PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN VOKASIONAL...

11
Kertas ini dibentangkan dalam Seminar Pendidikan Teknik & Vokasional kali ke 3TVE09, anjuran Fakulti Pendidikan dengan kerjasama Sekolah Pendidikan Profesional & Pendidikan Berterusan, Universiti Teknolgi Malaysia pada 9 10 Disember di Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor. PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN VOKASIONAL TERHADAP PELATIH- PELATIH LELAKI SEKOLAH HENRY GURNEY, TELOK MAS MELAKA. Dayana Farzeeha Ali Prof. Dr. Muhammad Rashid Rajuddin Dr. Mohd Safarin Nordin Ahmad Firdaus Abd. Hadi Ahmad Farid Ahmad Nordin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia ABSTRAK: Kajian deskriptif ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor- faktor yang mempengaruhi persepsi pelatih- pelatih Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka terhadap latihan kemahiran vokasional yang dijalankan. Faktor- faktor yang dikaji ialah faktor minat, kesedaran terhadap kepentingan latihan kemahiran vokasional dalam menentukan masa depan pelatih, keyakinan pelatih terhadap latihan kemahiran vokasional untuk diaplikasikan dalam kerjaya serta suasana pembelajaran seperti kemudahan peralatan, kaedah pembelajaran dan tenaga pengajar. Sampel kajian terdiri daripada 116 orang pelatih lelaki di Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka. Set soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian ini. Hasil kajian ini dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 12.0 untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Hasil dapatan kajian menunjukkan faktor suasana pembelajaran yang sesuai dan memenuhi kehendak pelatih mampu memberi kesan positif terhadap proses pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan sekaligus memberi kesan terhadap pencapaian pelajar dalam bidang latihan yang diikuti. Faktor minat yang tinggi serta faktor kesedaran terhadap kepentingan latihan kemahiran vokasional ini menjadikan pelatih yakin terhadap program latihan kemahiran vokasional yang dijalankan. Strategi yang dirangka oleh jabatan Penjara Malaysia untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan berkesan perlu dipertingkatkan lagi dan pendedahan kepada teknologi terkini adalah penting dalam meningkatkan lagi tahap kemahiran pelatih.

Transcript of PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN VOKASIONAL...

Kertas ini dibentangkan dalam Seminar Pendidikan Teknik & Vokasional kali ke 3TVE09, anjuran Fakulti

Pendidikan dengan kerjasama Sekolah Pendidikan Profesional & Pendidikan Berterusan, Universiti

Teknolgi Malaysia pada 9 – 10 Disember di Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor.

PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN VOKASIONAL TERHADAP PELATIH-

PELATIH LELAKI SEKOLAH HENRY GURNEY, TELOK MAS MELAKA.

Dayana Farzeeha Ali

Prof. Dr. Muhammad Rashid Rajuddin

Dr. Mohd Safarin Nordin

Ahmad Firdaus Abd. Hadi

Ahmad Farid Ahmad Nordin

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

ABSTRAK: Kajian deskriptif ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor- faktor yang

mempengaruhi persepsi pelatih- pelatih Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka terhadap latihan

kemahiran vokasional yang dijalankan. Faktor- faktor yang dikaji ialah faktor minat, kesedaran

terhadap kepentingan latihan kemahiran vokasional dalam menentukan masa depan pelatih,

keyakinan pelatih terhadap latihan kemahiran vokasional untuk diaplikasikan dalam kerjaya serta

suasana pembelajaran seperti kemudahan peralatan, kaedah pembelajaran dan tenaga pengajar.

Sampel kajian terdiri daripada 116 orang pelatih lelaki di Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka.

