R I N G K A S A N P E R S I D A N G A N P A R L I M E N · Filipina dan beliau sendiri telah...
Transcript of R I N G K A S A N P E R S I D A N G A N P A R L I M E N · Filipina dan beliau sendiri telah...
R I N G K A S A N P E R S I D A N G A N P A R L I M E N | 1
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
ANTARABANGSA & KESELAMATAN
• KERAJAAN BAKAL REALISASI PENUBUHAN KEDUTAAN BESAR MALAYSIA KE PALESTIN
• TUNTUTAN FILIPINA KE ATAS SABAH TIADA ASAS KUKUH
• SOSMA AKAN DITAMBAHBAIK OLEH KERAJAAN
• PERJELAS ISU PEMBAYARAN WANG SERAHAN KEPADA KESULTANAN SULU
• KERJASAMA KETENTERAAN TRILATERAL MALAYSIA, INDONESIA DAN FILIPINA DIPERKUKUH
PENDIDIKAN & SUMBER MANUSIA
• INSENTIF KERAJAAN ATASI MASALAH PENGANGGURAN
• PSMB KOMITED BANTU PENYEDIA LATIHAN DI BAWAH PENJANA
• BEKU PENGAMBILAN PEKERJA ASING, KSM ALL OUT TANGANI PENGANGGURAN
• GAGASAN PPPM TERAP PERPADUAN, LAHIRKAN MURID BERKETERAMPILAN DI PERINGKAT GLOBAL
• KPM SEDANG PERHALUSI DAPATAN KAJIAN DASAR PENDIDIKAN NEGARA
EKONOMI & KEWANGAN
• PELABURAN DI MALAYSIA DIHARAP AKAN TERUS MENINGKAT
• KERAJAAN PN KOMITED MENERUSKAN WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030
• INSENTIF CUKAI UNTUK PELABURAN DOMESTIK DAN PELABURAN ASING
• KERAJAAN SERIUS TANGANI KENAIKAN HARGA BARANG
• STRATEGI MEMPERLUASKAN EKSPORT MINYAK SAWIT NEGARA
E D I S I K E D U A | 2
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
KESEJAHTERAAN SOSIAL
• KPWKM SALUR BANTUAN KEPADA GOLONGAN SASAR
• PEKERJA WANITA TIDAK PERLU BIMBANG TERHADAP GANGGUAN SEKSUAL
• KKM SERIUS TANGANI MASALAH MENTAL
• KKM TERUS MEMERANGI DENGGI
• KEBAJIKAN KANAK-KANAK DI DEPOT TAHANAN TERJAMIN PERUNDANGAN & HAK ASASI
• 4 MP DISINGKIR BERSATU CABAR PELANTIKAN SPEAKER DEWAN RAKYAT
• MP BUKIT GELUGOR PERLU BUKTIKAN DAKWAAN AMALAN MAINKAN AUDIO DALAM DEWAN DIBENARKAN
• KERAJAAN AKAN LIHAT SEMULA PENJUALAN ARAK DI KEDAI RUNCIT
• KERAJAAN SETUJU TERUSKAN PENGGUBALAN RUU AKTA GANGGUAN SEKSUAL
• SUKAR DAPAT WARGANEGARA KERANA TIDAK DAFTAR PERKAHWINAN
R I N G K A S A N P E R S I D A N G A N P A R L I M E N | 3
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
ANTARABANGSA & KESELAMATAN
KERAJAAN BAKAL REALISASI PENUBUHAN KEDUTAAN
BESAR MALAYSIA KE PALESTIN Wisma Putra dalam rangka
menubuhkan Kedutaan Besar
Malaysia ke Palestin. Satu unit
khusus hal ehwal Palestin yang
ditempatkan di Amman serta
perlantikan Konsul-konsul
Kehormati di Tebing Barat dan
Gaza akan dilaksanakan bagi
memenuhi keperluan asas
penubuhan kedutaan Malaysia ke
Palestin tersebut. Namun, kedua-
dua langkah ini masih tidak dapat diteruskan oleh kerana penularan pandemik Covid-
19 yang memuncak sejak Februari yang lalu.
Kerajaan telah menyatakan hasrat untuk menubuhkan Kedutaan Besar Malaysia ke
Palestin ketika Sidang Kemuncak Negara-negara Berkecuali ke-18 di Baku,
Azerbajian pada 26 Oktober 2019 serta telah dibentangkan di Parlimen pada 31
Oktober 2019. Tindakan ini menggambarkan sokongan yang tidak berbelah bahagi
Kerajaan Malaysia terhadap Palestin (Jawapan Lisan Dewan Rakyat, Soalan 22, 16
Julai 2020).
