Prosedur Bateri Ujian Kemahiran Servis AAHPERD

download Prosedur Bateri Ujian Kemahiran Servis AAHPERD

of 4

description

bateri ujian

Transcript of Prosedur Bateri Ujian Kemahiran Servis AAHPERD

Prosedur Bateri Ujian Kemahiran Servis AAHPERDObjektif : Mengukur tahap penguasaan murid dalam kemahiran servis bola tampar melalui Bateri Ujian Kemahiran Servis AAHPERD.Sasaran : 25 orang murid tahun 6 Perdana SKKP2Alatan : Gelanggang Bola Tampari. Bola Tamparii. Kon Keciliii. Pita ukuriv. Borang skor ujianProsedur ujian ;1. Peserta berdiri dalam keadaan bersedia untuk melakukan servis di kawasan yang telah ditetapkan.2. Peserta melakukan servis sebanyak 10 kali percubaan secara bergilir-gilir (underhand servis)3. Bola yang menyentuh antenna atau jatuh di luar kawasan diberi skor kosong4. Markah dikira berdasarkan bola jatuh di kawasan markah yang telah ditetapkan seperti dalam gambar rajah (Lampiran D)

Pemarkahan : Skor adalah jumlah mata dari 10 kali percubaan servis baah tangan. Skor sempurna adalah 50 mata berdasarkan norma pemarkahan AAHPERD (Lampiran E)2.2.1 Analisis Ujian PraSetelah selesai menjalankan ujian, semua markah yang diperoleh daripada setiap responden telah saya analisis berdasarkan norma pemarkahan Bateri Ujian AAHPERD. Ujian ini telah dijalani oleh 25 orang responden dari Tahun 6 Perdana. Hasil ujian pra mendapati, enam orang responden telah mendapat skor bawah daripada 50 persentile. Berikut adalah data hasil daripada ujian pra.

Rajah 1 Analisis Ujian Pra

Berdasarkan rajah graf di atas, responden 1, 3 dan 6 hanya mendapat skor 5 persentile sahaja. Manakala responden 2, 4, dan 5 mendapat skor 25 persentile. Kesemua skor tersebut berada di bawah 50 persentile. Ini membuktikan bahawa mereka tidak dapat menguasai kemahiran servis bawah tangan bola tampar.Jadual 1Pemerhatian Ujian PraBilAspekSila Tandakan ( / )Catatan

YaTidak

1.Bola di hadapan badan sebelah kanan/ kiri, selari dengan tangan kanan/ kiri ( / )3 orang murid melakukannya.

2.Berdiri dengan satu kaki di hadapan (kaki bukan dominan) dan satu kaki di belakang (kaki dominan) ( / )2 orang murid melakukannya.

3.Lutut kedua-dua belah kaki dibengkokkan sedikit ( / )2 orang murid membengkokkan sedikit lutut

4.Badan dicondongkan sedikit ( / )

5.Bola dilambungkan sedikit ( / ) 4 orang murid melakukannya tetapi agak tinggi lambungannya.

6.Hayunkan tangan yang memukul dari belakang hingga menyentuh bola. ( / )Semua murid melakukannya.

7.Sentuh / kontak bola disisi badan ( / )3 orang murid tidak melakukannya

8.Mata pandang bola semasa tangan kontak dengan bola ( / ) Mata responden tidak pandang kepada bola semasa kontak dengan tangan.

Jadual 1 di atas menunjukkan hasil pemerhatian yang dibuat semasa ujian pra dilaksanakan. Aspek yang diperhatikan adalah teknik lakuan kemahiran servis bawah tangan. Data yang terdapat didalam jadual tersebut merupakan 6 orang murid yang mendapat markah kurang daripada 50 persentile. Data tersebut menunjukkan keenam-enam orang murid tersebut tidak menguasai kemahiran servis bawah tangan yang telah diajar sekaligus membuktikan masalah ini benar-benar wujud. Sebagai seorang guru saya bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah tersebut.