PUNCA PENYAKIT MENTAL

12
PUNCA PENYAKIT MENTAL CONTOH SOALAN : Penyakit mental berlaku disebabkan oleh tekanan hidup yang dialami oleh pesakit. Bincangkan punca penyakit mental dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memulihkan pesakit mental. Kemahiran tangani tekanan cara berkesan atasi bunuh diri JIKA disorot kembali sejak awal tahun ini, masyarakat dikejutkan pelbagai kes bunuh diri dan cubaan membunuh diri. Apabila ada golongan profesional seperti doktor dan peguam yang mengambil keputusan untuk bunuh diri, ramai yang tidak dapat memahami kenapa jalan itu dipilih. Belum lagi dikira dengan kes terminum racun dan terjatuh bangunan. Pada 19 November, akhbar melaporkan cubaan membunuh diri seorang wanita berusia 38 tahun dari Kuala Terengganu yang cuba membakar diri dan bayinya berusia lapan bulan. Semuanya dikaitkan dengan tekanan dan konflik hidup sebagai puncanya. Jika orang dewasa yang matang tidak dapat mengawal perasaan, apatah lagi remaja dan kanak-kanak. Pada tarikh sama, seorang pelajar Tahun Enam ditemui mati tergantung dengan sehelai selimut dalam bilik di rumahnya di Pulau Pinang. Murid itu dikatakan kecewa dengan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Perunding Kanan Psikiatri dan Psikoterapi Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Azhar Md Zain, berkata kes seperti ini berpunca daripada tekanan keterlaluan. “Tahap pendidikan seseorang tidak semestinya menjadi kayu ukur buat mereka menangani masalah atau tekanan. Malah, ia juga bukan perisai menentukan keupayaan mereka berhadapan dengan tekanan. “Sama ada berpendidikan, berkerjaya profesional atau tidak, tekanan yang tidak terkawal boleh membuatkan seseorang itu hilang kawalan

Transcript of PUNCA PENYAKIT MENTAL

Page 1: PUNCA PENYAKIT MENTAL

PUNCA PENYAKIT MENTAL

CONTOH SOALAN : Penyakit mental berlaku disebabkan oleh tekanan hidup

yang dialami oleh pesakit. Bincangkan punca penyakit mental dan langkah-

langkah yang boleh diambil untuk memulihkan pesakit mental.

Kemahiran tangani tekanan cara berkesan atasi bunuh diri

JIKA disorot kembali sejak awal tahun ini, masyarakat dikejutkan pelbagai kes

bunuh diri dan cubaan membunuh diri. Apabila ada golongan profesional seperti

doktor dan peguam yang mengambil keputusan untuk bunuh diri, ramai yang

tidak dapat memahami kenapa jalan itu dipilih. Belum lagi dikira dengan kes

terminum racun dan terjatuh bangunan.

Pada 19 November, akhbar melaporkan cubaan membunuh diri seorang wanita

berusia 38 tahun dari Kuala Terengganu yang cuba membakar diri dan bayinya

berusia lapan bulan. Semuanya dikaitkan dengan tekanan dan konflik hidup

sebagai puncanya.

Jika orang dewasa yang matang tidak dapat mengawal perasaan, apatah lagi

remaja dan kanak-kanak. Pada tarikh sama, seorang pelajar Tahun Enam

ditemui mati tergantung dengan sehelai selimut dalam bilik di rumahnya di

Pulau Pinang. Murid itu dikatakan kecewa dengan keputusan Ujian Pencapaian

Sekolah Rendah (UPSR).

Perunding Kanan Psikiatri dan Psikoterapi Fakulti Perubatan dan Sains

Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Azhar Md Zain, berkata kes

seperti ini berpunca daripada tekanan keterlaluan.

“Tahap pendidikan seseorang tidak semestinya menjadi kayu ukur buat mereka

menangani masalah atau tekanan. Malah, ia juga bukan perisai menentukan

keupayaan mereka berhadapan dengan tekanan.

“Sama ada berpendidikan, berkerjaya profesional atau tidak, tekanan yang tidak

terkawal boleh membuatkan seseorang itu hilang kawalan pada akhirnya,”

katanya.

