PPPM

2
PENGENALAN Kementerian ini sedang dalam proses membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015 – 2025 [PPPM (PT)] yang merupakan kesinambungan kepada Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), yang dilancarkan pada tahun 2007. PPPM (PT) yang baharu ini dibentuk untuk dijajarkan dengan Program Transformasi Kerajaan, Pelan Transformasi Ekonomi, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Prasekolah hingga Pendidikan Lepas Menengah) 2013 – 2025 dan Rancangan Malaysia ke-11 yang mendatang untuk memastikan agenda transformasi nasional Negara yang konsisten dan koheren. OBJEKTIF PEMBANGUNAN PPPM (PT) ADALAH SEPERTI BERIKUT: 1. Kefahaman tentang prestasi dan cabaran pendidikan tinggi negara, memfokuskan kepada peningkatan akses kepada pendidikan, meningkatkan kualiti, merapatkan jurang (ekuiti), meningkatkan perpaduan dalam kalangan pelajar dan meningkatkan kecekapan pelajar IPT. 2. Mewujudkan visi dan aspirasi sistem dan pelajar yang jelas dan relevan sehingga tahun 2025 serta mengintegrasikannya dengan agenda nasional, keutamaan negara dan program nasional. (contoh: ETP) 3. Membangunkan program transformasi yang komprehensif bagi sistem pendidikan Malaysia yang meliputi perubahan utama Kementerian, bagi memastikan kesinambungan PSPTN dan selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Prasekolah hingga Pendidikan Lepas Menengah) serta memberikan gambaran trend pendidikan global.

Transcript of PPPM

Page 1: PPPM

PENGENALAN

 

Kementerian ini sedang dalam proses membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015 – 2025 [PPPM (PT)] yang merupakan kesinambungan kepada Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), yang dilancarkan pada tahun 2007.

 

PPPM (PT) yang baharu ini dibentuk untuk dijajarkan dengan Program Transformasi Kerajaan, Pelan Transformasi Ekonomi, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Prasekolah hingga Pendidikan Lepas Menengah) 2013 – 2025 dan Rancangan Malaysia ke-11 yang mendatang untuk memastikan agenda transformasi nasional Negara yang konsisten dan koheren.

 

OBJEKTIF PEMBANGUNAN PPPM (PT) ADALAH SEPERTI BERIKUT:

 

1. Kefahaman tentang prestasi dan cabaran pendidikan tinggi negara, memfokuskan kepada peningkatan akses kepada pendidikan, meningkatkan kualiti, merapatkan jurang (ekuiti), meningkatkan perpaduan dalam kalangan pelajar dan meningkatkan kecekapan pelajar IPT.

 

2. Mewujudkan visi dan aspirasi sistem dan pelajar yang jelas dan relevan sehingga tahun 2025 serta mengintegrasikannya dengan agenda nasional, keutamaan negara dan program nasional. (contoh: ETP)

 

3. Membangunkan program transformasi yang komprehensif bagi sistem pendidikan Malaysia yang meliputi perubahan utama Kementerian, bagi memastikan kesinambungan PSPTN dan selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Prasekolah hingga Pendidikan Lepas Menengah) serta memberikan gambaran trend pendidikan global.

 

KETERANGAN LANJUT

 

Untuk keterangan lanjut mengenai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) ini, sila klik pautan di bawah untuk muat turun Poster PPPM (PT) yang telah disediakan dalam dwibahasa.