TUNTUTAN FILIPINA KE ATAS SABAH TIADA ASAS KUKUH Wisma Putra menegaskan tidak akan melayan sebarang isu tuntutan Filipina ke atas
Sabah. Dakwaan tersebut didalangi kelompok yang mendakwa berketurunan
Kesultanan Sulu dan jelas ia tidak ada asas yang kukuh untuk dibangkitkan. Malaysia
telah membina hubungan yang erat dengan TYT Rodrigo Duterte, Presiden Republik
Filipina dan beliau sendiri telah melakukan lawatan ke Malaysia pada tahun 2016 dan
2018.
Presiden Republik Filipina turut menjelaskan bahawa tiada tindakan akan diambil bagi
mengambil Sabah daripada Malaysia. Malah, Sabah juga telah diiktiraf sebagai
sebahagian daripada Malaysia dan perkara tersebut turut diakui oleh PBB sendiri
(Jawapan Lisan Dewan Rakyat, Soalan 34, 24 Julai 2020).
(Sumber: Google Image)
E D I S I K E D U A | 4
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
SOSMA AKAN DITAMBAHBAIK OLEH KERAJAAN Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) [Security Offences (Special
Measures) Act, SOSMA] 2012 tidak akan dimansuhkan oleh Kerajaan. Malah,
Kerajaan akan cuba melakukan penambahbaikan terhadap peruntukan sedia ada
bagi memastikan akta tersebut benar-benar mencapai objektifnya yang sebenar serta
mengelakkannya daripada menjadi modal untuk memerangkap musuh politik.
SOSMA secara asasnya sangat penting bagi memelihara keselamatan rakyat dan
negara daripada ancaman keganasan dan sindiket jenayah terancang yang sentiasa
mengintai peluang untuk melakukan aktiviti jenayah di negara ini. Oleh itu, sesetengah
pihak tidak perlu terburu-buru untuk memansuhkan SOSMA, namun dalam masa yang
ia perlu ditambahbaik bagi memastikan keselamatan dalam negara terjamin
(Jawapan Lisan Dewan Rakyat, Soalan 14, 20 Julai 2020).
PERJELAS ISU PEMBAYARAN WANG SERAHAN KEPADA
KESULTANAN SULU Dakwaan sesetengah pihak
mengenai pembayaran
Kerajaan Malaysia kepada
Kerajaan Filipina perlu
diperbetul. Kerajaan Malaysia
tidak membuat pembayaran
wang serahan kepada Kerajaan
Filipina, tetapi sebaliknya wang
serahan (cession money) itu
diserahkan melalui peguam
yang mewakili sembilan orang
waris Kesultanan Sulu.
Bayaran tersebut adalah berdasarkan perjanjian di antara Sultan Sulu, Sultan Jamal
Al Alam dengan Baron de Overbeck dan Alfred Dent daripada Syarikat Borneo Utara
British pada 22 Januari 1878 dengan jumlah RM5,300 setahun. Walau
bagaimanapun, Malaysia telah menghentikan pembayaran wang serahan berkenaan
sejak tahun 2013 (Jawapan Lisan Dewan Rakyat, Soalan 30, 22 Julai 2020).
(Sumber: Google Image)
R I N G K A S A N P E R S I D A N G A N P A R L I M E N | 5
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
KERJASAMA KETENTERAAN TRILATERAL MALAYSIA,
INDONESIA DAN FILIPINA DIPERKUKUH Hubungan kerjasama
pertahanan di antara
Malaysia, Indonesia dan
Filipina diperkukuh bagi
menghadapi sebarang
ancaman keselamatan dan
keganasan di perairan ketiga-
tiga negara. Kerjasama
tersebut dibentuk melalui
platform Trilateral Cooperative
Arrangement (TCA) yang turut
merangkumi pelaksanaan
Trilateral Maritime Patrol
(TMP) dan Trilateral Air Patrol (TAP) iaitu pengawasan di bahagian maritim dan ruang
udara.
Pembentukan kerjasama pertahanan trilateral ini berkait dengan aspek perkongsian
maklumat pintar termasuk juga bahagian perisikan bagi mempertingkatkan
kesiapsiagaan menghadapi ancaman jenayah rentas sempadan. Tambahan lagi,
tactical interoperability turut diperkenalkan dalam kerjasama tersebut selain
memperlihatkan aset-aset ketenteraan di bahagian perairan bersama di antara ketiga-
tiga negara (Jawapan Lisan Dewan Rakyat, Soalan 35, 16 Julai 2020).
