Prosiding Buku

7
MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN HURUF BESAR Mohamad Noor Faizi Bin Abu Hassan Tn. Hj. Mohammad Shamsudin Bin Jamiran Abstrak Kajian ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan penguasaan penggunaan huruf besar pada awal ayat, selepas noktah dan pada kata nama. Responden kajian ini terdiri daripada lima orang murid tahun 4 Kekwa dari Sekolah Kebangsaan Tohoi, Gua Musang, Kelantan. Kajian ini dijalankan menggunakan reka bentuk kajian tindakan yang menggunakan model Kurt Lewin (1946). Data-data yang diperoleh telah dianalisis secara kualitatif disamping menggunakan kaedah kuantitatif bagi data-data ujian. Tindakan- tindakan yang dilaksanakan adalah seperti Ulang Sampai Ingat , Mari Cantum Saya dan Baca, Warna Dan Tulis . Instrumen utama kajian yang digunakan ialah ujian pra dan ujian pos. Dapatan kajian ini telah menunjukkan peningkatan pencapaian murid dalam penguasaan penggunaan huruf besar daripada 4 peratus (purata keseluruhan ujian pra) kepada 55.2 peratus (purata keseluruhan ujian pos). Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tindakan Baca, Warna dan Tulis merupakan tindakan yang paling berkesan dalam meningkatkan penguasaan penggunaan huruf besar. Hasil kajian menunjukkan bahawa penguasaan penggunaan huruf besar boleh ditingkatkan. Pengenalan Kemahiran menulis pada asasnya adalah merujuk kepada kemahiran murid menulis perkataan, ayat serta mengeluarkan pelbagai idea dalam pelbagai bentuk penulisan yang memberi penekanan terhadap penguasaan aspek tatabahasa yang baik dalam kalangan murid. Salah satu unsur tatabahasa yang terangkum dalam bidang morfologi ialah aspek tanda baca. Aspek tanda baca adalah aspek yang sering diabaikan kepentinganya hingga menyebabkan markah sesebuah penulisan itu terutamanya sewaktu peperiksaan berkurangan. Asmah dan Arbak Othman (1981) dalam kajianya mendapati bahawa kesalahan bahasa ialah penggunakan bahasa yang terkeluar daripada standard. Kesilapan bahasa boleh berlaku melalui pelbagai kesalahan tatabahasa. Hal ini sebenarnya dapat dielakkan jika murid dapat menguasai aspek tanda baca terutamanya terhadap penggunaan huruf besar pada pangkal ayat, selepas noktah dan pada kata nama khas. Yahya Othman (2005) berpendapat bahawa menulis adalah proses penyaluran ilmu, idea atau maklumat secara bersistem. Hal ini turut mengambil kira kepentingan penggunaan huruf besar di tempat yang betul kerana fungsi huruf besar itu sebenarnya berupaya memberi maklumat yang tepat dan mengelakkan kekeliruan terutamanya terhadap kata nama khas dengan golongan kata yang lain. Penyataan ini sebenarnya merupakan satu cabaran kepada golongan pendidikan kerana tugas untuk meningkatkan penguasaan menulis dengan betul berada di atas bahu guru. Menurut Awang Mohd Amin (1992) menyatakan kesalahan bahasa berlaku akibat faktor extralinguistic, seperti lupa terhadap peraturan yang dipelajari disebabkan terlalu banyak peraturan dalam satu- satu bahasa, ganguan emosi, kelalaian semasa proses penerimaan, dan kekurangan latihan yang betul-betul berkesan. Maka, kajian tindakan ini amat perlu supaya kesalahan penulisan huruf besar yang menyebabkan ayat tidak gramatis dan terkeluar daripada standard tidak timbul. Fokus Kajian Berdasarkan kepada masalah yang dihadapi murid di kelas tahun 4 Kekwa, dapat dirumuskan bahawa masalah penguasaan murid terhadap penulisan huruf besar di pangkal ayat, selepas noktah dan pada kata nama khas adalah masalah yang perlu diberi tumpuan dan diambil sebagai fokus kajian tindakan. Ini adalah berdasarkan kepada pencapaian murid yang lemah, adalah amat merugikan jika murid gagal mendapat markah yang baik sewaktu membina ayat hanya kerana gagal menulis huruf besar dengan betul di pangkal ayat, selepas noktah dan juga pada kata nama khas. Hal ini kerana murid-murid mengambil ringan terhadap penulisan huruf besar di tempat yang betul dan juga leka sewaktu membina ayat hingga menyebabkan kesalahan ini sering berlaku. Sebenarnya masalah penggunaan huruf besar ini merupakan masalah yang kecil jika berada di sekolah di luar pedalaman tetapi merupakan masalah yang boleh

