pppm

7
Soalan 2 Menjelang 2025, setiap kanak-kanak di Malaysia akan mempunyai enam atribut utama untuk memenuhi keperluan abad ke- 21. Guru sekolah berperanan untuk memenuhi aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) tersebut dalam memupuk identiti nasional dalam kalangan murid-murid. Terdapat enam Aspirasi Murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, dan identity nasional. Dalam atribut pertama iaitu pengetahuan, ini merupakan peringkat yang paling asas di mana setiap kanak-kanak perlu menguasai kemahiran literasi dan numerasi. Guru kena sentiasa mendorong murid untuk minat akan belajar dan menguasai bidang tersebut. Ini penting bagi melahirkan modal insan yang berpengetahuan kerana literasi dan numerasi merupakan ilmu yang paling asas. Selain itu, adalah penting bagi setiap murid menguasai mata pelajaran teras seperti matematik dan Sains. Ini kerana semua tentang kehidupan melibatkan pengiraan dan alam. Murid juga perlu didedahkan dengan pengetahuan am yang menyeluruh tentang Malaysia, Asia dan dunia menerusi mata pelajaran Sejarah, Kemanusiaan dan Geografi. Contohnya dalam mata pelajaran sejarah, guru perlu sentiasa mendorong murid untuk mempelajari Sejarah kerana ramai murid yang tidak minat untuk mendalami mata pelajaran ini. Ini penting bagi melahirkan masyarakat yang patriotisme, membentuk jati diri

Transcript of pppm

Page 1: pppm

Soalan 2

Menjelang 2025, setiap kanak-kanak di Malaysia akan mempunyai enam

atribut utama untuk memenuhi keperluan abad ke-21. Guru sekolah berperanan

untuk memenuhi aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)

tersebut dalam memupuk identiti nasional dalam kalangan murid-murid. Terdapat

enam Aspirasi Murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu

pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika

dan kerohanian, dan identity nasional.

Dalam atribut pertama iaitu pengetahuan, ini merupakan peringkat yang

paling asas di mana setiap kanak-kanak perlu menguasai kemahiran literasi dan

numerasi. Guru kena sentiasa mendorong murid untuk minat akan belajar dan

menguasai bidang tersebut. Ini penting bagi melahirkan modal insan yang

berpengetahuan kerana literasi dan numerasi merupakan ilmu yang paling asas.

Selain itu, adalah penting bagi setiap murid menguasai mata pelajaran teras seperti

matematik dan Sains. Ini kerana semua tentang kehidupan melibatkan pengiraan

dan alam. Murid juga perlu didedahkan dengan pengetahuan am yang menyeluruh

tentang Malaysia, Asia dan dunia menerusi mata pelajaran Sejarah, Kemanusiaan

dan Geografi. Contohnya dalam mata pelajaran sejarah, guru perlu sentiasa

mendorong murid untuk mempelajari Sejarah kerana ramai murid yang tidak minat

untuk mendalami mata pelajaran ini. Ini penting bagi melahirkan masyarakat yang

patriotisme, membentuk jati diri dan identiti nasional. Contohnya seperti di Negara

Korea dan Jepun, rakyatnya sangat gigih belajar dari kecil dan sentiasa

bersemangat dalam apa jua yang dilakukan. Mereka mencontohi pemimpin-

pemimpinnya yang terdahulu untuk dijadikan contoh dan panduan. Akhirnya, mereka

sentiasa berasa bangga dengan budaya dan cara mereka sendiri. Murid juga

digalakkan untuk menambah ilmu dan kemahiran dalam bidang lain seperti Seni,

Muzik dan Sukan. Dalam bidang seni contohnya, murid bukan tertumpu kepada seni

lukisan sahaja kerana bidang seni itu luas cabangnya. Apabila murid menguasai

bidang ini dengan baik, ianya boleh membantu dalam merealisasikan hasrat PPPM.

Contohnya, dalam seni fotografi, murid boleh mengambil gambar tempat-tempat

menarik di Malaysia dan mempromosikannya di blog, facebook , laman web dan

Page 2: pppm

lain-lain lagi. Sudah tentu masyarakat dunia akan melihat dan ianya dapat

membentuk identiti nasional Malaysia. Dalam bidang muzik pula, murid perlu

didedahkan dengan seni-seni budaya Malaysia seperti dikir barat, caklempong,

angklung, tarian zapin dan lain-lain lagi. Siapa lagi yang akan mempertahankan

budaya bangsa kalau bukan rakyatnya sendiri. Apabila diperkenalkan kepada

masyarakat dunia, tidak mustahil seni muzik di Malaysia akan terkenal di seluruh

dunia di samping mengekalkan ciri-ciri keaslian dan identiti nasional. Dalam bidang

sukan pula, guru perlu menekankan murid dalam sukan-sukan yang boleh dikaitkan

dengan budaya warisan Malaysia seperti sepak takraw, bola sepak dan badminton

Walaupun Malaysia bukanlah Negara yang mengasaskan sukan ini, tetapi Malaysia

pernah terkenal dengan kehebatan dan antara negara yang digeruni oleh negara-

negara yang lain. Sudah tiba masanya untuk generasi sekarang menjadi pewaris

dan pelapis pemain-pemain handalan dunia yang kita miliki seperti Datuk Nicol Ann

David, Datuk Lee Chong Wei, Mokhtar Dahari dan ramai lagi.