(Sumber: Google Image)
R I N G K A S A N P E R S I D A N G A N P A R L I M E N | 6
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
PENDIDIKAN & SUMBER MANUSIA
INSENTIF KERAJAAN ATASI MASALAH PENGANGGURAN Jabatan Satatistik Malaysia menjangkakan julat maksimum kadar pengangguran
negara dalam lingkungan 3.5 peratus hingga 5.5 peratus pada tahun ini. Berbanding
April yang lalu, indikator ekonomi bagi Mei 2020 menunjukkan keadaan ekonomi
beransur pulih. Tambahan pula, bermula tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
Bersyarat (PKPB) sehingga kini, lebih banyak perniagaan dibenarkan operasi dan
pelbagai pakej ransangan yang dilaksanakan kerajaan telah menyumbang kepada
penurunan bilangan penganggur. Antaranya pakej PRIHATIN, PRIHATIN PKS
TAMBAHAN yang telah berjaya menyelamatkan lebih 2.4 juta pekerjaan,
mengurangkan beban aliran tunai hampir 11 juta rakyat serta memberi sokongan
kepada lebih 300 ribu syarikat. Di samping itu, kerajaan turut mengumumkan
PENJANA yang dipertanggungjawabkan di bawah Jawatankuasa Khas Pekerjaan
Nasional (JKPN) bagi menyelaras dan memantau pelaksanaan inisitif PENJANA
berkaitan sumber manusia. JKPN dipengerusikan bersama oleh Menteri Sumber
Manusia dan Menteri Kewangan bagi membolehkan penyelarasan peruntukan yang
diperlukan untuk membantu rakyat berjalan lebih pantas dan berkesan serta lebih
menyeluruh (Jawapan Lisan Dewan Rakyat, Soalan 2, 20 Julai 2020).
PSMB KOMITED BANTU PENYEDIA LATIHAN DI BAWAH
PENJANA Sebagai sebuah agensi yang
dipertanggungjawabkan membantu
syarikat-syarikat yang terkesan dengan
penularan COVID-19, Pembangunan
Sumber Manusia Berhad (PSMB)
komited membantu syarikat-syarikat
yang berkelayakan untuk memohon
lesen sebagai Penyedia Latihan di
bawah PENJANA yang dikendalikan
oleh PSMB. Antara bentuk kemudahan yang diberikan oleh PSMB adalah dari segi
struktur pembayaran yuran iaitu sebanyak RM1,000 untuk tempoh setahun bagi
pemohon yang telah memohon sebelum 31 Disember 2020. Struktur pembayaran ini
amat membantu syarikat berbanding sebelum ini, yuran sebanyak RM3,000 untuk
tempoh tiga tahun perlu dijelaskan sekaligus.
Di samping itu, PSMB turut melanjutkan tempoh sah lesen Penyedia Latihan sedia
ada sehingga 1 Mei 2021. Terkini, jumlah lesen yang dikeluarkan adalah sebanyak
2,066 termasuklah pendaftaran penyedia latihan baru sejak Mac 2020 yang tidak
melebihi 30 peratus daripada jumlah keseluruhan (Jawapan Lisan Dewan Rakyat,
Soalan 37, 20 Julai 2020).
(Sumber: Graduan.com, 2020)
R I N G K A S A N P E R S I D A N G A N P A R L I M E N | 7
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
BEKU PENGAMBILAN PEKERJA ASING, KSM ALL OUT
TANGANI PENGANGGURAN Susulan penularan COVID-19, kerajaan telah membekukan pengambilan pekerja
asing baharu, manakala pekerja asing sedia ada yang tidak mampu digajikan majikan
asal diserahkan kepada majikan baharu (redeployment) dalam sektor yang sama.
Proses ini dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung
Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri.
Bagi mengimbangi jangkaan peningkatan kadar pengangguran negara, kerajaan
mengambil pendekatan ‘all out’ termasuklah mensyaratkan majikan mengiklankan
kekosongan jawatan tidak kurang dari 30 hari di portal JobsMalaysia untuk dipohon
oleh warga tempatan. Selepas tempoh tersebut, barulah permohonan tersebut boleh
dibuka kepada pekerja asing sekiranya tiada pekerja tempatan yang mengisi
kekosongan jawatan yang diiklankan. Inisiatif ini bermula 1 Julai 2020 (Jawapan Lisan
Dewan Rakyat, Soalan 39, 20 Julai 2020).
