Present tesis hafifi Tajuk :tahap pengetahuan murid tahun lima terhadap amalan nilai murni dalam...

11
TAJUK : TAHAP PENGETAHUAN MURID TAHUN LIMA TERHADAP AMALAN NILAI MURNI DALAM PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR Pembentang @ Pengkaji Mohd Hafifi Abd Hafidz Tahun Akhir Ijazah Sarjana Muda Keguruan (Sains Sosial) Kepujian 860807386259001

description

tahap pengetahuan murid tahun lima terhadap amalan nilai murni dalam pemuliharaan alam sekitar

Transcript of Present tesis hafifi Tajuk :tahap pengetahuan murid tahun lima terhadap amalan nilai murni dalam...

Page 1: Present tesis hafifi Tajuk :tahap pengetahuan murid tahun lima terhadap amalan nilai murni dalam pemuliharaan alam sekitar

TAJUK :TAHAP PENGETAHUAN MURID

TAHUN LIMA TERHADAP AMALAN NILAI MURNI DALAM

PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

Pembentang @ Pengkaji

Mohd Hafifi Abd Hafidz

Tahun Akhir

Ijazah Sarjana Muda Keguruan (Sains Sosial) Kepujian

860807386259001

Page 2: Present tesis hafifi Tajuk :tahap pengetahuan murid tahun lima terhadap amalan nilai murni dalam pemuliharaan alam sekitar

Pengenalan (Bab 1) Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk meninjau tahap pengetahuan dan

tahap kesedaran murid tahun 5 terhadap amalan nilai-nilai murni dalam pemuliharaan alam sekitar.

Soalan kajian:• Apakah murid tahun 5 mengetahui amalan nilai-nilai murni yang sepatutnya

dilakukan untuk memulihara alam sekitar?

Kepentingan Kajian:• Memberi manfaat kepada penggubal kurikulum dengan cara memberikan

penekanan kepada aspek amalan nilai murni terutamanya dalam penyediaan sukatan pelajaran berkaitan pemuliharaan alam sekitar.

• Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya amalan nilai-nilai murni dapat dilaksanakan oleh pelajar dalam kehidupan seharian.

• Pelajar dapat mengetahui dan melaksanakan amalan nilai murni terutama dalam pemuliharaan alam sekitar.

Batasan Kajian• Hanya dilakukuan di sebuah sekolah rendah sahaja di Miri, Sarawak.• Sampel terdiri dari murid tahun 5 seramai 100 orang.• Tidak boleh digeneralisasikan kepada pendapat murid di sekolah lain.

Page 3: Present tesis hafifi Tajuk :tahap pengetahuan murid tahun lima terhadap amalan nilai murni dalam pemuliharaan alam sekitar

Tinjauan Literatur (Bab 2) Ee Ah Meng (1992) menegaskan nilai-nilai murni membolehkan pelajar

mengamalkan tabiat dan tingkah laku yang positif. Nilai-nilai murni perlu diterapkan sejak di peringkat KBSR supaya menjadi individu yang bertanggungjawab terhadap dirinya dan masyarakat.

Tuan Pah (2003) terdapat pelbagai jenis pencemaran contohnya pencemaran air, udara, bunyi, dan bau.

Pendidikan Alam Sekitar menjadi satu aspek dasar kerajaan sejak 1976 di mana ia diperkanalkan dalam sistem pendidikan Malaysia (Choong et al.1999)

Undang alam sekitar telah diwujudkan untuk melindungi dan mencegah kemerosotan mutu alam sekitar antaranya Akta Kualiti Alam Sekitar (1974,1985) (Pindaan), Akta Perhutanan Negara (1984). Peraturan Kualiti Alam sekitar turut dilaksanakan oleh JAS seperti Peraturan Alam Sekitar (Udara Bersih 1978).

Gandingan mantap semua pihak perlu untuk meningkatkan lagi keberkesanan pengurusan alam sekitar. Aspek pendidikan juga perlu dititikberatkan kerana ia merupakan asas untuk menanam kesedaran pada peringkat awal kanak-kanak tentang pentingnya penjagaan alam sekitar secara sempurna (Tuan Pah,2003).

Page 4: Present tesis hafifi Tajuk :tahap pengetahuan murid tahun lima terhadap amalan nilai murni dalam pemuliharaan alam sekitar

Methodologi Kajian (Bab 3)

Reka bentuk kajian Sampel kajian

Menggunakan kaedah tinjauan soal selidik sebagai reka bentuk kajian. 15 item soalan digunakan untuk mendapatkan data.

Menggunakan persampelan rawak mudah untuk memilih subjek. Senaraikan semua pelajar tahun 5 dan sampel kajian seramai 100 orang dengan menggunakan Jadual Nombor Rawak.

Page 5: Present tesis hafifi Tajuk :tahap pengetahuan murid tahun lima terhadap amalan nilai murni dalam pemuliharaan alam sekitar

Methodologi Kajian Populasi Jumlah pelajar 180 orang tetapi seramai 100 orang sahaja dipilih untuk jawab soalan (Kriejcie &

Morgan 1970)

Instrumen Kajian Satu set soalan ada 2 bahagian iaitu A dan B. Bahagian A ialah latar belakang respoden dan B ialah

15 item soalan.

