Proposal Dewan

16
KERTAS CADANGAN/DEWAN SERBAGUNA/SMK PUTATAN /2008 KERTAS CADANGAN DEWAN SERBAGUNA SMK PUTATAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTATAN, KOTA KINABALU SABAH. SMK PUTATAN/GEMILANG 2010

description

PEMBANGUNAN FIZIKAL

Transcript of Proposal Dewan

Page 1: Proposal Dewan

KERTAS CADANGAN/DEWAN SERBAGUNA/SMK PUTATAN /2008

KERTAS CADANGAN

DEWAN SERBAGUNA SMK PUTATAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTATAN, KOTA KINABALU SABAH.

SMK PUTATAN/GEMILANG 2010

Page 2: Proposal Dewan

KERTAS CADANGAN/DEWAN SERBAGUNA/SMK PUTATAN /2008

Bil Isi Kandungan Muka Surat

1

2

4

5

Pengenalan

Rasional Pembinaan Dewan Serbaguna

Ahli Jawatankuasa Program

Kesimpulan

2

5

7

11

SMK PUTATAN/GEMILANG 2010

Page 3: Proposal Dewan

KERTAS CADANGAN/DEWAN SERBAGUNA/SMK PUTATAN /2008

KERTAS CADANGAN

PEMBINAAN DEWAN SERBAGUNA

__________________________________

Pengenalan

SMK Putatan merupakan antara sekolah yang memiliki reputasi hebat dalam

aspek pengurusan sekolah dan penglibatan dalam aktiviti luar, dengan

prestasi akademik yang juga sangat menggalakkan.

Menyedari hakikat dan tanggungjawab bagi mengekalkan kecemerlangan

tersebut, AJK Pengurusan Sekolah mengambil inisiatif mengemukakan kertas

cadangan pembinaan dewan ini sebagai usaha memperkasakan aktiviti

berorientasikan pelajar dan seluruh warga sekolah agar impak besarnya nanti

memberi makna kepada segenap lapisan komuniti SMK Putatan. Kita optimis

terhadap perkembangan potensi, kemajuan jasmani dan keluhuran rohani di

kalangan pelajar sekolah ini. Justeru itu, dewan serbaguna tersebut akan

digunakan sebagai mekanisma yang kondusif bagi membentuk wadah

generasi pelajar yang kukuh jati diri serta nilai kemanusiaannya. Segala

aktiviti yang cenderung mengkordinasi bakat-psikomotor, minat-afektif dan

kritis-analisis akan digilap swadaya mungkin demi membina masa depan

unggul di kalangan pelajar sekolah ini.

SMK PUTATAN/GEMILANG 2010

Page 4: Proposal Dewan

KERTAS CADANGAN/DEWAN SERBAGUNA/SMK PUTATAN /2008

Dewan Serbaguna SMK Putatan akan menjadi tempat pertemuan, medan

mesyuarat atau kursus pelajar peringkat tertinggi, dan venu gelanggang

sukan bertaraf kebangsaan yang bakal mengangkat nama sekolah ini ke

mercu kejayaan; segandingan dengan rakan-rakan lain di daerah Penampang

seperti SMK Datuk Peter Mojuntin dan SM St. Micheal.

Kedudukan SMK Putatan yang strategik pula boleh dan telah dimanfaatkan

secara intensif oleh agensi kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan untuk

mengadakan pertemuan, kursus, seminar dan hal-hal lain yang berkaitan.

Bagaimanapun sesuai dengan usia pembinaan sekolah sejak 1980-an,

sangat menyedihkan SMK Putatan belum memiliki Dewan Serbagunanya

sendiri. Keadaan ini adakalanya menjejaskan tempo pengajaran-

pembelajaran, terutamanya pelajar yang berlatih, beriadah dan guru-guru

yang mengajar Pendidikan Jasmani (PJ).

