Koleksi Malaysia OiJohn M. Echols Collection on Southeast...

5
Koleksi Malaysia Oi John M. Echols Collection on Southeast Asia Perpustakaan Universiti Cornell Mohd. Razali Agus* Abstrak: Rencana dimulakan dengan memperkenalkan program pengajian Asia Tenggara di Cornell Universiti dan pengwujudan serta perkembangan koleksi Asia Tenggara yang oi- namakan Koleksi Echols. Perolehan bahan bagi koleksi ini adalah melalui Pejabat Library of Congress bertempat di Jakarta dan juga pesanan secara langsung dari pengedar. Beberapa masalah yang dihadapi dalam usaha pengumpulan bahan dibincangkan. Perbandingan dibuat mengenai saiz koleksi Malaysiana dengan koleksi dari negara- negara Asia Tenggara yang lain. Rencana di akhiri dengan cadangan untuk memperkuatkan program pertukaran dan hadiah sebagai satu langkah untuk memperkayakan bahan-bahan Malaysiana di Koleks! Echols dan juga koleksi Malaysiana di perpustakaan institusi tempatan. Abstract: The article begins with an introduction to the Southeast Asian study programmes available at Cornell University and the resultant special collection of Southeast Asian material named the Echols Collection. Acquisition of material is through an office of the Library of Congress stationed in Jakarta as well as direct purchasing from vendors. Prob- lems in the acquisition of materials are discussed. Comparison is made of the size of the collection of Malaysian materials as compared with collections of materials from other Southeast Asian countries. Finally it is suggested that the gift and exchange scheme be further strenghtened as a means of enriching both the Echols Collection with Malaysian materials as well as similar collections in libraries of local institutions. Pendahuluan Pertumbuhan dan perkembangan pusat- pusat pengajian tinggi yang menumpukan pen- gajian mengenai negara-negara Asia Tenggara daripada awal tahun-tahun 1960-an sehingga kini adalah sangat pesat. Minat dan perhatian terhadap negara-negara Asia Tenggara di Uni- versiti Cornell telah bermula setengah abad yang lalu. Pada tahun 1898, Presiden Universiti Cornell, Jacob G. Schurman telah menulisbeber- apa artikel tentang Filipina. 1 Dengan kemuncu- Ian penulisan ini, minat terhadap pengajian Asia Tenggara mula berkembang di Universiti Cor- nell. Perkembangan ini juga adalah berkait rapat dengan kepentingan negara Amerika Syarikat di Filipina. Filipina merupakan negara yang per- tama dijajah oleh Amerika Syarikat di Asia Tenggara. Perkembangan politik Amerika Syari- kat di Filipina juga telah mencetuskan minat baru ke atas negara-negara Asia Tenggara . Program Asia Tenggara Pada tahun 1950, perhatian yang lebih mendalam di kalangan para sarjana yang mengajar di Universiti Cornell tentang kehidup- an masyarakatdi AsiaTenggaratelahmewujudkan satu program yang khusus mengenai Asia Tenggara. Program ini dikenali sebagai Pro- gram AsiaTenggaradengan diketuaioleh seorang peng-arah dan penolong pengarah yang dilantik secarabergilir-gilirdi kalangankakitangan akade- mik yang berminat terhadap pengajaran Asia Tenggara. Ijazah kedoktoran yang pertama dianugerahkan oleh program ini pada tahun 1952. Hampir 1000 pelajar telah mendapat ijazah tinggi di peringkat-peringkat sarjana dan kedoktoran. Program Asia Tenggara di Universiti Cornell juga mengalami perkembangan yang pesat di mana bilangan kakitangan akademik telah • Pcnsyarah, Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Malaya. Kini sedang menyelesaikan disertasi Ph.D. di Universiti Corneli, Amerika Syarikat. Kekal Abadl 8(2) Jun 1989 17

Transcript of Koleksi Malaysia OiJohn M. Echols Collection on Southeast...

Page 1: Koleksi Malaysia OiJohn M. Echols Collection on Southeast ...eprints.um.edu.my/8934/1/KA8(2)1989_(A2).pdf · Koleksi Malaysia OiJohn M. Echols Collection on Southeast Asia Perpustakaan

Koleksi Malaysia Oi John M. Echols Collection on Southeast AsiaPerpustakaan Universiti Cornell

Mohd. Razali Agus*

Abstrak: Rencana dimulakan dengan memperkenalkan program pengajian Asia Tenggaradi Cornell Universiti dan pengwujudan serta perkembangan koleksi Asia Tenggara yang oi-namakan Koleksi Echols. Perolehan bahan bagi koleksi ini adalah melalui Pejabat Libraryof Congress bertempat di Jakarta dan juga pesanan secara langsung dari pengedar.Beberapa masalah yang dihadapi dalam usaha pengumpulan bahan dibincangkan.Perbandingan dibuat mengenai saiz koleksi Malaysiana dengan koleksi dari negara-negara Asia Tenggara yang lain. Rencana di akhiri dengan cadangan untuk memperkuatkanprogram pertukaran dan hadiah sebagai satu langkah untuk memperkayakan bahan-bahanMalaysiana di Koleks! Echols dan juga koleksi Malaysiana di perpustakaan institusitempatan.