Bukan semua individu dapat menangani tekanan hidup dengan baik. Cara dan

Page 2: PUNCA PENYAKIT MENTAL

tahap seseorang menerima sesuatu tekanan adalah berbeza. Mungkin bagi

individu A, masalah dihadapi individu B dianggap remeh, tetapi tidak bagi

individu B. Begitulah juga sebaliknya.

Kemampuan menangani tekanan bergantung kepada beberapa perkara iaitu

personaliti seseorang, individu contoh seperti ibu bapa atau idolanya, ahli

keluarga dan juga rakan sebaya.

Azhar tidak menafikan gaya hidup masa kini mungkin menjadi punca tekanan,

turut memberi contoh negara maju seperti Eropah dan Jepun mencatatkan

kadar bunuh diri yang tinggi.

Tekanan boleh muncul dalam pelbagai keadaan. Misalnya tekanan daripada ahli

keluarga, di tempat kerja dan rakan serta persekitaran mendesak sehingga ada

yang tidak sanggup berhadapan masalah. Ia bermula dengan perubahan

tingkah laku yang biasanya membawa kepada kemurungan.

“Ada banyak sebab bagi kemurungan, namun yang penting adalah cara

menanganinya. Orang terdekat adalah individu bertanggungjawab untuk

mengenalpasti faktor itu.

“Satu caranya ialah melapangkan masa untuk menjadi pendengar yang baik.

Individu yang pernah cuba membunuh diri biasanya memendam rasa. Besar

kemungkinan dia akan kembali mencuba. Walaupun dirawat, mereka masih lagi

memerlukan perhatian,” katanya.

Selain itu, sekiranya mereka memiliki sistem sokongan yang kuat, terutamanya

daripada ahli keluarga yang prihatin, masalah ini boleh diatasi. Mungkin ada

yang malu mengakui mereka perlu mendapatkan rawatan kaunselor kerana

bimbang dikategorikan sebagai pesakit mental, dipinggirkan keluarga dan

masyarakat.

Justeru, tahap stres akan meningkat dan daripada masalah kemurungan kecil ia

bertambah besar hingga mereka mengambil tindakan yang boleh

membahayakan diri sendiri dan orang lain.

Page 3: PUNCA PENYAKIT MENTAL

Sebenarnya, bantuan awal boleh diberi kepada mana-mana individu yang dilihat

memiliki ciri kemurungan. Antaranya ialah:

•Adakah individu itu dapat melakukan tugas hariannya tanpa berasa tertekan;

•Adakah individu itu mengalami masalah berat badan sama ada turun atau naik

yang serius, atau perubahan tabiat tidur;

•Adakah individu itu kehilangan kawan atau mendapat kawan baru yang

memberi pengaruh kurang sihat;

•Mengadu mengalami penyakit tidak berasas;

•Tahap keyakinan diri turun mendadak;

•Individu itu sering berasa letih;

•Individu itu berasa tidak berguna kepada rakan, keluarga dan hidupnya;

•Individu itu pernah berfikir hendak membunuh diri atau pernah cuba

membunuh diri,

•Individu itu tiba-tiba mula merokok, minum minuman keras atau mengambil

dadah.Azhar turut menekankan pengisian rohani juga bekalan perlu untuk

menguatkan jiwa seseorang individu mengikut kepercayaan agama dianuti.

Program Pencegahan Bunuh Diri Kebangsaan diperkenalkan pada 2003 juga

banyak membantu memberi kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat.

Pencegahan adalah ubat paling mujarab bagi mengatasi kes bunuh diri serta

cubaan bunuh diri. Namun, jika gagal, kes ini mungkin membawa kecacatan

kekal yang akhirnya membuatkan mereka serta orang terdekat turut sama

menderita. – Bernama

PENYAKIT MENTAL MENJEJASKAN EKONOMI NEGARA

CONTOH SOALAN : Bilangan rakyat yang mengalami penyakit mental semakin

meningkat dari hari ke hari. Hal ini amat membimbangkan negara kerana boleh

mendatangkan kesan negatif terhadap pembinaan modal insan. Bincangkan

kesan negatif tersebut

Pertambahan pesakit mental yang berterusan boleh mengakibatkan negara

mengalami kerugian sehingga mencecah RM1 bilion kerana produktiviti negara

terjejas akibat masalah tersebut.