description

nota

Transcript of Prosiding Buku

Page 1: Prosiding Buku

MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN HURUF BESAR

Mohamad Noor Faizi Bin Abu Hassan

Tn. Hj. Mohammad Shamsudin Bin Jamiran

Abstrak

Kajian ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan penguasaan penggunaan huruf besar pada awal ayat, selepas noktah dan pada kata nama. Responden kajian ini terdiri daripada lima orang murid tahun 4 Kekwa dari Sekolah Kebangsaan Tohoi, Gua Musang, Kelantan. Kajian ini dijalankan menggunakan reka bentuk kajian tindakan yang menggunakan model Kurt Lewin (1946). Data-data yang diperoleh telah dianalisis secara kualitatif disamping menggunakan kaedah kuantitatif bagi data-data ujian. Tindakan-tindakan yang dilaksanakan adalah seperti “Ulang Sampai Ingat”, “Mari Cantum Saya” dan “Baca, Warna Dan Tulis”. Instrumen utama kajian yang digunakan ialah ujian pra dan ujian pos. Dapatan kajian ini telah menunjukkan peningkatan pencapaian murid dalam penguasaan penggunaan huruf besar daripada 4 peratus (purata keseluruhan ujian pra) kepada 55.2 peratus (purata keseluruhan ujian pos). Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tindakan “Baca, Warna dan Tulis” merupakan tindakan yang paling berkesan dalam meningkatkan penguasaan penggunaan huruf besar. Hasil kajian menunjukkan bahawa penguasaan penggunaan huruf besar boleh ditingkatkan.

Pengenalan

Kemahiran menulis pada asasnya adalah merujuk kepada kemahiran murid menulis perkataan, ayat serta mengeluarkan pelbagai idea dalam pelbagai bentuk penulisan yang memberi penekanan terhadap penguasaan aspek tatabahasa yang baik dalam kalangan murid. Salah satu unsur tatabahasa yang terangkum dalam bidang morfologi ialah aspek tanda baca. Aspek tanda baca adalah aspek yang sering diabaikan kepentinganya hingga menyebabkan markah sesebuah penulisan itu terutamanya sewaktu peperiksaan berkurangan. Asmah dan Arbak Othman (1981) dalam kajianya mendapati bahawa kesalahan bahasa ialah penggunakan bahasa yang terkeluar daripada standard. Kesilapan bahasa boleh berlaku melalui pelbagai kesalahan tatabahasa. Hal ini sebenarnya dapat dielakkan jika murid dapat menguasai aspek tanda baca terutamanya terhadap penggunaan huruf besar pada pangkal ayat, selepas noktah dan pada kata nama khas.

Yahya Othman (2005) berpendapat bahawa menulis adalah proses penyaluran ilmu, idea atau maklumat secara bersistem. Hal ini turut mengambil kira kepentingan penggunaan huruf besar di tempat yang betul kerana fungsi huruf besar itu sebenarnya berupaya memberi maklumat yang tepat dan mengelakkan kekeliruan terutamanya terhadap kata nama khas dengan golongan kata yang lain. Penyataan ini sebenarnya merupakan satu cabaran kepada golongan pendidikan kerana tugas untuk meningkatkan penguasaan menulis dengan betul berada di atas bahu guru. Menurut Awang Mohd Amin (1992) menyatakan kesalahan bahasa berlaku akibat faktor extralinguistic, seperti lupa terhadap peraturan yang dipelajari disebabkan terlalu banyak peraturan dalam satu-satu bahasa, ganguan emosi, kelalaian semasa proses penerimaan, dan kekurangan latihan yang betul-betul berkesan. Maka, kajian tindakan ini amat perlu supaya kesalahan penulisan huruf besar yang menyebabkan ayat tidak gramatis dan terkeluar daripada standard tidak timbul.

