Recipe collection 63

6
MASAKAN ORANG ASLI

Transcript of Recipe collection 63

Page 1: Recipe collection 63

MASAKAN ORANG

ASLI  

 

 

 

 

 

 

Page 2: Recipe collection 63

IKAN LASOK DAUN PALAS (PAIS)

Bahan-bahan

200g ikan seluang – dibersihkan

15g (10 biji) lada api

1sm kunyit hidup

Daun kunyit – disiat-siat

2 biji buah kelubi

1 daun palas

Tali rotan

Sebatang kayu sebagai pemanggang

Garam

Cara Memasak

1. Gesel lada api, kunyit hidup dan buah kelubi bersama sedikit garam kasar. Kemudian

gaulkan pada ikan bersama daun kunyit.

2. Aturkan ikan di atas daun palas dan bungkus.

3. Sepit bungkusan pada pemanggang dan ikat dengan kemas supaya ia tidak akan jatuh.

4. Bakar di atas bara api sederhana.

 

 

 

Page 3: Recipe collection 63

AYAM MASAK DALAM BULUH

Bahan-bahan

1 ekor ayam kampung – dibersih dan dipotong kecil-kecil

1 helai daun kesing – dibersih dan dipotong halus-halus

Daun bong/lerek

Buluh lemang – dibersihkan

Garam

Air

Cara Memasak

1. Gaulkan ayam dengan sedikit garam bersama daun kesing. Masukkannya ke dalam buluh.

Kemudian tambahkan air sehingga paras ayam dan sumbat dengan daun bong.

2. Bakar seperti lemang selama 20 minit di atas bara api.

3. Setelah masak, boleh dihidangkan.

 

 

 

Page 4: Recipe collection 63

UBI SIRING

Bahan-bahan

700g ubi kayu

150g kelapa parut – tanpa kulit ari

Daun palas

Tali rotan

Garam

Cara Memasak

1. Buang kulit pada ubi kayu dan rendamnya semalaman untuk melembutkannya. Selepas

itu, bilas ubi untuk menghilangkan bau maung.

2. Parut ubi dan perah. Kemudian campurkan dengan kelapa parut dan sedikit garam.

3. Pindahkan adunan ke atas daun palas dan bungkusnya bulat dan padat. Ikat dengan tali

rotan secara kemas. Bakar atas bara api selama 20–30 minit.

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 5: Recipe collection 63

UMBUT BAKAR

Bahan-bahan

Umbut bayas

Cara Memasak

1. Bakar dalam api sehingga masak.

2. Isinya yang lembut boleh dimakan begitu sahaja atau dicecah dengan garam atau lada

api lumat.

 

 

 

Page 6: Recipe collection 63

MASAK GULAI REMPAH CAMPURAN

Bahan-bahan

50g ubi kayu

80g ubi keledek

30g pisang balin – dipotong bulat kepada empat kepingan

5g jagung – hiris jagung dari tongkol

50g labu manis

50g terung pipit

1 helai daun pepijat – disiat dan disimpulkan

5sm kunyit hidup – ditumbuk halus

150g siput sungai

50g udang sungai

50g ikan seluang

15g lada api

Garam secukup rasa

5 cawan air

Cara Memasak

1. Masak semua bahan-bahan kecuali siput, udang dan ikan dalam air.

2. Apabila mendidih dan ubi empuk, masukkan siput, udang dan ikan. Masak sehingga

empuk dan sesuaikan rasa.

 

fkdgtukjmcp"fcp"fkrqvqpi"fcfw"ugdguct"407uo"

fkdgtukjmcp