GAGASAN PPPM TERAP PERPADUAN, LAHIRKAN MURID
BERKETERAMPILAN DI PERINGKAT GLOBAL Selari misi dan visi kementerian
untuk menyediakan Dasar
Pendidikan Kebangsaan abad ke-21
yang lebih komprehensif seiring
perubahan dasar utama negara atau
keperluan pendidikan semasa, KPM
sentiasa berpandukan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Dasar
Pendidikan Kebangsaan sebagai
teras utama. Pada masa ini, Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025 merupakan dasar
pendidikan yang sedang dilaksanakan bermatlamat untuk melahirkan generasi muda
yang berketerampilan dalam semua aspek selaras dengan keperluan tenaga kerja
industri 4.0 dan industri digital negara.
Seterusnya, pelaksanaan PPPM 2013-2025 turut menekankan aspek perpaduan di
peringkat prasekolah, sekolah rendah dan menengah melalui prinsip Rukun Negara,
literasi sivik dan amali sivik yang dimuatkan dalam silibus Pendidikan Sivik. Selain itu,
elemen pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan
Technical and Vocational Education and Training (TVET) turut diterapkan dalam
Kurikulum Kebangsaan bagi menyiapkan murid untuk bersaing di peringkat global
(Jawapan Lisan Dewan Rakyat, Soalan 25, 21 Julai 2020).
(Sumber: Google Image)
E D I S I K E D U A | 8
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
KPM SEDANG PERHALUSI DAPATAN KAJIAN DASAR
PENDIDIKAN NEGARA Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) kini sedang memperhalusi
dapatan daripada Kajian Dasar
Pendidikan Negara yang telah
diserahkan kepada KPM pada 2
Mei 2019. Bagi mendapatkan
suatu analisis yang komprehensif
dan menyeluruh, KPM telah
mengadakan siri perbincangan
dan libat urus dengan pihak
berkepentingan termasuk guru, murid,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pihak swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan
(NGO) dalam tempoh September hingga November 2019.
Antara aspek penting dikaji termasuklah kebolehlaksanaan syor JKPDN dengan
mengambil kira aspek implikasi terhadap dasar, perundangan, perjawatan,
infrastruktur dan kewangan. Hal ini penting bagi memastikan kebolehlaksanaannya
selaras dengan dasar sedia ada dan inisiatif di bawah Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 (Jawapan Lisan Dewan Rakyat, Soalan 10, 21
Julai 2020)
(Sumber: Pendidik2u.my, 2020)
R I N G K A S A N P E R S I D A N G A N P A R L I M E N | 9
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
EKONOMI & KEWANGAN
PELABURAN DI MALAYSIA DIHARAP AKAN TERUS
MENINGKAT Malaysia mencatatkan peningkatan sebanyak 3.4 peratus di dalam pelaburan yang
melibatkan sektor utama, perkilangan dan perkhidmatan pada tahun 2019 yang
berjumlah RM 211.4 Billion dengan rekod pelaburan domestik sebanyak 61 peratus
manakala pelaburan asing sebanyak 39 peratus. Berdasarkan rekod mengikut negeri,
Selangor mencatatkan pelaburan tertinggi dengan nilai RM 48.1 Billion, diikuti dengan
Pulau Pinang (RM 33.7 Billion), Johor (RM 24.5 Billion), Kuala Lumpur (RM 21.6
Billion), Kedah (RM 14.7 Billion) dan Sabah (RM 12.4 Billion).
Selain itu, Kerajaan telah melaksanakan beberapa inisiatif untuk menarik pelaburan
asing secara agresif ke negara ini terutamanya selepas pandemik COVID-19.
