QCK3013

12
(QGK 3013) KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN Gejala obesiti dalam kalangan pelajar bukanlah sesuatu yang baru. Kajian menunjukkan sebilangan besar pelajar sekolah berisiko untuk menjadi obesiti. Gaya pemakanan dan gaya kehidupan seharian seseorang sangat penting. Gaya pemakanan yang baik dan seimbang merangkumi amalan pemakanan mengikut priamid makanan yang disyorkan serta mematuhi jadual seperti bersarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Pengambilan makanan yang berzat dan berkualiti sangat mempengaruhi gaya hidup pelajar. Menurut Prof. Madya Dr. Mohd Nasir Hashim (1992), pengambilan makanan yang merangkumi daripada kumpulan vitamin, karbohidrat, protein dan zat besi akan membekalkan sumber tenaga dan membantu pembinaan tulang serta otot. Vitamin berupaya membantu mencegah pelbagai jenis penyakit dan membantu proses metabolisme dalam badan. Amalan pemakanan yang sihat amat penting bagi mengelak dijangkiti penyakit kronik kerana pengambilan makanan berkhasiat dapat meningkatkan keupayaan mental dan fizikal. Masalah kegemukan atau obesiti merujuk kepada kandungan lemak badan yang tidak normal dengan purata BMI yang melebihi 30% dari berat badan ideal. Obesiti juga merupakan 1

description

Hubungan antara obesiti dalam kalangan pelajar dengan taraf sosio ekonomi

Transcript of QCK3013

(QGK 3013) KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

Gejala obesiti dalam kalangan pelajar bukanlah sesuatu yang baru. Kajian menunjukkan sebilangan besar pelajar sekolah berisiko untuk menjadi obesiti. Gaya pemakanan dan gaya kehidupan seharian seseorang sangat penting. Gaya pemakanan yang baik dan seimbang merangkumi amalan pemakanan mengikut priamid makanan yang disyorkan serta mematuhi jadual seperti bersarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Pengambilan makanan yang berzat dan berkualiti sangat mempengaruhi gaya hidup pelajar. Menurut Prof. Madya Dr. Mohd Nasir Hashim (1992), pengambilan makanan yang merangkumi daripada kumpulan vitamin, karbohidrat, protein dan zat besi akan membekalkan sumber tenaga dan membantu pembinaan tulang serta otot. Vitamin berupaya membantu mencegah pelbagai jenis penyakit dan membantu proses metabolisme dalam badan.

Amalan pemakanan yang sihat amat penting bagi mengelak dijangkiti penyakit kronik kerana pengambilan makanan berkhasiat dapat meningkatkan keupayaan mental dan fizikal. Masalah kegemukan atau obesiti merujuk kepada kandungan lemak badan yang tidak normal dengan purata BMI yang melebihi 30% dari berat badan ideal. Obesiti juga merupakan pengumpulan lemak yang berlebihan dalam badan seseorang. Obesiti merupakan satu penyakit yang mampu mengganggu fungsi organ dalaman dalam badan manusia. Gejala obesiti juga akan mengundang masalah sampingan lain seperti penyakit kadiovaskular, masalah penafasan dan juga diabetes.

Tinjauan kebangsaan dan mobiditi ketiga (NHMS III) yang dijalankan di Malaysia pada tahun 2006 mendapati 5.36% daripada kanak-kanak dan remaja bawah 18 tahun mengalami masalah berat badan yang berlebihan. Satu kajian ilmiah telah dijalankan oleh Malaysian Association for the Study of Obesity (MASO) telah menerbitkan dokumen bertajuk Strategy for the Prevention of Obesity - Malaysia. Dokumen ini telah menerangkan cadangan-cadangan yang dapat membantu mencegah masalah berat badan individu yang ketara serta melepasi BMI yang ditetapkan. Jawatan kuasa teknikal penerbitan dokumen ini dianggotai oleh MASO, Malaysian Dietitians Association, Universiti Kebangsaan Malaysia, Nutritions Society of Malaysia, dan Pensyarah Cemerlang IPG. Jawatan kuasa teknikal ini bertanggungjawab mengkaji, mengemaskini dan menyemak semula setiap lima tahun sekali.

Dokumen ini antara lain mengandungi informasi berkaitan dengan definisi dan klasifikasi obesiti, kelaziman dan gaya, kesan terhadap kesihatan dan ekonomi. Faktor yang menyumbang kepada obesiti serta strategi pencegahan juga turut dicadangkan untuk kajian lanjutan pada masa akan datang. Dokumen ini dibangunkan melalui bengkel konsensus sebagai panduan kepada pengeluar produk makanan, pakar-pakar dietetik, lain-lain profesional berkaitan, serta pendidik untuk membantu mereka mendidik kumpulan sasaran terutamanya warga sekolah, keluarga dan masyarakat.

Obesiti boleh didefinisi sebagai satu keadaan tidak normal atau pengumpulan lemak berlebihan di dalam tisu adipose yang menyebabkan kesihatan mungkin terjejas. Walau bagaimanapun individu yang mengalami obesiti, menghadapi masalah berbeza mengikut jumlah lebihan lemak yang mereka simpan seperti masalah pengedaran lemak di badan. Lebihan lemak di perut akan berisiko diserang penyakit. (WHO, 1998).