Set soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian ini. Hasil kajian ini dianalisis menggunakan

perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 12.0 untuk mendapatkan kekerapan,

peratusan dan min. Hasil dapatan kajian menunjukkan faktor suasana pembelajaran yang sesuai dan

memenuhi kehendak pelatih mampu memberi kesan positif terhadap proses pembelajaran dan

pengajaran yang dijalankan sekaligus memberi kesan terhadap pencapaian pelajar dalam bidang

latihan yang diikuti. Faktor minat yang tinggi serta faktor kesedaran terhadap kepentingan latihan

kemahiran vokasional ini menjadikan pelatih yakin terhadap program latihan kemahiran vokasional

yang dijalankan. Strategi yang dirangka oleh jabatan Penjara Malaysia untuk mewujudkan suasana

pembelajaran yang kondusif dan berkesan perlu dipertingkatkan lagi dan pendedahan kepada

teknologi terkini adalah penting dalam meningkatkan lagi tahap kemahiran pelatih.

Kertas ini dibentangkan dalam Seminar Pendidikan Teknik & Vokasional kali ke 3TVE09, anjuran Fakulti

Pendidikan dengan kerjasama Sekolah Pendidikan Profesional & Pendidikan Berterusan, Universiti

Teknolgi Malaysia pada 9 – 10 Disember di Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor.

PENGENALAN

Peningkatan kes jenayah juvana di kalangan pelajar bukanlah isu yang boleh dipandang remeh

memandangkan saban tahun bilangan jenayah juvana semakin meningkat dan perkembangan itu

amat membimbangkan.Jabatan Siasatan Jenayah Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Bukit Aman

melaporkan bahawa pada tahun 2008 sebanyak 5,115 kes juvana yang melibatkan seramai 7,126

orang kanak-kanak dan remaja.

Kerajaan melalui Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat telah

merancang pelbagai program bagi menangani masalah keruntuhan akhlak remaja dan masalah

sosial seperti program pemulihan akhlak dan kempen Penghayatan Akhlak Mulia. Program-

program pemulihan akhlak ini dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Penjara

Malaysia dan institusi – institusi pemulihan akhlak di negara ini.

Program-program pemulihan yang dijalankan bagi tujuan pemulihan terhadap juvana adalah

seperti jagaan dan perlindungan, bimbingan dan kaunseling, pendidikan akademik, pendidikan

agama dan moral, latihan kemahiran vokasional serta program riadah.

LATAR BELAKANG MASALAH

Perangkaan kes juvana oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat menunjukkan setiap tahun jumlah

pesalah remaja yang terbabit dalam pelbagai kesalahan cukup membimbangkan. Meskipun kes

yang dilaporkan berkurangan kepada 4,998 pada 2003 berbanding 5,319 pada 2002, jumlah

berkenaan perlu diberi perhatian serius memandangkan begitu ramai remaja yang sudah terbabit

dalam jenayah pada usia setahun jagung. Statistik mengikut kategori kesalahan yang dikeluarkan

oleh Sekolah Henry Gurney Telok Mas menunjukkan remaja kini bukan sahaja terlibat dengan

jenayah kecil sahaja malahan ada di antara mereka yang telah dijatuhkan hukuman Tahanan

Limpah Gabenor atau Sultan iaitu mereka yang disabitkan dengan kesalahan membunuh. Ada

juga diantara mereka yang terlibat dengan kancah najis dadah. Mereka bukan sahaja sebagai

penagih dadah malah terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah. Ini jelas terbukti bahawa

Kertas ini dibentangkan dalam Seminar Pendidikan Teknik & Vokasional kali ke 3TVE09, anjuran Fakulti

Pendidikan dengan kerjasama Sekolah Pendidikan Profesional & Pendidikan Berterusan, Universiti

Teknolgi Malaysia pada 9 – 10 Disember di Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor.

golongan remaja masa kini sudah jauh menyimpang dengan norma- norma kehidupan sebagai

seorang insan yang berakhlak.

Kerajaan telah mengambil langkah yang bijak dalam menangani masalah pesalah juvana di

negara ini dengan mewujudkan institusi- institusi pemulihan akhlak. Di institusi pemulihan

tersebut, pesalah juvana akan mengikuti segala program yang telah dirancang seperti program

kerohanian, program riadah, program latihan kemahiran, kelas keagamaan dan kerohanian.