Abstract: The article begins with an introduction to the Southeast Asian study programmesavailable at Cornell University and the resultant special collection of Southeast Asianmaterial named the Echols Collection. Acquisition of material is through an office of theLibrary of Congress stationed in Jakarta as well as direct purchasing from vendors. Prob-lems in the acquisition of materials are discussed. Comparison is made of the size of thecollection of Malaysian materials as compared with collections of materials from otherSoutheast Asian countries. Finally it is suggested that the gift and exchange scheme befurther strenghtened as a means of enriching both the Echols Collection with Malaysianmaterials as well as similar collections in libraries of local institutions.

Pendahuluan

Pertumbuhan dan perkembangan pusat-pusat pengajian tinggi yang menumpukan pen-gajian mengenai negara-negara Asia Tenggaradaripada awal tahun-tahun 1960-an sehinggakini adalah sangat pesat. Minat dan perhatianterhadap negara-negara Asia Tenggara di Uni-versiti Cornell telah bermula setengah abadyang lalu. Pada tahun 1898, Presiden UniversitiCornell, Jacob G. Schurman telah menulisbeber-apa artikel tentang Filipina.1 Dengan kemuncu-Ian penulisan ini, minat terhadap pengajian AsiaTenggara mula berkembang di Universiti Cor-nell. Perkembangan ini juga adalah berkait rapatdengan kepentingan negara Amerika Syarikat diFilipina. Filipina merupakan negara yang per-tama dijajah oleh Amerika Syarikat di AsiaTenggara. Perkembangan politik Amerika Syari-kat di Filipina juga telah mencetuskan minat baruke atas negara-negara Asia Tenggara .

Program Asia Tenggara

Pada tahun 1950, perhatian yang lebihmendalam di kalangan para sarjana yangmengajar di Universiti Cornell tentang kehidup-an masyarakatdi AsiaTenggaratelahmewujudkansatu program yang khusus mengenai AsiaTenggara. Program ini dikenali sebagai Pro-gram AsiaTenggaradengan diketuaioleh seorangpeng-arah dan penolong pengarah yang dilantiksecara bergilir-gilirdi kalangan kakitangan akade-mik yang berminat terhadap pengajaran AsiaTenggara. Ijazah kedoktoran yang pertamadianugerahkan oleh program ini pada tahun1952. Hampir 1000 pelajar telah mendapatijazah tinggi di peringkat-peringkat sarjana dankedoktoran.

Program Asia Tenggara di Universiti Cornelljuga mengalami perkembangan yang pesat dimana bilangan kakitangan akademik telah

• Pcnsyarah, Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Malaya. Kini sedang menyelesaikan disertasi Ph.D. di Universiti

Corneli, Amerika Syarikat.

Kekal Abadl 8(2) Jun 1989

17

Page 2: Koleksi Malaysia OiJohn M. Echols Collection on Southeast ...eprints.um.edu.my/8934/1/KA8(2)1989_(A2).pdf · Koleksi Malaysia OiJohn M. Echols Collection on Southeast Asia Perpustakaan

meningkat daripada 3 orang profesor padaperingkat awal penubuhannya kepada 16orangprofesor pada tahun 1982. Terdapat beberapaorang lagi ahli-ahli akademik yang terlibat secaratidak langsung sama ada dari segi pengajaranataupun penyelidikan mengenai negara-negaradi Asia Tenggara. Tenaga pengajar dan penye-lidik yang berminat tentang Asia Tenggarameliputi pelbagai bidang termasuklah bidang-bidang sains, politik, antropologi, sejarah dansebagainya. Walau bagaimanapun, sarjana-sarjana yang mempunyai pengalaman tentangMalaysia adalah kecil bilangannya jika di-bandingkan dengan sarjana yang berminat-tentang Indonesia.

