Pmr Bm Kertas 2 Set 1

6
SULIT 02/2 Bahasa Melayu Kertas 2 LTS 2005 Set 1 02/2 UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK LEARNING TO SCORE 2005 PENILAIAN MENENGAH RENDAH BAHASA MELAYU KERTAS 2 Dua Jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian. 2. Bahagian A terdiri daripada Bahagian A (i) dan Bahagian A (ii). Anda dikehendaki menjawab kedua-dua bahagian tersebut. 3. Bahagian B tidak mempunyai pilihan. 4. Bahagian C mempunyai lima pilihan dan anda dikehendaki menjawab satu soalan sahaja. 5. Bahagian D juga tidak mempunyai pilihan.

description

SKOR A PERAK 2005

Transcript of Pmr Bm Kertas 2 Set 1

Page 1: Pmr Bm Kertas 2 Set 1

SULIT 02/2 Bahasa Melayu Kertas 2 LTS 2005 Set 1

02/2

UNIT KURIKULUM

JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

LEARNING TO SCORE 2005

PENILAIAN MENENGAH RENDAH

BAHASA MELAYU

KERTAS 2

Dua Jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian. 2. Bahagian A terdiri daripada Bahagian A (i) dan Bahagian A (ii). Anda dikehendaki

menjawab kedua-dua bahagian tersebut.

3. Bahagian B tidak mempunyai pilihan.

4. Bahagian C mempunyai lima pilihan dan anda dikehendaki menjawab satu soalan sahaja.

5. Bahagian D juga tidak mempunyai pilihan.

Page 2: Pmr Bm Kertas 2 Set 1

Set 1 Bahasa Melayu PMR

Bahagian A (Masa yang dicadangkan : 40 minit)

Bahagian A (i) : Ringkasan

(20 markah)

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang masalah pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan Pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik peringkat Sijil Pelajaran Malaysia tidak begitu memberangsangkan berbanding dengan keputusan mata pelajaran yang lain. Peratusan kelulusan kedua-dua mata pelajaran tersebut didapati semakin merosot khususnya di kalangan pelajar Melayu. Sains dan Matematik merupakan dua mata pelajaran yang sangat penting. Pelajar perlu memperoleh kepujian untuk kedua-dua mata pelajaran tersebut sekiranya ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi terutamanya dalam bidang kejuruteraan, perubatan, komputer, dan pengurusan perniagaan. Dalam lapangan pekerjaan pula, kebanyakan majikan memilih pemohon-pemohon yang mempunyai kepujian atau sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran Matematik atau Sains.

Faktor susah ialah alasan yang sering diberikan oleh pelajar apabila gagal dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut. Terdapat segelintir pelajar yang bukan saja kurang memberikan tumpuan semasa guru mengajar, bahkan ada yang langsung tidak mengulang kaji pelajaran. Mereka berpendapat bahawa tiada faedahnya mengulang kaji mata pelajaran tersebut yang sudah tentunya tidak mendapat kepujian dalam peperiksaan atau kemungkinannya akan gagal.

Dalam hal ini perlu diingatkan bahawa perkara ini bukan saja dialami oleh pelajar aliran sastera tetapi juga pelajar aliran sains. Kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar ialah mereka cuba menghafal fakta dan formula yang terdapat dalam buku tanpa berusaha untuk memahaminya. Mata pelajaran ini juga memerlukan masa yang lebih untuk mengulang kajinya. Oleh itu, pelajar terpaksa meluangkan masa yang lebih untuk membaca, mengulang kaji, dan menelaah apa-apa yang telah diajarkan oleh guru. Mereka juga boleh merujuk buku teks atau buku panduan yang begitu banyak terdapat di pasaran

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan Siswa, 2002)

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN PERAK

Halaman 2

Page 3: Pmr Bm Kertas 2 Set 1

Set 1 Bahasa Melayu PMR

Soalan Bahagian A (ii) : Pemahaman (10 markah)

1. Apakah maksud rangkai kata “begitu memberangsangkan”? (2 markah) 2. Apakah peluang yang diperoleh oleh pelajar sekiranyanya mereka mencapai keputusan

yang baik dalam mata pelajaran Sains dan Matematik? (4 markah) 3. Nyatakan dua langkah yang dapat diambil untuk meningkatkan pencapaian bagi kedua-

dua mata pelajaran ini? (4 markah)

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN PERAK

Halaman 3

Page 4: Pmr Bm Kertas 2 Set 1

Set 1 Bahasa Melayu PMR

Bahagian B (Masa yang dicadangkan : 25 minit

(20 markah)

Lihat gambar di bawah dengan teliti.Huraikan pendapat anda tentang sambutan kemerdekaan di negara kita. Huraian anda hendaklah tidak kurang 120 patah perkataan.

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN PERAK

Halaman 4

Page 5: Pmr Bm Kertas 2 Set 1

Set 1 Bahasa Melayu PMR

Bahagian C (Masa yang dicadangkan : 45 minit)

(40 markah)

Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjang karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

a) Bekalan air di tempat tinggal anda terputus selama beberapa hari. Sebagai akibatnya, anda sekeluarga serta penduduk yang terlibat menghadapi pelbagai kesulitan. Perihalkan keadaan tersebut selengkapnya.

b) Anda dan beberapa orang rakan telah diminta oleh guru kelas anda untuk

mencantikkan kelas . Tuliskan perkara-perkara yang anda dan rakan anda lakukan untuk mencantikkan kelas tersebut.

c) Pelajar-pelajar yang tinggal di asrama lebih cemerlang dalam pelajaran berbanding dengan pelajar yang tinggal di rumah. Bincangkan.

d) Rakan anda memerlukan bantuan untuk rawatan penyakit yang dihidapinya. Sebagai sahabat yang bersimpati dengannya,anda ingin memohon bantuan daripada pihak sekolah. Tuliskan berita tentang keadaan rakan anda itu untuk dimuatkan dalam buletin sekolah anda.

e) Anda berpeluang mewawancara seorang olahragawan tanah air,sewaktu anda bertugas di pesta Sukan Malaysia (SUKMA). Tuliskan wawancara tersebut.

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN PERAK

Halaman 5

Page 6: Pmr Bm Kertas 2 Set 1

Set 1 Bahasa Melayu PMR

Bahagian D (Masa yang dicadangkan : 10 minit)

(10 markah)

Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel-novel yang telah anda kaji sama ada di Tingkatan 2 atau Tingkatan 3 seperti senarai di bawah.

( i ) Kapten Hassan Wira Bangsa (Harun Johari) ( ii ) Merdeka! Merdeka! ( A. Rahman Hanafiah )

Watak sampingan berperanan dalam mengembangkan cerita di samping watak utama. Pilih satu watak sampingan dan jelaskan dua perwatakannya berdasarkan novel yang anda kaji.

KERTAS SOALAN TAMAT

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN PERAK

Halaman 6