Antaranya ialah kecepatan dalam meluluskan lesen pengilang, insentif cukai dan
penubuhan Project Acceleration & Coordination Unit (PACU). Hasilnya, Malaysia
berjaya meraih pengiktirafan antarabangsa melalui Laporan Ease of Doing Business
2020 oleh Bank Dunia di mana kedudukan negara meningkat ke tangga-12
berbanding tangga-15 pada 2019 sebagai negara berdaya saing antara 190 buah
negara. (Jawapan Lisan Dewan Rakyat, Soalan 19, 16 Julai 2020)
KERAJAAN PN KOMITED MENERUSKAN WAWASAN
KEMAKMURAN BERSAMA 2030 Kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan meneruskan
Wawasan Kemamkmuran Bersama 2030 (WKB 2030)
yang dilancarkan oleh Kerajaan yang terdahulu. WKB
2030 mempunyai tiga objektif utama iaitu i)
Pembangunan untuk Semua, ii) Jurang Kekayaan dan
Pendapatan, iii) Negara Bersatu, Makmur dan
Bermaruah. Terdapat 10 sasaran utama dalam
mencapai objektif WKB 2030. Antaranya ialah; i)
Kadar Pertumbuhan KDNK berkembang sebanyak 4.7
peratus setahun, ii) Nisbah pendapatan penengah
kumpulan etnik Bumiputera, Cina dan India
disasarkan pada nisbah 0.9:1:1, iii) Purata pendapatan bagi mencapai taraf hidup
wajar disasarkan tidak kurang RM 5,800 sebulan untuk golongan B40. Kerajaan juga
menyasarkan Rancangan Malaysia Kedua Belas, 2021-2025 (RMKe-12) sebagai
strategi dan fasa pertama ke arah perlaksanaan WKB 2030. Antara langkah yang
akan diambil adalah; i) Penstrukturan semula ekonomi, ii) Menggalakkan inisiatif
penyelidikan dan pembangunan (R&D), iii) Menangani jurang ekonomi antara
kumpulan pendapatan, etnik dan wilayah. (Jawapan Lisan Dewan Rakyat, Soalan
18, 16 Julai 2020)
(Sumber: Google Image)
R I N G K A S A N P E R S I D A N G A N P A R L I M E N | 10
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
INSENTIF CUKAI UNTUK PELABURAN DOMESTIK DAN
PELABURAN ASING Menjawab soalan yang diutarakan oleh Ahli
Parlimen Cheras, Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri telah menyenaraikan
beberapa insentif cukai yang diberikan kepada
pelabur tempatan dan asing bagi menggalakkan
kembali ekonomi negara pasca COVID-19.
Antara insentif cukai yang diberikan kepada
pelabur asing adalah; i) Pengecualian cukai 10
tahun untuk pelaburan baharu dalam sektor pembuatan dengan pelaburan modal
sebanyak RM 300 – RM 500 Juta, ii) Pengecualian cukai 15 tahun untuk pelaburan
baharu dalam sector pembuatan dengan pelaburan modal melebihi RM 500 Juta.
Bagi pelabur tempatan, antara insentif yang diberikan adalah penambahbaikan Dana
Pelaburan Strategik Tempatan (DISF) bagi tempoh 1 Jun sehingga 31 Disember 2020
seperti; i) Pengurangan ekuiti efektif dari sekurang-kurangnya 60 kepada 51 peratus
dimiliki oleh rakyat Malaysia, ii) Nisbah pembayaran semula geran latihan ditingkatkan
kepada 70 peratus ditanggung oleh Kerajaan manakala 30 peratus ditanggung oleh
syarikat. (Jawapan Lisan Dewan Rakyat, Soalan 41, 16 Julai 2020)
KERAJAAN SERIUS TANGANI KENAIKAN HARGA BARANG Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)
mengambil perhatian serius dalam mengawal dan memastikan harga barang di
pasaran sentiasa stabil. Antara langkah yang diambil oleh Kementerian adalah; i)
Pemantauan dan penguatkuasaan yang lebih agresif, ii) Menguatkuasakan Akta
Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011, iii) Penguatkuasaan Perintah
Kawalan Harga 1993 dan iv) Mengadakan program libat urus, khidmat nasihat dan
kerjasama bersama dengan para peniaga.
Selain itu, pihak Kementerian juga menyediakan pelbagai wasilah dalam menangani
pertanyaan dan aduan dari pengguna secara lebih cepat dan efektif seperti aplikasi
whatsapp KPDNHEP di talian 019-2794317, portal E-Aduan, aplikasi Ez Adu, talian
hotline KPDNHEP 1-800-886-800 dan hadir sendiri ke cawangan pejabat KPDNHEP
berdekatan. (Jawapan Lisan Dewan Rakyat, Soalan 15, 20 Julai 2020)
(Sumber: Forbes, 2020)
R I N G K A S A N P E R S I D A N G A N P A R L I M E N | 11
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
STRATEGI MEMPERLUASKAN EKSPORT MINYAK SAWIT
NEGARA Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara, India
merupakan pengeksport terbesar minyak sawit Malaysia pada 2019 dengan kuantiti
sebanyak 4.46 juta tan bersamaan dengan RM 9.78 Billion. Namun begitu, Kerajaan
berhasrat meluaskan lagi eksport minyak sawit ke negara-negara lain.