Institusi– institusi pemulihan akhlak di Malaysia menawarkan pelbagai program dari aspek

akademik, kokurikulum serta latihan kemahiran vokasional. Program– program seperti ini

memberi peluang kepada pelatih untuk mendapatkan ilmu serta kemahiran yang berkaitan untuk

digunakan selepas tamat tempoh penahanan. Para pelatih diwajibkan mengikuti satu latihan

kemahiran vokasional yang ditawarkan sepanjang berada di insitusi pemulihan tersebut. Bagi

setiap latihan kemahiran vokasional di sekolah pemulihan seperti Henry Gurney, Pihak

Construction Industrial Development Board (CIDB) akan mengeluarkan sijil pengiktirafan

kepada pelatih- pelatih yang telah tamat latihan kemahiran yang diikuti (Pertubuhan Berita

Nasional Malaysia, 2006). Pemberian sijil ini amat penting untuk pelatih kerana ia dapat

membantu para pelatih mendapatkan peluang pekerjaan sekaligus dapat berdikari setelah keluar

dari pusat pemulihan ini.

Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti persepsi pelatih- pelatih di pusat

pemulihan akhlak ini terhadap latihan kemahiran vokasional yang dijalankan di institusi

tersebut. Selain itu, pengkaji ingin mengetahui sejauhmanakah minat pelatih terhadap latihan

kemahiran yang dijalankan.

Kertas ini dibentangkan dalam Seminar Pendidikan Teknik & Vokasional kali ke 3TVE09, anjuran Fakulti

Pendidikan dengan kerjasama Sekolah Pendidikan Profesional & Pendidikan Berterusan, Universiti

Teknolgi Malaysia pada 9 – 10 Disember di Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui persepsi pelatih-pelatih terhadap latihan

kemahiran vokasional yang dijalankan. Justeru itu, kajian ini menjurus secara spesifik untuk

menjawab persoalan kajian berikut:

i. Mengenalpasti minat pelatih terhadap latihan kemahiran yang dijalankan.

ii. Mengenalpasti tahap kesedaran pelatih terhadap kepentingan latihan kemahiran

vokasional yang dijalankan dalam menentukan masa depan mereka.

iii. Mengenalpasti tahap keyakinan pelatih terhadap latihan kemahiran vokasional yang

dijalankan untuk diaplikasikan dalam kerjaya.

iv. Mengenalpasti faktor suasana pembelajaran seperti kemudahan peralatan, kaedah

pembelajaran dan tenaga pengajar yang mempengaruhi persepsi pelatih terhadap latihan

kemahiran yang dijalankan.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini adalah berbentuk deskriptif. Menurut Graziano & Raulin (2004), penyelidikan

deskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena

yang sedang berlaku. Jenis penyelidikan deskriptif yang digunakan dalam kajian ini adalah jenis

tinjauan. Sampel kajian adalah terdiri daripada pelatih- pelatih lelaki Sekolah Henry Gurney

yang mengikuti latihan kemahiran vokasional yang dijalankan di sekolah tersebut. Jumlah

keseluruhan populasi ialah seramai 116 orang. Jumlah sampel yang diambil adalah kesemua

bilangan populasi. Soal selidik yang digunakan terdiri daripada Bahagian A yang mengandungi

maklumat latar belakang responden manakala Bahagian B ialah Soal Selidik daripada 37

pernyataan yang akan menjawab persoalan kajian yang sedang dikaji oleh penyelidik.

Kertas ini dibentangkan dalam Seminar Pendidikan Teknik & Vokasional kali ke 3TVE09, anjuran Fakulti

Pendidikan dengan kerjasama Sekolah Pendidikan Profesional & Pendidikan Berterusan, Universiti

Teknolgi Malaysia pada 9 – 10 Disember di Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor.

Data-data yang diperolehi dikumpulkan dan dianalisis menggunakan perisian Statistical

Packages for Social Science (SPSS) versi 12.0. Item-item pada Bahagian A dianalisis

berdasarkan kekerapan dan peratusan. Manakala data pada Bahagian B dianalisis menggunakan

skor kekerapan, peratusan dan min iaitu secara pengiraan statistik deskriptif. Bagi memudahkan

pentafsiran terhadap dapatan data yang diperolehi, maka pengelasan skala bagi bahagian B akan

diubah dari skala likert lima mata kepada skala tiga mata sahaja. Kaedah ini bertujuan

memudahkan pemberatan bagi setiap kategori yang diukur.