Fokus Kajian

Berdasarkan kepada masalah yang dihadapi murid di kelas tahun 4 Kekwa, dapat dirumuskan bahawa masalah penguasaan murid terhadap penulisan huruf besar di pangkal ayat, selepas noktah dan pada kata nama khas adalah masalah yang perlu diberi tumpuan dan diambil sebagai fokus kajian tindakan. Ini adalah berdasarkan kepada pencapaian murid yang lemah, adalah amat merugikan jika murid gagal mendapat markah yang baik sewaktu membina ayat hanya kerana gagal menulis huruf besar dengan betul di pangkal ayat, selepas noktah dan juga pada kata nama khas. Hal ini kerana murid-murid mengambil ringan terhadap penulisan huruf besar di tempat yang betul dan juga leka sewaktu membina ayat hingga menyebabkan kesalahan ini sering berlaku. Sebenarnya masalah penggunaan huruf besar ini merupakan masalah yang kecil jika berada di sekolah di luar pedalaman tetapi merupakan masalah yang boleh diumpamakan sebagai barah yang masih gagal diatasi dan dialami pada setiap tahun di sekolah yang berada di pedalaman dan terutamanya di sekolah yang saya berada kini. Seperti yang diketahui umum, dalam penulisan terutamanya sewaktu membina ayat, tanda baca merupakan

Page 2: Prosiding Buku

perkara yang sering diabaikan dan penggunaan huruf besar dengan betul sering diambil ringan. Ini menyebabkan ayat yang dibina adalah salah walaupun mempunyai struktur ayat yang lengkap.

Objektif Kajian

i. Meningkatkan penguasaan menulis huruf besar dengan betul.

ii. Mengenal pasti tindakan yang paling berkesan dalam meningkatkan penguasaan menulis huruf besar pada pangkal ayat, selepas noktah dan pada kata nama khas.

Soalan Kajian

i. Adakah penguasaan menulis huruf besar dengan betul dapat ditingkatkan?

ii. Manakah tindakan yang paling berkesan dalam meningkatkan penguasaan menulis huruf besar pada pangkal ayat, selepas noktah dan juga pada kata nama khas?

Sorotan Kajian

Masalah berkaitan penggunaan huruf besar dalam kalangan murid sekolah rendah adalah salah satu masalah yang telah banyak dikaji dan dibincangkan oleh pelbagai pihak terutamanya yang terlibat dalam pendidikan di malaysia. Antaranya ialah yang pertama, Cristy Maikol (2012) dalam kajian beliau bertajuk “Meningkatkan Penguasaan Penulisan Huruf Besar” telah menjalankan kajian di Sekolah Kebangsaan Kampung Kandis, Pasir Puteh di negeri Kelantan. Di dalam kajian beliau, lima orang murid telah dikesan mengalami masalah memahami konsep dan fungsi huruf besar dalam penulisan. Dengan menggunakan strategi bimbingan, latihan ansur maju dan latih tubi, masalah murid berkenaan berjaya diatasi.

Zailan (2005) turut menyentuh mengenai masalah penggunaan huruf besar dalam kajian beliau yang bertajuk “Besar dan Kecil” yang telah membincangkan mengenai masalah seorang murid tahun lima yang menghadapi masalah menulis huruf besar di tengah-tengah perkataan bagi sesetengah perkataan. Melalui pelaksanaan tindakan bimbingan secara intensif yang telah dijalankan, murid berkenaan telah menunjukan kejayaan dalam kemahiran menulis mekanis.

