PSIKOLOGI SUKAN

download PSIKOLOGI SUKAN

of 1

description

PSIKOLOGI SUKAN

Transcript of PSIKOLOGI SUKAN

Kebimbangan adalah emosi biasa yang kita alami bila berdepan dengan keadaan yang tidak tentu atau berbahaya. Kita berasa bimbang bila kita mengalami situasi yang menekankan seperti kehilangan kerja, terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, atau menjelang peperiksaan. Menurut shaharuddin Abd Aziz, kebimbangan boleh ditakrifkan sebagai kesan kognitif atau emosi yang terhasil dari persepsi terhadap situasi yang dihadapi, yang dilahirkan dalam bentuk ancaman yang bakal diterima oleh seorang individu seperti kekalahan, ugutan fizikal, rasa malu dan sebagainya. Menurut Shaharuddin, Levitt (1980) mengkategorikan kebimbangan kepada dua iaitu kebimbangan tret (trait) dan kebimbangan seketika. Kebimbangan tret merujuk kepada ciri- ciri personaliti individu. Individu yang memiliki ciri-ciri ini sering mentafsirkan situasi di persekitaran mereka sebagai menekan atau menggugat diri. Persepsi ini akan meningkatkan lagi tahap kebimbangan mereka. Contohnya seseorang yang berdarah gemuruh atau mudah dirangsang kebimbangannya akan mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi. Kebimbangan seketika pula merujuk kepada tahap kebimbangan semasa yang terhasil dari persepsi individu terhadap bentuk tekanan yang terdapat di persekitarannya pada waktu itu. Bagi individu yang berdarah gemuruh tadi, sekiranya beliau mentafsirkan bahawa tekanan yang ada di persekitaranya cukup menekan,maka individu tersebut akan bertindak atau memberikan respons yang akan meningkatkan lagi tahap kebimbangan serta kebangkitan fisiologikalnya. Kebimbangannya itu dimanifestasikan oleh rasa tertekan, takut, peningkatan kadar nadi serta tangan atau badannya menggeletar. Kesannya individu tersebut kan semakin tertekan dan takut serta aksinya pula jadi tidak menentu. Definisi ini jelas menunjukkan bahawa dalam kajian yang dijalankan oleh Yahaya Mahamood dan Low Guay Kee bahawa kebimbangan trait umum yang tinggi akan memberikan kebimbangan seketika yang tinggi. Atlet dalam kajian mereka juga menunjukkan kebimbangan trait umum yang tinggi dan kebimbangan seketika yang tinggi semasa pertandingan.