PSV 3108 PERMAINAN TRADISIONAL.pptx

18
PSV 3108 : PERMAINAN TRADISIONAL Disediakan oleh : Zulkiflee bin Haron Najwatul Husna binti Johan Hayatun Syamila binti Mohd Mansor

description

psv 3108

Transcript of PSV 3108 PERMAINAN TRADISIONAL.pptx

Page 1: PSV 3108 PERMAINAN TRADISIONAL.pptx

PSV 3108 :PERMAINAN TRADISIONAL

Disediakan oleh :Zulkiflee bin Haron

Najwatul Husna binti JohanHayatun Syamila binti Mohd Mansor

Page 2: PSV 3108 PERMAINAN TRADISIONAL.pptx

PENGENALAN PERMAINAN TRADISIONAL

• Permainan budaya yang sudah diamalkan oleh

sesuatu masyarakat itu untuk satu tempoh yang

tertentu.

• Terdapat pelbagai jenis permainan tradisional di

Malaysia. Antaranya batu seremban, wau, gasing,

galah panjang, guli, sepak raga, congkak dan

sebagainya.

Page 3: PSV 3108 PERMAINAN TRADISIONAL.pptx

BATU SEREMBAN• Dikenali sebagai Selambut atau Serembat.

• Menggunakan bahan objek seperti batu kerikil, guli kaca,

biji getah atau objek lain yang sesuai.

• Dimainkan di kalangan

kanak-kanak

perempuan dalam

berkumpulan seramai

dua hingga empat

orang atau lebih.

Page 4: PSV 3108 PERMAINAN TRADISIONAL.pptx

CARA BERMAIN BATU SEREMBAN

• Kesemua buah hendaklah diselerakkan diatas lantai

dengan keadaan buah tidak bersentuhan antara satu

sama lain.

• Sebiji buah dijadikan ibu yang dilambungkan ke udara.

Dalam masa yang sama buah yang di bawah hendaklah

dikutip dan ibu itu disambut.

• Buah anak tadi diletakkan digenggam di dalam tangan

sebelah lagi. Ulangi perbuatan sehingga habis buah

anak.

Page 5: PSV 3108 PERMAINAN TRADISIONAL.pptx

• Setelah selesai pemain hendaklah menimbang

buah untuk mendapatkan mata sama ada

secara mencangkuk atau menyambut.

• Permainan akan mati sekiranya buah tidak

dapat disambut atau dicangkuk dan diserahkan

kepada permain seterusnya.

• Jenis buah: Buah satu, buah dua, buah tiga,

buah empat hingga buah tujuh.

Page 6: PSV 3108 PERMAINAN TRADISIONAL.pptx

WAU

• Dikenali dengan layang-layang.

• Dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai

nama tersendiri seperti wau burung, wau pari,

wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing,

wau jala budi, wau lenggang

kebayan, wau sewah

dan wau barat.

Page 7: PSV 3108 PERMAINAN TRADISIONAL.pptx

CARA BERMAIN WAU

• Dimainkan oleh dua orang - seorang akan memegang

wau dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan

memegang tali.

• Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan

arus angin dengan cara menghulur dan menarik

talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara.

• Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi

wau yang berwarna-warni itu.

Page 8: PSV 3108 PERMAINAN TRADISIONAL.pptx

GASING• Popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

terutama di Kelantan.

• Terdapat pelbagai jenis gasing di Malaysia

seperti gasing jantung, gasing piring atau leper,

gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang,

gasing Melayu,

gasing Cina,

gasing buku benang

dan gasing pinang.

Page 9: PSV 3108 PERMAINAN TRADISIONAL.pptx

CARA BERMAIN GASING

1. Gasing Pangkah

- dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk

gasing lawan.

2. Gasing Uri

- dipertandingkan untuk

menguji ketahanannya

berpusing.

Page 10: PSV 3108 PERMAINAN TRADISIONAL.pptx

GALAH PANJANG

• Permainan berkumpulan ini merupakan

kegemaran kanak-kanak lelaki.