Oleh hal yang demikian, pihak pengurusan sekolah mencadangkan agar

sebuah Dewan Serbaguna dibina bagi memenuhi aspirasi pembangunan

modal insan di peringkat sekolah, fasiliti komuniti bestari yang boleh

digunakan bersama, dan sebagai pemangkin kemajuan sosio-budaya negara

bertaraf dunia. Dewan Serbaguna itu juga akan menjadi venue untuk aktiviti

sukan dan permainan di sekolah/daerah ini. Realitinya, gelanggang itu nanti

SMK PUTATAN/GEMILANG 2010

Page 5: Proposal Dewan

KERTAS CADANGAN/DEWAN SERBAGUNA/SMK PUTATAN /2008

akan dimanfaatkan sebagai padang permainan futsal, hoki, bola baling, bola

tampar, bola jaring, bola keranjang dan lain-lain.

SMK Putatan pernah melahirkan beberapa atlit dan ahli sukan yang

telah mewakili negeri dan pasukan kebangsaan. Rosdin Wasli (Bola Sepak),

Asli Udin (Angkat Berat), Darwin Tony (Olahraga) dan beberapa nama lain,

adalah antara personaliti sukan tempatan yang mendapat asas kemahiran

masing-masing di sekolah ini. Kita optimis dengan kemudahan dewan yang

akan dibina kelak, di samping kredibiliti serta komitmen guru-guru penasihat,

lebih ramai lagi bakat sukan dan permainan berprestasi tinggi mampu

dilahirkan.

Rasional

Alasan untuk pembinaan dewan ini ialah institusi sekolah harus bertindak

balas terhadap keadaan dan peristiwa yang berlaku dalam masyarakat.

Sebagai sebuah organisasi dalam komuniti, SMK Putatan perlu berkembang,

SMK PUTATAN/GEMILANG 2010

Page 6: Proposal Dewan

KERTAS CADANGAN/DEWAN SERBAGUNA/SMK PUTATAN /2008

matang dan menyesuaikan keadaannya pada perubahan dalaman dan juga

luaran. Seterusnya, pembinaan dewan ini perlu dilakukan kerana :

1. SMK Putatan menjadi tumpuan masyarakat setelah dinobatkan sebagai

Sekolah Harapan Negara Peringkat Negeri 2005.

2. SMK Putatan telah dipilih sebagai wakil Pertandingan 3K Peringkat

Kebangsaan 2003.

3. SMK Putatan sering menjadi Johan Pertandingan Bola Jaring,

BolaTampar, Hoki peringkat MSSD dan MSSG.

4. SMK Putatan sentiasa diberikan kepercayaan menganjurkan

pertandingan sukan dan permainan peringkat daerah, gabungan dan

negeri. Kita terpaksa menyewa gelanggang diluar dan menampung kos

penganjuran sepenuhnya.

5. Dewan tersebut akan menjadi satu ‘Benchmark’ kemajuan sukan SMK

Putatan menjelang 2010 dan melahirkan atlit berprestasi tinggi.

Seterusnya, menjadi pusat aktiviti sukan permainan yang boleh menjana

sumber kewangan persatuan masing-masing.

6. Perbelanjaan besar untuk menyewa tempat serta peralatan bagi

melaksanakan acara rasmi sekolah seperti Majlis Anugerah Cemerlang,

Mesyuarat PIBG, Kursus Perkembangan Staf; boleh dijimatkan dan

sebaliknya digunakan untuk tabung kebajikan pelajar.

SMK PUTATAN/GEMILANG 2010

Page 7: Proposal Dewan

KERTAS CADANGAN/DEWAN SERBAGUNA/SMK PUTATAN /2008

7. Ia juga akan dijadikan sebagai Dewan Terbuka untuk tujuan

perhimpunan pelajar, aktviti persatuan dan pusat latihan kecergasan

fizikal para atlit/peserta menjelang sesuatu pertandingan/kejohanan.

8. Gelanggang dewan tersebut akan juga direalisasikan sebagai fasiliti

untuk Program Sukan Komuniti, Sukan Massa dan sebagainya.

9. Keselamatan, keselesaan dan persekitaran dewan yang menarik akan

meningkatkan lagi prestasi akademik, kokurikulum serta sukan di

sekolah / daerah ini.

10. Kursus dan seminar PMR, SPM dan STPM yang biasanya dijalankan

di dewan makan, memberikan suasana pembelajaran yang kurang

kondusif serta menjejaskan minat/tumpuan pelajar. Masalah tersebut

boleh diselesaikan dengan adanya sebuah dewan besar yang lebih

selesa lagi menyenangkan.

