai semak

Lembaran

(unit 13)

EMK:

Kreativiti & Inovasi

Modul:

m/s : 40 - 42Standard Prestasi:

B1D1E2

Rancangan Pengajaran Mingguan

Rancangan Pengajaran Harian

Tahun

: 2 Cemerlang

Masa

: 8.10 8.40

Tarikh

: 01.02.2014Hari

: Selasa

Modul

: Manipulasi Alatan

Tajuk

: Manipulasi Alatan - Melambung, melantun dan menyambut

Standard kandungan:

Berkebolehan melambung, melantun dan menangkap bola.Standard pembelajaran:

1.4.1Melambung, melantun dan menangkap bola.2.3.1Menyatakan perkaitan antara aplikasi daya dengan pergerakan objek.5.2.3Menerima kemenangan dan kekalahan dalam permainan secara positif.5.4.3Bekerjasama dalam kumpulan.Objektif Pembelajaran :

1. Melakukan melambung, melantun dan meyambut bola dengan cara yang betul.

2. Menyatakan anggota yang terlibat semasa aktiviti.

3. Bekerjasama dan tidak putus asa.Kelas/MasaIsi KandunganImpak

2 Cemerlang

8.10-8.40Modul : Manipulasi Alatan

Tajuk : Melambung, melantun dan menyambut

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:

1) Memanaskan badan- Murid berlari dengan gaya burung terbang bebas, selepas dengar bunyi wisel, murid lari ke kon yang telah ditetapkan.

2) Melakukan aktiviti:-

(a) Lantunan bola dan menyambut secara individu

I. Murid melantun bola ke lantai sebanyak sekali, dua kali dan tiga kali dan menangkap bola tersebut.

(b) Lantunan bola dan menyambut

I. Murid dalam kumpulan kecil dengan sebiji bola.

II. Seorang murid melambung bola, bola melantun dan murid bergerak menangkap bola tersebut.

III. Murid yang berjaya menyambut bola akan melambung bola semula.

IV. Ulang aktiviti beberapa kali.

(c) Bola 3MI. Murid dalam kumpulan kecil.

II. Murid 1 melantun bola kepada murid 3, dan bergerak ke belakang murid 4

III. Murid 3 menyambut dan melantun kepada murid 2. Murid 3 bergerak ke belakang murid 2.

IV. Ulang aktiviti beberapa kali dengan jarak 5 meter, 7 meter dan 10 meter.

3) Permainan Kecil ( Captain Ball)

a. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan.

b. Setiap kumpulan memilih seorang kapten.

c. Kapten dikehendaki berdiri di dalam di dalam gelung.

d. Murid-murid lain akan disusun di hadapan kapten.

e. Kumpulan yang memulakan permainan akan melantun bola kepada kawan-kawan masing-masing.

f. Murid yang berjaya menangkap bola akan melantun bola kepada kawan-kawan sepasukannya.

g. Mata dikira apabila kapten Berjaya mendapatkan bola yang dilantun kepadanya.

h. Kumpulan yang tidak mendapat mata akan memulakan permainan di tengah gelanggang.

4) Gerak KendurI. Menyejukkan badan dengan menyanyikan lagu Golek-golek disertai dengan gerak kendur anggota badan.

EMK:1. Kreativiti2. Keusahawan

Penilaian:1. Pemerhatian2. Satu tangkapan bola oleh kapten dikira sebagai satu mata.

BBM1. Bola jarring2. Bola getah

3. Gelung4. Kon

RefleksiPengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan seperti yang dirancang.

REFLEKSI

NOOR SHAFINAZ BINTI AB RASHID

2011162360143/830727065618

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya menyempurnakan kerja kursus bagi subjek PJM3103E pada semester kali ini.

Bagi mata pelajaran ini, saya dikehendaki untuk menghasilkan sebuah rancangan pengajaran harian seterusnya melaksanakan pengajaran makro sewaktu sesi amali berpandukan rancangan pengajaran harian yang dihasilkan.