Kertas ini dibentangkan dalam Seminar Pendidikan Teknik & Vokasional kali ke 3TVE09, anjuran Fakulti

Pendidikan dengan kerjasama Sekolah Pendidikan Profesional & Pendidikan Berterusan, Universiti

Teknolgi Malaysia pada 9 – 10 Disember di Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor.

DAPATAN KAJIAN

Jadual 1 dibawah menunjukkan rumusan persoalan kajian dan nilai min yang diperolehi bagi

setiap persoalan kajian.

Persoalan Kajian

Purata

Min

Rumusan

1

Adakah terdapatnya minat yang tinggi

oleh pelatih terhadap latihan

kemahiran vokasional yang

dijalankan?

4.05

Tinggi

Pelatih-pelatih mengikuti latihan

kemahiran yang ditawarkan adalah

dengan pilihan diri sendiri. Pelatih

juga cenderung untuk mendalami

bidang kemahiran yang diikuti di

peringkat yang lebih tinggi selepas

tamat latihan di sekolah ini.

2

Adakah terdapatnya kesedaran oleh

pelatih terhadap kepentingan latihan

kemahiran vokasional?

4.06

Tinggi

Pelatih menyedari bahawa latihan

kemahiran yang ditawarkan membantu

mereka dalam mendapatkan pekerjaan

sebagai tenaga kerja mahir dan

separuh mahir. Latihan kemahiran

yang dijalankan mencukupi dalam

menyediakan pelatih ke alam

pekerjaan.

3

Adakah pelatih mempunyai keyakinan

terhadap latihan kemahiran vokasional

yang dijalankan untuk diaplikasikan

selepas tamat tempoh latihan?

4.06

Tinggi

Pelatih yakin bahawa kemahiran yang

dipelajari bersesuaian dengan

kehendak industri dan tahap

kemahiran yang diperolehi memenuhi

keperluan pekerjaan di industri.

Pelatih juga yakin bahawa mereka

mampu bersaing dengan pelatih –

pelatih keluaran pusat-pusat latihan

kemahiran yang lain.

Kertas ini dibentangkan dalam Seminar Pendidikan Teknik & Vokasional kali ke 3TVE09, anjuran Fakulti

Pendidikan dengan kerjasama Sekolah Pendidikan Profesional & Pendidikan Berterusan, Universiti

Teknolgi Malaysia pada 9 – 10 Disember di Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor.

4

Adakah faktor suasana pembelajaran

seperti kemudahan peralatan, tenaga

pengajar dan kaedah pengajaran

mempengaruhi prestasi pelatih

terhadap latihan kemahiran vokasional

yang dijalankan?

4.23

Tinggi

Suasana pembelajaran yang kondusif

amat mempengaruhi persepsi pelatih

terhadap latihan yang dijalani.

Kemudahan peralatan yang cukup,

pendedahan kepada teknologi terkini,

keadaan bengkel yang memuaskan dan

tenaga pengajar yang sentiasa

membantu menghasilkan suasana

pembelajaran yang positif kepada

pelatih yang menjalani latihan

kemahiran vokasional di sekolah ini

PERBINCANGAN

Minat merupakan faktor penting dalam melakukan sesuatu kerja. Dengan adanya minat, sesuatu

kerja yang dilakukan akan berjalan dengan lancar. Dalam memilih bidang kemahiran yang

ditawarkan, minat merupakan aspek yang penting dalam membuat pilihan bidang yang diminati.

Kenyataan ini turut selari dengan teori Ginzberg (1952), yang menyatakan bahawa minat

merupakan asas utama pemilihan atau penentuan masa depan pelajar. Pemilihan pelatih terhadap

sesuatu bidang kemahiran yang diceburi perlulah atas dasar diri sendiri dan bukan desakan atau

pengaruh dari mana- mana pihak kerana ia akan mempengaruhi pencapaian dan usaha pelatih

dalam bidang yang diceburi. Teori ini bersesuaian dengan pendapat oleh Crow dan Crow (1980)

yang menyatakan bahawa minat merupakan daya penggerak atau menjamin kerjaya seseorang.