Senia (2003) telah menjalankan kajian mengenai permasalahan huruf besar ini dalam kajian beliau yang bertajuk “ Menangani Masalah Mengenal Dan Menyebut Huruf Besar Seorang Murid Tahun Empat Dengan Pendekatan Latih Tubi” di Sekolah Kebangsaan Munggu Bringin. Hasil dapatan beliau menunjukkan bahawa terdapat peningkatan yang memberangsangkan daripada segi kebolehan menyebut dan mengingati huruf-huruf besar terhadap responden yang dikaji.

Zakariah (1994) yang bertajuk “Mengatasi Masalah Kesalahan Tanda Baca Di Kalangan Murid Tahap Dua (Tahun 4)”. Dalam kajian beliau, beliau mendapati bahawa bimbingan, latihan dan ujian yang dilaksanakan amat membantu murid-murid untuk menguasai tanda baca dengan memuaskan. Kajian ini turut mengesan bahawa masalah ini timbul kerana guru tidak menerangkan kepada murid dengan sejelas-jelasnya fungsi sesuatu tanda baca.

Perancangan dan Pelaksanaan Tindakan

Reka bentuk kajian

Kajian ini dijalankan menggunakan reka bentuk kajian tindakan yang menggunakan model Kurt Lewin (1946). Data-data yang diperoleh telah dianalisis secara kualitatif disamping menggunakan kaedah kuantitatif bagi data-data ujian Menurut Lewin (1946), kajian tindakan bermula dengan wujudnya satu idea umum dan kemudian data dipungut untuk menjelaskan atau merungkai sesuatu permasalahan yang wujud. Ini sebenarnya membolehkan satu pelan dapat dihasilkan untuk mencapai objektif yang dikenal pasti bersama dengan keputusan tentang langkah-langkah pertama yang perlu dijalankan. Empat langkah asas iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek.

Page 3: Prosiding Buku

Kumpulan sasaran

Kajian tindakan yang dijalankan ini dilakukan di Sekolah Kebangsaan Tohoi yang merupakan salah sebuah sekolah asli yang berada di dalam pedalaman daerah Gua Musang di negeri Kelantan. Jarak sekolah ini dari bandar Gua Musang ialah sejauh 40 kilometer. Jalan untuk ke sekolah ini adalah menggunakan laluan lori balak dan jarak jalan bertanah merah ini dari jalan utama ialah sejauh hampir 18 kilometer. Jumlah keseluruhan murid di sekolah ini ialah berjumlah 251 orang murid tetapi jumlah yang sebenar hadir ke sekolah adalah lebih rendah kerana faktor jarak kampung yang jauh dari sekolah hingga menyebabkan murid yang berada jauh di sekolah tidak hadir ke sekolah hingga berbulan-bulan lamanya. Sekolah ini merupakan sekolah yang mempunyai hampir keseluruhan muridnya merupakan murid kaum Asli. Murid di sekolah ini terbahagi kepada dua iaitu golongan murid yang tinggal di asrama yang merupakan murid yang rumah mereka berada jauh daripada kawasan sekolah dan juga golongan murid yang tinggal di kampung berhampiran dengan sekolah. Sepanjang praktikum, saya telah ditugaskan untuk memikul tanggungjawab mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di tahun 4 Kekwa. Dalam tahun 4 Kekwa ini terdapat murid yang berdaftar seramai empat puluh dua orang tetapi yang berada di dalam kelas hanyalah hampir tiga puluh orang sahaja. Ini kerana kebanyakan murid tidak hadir ke sekolah dalam tempoh masa yang panjang.

Pelaksanaan tindakan

Jadual 1: Pelaksanaan tindakan

Bil Tarikh Aktiviti tindakan1 6 Mac 2013 Pelaksanaan Ujian Diagnostik2 10 Julai 2013 Pelaksanaan Ujian Pra3 14-15 Julai 2013 Pelaksanaan Tindakan 14 21-22 Julai 2013 Pelaksanaan Tindakan 25 28-29 Julai 2013 Pelaksanaan Tindakan 36 1 Ogos 2013 Pelaksanaan Ujian Pos

14-15 Julai 2013 Tindakan 1: “Ulang Sampai Ingat”

Aktiviti Menyalin kembali ayat yang menggunakan penggunaan huruf besar dengan betul di pangkal ayat, selepas noktah dan juga pada kata nama khas sebanyak 10 kali.