• Membuat gelanggang

dengan cara

menggoreskan di atas

permukaan tanah.

Page 11: PSV 3108 PERMAINAN TRADISIONAL.pptx

CARA BERMAIN GALAH PANJANG

• Setiap kumpulan terdiri dari 3 pemain awak-awak dan 1 pemain sebagai ketua kumpulan.

• Apabila salah seorang pemain penyerang berjaya disentuh, maka kumpulan ini dikira 'mati'.

• Pertukaran giliran dilakukan dan pasukan pertahanan mengambil peranan sebagai pasukan penyerang pula.

• Pemain penyerang yang berjaya melepasi garisan dan berjaya tiba di garisan penamat dianggap memenangi pusingan ini. Satu mata diberikan kepada kumpulan ini.

• Kumpulan yang berjaya memungut mata paling banyak dianggap sebagai pemenang.

Page 12: PSV 3108 PERMAINAN TRADISIONAL.pptx

GULI

• Permainan individu ini sering dimainkan oleh

kanak-kanak lelaki.

• Setiap pemain perlu mempunyai beberapa

guli taruhan dan sebiji guli induk.

• Satu bulatan digoreskan

di atas tanah. Kesemua

guli taruhan

diletakkan di dalam

bulatan.

Page 13: PSV 3108 PERMAINAN TRADISIONAL.pptx

CARA BERMAIN GULI• Pemain pertama memulakan permainan dengan

cara melontar guli induknya dan disasarkan ke arah guli taruhan yang berada di dalam bulatan.

• Guli taruhan yang keluar dari bulatan dikutip menjadi miliknya. Manakala guli induk tidak boleh disentuh atau diambil.

• Sekiranya guli induknya tersangkut di dalam bulatan, maka status pemain ini dikira mati.

• Pemain yang berjaya menambah koleksi guli masing-masing dianggap sebagai pemenang.

Page 14: PSV 3108 PERMAINAN TRADISIONAL.pptx

SEPAK RAGA

• Selain kanak-kanak lelaki, lelaki dewasa juga menggemari permainan ini.

• Sebelum memulakan permainan, sebiji sepak raga yang diperbuat daripada rotan diperlukan.

Page 15: PSV 3108 PERMAINAN TRADISIONAL.pptx

CARA BERMAIN SEPAK RAGA

• Kesemua pemain berdiri dan membentuk satu bulatan.

• Salah seorang pemain memegang bola raga, lalu melambung ke arah rakannya. Pemain menimang bola sekali atau beberapa kali sebelum menendang ke arah rakannya yang lain.

• Setiap pemain mestilah memiliki kemahiran menimang bola agar ianya tidak jatuh ke tanah.

• Jika bola jatuh ke tanah, salah seorang pemain mengutipnya, lalu melambung ke arah rakannya.

Page 16: PSV 3108 PERMAINAN TRADISIONAL.pptx

CONGKAK

• Permainan individu ini

dimainkan oleh

kanak-kanak

perempuan. Selain kanak-kanak, perempuan

dewasa juga menggemari permainan ini.• Guli, batu kerikil kecil ataupun biji getah dijadikan

buah congkak.• Pemain menggali lubang bagi membuat

gelanggang permainan.

Page 17: PSV 3108 PERMAINAN TRADISIONAL.pptx

CARA BERMAIN CONGKAK• Setiap pemain memasukkan 7 biji buah congkak

ke dalam setiap lubang congkak.• Permainan dimulakan serentak dan setiap

pemain berusaha menambah bilangan buah congkak di dalam lubang rumah masing-masing.

• Permainan berterusan sehinggalah tiada lagi buah congkak berada di dalam lubang di kampung masing-masing.

• Permainan ini mengambil masa yang agak lama dan pemain yang berjaya memungut buah congkak yang paling banyak dianggap memenangi permainan ini.

Page 18: PSV 3108 PERMAINAN TRADISIONAL.pptx

SEKIAN. TERIMA KASIH