Dalam konteks kajian ini, kesedaran yang dimaksudkan adalah pelatih memahami dan tahu

keadaan yang sebenar iaitu mengetahui dan memahami bahawa latihan kemahiran vokasional

yang mereka pilih amat penting dalam menentukan masa depan mereka. Kajian yang dijalankan

Kertas ini dibentangkan dalam Seminar Pendidikan Teknik & Vokasional kali ke 3TVE09, anjuran Fakulti

Pendidikan dengan kerjasama Sekolah Pendidikan Profesional & Pendidikan Berterusan, Universiti

Teknolgi Malaysia pada 9 – 10 Disember di Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor.

oleh Azizi Yahya (2004), menunjukkan bahawa latihan kemahiran vokasional merupakan

program yang penting dan berkesan untuk pelatih menimba pengetahuan dan kemahiran sebagai

bekalan ilmu untuk diri pelatih.

Impak pendidikan ke atas individu bergantung kepada keyakinan, keberkesanan dan

kebijaksanaan seseorang itu mengasingkan dan menentukan tujuan dan matlamat hidup ini.

Hakikat ini perlu disedari oleh pelatih- pelatih Sekolah Henry Gurney jika mereka ingin berjaya

dalam kehidupan mereka. Oleh itu dalam konteks ini, untuk meningkatkan tahap keyakinan

pelatih terhadap bidang kemahiran yang diceburi untuk diaplikasikan dalam dunia pekerjaan,

motivasi merupakan satu unsur yang paling penting yang memainkan peranan bagi seseorang

individu untuk mendapatkan keyakinan yang tinggi.

Pendedahan dalam segala bentuk teknologi terkini adalah penting kepada pelatih kerana ia dapat

mendorong minat mereka. Ini secara tidak langsung membantu kesinambungan pembelajaran

kemahiran yang diikuti di masa akan datang. Blair (1994) menyatakan, adanya hubungkait di

antara bidang kemahiran yang dipelajari oleh pelatih di sekolah ini dengan pendedahan

perkembangan teknologi dimana ia merupakan satu keperluan dan menambah minat pelatih

terhadap bidang kemahiran vokasional.

KESIMPULAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Hasil kajian ini mendapati matlamat utama program latihan kemahiran vokasional yang

dijalankan dalam memberi peluang kepada pelatih- pelatih untuk mendapatkan ilmu serta

kemahiran yang berkaitan untuk digunakan selepas tamat tempoh penahanan adalah sangat

bertepatan dalam memperkasakan sistem pendidikan kemahiran keatas golongan juvana.

Kaedah yang sesuai dan penyampaian modul pengajaran yang berkesan akan membantu pelatih

memperolehi tahap kemahiran yang sewajarnya. Ini secara tidak langsung dapat melahirkan

Kertas ini dibentangkan dalam Seminar Pendidikan Teknik & Vokasional kali ke 3TVE09, anjuran Fakulti

Pendidikan dengan kerjasama Sekolah Pendidikan Profesional & Pendidikan Berterusan, Universiti

Teknolgi Malaysia pada 9 – 10 Disember di Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor.

pelatih yang berkemahiran tinggi dan mampu menghadapi segala bentuk cabaran atau persaingan

di alam pekerjaan apabila mereka bebas kelak.

Berdasarkan kepada dapatan yang telah diperolehi, beberapa implikasi adalah seperi berikut:

1. mewujudkan satu set modul latihan kemahiran vokasional dan pendidikan ala keusahawanan

sepanjang hayat seperti Modul Lifelong Entrepreneurship Education yang telah

diperkenalkan di Universiti Ohio pada tahun 1989 dengan membuat sedikit perubahan

mengikut kesesuaian kurikulum kemahiran yang dijalankan di Malaysia.

2. Mewujudkan satu program yang berteraskan bimbingan dalam usaha memotivasikan pelatih

dan meningkatkan daya usaha pelatih terhadap latihan kemahiran vokasional yang

dijalankan.