Kajian Rintis Kajian rintis telah dijalankan di sebuah sekolah rendah di negeri Perak.

Kesahan Isi Kandungan Soalan dipetik dari pelbagai sumber rujukan mengikut sukatan matapelajaran Kajian Tempatan dan

Sains Tahun 5.

Prosedur Pengumpulan Data Setelah menjalankan kajian rintis, kajian sebenar telah dijalankan pada 25 Sept 08. 100 orang

responden diberi masa 1 jam untuk menjawab soalan.

Analisis Data Menggunakan peratusan di mana jawapan yang betul diberi markah manakala jawapan yang tidak

tepat diberi sifar.

Page 6: Present tesis hafifi Tajuk :tahap pengetahuan murid tahun lima terhadap amalan nilai murni dalam pemuliharaan alam sekitar

Hasil Kajian (Bab 4) Pengetahuan Amalan Niali Murni Pelajar Tentang Pemuliharaan

Alam Sekitar Berdasarkan Skor yang Diperolehi

1. Ramai pelajar mengetahui amalan nilai-nilai murni tentang pemuliharaan alam sekitar. Ia berdasarkan kedudukan min, median, dan mod. Sisihan piawai yang diperolehi juga adalah kecil dan ia bermakna pencapai murid adalah sama.

2. Pengetahuan pelajar tentang aspek alam sekitar yang paling tinggi ialah tentang pengurusan sampah, seterusnya pencemaran udara, undang-undang alam sekitar, dan pencemaran bunyi. Ia berdasarkan peratusan yang diperolehi.

3. Berdasarkan min skor yang diperolehi, menunjukkan pengetahuan pelajar tentang amalan nilai murni yang sepatutnya dilakukan untuk memilihara ialah alam sekitar ialah dari aspek pencemaran air adalah tinggi.

Page 7: Present tesis hafifi Tajuk :tahap pengetahuan murid tahun lima terhadap amalan nilai murni dalam pemuliharaan alam sekitar

Hasil Kajian

Min skor Sisihan piawai Mod Median

12.45 1.6 13 13

Pengetahuan amalan nilai-murni pelajar tentang pemuliharaan alam Sekitar berdasarkan skor yang diperolehi secara keseluruhan

Page 8: Present tesis hafifi Tajuk :tahap pengetahuan murid tahun lima terhadap amalan nilai murni dalam pemuliharaan alam sekitar

Hasil Kajian

0

5

10

15

20

25

8 9 10 11 12 13 14 15

Skor

Fre

ku

en

si

1019

231919

451

Taburan skor pengetahuan pelajar tentang amalan nilai-nilai murni yang sepatutnya dilakukan untuk memulihara alam sekitar

Page 9: Present tesis hafifi Tajuk :tahap pengetahuan murid tahun lima terhadap amalan nilai murni dalam pemuliharaan alam sekitar

Hasil Kajian

Pengetahuan pelajar tentang amalan nilai-nilai murni yang sepatutnyadilakukan untuk memulihara alam sekitar berdasarkan beberapa aspekalam sekitar.

99 97 86 88 7796

0

20

40

60

80

100

120P

en

ce

ma

ran

air

Pe

nce

ma

ran

ud

ara

Pe

nce

ma

ran

bu

nyi

Me

ng

ha

rga

i

ala

m

se

mu

laja

di

Pe

ng

uru

sa

n

sa

mp

ah

Un

da

ng

-

un

da

ng

ala

m

se

kita

r

Min

Sk

or

(%)

Page 10: Present tesis hafifi Tajuk :tahap pengetahuan murid tahun lima terhadap amalan nilai murni dalam pemuliharaan alam sekitar

Rumusan (Bab 5) Berdasarkan pengetahuan tentang amalan nilai-nilai

murni pelajar secara keseluruhan berkaitan pemuliharaan alam sekitar.

Terdapat 6 aspek untuk menguji pengetahuan pelajar berkaitan amalan yang sepatutnya dilakukan dalam pemuliharaan alam sekitar. 6 aspek tersebut ialah pencemaran air, udara, bunyi, menghargai alam sekitar, pengurusan sampah, dan undang-undang alam sekitar. Pengetahuan murid dinilai menggunakan min skor dan menunjukkan pengetahuan pelajar adalah tinggi.

Page 11: Present tesis hafifi Tajuk :tahap pengetahuan murid tahun lima terhadap amalan nilai murni dalam pemuliharaan alam sekitar

Cadangan Kajian lanjutan Kajian mendapati masih terdapat pelajar yang

tidak pasti atau tahu tentang kepentingan amalan nilai murni. Dicadangkan guru yang mengajar subjek KT dan PSK jelaskan terlebih dahulu konsep nilai-nilai murni dan matlamatnya.

Guru harus berani dan sabar dalam proses menerapkan amalan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

Untuk mendapatkan kajian yang lebih baik, item soalan perlu dibaiki agar pelajar boleh berfikir secara KBKK dan item soalan ditambah.