Atribut yang ke-2 pula ialah kemahiran berfikir. Setiap murid perlu belajar cara

untuk memperoleh ilmu pengetahuan sepanjang kehidupan mereka (menerapkan

perasaan ingin tahu dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat) untuk

membolehkan murid menghubungkan pelbagai disiplin ilmu. Contohnya apabila di

dalam kelas, guru-guru harus maminkan peranan yang besar dalam

mengembangkan minda murid-murid. Guru juga boleh mengaplikasikan kemahiran

berfikir aras tinggi dalam sesuatu penyelesaian masalah. Lebih penting lagi, dalam

ekonomi berasaskan pengetahuan, mereka mencipta ilmu yang baharu. Setiap

murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penyelesaian masalah,

penaakulan dan pemikiran kreatif dan inovatif. Contohnya dalam tajuk “pencemaran”

dalam mata pelajaran Sains. Murid dilatih berfikir daripada pertama sekali kejadian

itu berlaku seperti puncanya, apa yang perlu dilakukan, tindakan selanjutnya dan

akhir sekali refleksi mengenai apa yang difikirkan dan apa yang dilaksanakan sama

ada Berjaya atau sebaliknya. Dalam sistem pendidikan, bidang ini kurang diberi

perhatian menyebabkan murid kurang berupaya untuk mengaplikasi ilmu

pengetahuan dan berfikir secara kreatif di luar konteks akademik. Apabila bidang ini

dapat dikuasai dengan baik, murid dapat mengaplikasikannya di luar bilik darjah

seperti penyelesaian setiap sesuatu masalah dan melatih murid merangsang minda

dalam apa jua situasi.

Page 3: pppm

Atribut yang ke-3 pula ialah kemahiran memimpin. Dalam dunia yang saling

berhubung kait, kebolehan untuk memimpin dan bekerja dengan orang lain secara

berkesan adalah sangat penting. Sistem pendidikan negara akan membantu setiap

murid mencapai potensi sepenuhnya dengan mewujudkan peluang yang formal dan

bukan formal, bekerja dalam pasukan dan mengamalkan ciri kepimpinan.

Contohnya, memberi peluang kepada setiap murid untuk memegang minimum satu

jawatan seperti ketua kelas, pengawas, pengerusi kelab, dan ahli jawatankuasa

persatuan. Dengan ini, murid akan dilatih mengenai cara kepemimpinan yang baik

dan dapat diaplikasikan apabila sudah dewasa. Murid akan berasa lebih yakin diri,

meingkatkan kemahiran kepemimpinan, disiplin, interpersonal, dan mempelajari

serba sedikit mengenai selok belok pengurusan dengan baik. Dalam konteks sistem

pendidikan, kepimpinan merangkumi empat dimensi, iaitu keusahawanan, berdaya

tahan, kecerdasan emosi, dan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan.

Kesannya, mereka tidak akan berasa kekok atau malu apabila memegang jawatan

yang besar apabila dewasa. Paling tidak pun dalam memimpin keluarga, bangsa,

dan masyarakat tidak kira dari pelbagai latar belakang.

Atribut yang ke-4 ialah kemahiran dwibahasa. Setiap kanak-kanak menguasai

sekurang-kurangnya bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa

perpaduan, serta bahasa Inggeris sebagai bahasa komuniksai antarabangsa.

Dengan tahap penguasaan bahasa ini selepas menamatkan persekolahan, murid

sepatutnya berupaya menggunakan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dalam

persekitaran kerja. Dasar kerajaan dalam Memartabat Bahasa Melayu dan

Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) harus dititik-beratkan. Ini penting untuk

mengekalkan bahasa Melayu itu sendiri sebagai bahasa Ibunda di Malaysia. Di

samping itu juga ianya dapat menjamin kelangsungan dan memartabatkan bahasa

Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Ini akan mengekalkan ciri-ciri identiti nasional

dalam kalangan rakyat Malaysia itu sendiri. Memperkukuh bahasa Inggeris pula

penting kerana ianya merupakan bahasa ke-2 dan bahasa utama antarabangsa.