Kelaziman obesiti dalam kalangan kanak-kanak akan meningkat secara drastik dan menjadi trend seluruh dunia. Peningkatan obesiti di kalangan kanak-kanak sukar untuk diukur atau dibandingkan. Trend obesiti di peringkat tempatan atau antarabangsa adalah berbeza kerana terdapat pelbagai definisi obesiti dalam kalangan kanak-kanak telah digunakan namun belum ada satu pun definisi yang standard diterima (Cole et al., 2000). Menurut data yang telah dikeluarkan oleh National Center for Health Statisticts (NCHS) sekarang ini dianggarkan 1 daripada 5 kanak-kanak di Amerika Syarikat mengalami berat badan yang berlebihan. Kelaziman obesiti di kalangan kanak-kanak dan remaja di Amerika Syarikat telah berganda sejak dua dekad yang lalu (Barlow & Dietz, 1998).

Mengikut kajian yang dijalankan di Semenanjung Malaysia pada 1996, dilaporkan keseluruhan kelaziman obesiti di kalangan pelajar sekolah di seluruh Selangor telah mencapai 7.8% (Bong & Jaafar, 1996). Pelbagai faktor telah dikesan sebagai penyebab utama berlakuknya gejala obesiti dalam kalangan pelajar di negara kita. Antara faktor yang dikenal pasti adalah kelemahan sesetengah ibu bapa yang dilihat mengamalkan gaya hidup yang lebih santai. Mereka juga turut menyumbang kepada gejala obesiti dalam kalangan anak-anak mereka apabila setiap sajian yang disediakan tidak mengikut jadual pemakanan yang sihat. Sebagai contoh ibu bapa lebih cenderung untuk membawa anak-anak mereka menikmati makan malam di restoran-restoran makanan segera seperti KFC, McDonalds, Pizza Hut dan sebagainya. Makanan yang dihidangkan mengandungi kalori yang amat tinggi sama ada dalam bentuk lemak atau gula.

Kajian yang dijalankan oleh Drewnowski dan Popkin (1997) mendapati bahawa trend pengambilan makanan berlemak dalam kalangan rakyat Asia antara 1975-1994 adalah sangat tinggi. Situasi ini berkait rapat dengan status ekonomi keluarga. Kajian menunjukkan semakin tinggi pendapatan keluarga semakin tinggi pengambilan makanan berlemak yang diambil oleh isi rumah berkenaan. Bukti ini disokong oleh Ismail (2002) yang mendapati makanan segera dan minuman berkarbonat merupakan pilihan utama golongan ini dan makanan sedemikian menyumbang kandungan kalori yang amat tinggi. Ismail (2002) juga menambah golongan berpendapatan sederhana dan mewah juga dilihat lebih cenderung untuk mengambil makanan yang mengandungi kandungan lemak dan gula yang tinggi.Di Malaysia gejala obesiti dalam kalangan murid-murid turut dipengaruhi oleh faktor yang sama iaitu kealpaan dan kelalaian ibu bapa. Menurut Norkumala (2007), masyarakat negara ini khususnya murid-murid berisiko dengan pelbagai masalah dan penyakit kronik kesan daripada amalan pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat. Ini disokong oleh kenyataan Menteri Kesihatan jika kita tidak membetulkan tabiat pemakanan anak-anak kita kita akan berhadapan dengan masalah berat badan yang berlebihan pada masa akan datang. Pertambahan berat badan selalunya disebab ketidakseimbangan tenaga dan pengambilan kalori lebih daripada keperluan. Bagi mengurangkan berat badan seseorang itu perlu mencipta defisit dengan memakan makanan kurang kalori, memperbanyakkan senaman atau aktiviti fizikal atau kedua-duanya sekali. Faktor pesekitaran juga mempengaruhi gejala obesiti, ini adalah kerana pengaruh media massa yang menyiarkan iklan-iklan makanan ringan, minuman-minuman bergas serta restoran-restoran makanan segera amat menarik minat kanak-kanak. Para peniaga menyembunyikan fakta berkaitan kesan sampingan akibat pengambilan makanan ini dalam kuatiti yang banyak dan kerap. Peranan Kementerian Pendidikan juga tidak dapat dinafikan, dengan dasar yang ada sekarang, sistem pendidikan negara kita dilihat sangat menitikberatkan pencapaian akademik antara punca atau penyebab gejala obesiti dalam kalangan pelajar. Sebagai contoh Mata pelajaran Pendidikan Jasmani hanya diajar sekali atau dua kali sahaja dalam seminggu adalah tidak mencukupi. Murid-murid dihidangkan dengan mata pelajaran yang tidak mengaktifkan pergerakan fizikal mereka. Gaya personaliti dan gaya berfikir kanak-kanak turut memainkan peranan terhadap obesiti. Tindak tanduk akibat perasaan putus asa mampu mendorong individu unuk mengurangkan atau mengekalkan berat badan. Gaya pemikiran yang tidak rasional dan kekurangan kemahiran penyelesaian masalah mendorong makanisme negatif yang mungkin melibatkan tindakan yang menyebabkan pertambahan berat badan (Byrne, 2002). Budaya masyarakat turut menjadi faktor penyumbang kepada gejala obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Budaya sering kali memainkan peranan penting dalam membentuk masyarakat. Tanggapan masyarakat yang menjadi budaya seperti mengatakan kegemukan adalah baik kerana ianya melambangkan kemampuan, kemakmuran, kecantikan dan kegagahan pada individu dan keluarganya. Ini akan mempengaruhi tingkah laku pelajar sekolah untuk makan makanan secara berlebihan. Mengikut dapatan kajian yang dilakukan oleh Hon Loon Chong, Thian Lian Su, Rahmah Rasat (2012) faktor bangsa adalah tidak signifikan dengan gejala obesiti dalam kalangan pelajar. Sejak 10 tahun lalu pembangunan sosial ekonomi pembangunan sosial ekonomi di Malaysia berkait rapat dengan perubahan cara hidup masyarakat terutama dalam konteks pengambilan makanan. Dapatan kajian juga menunjukkan faktor demografi bandar dan luar bandar juga mempengaruhi gejala obesiti. Sebagai contoh kadar obesiti di kalangan kanak-kanak berumur 7-8 tahun di Kota Kinabalu adalah 2.5% berbanding 7.5% di Kuala Lumpur (Hon Loon Chong, Thian Lian Su & Rahmah Rasat, 2012).Tidak dapat dinafikan lagi gejala obesiti akan meninggalkan kesan jangka masa panjang. Secara ringkas kesan sampingan yang sukar dielakkan seperti berhadapan dengan risiko penyakit jantung, darah tinggi, kanser, penyakit kencing manis, emosi yang tidak stabil, kesihatan mental dan stigma sosial. Risiko yang biasa berlaku di kalangan pelajar pada peringkat awal seperti hipertensi, penyakit jantung, strok, dan kencing manis. Kesan jangka pendek juga turut dikenal pasti iaitu pelajar obesiti berisiko untuk menjadi kanak-kanak murung, rendah diri dan dibuli di sekolah.Sebagai ibu bapa, kita seharusnya berusaha untuk memastikan anak-anak kita tidak berhadapan dengan risiko dan menjadi pelajar obesiti. Langkah-langkah pencegahan yang sewajarnya perlu diambil seperti mengawal pemakanan mereka. Kajian menunjukkan cara pemakanan yang baik ialah cara makan orang miskin. Makan seperti biasa dan dalam kuantiti yang sederhana.

