Pmr Bm Kertas 2 Set 3

6

Click here to load reader

description

SKOR A PERAK 2005

Transcript of Pmr Bm Kertas 2 Set 3

Page 1: Pmr Bm Kertas 2 Set 3

SULIT 02/2 Bahasa Melayu Kertas 2 LTS 2005 Set 3

02/2

UNIT KURIKULUM

JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

LEARNING TO SCORE 2005

PENILAIAN MENENGAH RENDAH

BAHASA MELAYU

KERTAS 2

Satu jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Anda dikehendaki menjawab ketiga-tiga soalan. 2. Soalan 1 mempunyai lima pilihan.

3. Soalan 2 mempunyai dua pilihan.

4. Soalan 3 tidak mempunyai pilihan

Page 2: Pmr Bm Kertas 2 Set 3

Set 3 Bahasa Melayu PMR

Bahagian A (Masa yang dicadangkan : 40 minit)

Bahagian A (i) : Ringkasan

(20 markah)

(Masa dicadangkan : 45 minit)

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kesan pengambilan minuman beralkohol. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan Arak adalah sejenis minuman yang beralkohol dan boleh memabukkan. Kandungan gula yang tinggi dalam minuman beralkohol ini juga boleh memudaratkan dan menjejaskan kesihatan si peminum. Oleh itu, agama Islam mengharamkan umatnya minum minuman keras.

Jika wanita hamil minum minuman keras, maka pertumbuhan bayi dalam kandungannya turut terbantut. Risiko bayi mengalami kecacatan atau menghidap penyakit sangat tinggi. Hal ini demikian kerana alkohol yang mengalir ke dalam tubuh si ibu akan memberi kesan kepada fizikal bayi serta menjejaskan kesihatannya.

Sekiranya pelajar yang minum minuman keras pula, mereka tidak mampu mengawal

emosi serta hilang keupayaan berfikir. Keadaan menjadi semakin teruk apabila pelajar mula ketagihan minuman keras itu. Masalah tersebut akan merosakkan kesihatan pelajar sekaligus menjejaskan pelajaran dan masa depan mereka.

Pemandu yang memandu kenderaan dalam keadaan mabuk setelah minum arak pula tidak dapat memberikan tumpuan semasa memandu. Perbuatan mereka ini melanggar undang-undang jalan raya serta membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Akibatnya, kemalangan mudah berlaku dan mengancam nyawa pengguna jalan raya yang lain. Oleh sebab minuman beralkohol ini sangat berbahaya, sepatutnya kerajaan mengharamkan penjualan dan pengedarannya ke seluruh negara. Jika tindakan ini segera dilaksanakan, rakyat dapat menjimatkan wang, di samping mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Masalah sosial yang berkait rapat dengan minuman keras ini dapat diatasi.

(Dipetik dan diubahsuaikan Ahmad b Hussin, Utusan Melayu, 18 September, 2002)

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN PERAK

Halaman 2

Page 3: Pmr Bm Kertas 2 Set 3

Set 3 Bahasa Melayu PMR

Soalan Bahagian A (ii) : Pemahaman (10 markah)

1. Berikan maksud rangkai kata “kandungannya turut terbantut”. (2 markah)

2. Berikan dua kesan yang akan dialami jika wanita hamil meminum minuman beralkohol. (4 markah)

3. Jika sahabat anda terlibat dalam pengambilan minuman beralkohol, cadangkan dua langkah yang boleh anda lakukan untuk membantunya. (4 markah)

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN PERAK

Halaman 3

Page 4: Pmr Bm Kertas 2 Set 3

Set 3 Bahasa Melayu PMR

Bahagian B (Masa yang dicadangkan : 25 minit

(20 markah)

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan keperluan yang diperlukan oleh mangsa –mangsa banjir ketika menghadapi bencana alam ini. Huraian anda hendaklah lebih daripada 120 patah perkataan.

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN PERAK

Halaman 4

Page 5: Pmr Bm Kertas 2 Set 3

Set 3 Bahasa Melayu PMR

Bahagian C (Masa yang dicadangkan : 45 minit)

(40 markah)

Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjang karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

a. Sekolah anda mengadakan ‘Hari Kantin” untuk mengisi tabung Kokurikulum sekolah anda. Perihalkan suasana pada hari tersebut.

b. Rayuan anda untuk mendapatkan bantuan pinjaman buku teks telah diterima oleh pihak sekolah, Anda ingin menyampaikan ucapan terima kasih kepada pihak sekolah. Tulis surat tersebut selengkapnya.

c. Anda baru sahaja berpindah ke sekolah yang baru kerana mengikuti bapa anda yang bertugas di sana. Anda diminta oleh guru tingkatan untuk menyampaikan ucapan sempena kedatangan anda di sekolah baru. Sediakan teks ucapan selengkapnya.

d. Anda ialah pihak kerajaan dalam suatu pertandingan perbahasan. Tajuk perbahasan tersebut ialah ‘Sektor Pertanian lebih banyak membawa kebaikan kepada negara berbanding Sektor Industri”. Tuliskan teks perbahasan tersebut.

e. Anda telah mengetuai suatu ekspedisi Kelab Kembara sekolah anda,mendaki sebuah gunung. Catatkan selengkapnya tentang pengembaraan ekspedisi tersebut.

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN PERAK

Halaman 5

Page 6: Pmr Bm Kertas 2 Set 3

Set 3 Bahasa Melayu PMR

Bahagian D (Masa yang dicadangkan : 10 minit)

(10 markah) Jawapan mestilah berdasarkan daripada novel-novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1 dan Tingkatan 3 seperti senarai di bawah

( i ) Aku Anak Timur ( Siti Aminah Hj. Yusuf ) ( ii ) Merdeka! Merdeka! ( A. Rahman Hanafiah )

Nyatakan dua unsur suspens berserta contoh daripada salah satu novel sama ada novel tingkatan 1 atau novel tingkatan 3 yang anda kaji.

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN PERAK

Halaman 6