Presiden Persekutuan Psikologi dan Kesihatan Mental ASEAN, Prof. Dr. Mohd.

Page 4: PUNCA PENYAKIT MENTAL

Hussain Habil berkata, jumlah kerugian tersebut merupakan kajian yang

dijalankan oleh pakar-pakar dalam bidang psikologi dan psikiatri.

“Kesan utama yang jelas boleh dilihat daripada masalah ini ialah ekonomi

keluarga mangsa mulai terjejas dan seterusnya terhadap ekonomi negara.

“Maka jika lebih ramai rakyat Malaysia mengambil remeh terhadap masalah

tekanan mental, lebih banyak kerajaan terpaksa menanggung beban daripada

kesan penurunan produktiviti,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini

semalam.

Beliau mengulas kesan daripada jumlah pesakit mental di negara ini yang terus

meningkat sebanyak 400,227 kes pada tahun lalu berbanding 364,196 kes pada

tahun sebelumnya.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, statistik juga

menunjukkan sebanyak 11.2 peratus daripada pesakit mental terdiri daripada

mereka yang berusia 16 tahun ke atas.

Mohd. Hussain berkata, penyakit mental sebenarnya tidak mendatangkan

bahaya atau kecederaan kepada sesiapa sebaliknya lebih bahaya kepada

negara kerana menjejaskan ekonomi negara.

Sehubungan itu katanya, orang ramai dinasihatkan untuk mengambil berat

terhadap masalah tekanan hidup dengan sentiasa menjadikan hospital sebagai

tempat rujukan pertama.

Bagaimanapun ujar beliau, masalah orang ramai terutama keluarga kepada

pesakit ialah mereka lebih cenderung dan mempercayai cara ubatan tradisional.

“Kerana itu segelintir pesakit mental tidak sembuh sepenuhnya kerana tidak

dirawat secara menyeluruh seperti yang diamalkan oleh pakar-pakar perubatan

di hospital sakit mental dalam negara,” kata beliau.

Sementara itu, Naib Presiden Persatuan Psikologi dan Psikiatri Malaysia, Dr.

Page 5: PUNCA PENYAKIT MENTAL

Abdul Kadir Abu Bakar bagaimanapun berkata, pertambahan pesakit mental

yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan itu merupakan petanda yang baik.

Jelas beliau, perkembangan itu menunjukkan masyarakat telah menyedari

kepentingan mengawal masalah tekanan mental yang boleh membawa

keburukan kepada diri pesakit jika tidak mendapatkan rawatan segera.

Beliau berkata, tekanan dalam diri bukan sahaja menyebabkan seseorang itu

akan mengalami penyakit mental bahkan daripada segi fizikal individu itu boleh

mengalami sakit jantung yang merupakan penyakit pembunuh.

Cara Rawatan Penyakit Mental

Jenis-Jenis Penyakit Mental Yang Perlukan Rawatan:-

Neurosis § Psikosis Penyakit mental organik seperti nyanyuk Gangguan personaliti Psikiatri di kalangan kanak-kanak seperti autism dan hiperaktif Ketagihan dadah dan alcohol Percubaan membunuh diri Berbanding dengan rawatan penyakit mental ia biasanya merangkumi, rawatan fizikal, psikologi dan social.

Rawatan fizikal dan rawatan psikologi seperti:- Kaunseling Psikoterapi Tingkah laku Rawatan Sosial Rawatan Fizikal Selain ubat-ubatan, penggunaan arus eektrik (electro convulsive therapy) mungkin diperlukan kepada sesetengah pesakit yang terlalu murung atau terlalu agresif yang tidak bertindak balas dengan ubat-ubatan.

Rawatan Psikologi Rawatan psikologi kepada pesakit ini, termasuklah rawatan kaunseling dan psikoterapi.

Kaunseling yang dilakukan ini termasuklah:

Page 6: PUNCA PENYAKIT MENTAL

Pendidikan yang menjelaskan berhubung symptom-simptom yang dihadapi pesakit. Aspek pengambilan ubat Konsep tekanan, cara menanganinya, motivasi diri dan harga diri. Aspek perhubungan kekeluargaan, rakan kerja dan lain-lain. PSIKOTERAPI

Psikoterapi merupakan rawatan psikologi bersifat dua hala antara doctor dan pesakit yang memerlukan doctor mengikuti kursus dan latihan tertentu.