21-22 Julai 2013 Tindakan 2: “Mari Cantum Saya”

Aktiviti Menyusun keratan kad yang mengandungi penggunaan huruf besar yang betul di pangkal ayat, selepas noktah dan juga pada kata nama khas.

28-29 Julai 2013 Tindakan 3: “Baca, Warna dan Tulis”

Aktiviti Membaca ayat, mewarnakan huruf dan menyalin kembali ayat dengan penggunaan huruf besar dengan betul

Rajah 1 : Carta alir pelaksanaan tindakan

Page 4: Prosiding Buku

Dapatan Kajian

Jadual 2 : Rumusan perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos

Kod Murid Pencapaian Perbezaan

Ujian Pra Ujian Pos

Markah (%) Gred Markah (%) Gred Peratus(%)

M1 2 D 46 C 44

M2 0 D 60 B 60

M3 14 D 44 C 30

M4 4 D 80 A 76

M5 0 D 46 C 46

Purata 4 55.2 51.2

Jadual 2 menunjukkan purata markah yang didapati oleh semua murid pada ujian pra ialah hanya sebanyak 4 peratus, tetapi telah meningkat kepada jumlah 55.2 peratus pada ujian pos. Perbezaan purata markah ujian pra dan ujian pos yang telah didapati murid ialah sebanyak 51.2 peratus.

Murid 1 Murid 2 Murid 3 Murid 4 Murid 50%

10%

20%

30%

40%

50%

60%

70%

80%

90%

2% 0%

14%4% 0%

44%

60%

30%

80%

46%

Peratus ujian praPeratus Ujian pos

Rajah 2 : Perbandingan markah Ujian Pra dan Pos

Rajah 2 menunjukkan bahawa markah murid pada ujian pra telah meningkat pada ujian pos. Hal ini menunjukkan keseluruhan murid telah berjaya meningkatkan penguasaan penggunaan huruf besar dengan betul.

Page 5: Prosiding Buku

Jadual 3 : Rumusan perbandingan ujian tindakan 1, ujian tindakan 2 dan ujian tindakan 3

Kod Murid Pencapaian

Ujian Tindakan 1(%)

Gred

Ujian Tindakan 2(%)

Gred Ujian Tindakan 3(%)

Gred

M1 5 D 85 A 90 A

M2 10 D 65 B 85 A

M3 15 D 20 D 70 B

M4 10 D 55 C 85 A

M5 55 C 45 C 95 A

PURATA(%) 19 54 85

Jadual 3 menunjukkan perbandingan purata antara ujian tindakan 1, ujian tindakan 2 dan ujian tindakan 3. Pada ujian tindakan 1, purata markah yang didapati murid ialah sebanyak 19 peratus. Pada ujian tindakan 2 pula, berlaku penambahan jumlah purata markah yang didapati oleh murid iaitu berjumlah 54 peratus. Penambahan paling ketara ialah pada ujian tindakan 3, purata markah pada ujian ini ialah sebanyak 85 peratus. Berdasarkan kepada perbandingan purata markah antara ujian tindakan 1, ujian tindakan 2 dan ujian tindakan 3, maka tindakan yang paling berkesan untuk meningkatkan penguasaan penggunaan huruf besar pada pangkal ayat, selepas noktah dan pada kata nama khas ialah tindakan “Baca, Warna Dan Tulis”.

Perbincangan Dan Implikasi Kajian

Tindakan pertama yang telah dijalankan ialah “Ulang Sampai Ingat”. Tindakan ini sebenarnya adalah satu kaedah latih tubi . Melalui tindakan ini, peningkatan murid dapat dilihat dalam penguasaan penggunaan huruf besar dengan betul. Walaupun peningkatan penguasaan murid adalah sedikit pada tindakan pertama ini, tetapi setiap murid sudah mula menunjukkan peningkatan. Intervensi yang digunakan dalam tindakan ini telah menyokong kajian yang telah dijalankan Senia (2003) mengenai permasalahan huruf besar ini dalam kajian beliau yang bertajuk “ Menangani Masalah Mengenal Dan Menyebut Huruf Besar Seorang Murid Tahun Empat Dengan Pendekatan Latih Tubi” di Sekolah Kebangsaan Munggu Bringin. Hasil dapatan beliau menunjukkan bahawa berlaku penambahan yang memberangsangkan dalam penguasaan huruf besar oleh murid.