3. Langkah yang diambil oleh CIDB yang menganjurkan kursus sepenuh masa kepada pelatih-

pelatih pusat pemulihan secara percuma ini patut diteruskan dan diperluaskan skop bidang

yang ditawarkan. Ini akan membantu mengurangkan pergantungan negara kepada buruh

asing.

4. Pihak CIDB juga boleh bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menyediakan tenaga

pengajar yang berkebolehan dan berkaliber dalam usaha melahirkan tenaga pengajar yang

mahir dan komited terhadap tugasnya.

RUJUKAN

Ahmad Abu Hassan. (1997). Wajarkah Undang- Undang Juvana Dikaji Semula?. Dewan

Masyarakat. Disember. 50-52

Ashmore. (1989). Lifelong Entrepreneur Education Module. Ohio.University of Ohio.

Azizi Yahya, Yusof Boon, Jamaludin Ramli. (2004). Psikologi Sosial. Skudai. Penerbit

Universiti Teknologi Malaysia.

Kertas ini dibentangkan dalam Seminar Pendidikan Teknik & Vokasional kali ke 3TVE09, anjuran Fakulti

Pendidikan dengan kerjasama Sekolah Pendidikan Profesional & Pendidikan Berterusan, Universiti

Teknolgi Malaysia pada 9 – 10 Disember di Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor.

Bahagian Teknik Dan Vokasional. (1988). Kurikulum Sekolah Menengah Vokasional.

Kementerian Pendidikan. Kuala Lumpur.

Berita Harian (2005). Jenayah Juvana Membimbangkan. September 7.

Berita Nasional Malaysia (2009). Masyarakat Perlu Bantu Kurangkan Kes Juvana. April 4.

Blair, Glenn Myers. (1994). Educational Psychology. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan

Pustaka.

Crow, L.D dan Crow, L (1980). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Ginzberg. F., (1952). The Motivation To Work. Inc. New York : John Willey and Son.

Graziano, A. M. & Raulin, M. L. (2004). Research Methods: A Process of Inquiry. Boston:

Allyn and Bacon.

Malaysia (1991). Women And Girls Protection Act, 1973 ( Act 106) & Akta Perlindungan

Wanita Dan Gadis ( Akta 106). : P.U. (a) 193/1985 & Akta A664.

Malaysia (1997). Juvenile Courts Act 1947 (Act 90) & Akta Mahkamah Juvana 1947 (Akta 900:

Ord. 39/1951.

Nurmi, Poole dan Kalakoski (1996). “Age Differences in Adolescent Identity Exploration and

Comitment in Urban and Rural Environment.” Journal of Adolescene. 19.443 – 452.

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia. (Julai 2006). CIDB Memberi Pengiktirafan. Kuala

Lumpur.

Polis Di Raja Malaysia (2008). Statistik Juvana di Malaysia.

Kertas ini dibentangkan dalam Seminar Pendidikan Teknik & Vokasional kali ke 3TVE09, anjuran Fakulti

Pendidikan dengan kerjasama Sekolah Pendidikan Profesional & Pendidikan Berterusan, Universiti

Teknolgi Malaysia pada 9 – 10 Disember di Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor.

Rohana Johar. (2001). Gejala Gengterisme Di Kalangan Pelajar : Satu Tinjauan Di Sekolah

Henry Gurney. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Rozman Hj. Din (1998). Minda: Satu Kurniaan Yang Terabai. Kuala Lumpur : Utusan

Publications and Distribution Sdn. Bhd.

Siti Khalijah Mat Amin (1983). Pemulihan Kanak- Kanak Nakal : Satu Kajian Di Sekolah Laki-

Laki Taiping. Univeristi Kebangsaan Malaysia : Tesis Sarjana Muda.

Saifuddin Abdullah (2001). Pendidikan Vokasional Perlu Seimbang Akademik. Berita Harian.

September 11.

Statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (2002).

Tuckman, Bruce W. (1978). Conducting Educational Research. New York. Harcourt Brace

Javanovich.

Tun Mohammad Dzaiddin Ahmad. (Rabu, 2 Oktober 2002). Pembentangan Kertas Kerja

Pindaan Undang- Undang Juvana. Petaling Jaya. Sunday Star.