Antara bentuk psikoterapi yang dilakukan ialah:-

Psikoterapi dinamik Psikoterapi kognitif Psikoanalitik psikoterapi Bagaimanapun tidak semua pesakit sesuai menjalani rawatan psikoterapi seumpama ini, hanya untuk pesakit neurosis tertentu dan pesakit mestilah bermotivasi tinggi, berfikiran terbuka, bijak dan penyakit yang dihadapi tidaklah terlalu kronik.

Hubungan pesakit pada masa lampau mewarnai persepsi dan tingkah laku pesakit pada masa kini. Dalam menjalani rawatan psikoterapi ini, doctor akan menjelaskan punca (dinamik) sesuatu konflik itu terjadi atau bermula.

Konflik yang dihadapi oleh seseorang sama ada hubungan dengan ibu bapa atau keluarga banyak mencorak cara pesakit berinteraksi dengan individu lain.

Justeru, penting untuk individu yang membantu merawat pesakit menjelaskan keadaan yang mereka alami bagi membantu mereka menangani masalah yang dihadapi.

Rawatan jenis ini boleh dilakukan secara individu atau rawatan berkumpulan di mana pesakit lain diambil dalam jumlah empat hingga enam orang, dengan julat umur yang hampir sekata di samping persamaan pada personality dan permasalahan yang hampir serupa.

Melalui kaedah ini, pesakit akan bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain dan cuba belajar menangani masalah yang mereka hadapi.

Terapi kumpulan ini biasanya dilakukan kepada mereka yang menghadapi masalah penagihan dadah, mangsa kejadian yang tragis yang dikategorikan dalam kumpulan post traumatic disorder seperti mangsa runtuhan bangunan

Page 7: PUNCA PENYAKIT MENTAL

tinggi Higland Tower.

TERAPI TINGKAHLAKU

Kaedah jenis ini biasanya digunakan untuk merawat masalah tingkahlaku, contohnya seperti mereka yang fobia pada tempat tinggi secara berperingkat-peringkat. Secara tidak langsung, ia melatih pesakit supaya lebih berani.

Antara penyakit yang digunakan untuk merawat masalah ini termasuklah masalah neurosis seperti panik, fobia dan obsesif kompulsif.

Rawatan ini juga diberikan kepada mereka yang menghadapi masalah terencat otak di mana fungsi social mereka biasanya terganggu.

Adakalanya pesakit akan diberi beberapa latihan dan hasil yang diperolehi pesakit akan diberi penghargaan atau hadiah-hadiah tertentu.

Kaedah asertif ini juga sesuai dipraktikan dikalangan kanak-kanak bagi membentuk sikap dan tingkahlaku mereka.

SOSIAL - Latihan Asertif

Mereka yang menghadapi penyakit mental seperti neurosis dan psikosis kronik biasanya tidak asertif. Asertif bermaksud keupayaan menyatakan tidak kepada sesuatu permintaan, pesakit menyedari dan faham bahawa bertindak asertif tidak mengakibatkan seseorang kehilangan rakan, mencetuskan persengketaan dan sebagainya.

Malah, ia menyebabkan seseorang itu lebih dihormati, disegani dan tidak mudah diperkotak-katikkan oleh orang lain di mana pesakit mudah berasa tertekan.

KOMUNITI

Dalam menangani masalah ini, masyarakat juga tidak terkecuali daripada memainkan peranan untuk membantu memulihkan pesakit. Proses rehabilitasi pemulihan memerlukan sokongan ahli masyarakat seperti menyediakan bengkel dan tempat-tempat perlindungan yang dapat menyediakan latihan dan pekerjaan kepada pesakit. Ini kerana pesakit tidak mungkin dapat bersaing di pasaran terbuka.

Rawatan Sosial

Page 8: PUNCA PENYAKIT MENTAL

Rawatan pemulihan termasuklah pemulihan pekerjaan, pemulihan social. Ini termasuklah aspek kebersihan diri dan urusan rumahtangga.