Pengajaran dan Penyelidikan TentangMalaysia

Walaupun bilangan sarjana yang berminattentang Malaysia telah berkurangan, bilanganprofesor yang masih menyelia, mengajar danmenjalankan kerja-kerja penyelidikan danperundingan mengenai Malaysia masih lagidapat dibanggakan, jika dibandingkan denganpara sarjana yang berminat tentang Vietnam,Burma, Kampuchea, Laos, Brunei Darussalam'dan Singapura. Dalam hal ini, pengkaji danpelajar yang berminat tentang Malaysia masihboleh mendapatkan seliaan dan nasihat dari-pada ahli-ahli akademik berikut:

1. Tan Sri Profesor (Emeritus) Milton L. Barnett2dalam bidang sosiologi pembangunan, an-tropologi dan pembangunan luarbandar.Beliau mempunyai pengalaman yang luastentang Malaysia kerana beliau pernahroonjadi penasihat Kerajaan Malaysia semasaAllahyarham Tun Abdul Razak menjadi Per-dana Menteri Malaysia.

2. Profesor(Emeritus)MiltonEsmandalambidangsains politik, pentadbiran awam/kerajaan dandasar awam. Beliau adalah bekas perundingdi Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)dan Jabatan Perdana Menteri.3

3. Profesor A. Thomas Kirsch dalam bidangantropologi, agama dan etnografi pendudukdi Tanah Besar Asia Tenggara. Kini beliaubertugas sebagai Pengerusi Jabatan Antro-poloqi."

18

4. Profesor Barclay G. Jones dalam bidangpembangunan ekonomi, sains wilayah, per-ancangan bandar dan wilayah.5

5.Profesor Gary Fields6dalam bidang ekonomiburuh dan pembangunan ekonomi. Kini ber-tugas sebagai Pengerusi, Jabatan EkonomiBuruh,KolejPerhubmgan Industri dan Buruh.

Koleksi John M. Echols Tentang Asia Tenggara

Koleksi ini terkenal dengan panggilan KoleksiEchols (Echols Collection), mengambil sem-pena nama Kurator yang pertama, ProfesorJohn M. Echols. Koleksi ini ditubuhkan selarasdengan bertambahnya permintaan mendapatkanbahan-bah an rujukan daripada sarjana danpelajaryang tertoa dalamProgramAsia Tenggara,Universiti Cornell. Pada peringkat awal pe-nubuhannya, Koleksi Echols mendapat ban-tuan daripada Pelan Farmington (FarmingtonPian). Ini merupakan satu kerjasama antaraperpustakaan universiti-universiti Amerika Syari-kat. Pada tahun 1953, perpustakaan UniversitCornell telah menetapkan bahawa Koleksi Echolsmenyimpan setiap tajuk mengenai Asia Tenggarayang telah diterbitkan.

Pada tahun 1964, Undang-undang Awam480 Program Perolehan Indonesia yang di-tadbirkan oleh Library of Congress (Perpustaka-an Congress) memulakan operasi di Jakarta,Indonesia. Melalui program ini PerpustakaanUniversiti Cornell bersama 10 perpustakaan yanglain di Amerika Syarikat mula menerima bahan-bahan Indonesia dari masa kesemasa. Di bawahProgram Nasionaluntuk Perolehandan Pengkata-logan (National Program for Acquisitions andCataloging (NPAC), program perolehan bukudiperluaskan meliputi negara-negara Malaysia,Singapura dan Brunei Darussalam.

Pada 30 Jun 1988 jumlah koleksi AsiaTenggara John M. Echolstentang AsiaTenggaraialah214,004 tajuk. Sehingga 31 Disember 1988,koleksi John M. Echols telah meningkat 218,721judul/tajuk. Koleksi Malaysia7dalam bahasaMelayu (7482) juga adalah kecil bilangannyajika dibandingkan dengan koleksi-koleksi Indo-nesia (52,644), Thailand (76,463), Vietnam(21,852). Data yang paling akhir, setakat 31Disember 1988 menunjukkan koleksi Malaysiadalam Bahasa Melayu berjumlah 7655 tajuk.

Page 3: Koleksi Malaysia OiJohn M. Echols Collection on Southeast ...eprints.um.edu.my/8934/1/KA8(2)1989_(A2).pdf · Koleksi Malaysia OiJohn M. Echols Collection on Southeast Asia Perpustakaan

Jadual1 Bilangan Tajuk di Koleksi John M. EcholsPerpustakaan Universiti Cornell Sehingga 30 Jun 1988

Bahasa Bilangan Wilayah Jumlah Jumlah JumlahVernakular buku Kawasan Jurnal / Majalah Akhbar Besar

Burma 4332 Burma 283 22 4637

Indonesia 44533 Indonesia 8155 256 52644

Khmer 864 Kampuchea 205 45 1114

Laos 883 Laos 164 32 1079

Melayu 3958 M/S/BD* 3440 84 7482

Filipino 1557 Filipina 1719 64 3340

Thai 34141 Thailand 2243 79 36463

Vietnam 19980 Vietnam 1638 234 21852

Asia Tenggara 644 0 644

Jumlah 110,248 18491 816 129555

Bah. Inggeris dan bahasa-bahasa lain 84449

Bilangan Tajuk Diperolehi 1/7-31/12/88 4717

Jumlah Besar 218721

* Termasuk negara-negara Malaysia/Singapure/Brunei Darussalam.