Antara inisiatif yang diambil adalah; i)
Memperkukuhkan pasaran eksport utama
sedia ada terutamanya dengan negara
India, China, Kesatuan Eropah (EU),
Pakistan dan Amerika Syarikat di samping
menembusi pasaran baru seperti di benua
Afrika dan Asia Tengah, ii) Meningkatkan
aktiviti penyelidikan dan pembangunan
(R&D) dalam menghasilkan produk baru
dan menambahbaik produk sedia ada, iii)
Meningkatkan akses pasaran yang lebih baik melalui perundingan perjanjian
perdagangan bebas (FTA) dua hala & pelbagai hala, iv) Pengecualian duti eksport
minyak sawit mentah (CPO), minyak isirong sawit mentah (CPKO) dan minyak isirong
sawit proses (RBDPKO) sehingga 31 Disember 2020. (Jawapan Lisan Dewan
Rakyat, Soalan 7, 22 Julai 2020)
(Sumber: Berita Harian, 2020)
E D I S I K E D U A | 12
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
KESEJAHTERAAN SOSIAL
KPWKM SALUR BANTUAN KEPADA GOLONGAN SASAR Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM)
menyalurkan pelbagai bantuan bagi
membantu 846,374 Ketua Isi Rumah
sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.
Antara inisiatif yang telah dilaksanakan
adalah Agihan Bantuan Sosial Bakul
Makanan yang berjumlah RM22.2 juta
untuk 222,000 bakul makanan. Selain itu,
sehingga 20 Julai 2020, sebanyak 222,549 Agihan Bantuan Bakul Makanan di bawah
Tabung NADMA COVID-19 telah diagihkan. Bantuan Kebajikan Bulanan JKM juga
diawalkan selain menyediakan pelbagai saluran perkhidmatan kauseling dan psikologi
seperti Talian Khas Kaunseling COVID-19 dan Talian Kasih 15999 dan Talian Kasih
Whatsapp 019-26 15999. Selain daripada itu, di bawah inisiatif PENJANA, Program
Subsidi TASKA dan Program Bantuan Tunai diberikan untuk Kumpulan Rentan khas
ibu tunggal, OKU dan sukarelawan Program Khidmat Bantu di Rumah (Penyata
Rasmi Dewan Rakyat, Soalan 43, 21 Julai 2020).
PEKERJA WANITA TIDAK PERLU BIMBANG TERHADAP
GANGGUAN SEKSUAL Kerajaan hari ini serius dalam menangani isu gangguan seksual dengan terus-
menerus berusaha merealisasikan Rang Undang-undang Gangguan Seksual yang
kini diperingkat akhir. draf awal RUU mengenainya telah dikemukakan ke Jabatan
Peguam Negara pada 23 Januari 2020 dan sepatutnya dibentangkan di parlimen
sekitar Mac 2020. Namun disebabkan peralihan kuasa berlaku, oleh itu,
pembentangan kepada jemaah menteri perlu dijalankan sekali lagi disebabkan perlu
mendapat persetujuan daripada jemaah menteri yang baru dilantik.
Sebagai langkah awal, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kini sedang
membangunkan Modul Intervensi Gangguan Seksual di Tempat Kerja untuk
kegunaan Pegawai Psikologi/Kaunselor Organisasi dalam mengendalikan kes
gangguan seksual di tempat kerja. Manakala bagi kes dalam sektor swasta,
Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung
Malaysia (JTKSM) telah menguatkuasakan Akta Kerja 1955 [Akta 265] dengan
mensyaratkan majikan menjalankan siasatan terhadap aduan gangguan seksual di
tempat kerja yang dilaporkan oleh pekerja tanpa mengira upah pekerja berkenaan
(Penyata Rasmi Dewan Rakyat, Soalan 12, 21 Julai 2020).
(Sumber: Harian Metro, 2020)
R I N G K A S A N P E R S I D A N G A N P A R L I M E N | 13
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
KKM SERIUS TANGANI MASALAH MENTAL Masalah mental sepanjang Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan
bukan hanya dihadapi oleh pekerja di
sektor awam, petugas kesihatan atau
frontliners tetapi tekanan turut dirasai oleh
golongan lain kalangan masyarakat. Oleh
itu Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) telah mewujudkan beberapa
inisiatif dalam menangani gejala tekanan
yang melampau antaranya dengan kerjasama MERCY Malaysia telah memulakan
perkhidmatan talian bantuan sokongan psikososial yang berpusat di CPRC. Selain itu,
saringan mental turut dijalankan ke atas kakitangan kesihatan termasuk doktor dan
frontliner.
Di peringkat lapangan pula, hospital dan klinik kesihatan, Perkhidmatan Kesihatan
Mental dan Sokongan Psikososial atau MHPSS (Mental Health Psychosocial Support
Service) turut disediakan untuk kumpulan sasar iaitu; Person Under Surveillance atau
PUS; Individu yang dijangkiti COVID-19; Petugas kesihatan / frontliners; Petugas
Kesihatan yang melaksanakan ‘contact tracing’; Petugas Kesihatan yang terlibat
semasa COVID-19 di CPRC; Petugas daripada agensi lain yang mengendalikan
COVID-19 (Penyata Rasmi Dewan Rakyat, Soalan 9, 16 Julai 2020).