Mengapa pesakit mental memerlukan kesemua rawatan komprehensif

Mereka yang menghadapi masalah mental biasanya menghadapi gangguan emosi dan gangguan pemikiran yang sekaligus menganggu hubungan social mereka dengan orang ramai dan cara mereka bertindak.

Justeru sekiranya rawatan komprehensif tidak diberikan, pesakit tidak mungkin dapat menikmati kehidupan yang sihat, sejahtera dan sempurna seperti individu normal yang lain. Pada masa yang sama, ahli keluarga juga bertanggungjawab membantu pesakit dalam proses pemulihan dan menangani masalah yang timbul.

Malaysia Mental Health Association (MMHA) http://www.mentalhealth.org.my

PENYAKIT MENTAL : SKIZOFRENIA

SOALAN : Skizofrenia merupakan penyakit mental di tahap kronik. Nyatakan

kaedah atau rawatan-rawatan yang boleh dilakukan bagi memulihkan penyakit

mental.

Skizofrenia adalah penyakit mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan

berterusan pada penerimaan seseorang (perception) pada gambaran alam

sebenar (realiti). Seseorang yang mengalami skizofrenia tanpa dirawat biasanya

menunjukkan pemikiran yang tidak teratur, dan mungkin mengalami delusi atau

halusinasi pendengaran. Walaupun penyakit ini biasanya memberi kesan

kepada kognitif, ia juga menyumbang kepada masaalah teruk dengan perangai

manusia atau emosi. Disebabkan terdapat banyak gabungan simptom, ia sukar

bagi menyatakan samaada ia adalah masaalah psikiatrik tunggal; dan Eugen

Bleuler sengaja mengelar penyakit ini sebagai "the schizophrenias," (jamak)

apabila dia mencipta istilah yang ada sekarang.

Diagnosis berasaskan pengalaman yang dilapurkan sendiri oleh pesakit,

bersama tanda-tanda yang dilapurkan oleh pakar psikiatri atau sebarang

pegawai perubatan terlatih seperti doktor dalam psychologi. Tidak terdapat

Page 9: PUNCA PENYAKIT MENTAL

ujian biologi objektif bagi skizofrenia, walaupun kajian mencadangkan genetik

dan biokimia adalah faktor penyumbang utama. Penyelidikan kini dalam

perkembangan masaalah ini sering kali menumpukan kepada peranan

neurobiologi, walaupun punca organik yang jelas dan boleh dikenal pasti masih

belum dijumpai. Dengan ketiadaan ujian makmal objektif untuk mengesahkan

diagnosis, terdapat persoalan mengenai status skizofrenia sebagai satu

penyakit rasmi.

Istilah "skizofrenia" diterjemah secara kasar sebagai "fikiran berkecai," dan

berasal dari bahasa Greek σχίζω (schizo, "memecahkan" atau "membahagikan")

dan φρ?ν (phr?n, "minda"). Walaupun etymologinya, skizofrenia bukannya sama

dengan masaalah identiti berpisah (dissociative identity disorder), atau juga

dikenali sebagai masaalah personaliti pelbagai (multiple personality disorder)

atau "personaliti terpisah - split personality"; dalam popular culture keduanya

sering kali dikelirukan. Walaupun skizofrenia seringkali mendorong kepada

difungsi (dysfunction) masyarakat atau pekerjaan, tidak terdapat kaitan

penyakit ini dengan kecenderungan kelakuan agresif.

[sunting] Gambaran keseluruhan

Skizofrenia sering kali digambarkan sebagai simptom "positif" dan "negatif".

Simptom positif termasuk delusion, auditory hallucinations dan thought disorder

dan biasanya dianggap sebagai manifestation psychosis. Simptom negetif

digelar sedemikian kerana ia dianggap sebagai kehilangan atau ketiadaan tabiat

(traits) atau keupayaan normal, dan termasuk ciri-ciri seperti kesan psychologi

rata, blunted atau terhad dan emosi, lemah pertuturan dan ketiadaan dorongan

(motivasi). Sesetengah model skizofrenia termasuk kecacatan pemikiran rasmi

(formal thought disorder) dan kesukaran merancang dalam kumpulan ketiga,

"sindrom bersepah (disorganization syndrome)."