SMK PUTATAN/GEMILANG 2010

Page 8: Proposal Dewan

KERTAS CADANGAN/DEWAN SERBAGUNA/SMK PUTATAN /2008

SMK PUTATAN/GEMILANG 2010

Page 9: Proposal Dewan

KERTAS CADANGAN/DEWAN SERBAGUNA/SMK PUTATAN /2008

SMK PUTATAN/GEMILANG 2010

Page 10: Proposal Dewan

KERTAS CADANGAN/DEWAN SERBAGUNA/SMK PUTATAN /2008

SMK PUTATAN/GEMILANG 2010

Page 11: Proposal Dewan

KERTAS CADANGAN/DEWAN SERBAGUNA/SMK PUTATAN /2008

SMK PUTATAN/GEMILANG 2010

Page 12: Proposal Dewan

KERTAS CADANGAN/DEWAN SERBAGUNA/SMK PUTATAN /2008

SMK PUTATAN/GEMILANG 2010

Page 13: Proposal Dewan

KERTAS CADANGAN/DEWAN SERBAGUNA/SMK PUTATAN /2008

Kesimpulan

Berdasarkan pemeriksaan dan tinjauan yang dilakukan oleh penyelaras sukan

sekolah, Unit kokurikulum mendapati kerja menaiktaraf gelanggang

permainan berkenaan perlu dilaksanakan seperti yang dirancang. Dengan

terlaksananya kerja penarafan ini, juga diharap dapat mengekalkan

pandangan baik masyarakat luar terhadap status SMK Putatan; di samping

memberi keceriaan baru kepada seluruh warga sekolah. Kertas cadangan

yang dikemukakan ini diharap akan mendapat perhatian dan pertimbangan

sewajarnya daripada pihak yang berkenaan.

SMK PUTATAN/GEMILANG 2010

Page 14: Proposal Dewan

KERTAS CADANGAN/DEWAN SERBAGUNA/SMK PUTATAN /2008

Cadangan-cadangan spek kerja menaiktaraf gelanggang bola

keranjang sekolah

Bil Butir-Butir Keluasan Amaun (RM)

1

2

3

4

5

Kerja-kerja mengikis

Kikis permukaan simen

gelanggang yang dilepa, basuh

dan membaiki semua retakan.

Kerja-kerja menyimen

Sediakan permukaan, bancuh

dan ratakan simen pada seluruh

kawasan gelanggang.

Kerja-kerja memasang

‘coating’

Sediakan permukaan, cuci dan

bersih. Sapukan lapisan ‘coating’

pada seluruh kawasan

gelanggang.

Kerja-kerja menanda

Ukur dan tanda garisan

gelanggang mengikut jenis

permainan:

Bola Keranjang

Bola Tampar

Bola Baling

Sepak Takraw

Futsal

Badminton

SMK PUTATAN/GEMILANG 2010

Page 15: Proposal Dewan

KERTAS CADANGAN/DEWAN SERBAGUNA/SMK PUTATAN /2008

Bola Jaring

Kerja-kerja berkaitan

Sediakan rangka bulatan jaring,

tiang gol, tiang sokongan dan

sebagainya

SMK PUTATAN/GEMILANG 2010

Page 16: Proposal Dewan

KERTAS CADANGAN/DEWAN SERBAGUNA/SMK PUTATAN /2008

Lampiran Bergambar

Kesimpulan

SMK PUTATAN/GEMILANG 2010

Page 17: Proposal Dewan

KERTAS CADANGAN/DEWAN SERBAGUNA/SMK PUTATAN /2008

Berdasarkan pemeriksaan dan tinjauan yang dilakukan oleh penyelaras sukan

sekolah, Unit kokurikulum mendapati kerja menaiktaraf gelanggang

permainan berkenaan perlu dilaksanakan seperti yang dirancang. Dengan

terlaksananya kerja penarafan ini, juga diharap dapat mengekalkan

pandangan baik masyarakat luar terhadap status SMK Putatan; di samping

memberi keceriaan baru kepada seluruh warga sekolah. Kertas cadangan

yang dikemukakan ini diharap akan mendapat perhatian dan sokongan

daripada pihak yang berkenaan.

SMK PUTATAN/GEMILANG 2010