Dalam penyediaan rancangan pengajaran harian ini, saya merujuk kepada contoh-contoh rancangan pengajaran harian di laman sesawang dan buku-buku panduan guru yang dibekalkan oleh bahagian pendidikan guru. Dari situ, saya mula menulis rancangan pengajaran harian ini.

Selain itu, saya juga ada bertanyakan pendapat sahabat saya yang mempunyai pengetahuan khusus tentang pendidikan jasmani dan kesihatan. Banyak pendapat dan cadangan yang diusulkan kepada saya. Mereka juga turut menyatakan bahawa penghasilan rancangan pengajaran harian yang menarik mampu menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.

Setelah selesai menghasilkan rancangan pengajaran harian, saya telah emailkan kepada pensyarah pembimbing saya Encik Roslan bin Khalid bagi tujuan semakan dan cadangan penambahbaikan. Beliau telah memberikan respon yang sangat baik dan mencadangkan saya agar menambah dan menvariasikan aktiviti. Bagi tujuan ini, saya telah meminta pendapat rakan sejurulatih dengan saya sewaktu saya menjalankan latihan pusat bola jaring MSSM 2014. Mereka banyak memberikan pendapat dan cadangan penambahbaikan penulisan rancangan pengajaran harian saya. Mereka mencadangkan agar saya menyusun aktiviti saya kepada aktiviti individu, berpasangan dan seterusnya berkumpulan. Saya rasa sangat bersyukur dengan bantuan sahabat-sahabat saya dalam menyiapkan tugasan ini.

Pada 13hb September 2014 yang lalu, satu sesi amali pengajaran makro bagi subjek PJM3103E telah dijalankan. Saya telah cuba sedaya upaya untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan mengikuti apa yang telah saya rancang. Alhamdulillah saya merasakan sesi pengajaran dan pembelajaran saya dapat berjalan seperti yang dirancang. Setelah selesai sesi pengajaran makro, pensyarah pembimbing saya memberikan ulasan terhadap sesi pengajaran makro saya. Beliau berpendapat agar saya menambahbaik permulaan pengajaran saya daripada regangan statik kepada permainan kecil. Selain itu, beliau juga mencadangkan agar saya memaksimum penggunaan peralatan agar murid tidak menunggu lama untuk menjalankan sesuatu aktiviti. Beliau juga berharap agar saya dapat menjadi tenaga pengajar yang baik.

Cadangan dan teguran pensyarah pembimbing saya, telah saya ambil secara positif bagi memajukan diri saya. Setelah selesai sesi ulasan, saya cuba menambahbaik rancangan pengajaran harian saya. Saya berharap agar ilmu yang dikongsikan oleh sahabat-sahabat serta pensyarah pembimbing saya dapat saya aplikasikan dalam pengajaran pada masa-masa akan datang. Assalamualaikum..

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya maka kami dapat menyiapkan Tugasan untuk subjek Kurikulum & Pedagogi Pendidikan Jasmani (PJM3103E) bagi semester ini. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing Encik Roslan bin Khalid, rakan-rakan, ahli keluarga yang banyak membantu kami sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.

Sekalung penghargaan Terima kasih sekali lagi kepada En Roslan bin Khalid selaku pensyarah pembimbing , kerana tidak putus-putus memberikan tunjuk ajar sepanjang menyiapkan tugasan ini.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yangsama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan tugasan masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenaitugasan amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untukmemberikan maklumat tidak akan kami lupakan.

Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung yang banyak membantu dalam menyiapkan tugasan ini.

Sekian, terima kasih..

Noor Shafinaz Ab Rashid

Matematik 2

NAMA : NOOR SHAFINAZ BINTI AB RASHID

UMUR : 31 TAHUN

TEMPAT LAHIR : TEMERLOH, PAHANG

TARIKH LAHIR : 27 JULAI 1983

TEMPAT : SK BUKIT CERMIN, 28400 MENTAKAB

BERTUGAS

OPSYEN DIPLOMA : PENGAJIAN MATEMATIK & AGAMA

PENGALAMAN :10 TAHUN (BERMULA TAHUN 2005)

MENGAJAR

11