KKM TERUS MEMERANGI DENGGI Walaupun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertungkus-lumus memerangi
COVID-19 namun Kementerian ini juga dalam masa yang sama berusaha dalam
memerangi denggi. Hasilnya pernurunan kes berjaya dikurangkan. Bermula Januari
sehingga 16 Julai 2020, kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan adalah
sebanyak 59,860 kes dan 96 kematian akibat komplikasi demam denggi, berbanding
70,800 kes dan 104 kematian akibat komplikasi demam denggi bagi tempoh sama
tahun 2019 iaitu penurunan kes sebanyak 15.5% (10,940 kes) serta pengurangan
kematian sebanyak 7.7% (8 kematian).
Antara langkah yang telah diambil adalah dengan mewujudkan satu Jawatankuasa
Peringkat Kebangsaan Mengenai Denggi. Selain itu, KKM juga telah melaksanakan
inovasi dalam langkah kawalan nyamuk Aedes iaitu teknik semburan Outdoor
Residual Spray (ORS) terutama di bangunan strata dan telah menggunakan nyamuk
Aedes berWolbachia bagi mengawal transmisi penyakit bawaan nyamuk Aedes selain
Memperkasakan pasukan Communication for Behavioural Impact (COMBI) yang
merupakan agen kesihatan yang membantu KKM melaksanakan aktiviti pencegahan
dan kebersihan persekitaran di peringkat komuniti (Penyata Rasmi Dewan Rakyat,
Soalan 15, 22 Julai 2020).
(Sumber: Google Image)
R I N G K A S A N P E R S I D A N G A N P A R L I M E N | 14
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
KEBAJIKAN KANAK-KANAK DI DEPOT TAHANAN TERJAMIN Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sentiasa
menitikberatkan hal ehwal kebajikan kanak-
kanak di Depot Tahanan Imigresen dengan
menyediakan penjagaan khas terhadap
mereka semasa dalam tahanan seperti
bekalan susu sebagai makanan tambahan.
Setiap tahanan kanak-kanak yang
ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen
juga diasingkan mengikut jantina dan umur
selain menyediakan fasiliti dan ruang yang
sesuai untuk kanak-kanak.
Dari aspek kesihatan tahanan, pihak JIM bekerjasama dengan Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menempatkan 14 orang Penolong Pegawai
Perubatan di Depot Tahanan Imigresen di seluruh negara bagi memberikan rawatan
awal kepada tahanan kanak-kanak. Selain itu, KDN juga dalam proses untuk
menyediakan satu alternatif bagi memastikan kesejahteraan tahanan kanak-kanak
dengan melaksanakan projek rintis Alternative to Detention (ATD) secara berperingkat
(Penyata Rasmi Dewan Rakyat, Soalan 54, 20 Julai 2020).
(Sumber: Mstar, 2015)
R I N G K A S A N P E R S I D A N G A N P A R L I M E N | 15
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
PERUNDANGAN & HAK ASASI
4 MP DISINGKIR BERSATU CABAR PELANTIKAN SPEAKER
DEWAN RAKYAT Tun Dr Mahathir Mohamad (ahli Parlimen
Langkawi), bersama empat ahli parlimen yang
disingkirkan dari Bersatu iaitu ahli Parlimen
Jerlun, Mukhriz Mahathir; ahli Parlimen
Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik; ahli
Parlimen Kubang Pasu, Amiruddin Hamzah
dan ahli Parlimen Sri Gading, Shahruddin Md
Salleh telah mengemukakan permohonan di
mahkamah bagi mencabar pelantikan Azhar
Azizan dan Azalina di Dewan Rakyat.
Timbalan Speaker I, Mohd Rashid Hasnon dan Setiausaha Dewan Rakyat Nizam
Mydin Bacha Mydin turut dinamakan sebagai defendan.