Tindakan kedua yang telah dijalankan dalam kajian ini ialah “Mari Cantum Saya”. Dalam pelaksanaan tindakan ini, empat orang murid telah berjaya berada di tahap pencapaian sederhana. Pelaksanaan tindakan menggunakan kotak dan kad sebagai medium telah berjaya menarik minta murid untuk melakukan aktiviti mencantumkan kad perkataan untuk menjadi sebuah ayat yang lengkap dengan penggunaan huruf besar yang betul.

Tindakan ketiga yang telah dijalankan dalam kajian ini ialah “Baca, Warna Dan Tulis”. Tindakan ini dijalankan untuk memilih tindakan yang paling berkesan untuk meningkatkan penguasaan penggunaan huruf besar dengan betul. Aktiviti pertama dalam tindakan ini ialah murid mendapat bimbingan secara terus daripada saya sambil membaca ayat yang diberi. Langkah kedua ialah murid akan mewarnakan huruf yang tidak menggunakan huruf besar dengan betul. Langkah ini untuk memberi murid kefahaman dan lebih mengenali penggunaan huruf besar dengan betul. Pelaksanaan tindakan ini hampir menyerupai kajian yang telah dijalankan oleh Cristy Maikol (2012) dalam kajian beliau bertajuk “Meningkatkan Penguasaan Penulisan Huruf Besar” telah menjalankan kajian di Sekolah Kebangsaan Kampung Kandis, Pasir Puteh di negeri Kelantan. Di dalam kajian beliau, lima orang murid telah dikesan mengalami masalah memahami konsep dan fungsi huruf besar dalam penulisan. Beliau turut menggunakan ansur maju dalam tindakan beliau dan masalah murid berkenaan berjaya diatasi.

Cadangan penambahbaikan

Kajian yang telah dilakukan ini merupakan masalah yang sering berlaku terhadap murid terutamanya di sekolah pedalaman. Sehubungan dengan itu, beberapa cadangan penambahbaikan telah diusulkan untuk membantu pengkaji-pengkaji pada masa hadapan. Pertama, masa tindakan yang diambil pada waktu persekolahan didapati tidak bersesuaian kerana berlaku kelewatan murid untuk datang ke tempat tindakan dijalankan terutamanya pada waktu selepas rehat. Cadangan saya untuk pengkaji seterusnya ialah melakukan tindakan pada masa selepas

Page 6: Prosiding Buku

waktu persekolahan. Ini boleh memastikan segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lebih teratur.

Selain itu, didapati bahawa tindakan latih tubi adalah kurang bersesuaian untuk murid yang merupakan murid Asli. Ini kerana murid saya menunjukkan tingkah laku seperti tidak mahu menulis terlalu banyak ayat berulang kali dan juga bersembang kerana jemu menulis terlalu banyak. Adalah diharapkan pengkaji seterusnya melakukan tindakan latih tubi ini dengan memberi peneguhan yang positif seperti memberi hadian kepada setiap murid yang berjaya melaksanakan semua aktiviti dengan sempurna.

Seterusnya, penambahbaikan yang perlu dalam kaedah yang dijalankan ialah penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK). Murid dalam kajian ini merupakan murid Asli yang berada jauh di pedalaman. Oleh demikian penggunaan TMK seperti penggunaan video pembelajaran, power point dan juga rakaman beserta audio boleh meningkatkan minat murid dalam mengikuti tindakan yang dijalankan. Selain itu, melalui pembelajaran TMK ini juga mampu memberi keputusan kajian yang lebih tinggi.