Tambahan lagi, mungkin terdapat kehadiran defesit neurokognitif

(neurocognitive deficit). Ini mungkin dalam bentuk fungsi psychologi yang

kurang atau cacat seperti ingatan, perhatian, menyelesaikan masaalah, fungsi

exekutif (executive function) atau cognition sosial (social cognition).

Permulaan skizofrenia biasanya berlaku pada lewat remaja atau awal dewasa,

dengan kaum lelaki cenderung menunjukkan simptom lebih awal berbanding

Page 10: PUNCA PENYAKIT MENTAL

kaum wanita.

Ahli Psychiatris Emil Kraepelin merupakan orang pertama membezakan antara

apa yang diistilahkan olehnya sebagai dementia praecox ("dementia

pramatang") dan penyakit psykhotik lain. Pada tahun 1911, "dementia praecox"

dinamakan semula sebagai "skizofrenia" oleh pakar psikiatri Eugen Bleuler,

yang mendapati istilah Kraepelin sebagai mengelirukan, kerana masaalah

bukannya satu bentuk nyanyuk (dementia), samaada pramatang ataupun tidak.

Pendekatan diagnostik kepada skizofrenia telah ditentang, terutamanya oleh

pergerakan anti-psychiatry, yang mendakwa bahawa mengkelaskan pemikiran

atau tabiat khusus sebagai penyakit membenarkan kawalan masyarakat (social

control) terhadap mereka yang dianggap tidak diingini oleh masyarakat tetapi

tidak melakukan sebarang jenayah.

Baru-baru ini, ia telah dikemukakan bahawa skizofrenia hanyalah dalam satu

spektrum tabiat dan pengalaman, dan semua orang dalam masyarakat mungkin

mengalami pengalaman seumpama itu dalam hidup mereka. Ini diketahui

sebagai psychosis model continuum (continuum model of psychosis) atau

pendekatan dimensi 'dimensional approach' dan paling jelas diperjuangkan oleh

psychologist Richard Bentall dan psychiatrist Jim van Os.

Walaupun tiada punca yang sama penyebab skizofrenia telah dikenal pasti

dalam kesemua individual yang diagnosed dengan keadaan ini, kini kebanyakan

penyelidik dan pakar perubatan percaya bahawa ia disebabkan oleh gabungan

oleh kedua-dua kelemahan otak manusia (samaada diwarisi atau didapati) dan

tekanan pengalaman hidup. Pendekatan meluas yang diambil ini dikenali

sebagai 'model tekanan-kelemahan' - (stress-vulnerability), dan banyak

perdebatan saintifik sekarang menumpu kepada berapa banyak setiap faktor ini

menyumbang kepada perkembangan dan pengekalan skizofrenia.

Ia juga dipercayai bahawa proses dalam awal [[perkembangan neural|

perkembangan neural (neurodevelopment) adalah penting, terutama bagi

proses sebelum kelahiran (prenatal). Dalam kehidupan dewasa, kepentingan

khusus telah diletakkan pada fungsi (atau kegagalan berfungsi) dopamine

dalam laluan mesolimbik (mesolimbic pathway) dalam otak. Theori ini, dikenali

Page 11: PUNCA PENYAKIT MENTAL

sebagai dopamine hypothesis of schizophrenia kebanyakanya hasil jumpaan

secara tidak sengaja bahawa kumpulan dadah yang menghalang fungsi

dopamine, dikenali sebagai phenothiazines, mengurangkan simptom psychotik.

Bagaimanapun, teori ini dipercayai terlalu mudah (overly simplistic) sebagai

penjelasan lengkap. Dadah ini telah dimajukan lebih lanjut dan ubat-ubatan

antipsikhotik biasa digunakan sebagai rawatan barisan depan. Walaupun

berkesan dalam kebanyakan kes, ubat-ubatan ini tidak diterima baik oleh ramai

pesakit disebabkan kesan sampingannya yang kuat, dan kurang berkesan bagi

sesetengah individual.

Perbezaan dalam struktur otak telah didapati diantara mereka dengan

skizofrenia dan dengan mereka yang lain. Bagaimanapun, ini cenderung boleh

diharap pada tahap kumpulan, disebabkan kepelbagaian yang meluas antara

individual, mungkin tidak boleh diharap masa kini bagi individual tertentu.