Pelantikan mereka dicabar sebagai tidak sahih dan melanggar Perlembagaan
Persekutuan atau Peraturan Tetap Dewan Rakyat. Walau bagaimanapun, Dewan
Rakyat masih tidak menerima notis saman tersebut. (Astro Awani, 23 Julai 2020).
www.astroawani.com/berita-malaysia/dewan-rakyat-tidak-terima-notis-saman-cabar-
pelantikan-speaker-timbalan-252489
MP BUKIT GELUGOR PERLU BUKTIKAN DAKWAAN AMALAN
MAINKAN AUDIO DALAM DEWAN DIBENARKAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan bahawa
dakwaan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh yang mengatakan amalan
membenarkan Ahli Parlimen memainkan bahan audio di dalam Dewan Rakyat pernah
berlaku dalam tahun 2007 adalah tidak berasas dan merupakan satu perbuatan
mengelirukan Dewan, yang merupakan kesalahan di bawah Peraturan 36 (12)
Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Rekod menunjukkan dakwaan tersebut tidak pernah berlaku. Oleh itu, Ramkarpal
perlu membuktikan dakwaan tersebut sebelum sidang Parlimen berakhir atau beliau
bakal dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan (Bernama, 23 Julai 2020)
www.astroawani.com/berita-malaysia/dakwaan-amalan-benarkan-ahli-parlimen-mainkan-
audio-dalam-dewan-tidak-benar-takiyuddin-252408
(Sumber: Astro Awani, 2020)
E D I S I K E D U A | 16
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
KERAJAAN AKAN LIHAT SEMULA PENJUALAN ARAK DI
KEDAI RUNCIT Dalam menjawab soalan mengenai tindakan kerajaan
untuk melihat semula penjualan arak di kedai-kedai
runcit, Timbalan Menteri Kementerian Perumahan
dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Dr Ismail
Abd Muttalib memaklumkan bahawa KPKT telah
mengeluarkan surat arahan kepada semua pihak
berkuasa tempatan (PBT) bagi mengenal pasti
premis khas penjualan arak.
Selain itu, kerajaan juga berhasrat untuk terus meningkatkan penguatkuasaan ke atas
aktiviti itu. Cadangan untuk mewujudkan pasukan khas bagi memastikan undang-
undang dipatuhi seperti dalam isu dadah akan dipertimbangkan melihat kepada
kesan tabiat mabuk sama ada kepada pemandu dan pelbagai insiden melibatkan
orang awam. (Astro Awani, 23 Julai 2020).
www.astroawani.com/berita-malaysia/kpkt-arah-semua-pbt-kenal-pasti-premis-jual-arak-
tingkatkan-penguatkuasaan-252446
KERAJAAN SETUJU TERUSKAN PENGGUBALAN RUU AKTA
GANGGUAN SEKSUAL Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd
Harun berkata, kelulusan dasar melalui Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 5
Februari sudah diperoleh bagi RUU ini digubal. Namun begitu, kementerian
berpandangan kemungkinan terdapat keperluan untuk pindaan susulan dilakukan ke
atas akta lain bagi memastikan maksud dan objektif yang selari dengan peruntukan di
bawah RUU Gangguan Seksual ini apabila ia diluluskan kelak.
Kerajaan juga bakal menggubal peruntukan undang-undang untuk menguntukkan
kesalahan 'harassment' dan 'stalking' sebagai suatu kesalahan jenayah di Malaysia.
Hal ini memerlukan kepada pindaan Kanun Keseksaan dan Kanun Prosedur Jenayah
bagi tujuan melindungi mangsa hendap, (Harian Metro, 22 Julai 2020).
www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/07/602639/ruu-gangguan-seksual-dibentang-akhir-
tahun
(Sumber: Google Image)
R I N G K A S A N P E R S I D A N G A N P A R L I M E N | 17
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
SUKAR DAPAT WARGANEGARA KERANA TIDAK DAFTAR
PERKAHWINAN
Datuk Seri Tiong King Sing (GPS-Bintulu)
telah bertanya di Dewan Rakyat mengenai
keperluan untuk menetapkan prosedur
operasi standard (SOP) dalam proses
permohonan kewarganegaraan yang dilihat
rumit. Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk
Seri Dr Ismail Mohamed Said berkata kerajaan
telah memperkenalkan SOP baharu mulai
Januari 2020 bagi mempercepatkan proses
dan meluluskan permohonan
kewarganegaraan.
Namun begitu, kerajaan tidak boleh memberi
kewarganegaraan sewenang-wenangnya
kepada setiap kanak-kanak tanpa dokumen
perkahwinan ibu bapa mereka. Oleh itu,
pasangan yang bakal berkahwin perlu mendaftarkan perkahwinan secara sah bagi
mengelakkan kesukaran kepada anak-anak untuk mendapatkan sijil kelahiran. (Astro
Awani, 23 Julai 2020)
www.astroawani.com/berita-malaysia/daftar-perkahwinan-elak-isu-masalah-status-
kewarganegaraan-anak-252450
(Sumber: Google Image)