Apabila bahasa ini dapat dikuasai, ini akan mempermudahkan perkongsian pintar

iaitu perkongsian ilmu pada peringkat antarabangsa dan global. Kesannya, hasil dari

Page 4: pppm

pinjaman ilmu moden itu tadi dapat diaplikasikan untuk memajukan Negara sendiri

tanpa menggadaikan nilai bahasa Malaysia itu sendiri. Selain itu juga ianya dapat

mengeratkan hubungan Malaysia dengan negara-negara dari seluruh dunia. Di

samping itu, Kementerian akan menggalakkan semua murid untuk mempelajarai

bahasa lain sebagai bahasa tambahan. Contohnya mempelajari bahasa Cina dan

Tamil. Ini juga dapat mempererat dan memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan

masyarakat majmuk di Malaysia. Selain itu juga, murid juga boleh mempelajari

bahasa-bahasa lain yang ada seperti Bidayuh, Kadazan, Murut, Bugis dan lain-lain

lagi. Selain mengeratkan hubungan, ianya dapat juga mempertingkatkan ilmu

pengetahuan dalam pelbagai bahasa.

Atribut ke-5 ialah etika dan kerohanian. Sistem pendidikan akan menyediakan

pengalaman kepada setiap kanak-kanak untuk berdepan dengan cabaran yang

bakal ditempuhi ketika dewasa, agar mereka boleh menyelesaikan masalah dan

konflik secara harmoni, bijak membuat pertimbangan, berpegang pada prinsip ketika

berada dalam situasi yang kritikal, serta berani melakukan sesuatu yang betul. Guru

perlu sentiasa mendidik anak murid dengan adab sopan dan nilai-nilai murni. Di

samping murid mempelajari ilmu-ilmu mata pelajaran, murid juga akan dapat

mempelajari tentang kebaikan nilai murni untuk diaplikasikan dalam kehidupan

seharian. Kesannya, ianya akan membentuk murid yang bersahsiah tinggi dan

berakhlak mulia. Akhlak yang baik juga akan dapat dijadikan contoh kepada

masyarakat antarabangsa. Contohnya di Negara Korea dan Jepun, amat terkenal

dengan sifatnya yang pembersih, cermat, kemas dan lain-lain lagi. Ini kerana aspek

nilai murni sangat diambil-berat oleh rakyatnya dari kecil. Sistem pendidikan juga

berhasrat untuk membentuk individu penyayang yang dapat menyumbang kepada

kesejahteraan komuniti dan negara. Kesannya, kejadian jenayah akan berkurang

dan menjadi role model kepada masyarakat dunia. Selain itu juga, ianya dapat

membuktikan dan menonjolkan Malaysia sebagai Negara Islam dan akan dijadikan

contoh oleh Negara-negara luar yang lain. Contohnya ketika musim haji di Mekah.

Kerajaan Arab Saudi telah memuji Jemaah haji dari Malaysia kerana antara Jemaah

haji yang terkenal dengan sifat sopan-santun dan lemah lembut.

Page 5: pppm

Atribut yang terakhir ialah identiti nasional. Identiti nasional yang kukuh terikat

dengan prinsip Rukunegara yang diperlukan untuk kejayaan masa depan Malaysia.

Setiap murid akan berbangga dikenali sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira etnik,

agama atau status sosioekonomi. Semangat patriotik perlu dipupuk dalam diri setiap

murid dengan cara memahami sejarah negara, dan berkongsi aspirasi yang sama

untuk masa depan negara. Sedari kecil, peranan guru sangat besar dalam mendidik

anak murid untuk cintakan negara. Guru perlu selalu menyedarkan anak murid

bahawa kejayaan dan keamanan yang dikecapi sekarang adalah hasil titik peluh dan

titisan darah pejuang dan pemimpin pada zaman dahulu. Jika tidak, tidak mungkin

Malaysia akan Berjaya seperti skearang. Murid pula akan lebih menghargai dengan

segala nikmat yang dikurniakan Tuhan. Kesannya, rakyat sendiri akan mencintai

identiti Malaysia itu sendiri bahkan mengangkat martabat budaya ke peringkat yang

lebih tinggi tanpa rasa jemu dan malu. Demi mewujudkan identiti nasional yang

sebenar, semangat kukuh cintakan tanah air diperlukan. Identiti nasional akan dapat

dicapai bukan hanya melalui belajar memahami, tetapi juga menerima serta

menghayati hakikat kepelbagaian. Contohnya dalam program Rancangan Integrasi

Murid Untuk Perpaduan (RIMUP). Dengan aktiviti-aktiviti yang dilakiukan, murid

akan dapat lebih penghayatan dalam membentuk identiti nasional. Ini penting bagi

merealisasikan hasrat PPPM.