(1250 patah perkataan)

RUJUKAN :

WHO. (1998). Obesity: Preventing and managingthe global epidemic. Report of a WHO Consultation on Obesity. Geneva: World Health Organisation.Bong ASL, dan Jaafar. (1996). Obesity among year 1 and 6 primary school children in Selangor Darul Ehsan. Malaysia Journal of Nutrition 2 :21-27Barlow SE, dan Dietz WH, (1998). Obesity evaluation and treatment: expert committee recommendations. Pediatrics 102 :29Cole TJ, Bellizi, MC, Flegal KM & Dietz WH. (2000). Establishing a standard definition for child overweight and obesity worldwide: international survey. British Medical Journal 320 :1240-1243Drewnowski A. (1998). Energy density, palatability, and satiety: implications for weight control. Nutrition Reviews. 55(2) :31-43Hon Loon Chong, Thian Lian Soo, Rahmah Rasat. (2012). Childhood obesity prevalence among 7 and 8 year old primary school students in kota kinabalu. Medical Journal of Malaysia, Vol 67 No 2 :147-150Ismail MN. (2002). The nutrition and health transition in Malaysia. Public Health Nutrition 5(1A) :191-195Kyung E. Rhee, Julie C. Lumeng, Danielle P. Appugliese, Niko Kaciroti, & Robert H. Bradley. (2006). Parenting styles and overweight status in first grade. Pediatrics 117 :2047-2054.Mohd Ismail Noor, Poh Bee Koon, Zawiah Hashim. (2005). Strategy for the prevention of obesity - Malaysia. Technical Committee on Strategies for the Prevention of Obesity Malaysia. Malaysian Association for the Study of Obesity (MASO), Department of Nutrition and Dietetics, Faculty of Allied Health Sciences, Universiti Kebangsaan Malaysia,Norkumala binti Awang. (2007). Gaya pemakanan mempengaruhi kesihatan masyarakat. Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM): Mac 5, halaman 1

Ogden C, Flegal K, Caroll M, Johnson C. (2002). Prevalence and trends overweight among US children and adolescents 1999-2000. JAMA, 288:1728-1732Patricia MA dan Kristin FB. (2006). Chilhood obesity: trends and potential causes. Spring Vol 16 No. 1 :19-45Sonia C., Stephen R.D., Adam D., Francine R.K., Lawrence A.P., Arlan L.R., & Jeffrey B.S. (2008). Influence of race, ethnicity and culture on childhood obesity: implications for prevention and treatment. Diabetes Care Vol 31 No. 11 :2211-2221

2