Rumusannya, segala tindakan yang dijalankan telah dilaksanakan terutamanya tindakan ketiga iaitu “Baca, Warna Dan Tulis” akan digunakan dalam membantu sesi pengajaran dan pemelajaran di dalam kelas. Ini adalah berdasarkan kepada hasil dapatan yang menunjukkan berlakunya peningkatan dalam penguasaan penggunaan huruf besar dengan betul.

Cadangan kajian lanjutan

Berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan ini, fokus kajian hanyalah kepada penguasaan penggunaan huruf besar sahaja. Ini kerana dalam kajian ini, murid berada pada tahap pencapaian yang amat rendah dan memerlukan intervensi yang tertentu dalam mengatasi masalah ini. Untuk pengkaji yang akan datang, mereka bolehlah menjalankan kajian terhadap semua aspek dalam tanda baca. Penggunaan huruf besar ini merupakan sebahagian aspek yang terkandung dalam tanda baca dalam satu-satu penulisan.

Dalam menjalankan kajian tindakan ini, Model Kurt Lewin telah digunakan. Berdasarkan kepada model ini, didapati adalah mencukupi sekadar menggunakan satu gelungan saja untuk mencapai objektif kajian. Ini adalah berdasarkan kepada keupayaan murid dalam kajian ini untuk mencapai objektif kajian. Untuk pengkaji seterusnya, hal tersebut mungkin tidak sama. Oleh demikian, adalah dicadangkan pengkaji seterusnya untuk menggunakan gelungan kedua jika objektif mereka tidak tercapai.

Rujukan

Awang Mohamad Amin. (1992). Satu kajian khusus penguasaan Bahasa Melaysia peringkat Sekolah Menengah, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Cristy Maikol. (2012). Meningkatkan Penguasaan Penulisan Huruf Besar. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Ambilan Januari 2009.

Hashim Othman. (2005). Kertas Kerja Persidangan Serantau Pendidikan Bahasa Melayu : Penilaian tahap penguasaan kemahiran menulis dalam Bahasa Melayu Murid Sekolah Kebangsaan Keboleh Percayaan Instrument, Anjuran Bersama Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan & Seni,USM, Dan Dewan Bahasa Dan Pustaka Wilayah Utara.

Hajah Noresah. (2012). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Senia Chundi. (2003). Menangani masalah mengenal dan menyebut huruf besar seorang murid Tahun 4 dengan pendekatan latih tubi. Proseding Seminar Kajian Tindakan 2003. Anjuran bersama MPTAR dan JPB Sri Aman-Betong.

Siti Hajar Abd. Aziz. (1996). Permainan Bahasa dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal IPBA Jilid 3 : Bil. 3. Jabatan Pengajian Melayu, Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa:Kuala Lumpur.

Ting Len Siong, Ahmad Sabry Bin Othman, Ting Hun Yong. (2013). Penyelidikan Tindakan Dalam Pendidikan. Kuala lumpur : Penerbitan Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Page 7: Prosiding Buku

Yahya Othman. (2005). Trend dalam pengajaran Bahasa Melayu: Bentong, Pahang: PTS Publications & Distributors

Zakariah Zahari. (1994). Mengatasi masalah kesalahan tanda baca di kalangan murid tahap dua (tahun4) : Maktab Perguruan Kota Bharu.

Ainon Mohd. (19April2007). Peraturan Huruf Kecil dan Huruf Besar. Diakses daripada http://universitipts.com/index.php/site/comments/peraturan_huruf_kecil_dan_huruf_b esar/

Abdul Rasid Jamian. (2011). Permasalahan Kemahiran Membaca Dan Menulis Bahasa Melayu Sekolah Rendah Di LuarBandar. Diakses daripada https://docs.google.com/viewer?

a=v&q=cache:xVd6tO6Yaq4J:www.ukm.my/jpbm/pdf

Asmah Hj. Omar dan Arbak Othman (1981). Tinjauan Literatur. Diakses daripada http:scribd.com/doc/54104477/Tesis-Bab-2

Zailan. (2005). Besar dan Kecil. Diakses daripada https://docs.google.com/viewer?a=v&q=cache:0BSe_Uk0lsEJ:www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan