Present microteaching with sarip
-
Upload
fatin-athirah -
Category
Education
-
view
63 -
download
6
Transcript of Present microteaching with sarip
Disediakan oleh: 1. Muhammad Fadhil bin Ahmad Fauzi (920825-11-5665)
2. Norizatti binti Othman Gui (921125-08-5738)
Unit : K4 (Semester 4,PISMP Ambilan Januari 2012)
STAIL G (PENEMUAN BERPUSAT- CONVERGENT)
Definisi Dalam stail ini,murid dikehendaki mencari
jawapan yang betul dengan menggunakan
proses penemuan.Kaedah pengajaran stail ini
berdasarkan kepada sebab, logik, fikiran kritis
dan cuba jaya.Murid akan membuat keputusan
mengenai pengurusan kognitif untuk
mengatasi masalah yang dihadapi.
Objektif Mata Pelajaran (Subject Matter
Objectives)
1. Memberi satu jawapan untuk satu
persoalan.
2. Memberi satu penyelesaian kepada
satu masalah.
Objektif Tingkah Laku (Behavior
Objectives)
1. Mempertahankan jawapan yang
diperolehi dengan memberi respon
yang betul kepada jawapan :‡
a) Melihat contoh spesifik operasi
kognitif yang boleh memberikan
jalanpenyelesaian.‡
b) Meneliti dengan berhati-hati
kepadasatu jawapan dengan
penyelesaian masalah.
Ciri-ciri 1. Peranan guru hanya lebih dominan
dalam fasa pengajaran dan
pembelajaran pra impak dan pasca
impak sahaja.
2. Guru hanya bertindak memberikan
sesuatu masalah kepada murid atau
kumpulan murid iaitu dalam fasa pra
impak.
3. Murid melakukan aktiviti sendiri atau
secara berkumpulan tanpa bergantung
sepenuhnya kepada guru.
4. Pelajar bebas menggunakaan kaedah
dan pendekatan yang difikirkan sesuai
dalam proses menyelesaikan masalah.
5. Peruntukan masa bagi setiap pelajar
atau kumpulan untuk melakukan aktiviti
adalah mencukupi bagi menyelesaikan
masalah yang diberikan.
6. Guru hanya bertindak sebagai
pemudah cara dalam aktiviti yang dipilih
oleh pelajar.
7. Stail ini boleh dilakukan dan
dilaksanakan secara individu,
berpasangan atau secara berkumpulan.
Kriteria-kritirea Pelaksanaan 1. Hanya mempunyai satu tindak balas
yang betul.
2. Merupakan suatu proses pembuktian
secara praktikal dalam menyelesaikan
sesuatu permasalahan.
3. Tumpuan yang khusus serta idea iaitu
ia bergantung kepada struktur dari
tingkah laku dan pertuturan yang
digunakan bagi memperkenalkan
tugasan yang diberikan kepada murid.
4. Tindak balas perlakuan mewakili
analisis lakuan secara mekanikal.
5. Membawa kepada rangkaian lakuan
yang lebih spesifik.
6. Memerlukan pelajar membuat
penemuansendiri dengan menghadkan
tindakan yang dilakukan.
Cara Pelaksanaan (Pra Impak) Peranan Guru
1. Penyediaan ringkasan mengajar.
2. Gaya penyampaian isi sesuatu
pengajaran.
3. Kenal pasti dan bentuk masalah.
4. Masalah hendaklah berkaitan dengan
objektif pengajaran.
Peranan Murid
1. Menerima masalah yang diberikan
guru.
2. Selesaikan masalah mengikut idea dan
pendekatan sendiri.
Cara Pelaksanaan (Impak) Peranan Guru
1. Memerhatikan dan memantau setiap
aktiviti yang dilakukan oleh pelajar.
2. Membantu jika pelajar menghadapi
masalah.
3. Lebih kepada fasilitator atau pemudah
cara.
Peranan Murid
1. Berusaha menyelesaikan masalah
mengikut stail sendiri dan memberi
idea, menilai dan membuat keputusan
tentang cara menyelesaikan masalah.
Cara Pelaksanaan (Pasca Impak) Peranan Guru
1. Guru mengemukakan soalan-soalan
kepada murid.
2. Membandingkan jawapan murid.
3. Guru membuat rumusan dan
kesimpulan.
Peranan Murid
1. Murid memastikan jawapan dengan
menyemak proses ulasan dan
percambahan idea yang diberikan untuk
menyelesaikan masalah.
Kebaikan 1. Murid dapat membina pelbagai
perlakuan yang sesuai dengan
keupayaan diri mereka dalam
menyelesaikan sesuatu masalah yang
diberikan.
2. Lakuan serta kemahiran yang dibina
melalui keupayaan diri sendiri akan
membentuk pembelajaran yang
berkesan terhadap murid.
3. Murid lebih yakin dan seronok
melakukan aktiviti pembelajaran tanpa
terlalu terkongkong dengan arahan atau
idea dari guru.
4. Mampu membina domain psikomotor
yang mantap dalam diri murid.
5. Berupaya membentuk domain kognitif
yang mantap dan kritis terhadap murid.
6. Murid berasa seronok apabila berjaya
melakukan perlakuan yang yang betul
dan ini akan membentuk domain afektif
yang baik dalam diri murid seperti dari
aspek sosial.
7. Melahirkan lebih banyak idea hasil dari
kaedah cuba jaya yang dilakukan oleh
setiap murid.
8. Hubungan murid dan guru akan lebih
akrab.
9. Murid berpeluang melakukan
penemuan baru tanpa bantuan guru
untuk menyelesaikan masalah yang
diberikan.
Kelemahan 1. Hanya menguntungkan murid yang
bijak berbanding murid yang kurang
kemahiran lakuan.
2. Murid yang kurang penguasaan
kemahiran akan terus ketinggalan jika
tidak diberikan perhatian khusus oleh
guru.
3. Pelajar berasa bosan apabila tidak
mampu menyelesaikan masalah dan
mudah hilang tumpuan terhadap aktiviti
pengajaran.
4. Masa bagi guru untuk memantau setiap
murid atau kumpulan adalah terhad.
Hasilnya aktiviti murid menjadi sukar
untuk dikawal.
5. Perbezaan kemampuan individu dalam
sesuatu kumpulan mewujudkan jurang
perbezaan hasil keputusan terhadap
terhadap masalah yang cuba
diselesaikan.
6. Tidak semua tugasan sesuai dengan
kaedah stail G.
Rumusan 1. Stail G adalah salah satu kaedah untuk
menyelesaikan tugasan dengan cuba
jaya dan sebarang keputusan jawapan
mengandungi sebab dan logik.
2. Oleh itu murid-murid dikehendaki
mencari satu jawapan kepada tugasan
yang diberikan.