Proses Pengumpulan Bahan-Bahan TerbitanMalaysia

Meialui program NPAC, Pejabat Library ofCongress di Jakarta mengadakan perhubu-ngan dengan pengedar-pengedar di Singapuradan Kuala Lumpur. Satu daripada kesan yangtimbui daripada pergantungan pengedar-pengedar Singapura dan Kuala Lumpur ialahkurangnya perolehan bahan-bahan yang diter-bitkan di luar kedua-dua bandaraya tersebut.Bahkan banyak terb~an-terbitan yang dihasilkanoleh sarjana-sarjana dan ahli-ahli akademiktempatantidak sampai ke AmerikaSyarikat kerana

pemasarannya hanya terhad kepada kampus-kampus yang tertentu dan tidak sampai ketangan pengedar tunggal di Kuala Lumpur dan-Singapura. Umpamanya akhbar-akhbar daripadaMalaysia, Singapura dan Brunei Darussalamadalah terlalu kecil8 bilangannya yang di-per-olehi oleh indonesia.

Keadaan ini bertambah buruk lagi keranatidak semuanya bahan dalam senarai tajukyang dihantar oleh pengedar-pengedar Malay-sia dan Singapura juga dipesan oleh PejabatLibrary of Congress. Library of Congress harusmemberikan persetujuanmuktamad.Lebihkhususlagi hanya tajuk-tajuk monograf dan jurnal yang

19

Page 4: Koleksi Malaysia OiJohn M. Echols Collection on Southeast ...eprints.um.edu.my/8934/1/KA8(2)1989_(A2).pdf · Koleksi Malaysia OiJohn M. Echols Collection on Southeast Asia Perpustakaan

terpilih sahaja akan dihantar ke Amerika Syarikatdi bawah program NPAC.Walau bagaimanapuntajuk-tajuk yang tidak terdapat di Koleksi Echolsmasih boleh diperolehi melalui program per-tukaran dan hadiah antara perpustakaan.Dalam hal yang terdesak Koleksi Echols sering-kali mendapatkan kemudahan pinjaman antaraperpustakaan di Amerika Syarikat.

Koleksi Echols sebenarnya berada di dalamsistem Perpustakaan Olin, perpustakaansiswazah Universiti Cornell. Ada 20 buah lagiperpustakaan yang berada dalam sistem perpus-takaan-perpustakaan Cornell University. Ini ter-masuklah Perpustakaan Mann, yang mengum-pul bahan khusus tentang pertanian, Perpus-takaan ILA(Industrialand LaborRelations),Perpus-takaan Sekolah Pengajian Perniagaan (BusinessSchool Library), Perpustakaan Pentadbiran Hotel(Hotel Administration School Library) dan jugaperpustakaan untuk mahasiswa ijazah pertama,Perpustakaan Uris. Tidak semua bahan-bahanAsia Tenggara termasuk Malaysia khususnyadisimpan dalam Koleksi Echols. Bahan-bahanterbitan yang khusus tajuknya mungkin tersirn-pan di salah satu daripada sistem perpus-takaan-perpustakaan Universiti Cornell di atas.

Dalam usaha meningkatkan kemudahan peng-gunaan perpustakaan, Perpustakaan Olindan Koleksi Echols telah mula memasukkansemua tajuk yang ada di sistem perpustakaan-perpustakaan dalam komputer dengan

Nota

1. Lihat The John M. Echols Collection on South-east Asia: Cornell Assemblers a NationalTreasure. (Ithaca, New York: Cornell Univer-sity Press), 1982.

2. Antara pelajar-pelajar Malaysia yang pernahdiselia beliau termasuklah Dato Dr. AffifudinOmar (Ahli Parlimen), yang menulis Peasants,Institutions, and Development in Malaysia:Its Political Economy of Development in theMuda Region, Tesis Ph.D, Universiti Cornell,1978; Profesor Madya Sivalingam (FakultiEkonomidan Pentadbiran, LIM) yang menulis

20

menggunakan sistem yang dikenali sebagaisistem NOTIS. Sistem ini menyediakan rnaklu-mat dan tajuk yang ada semenjak tahun 1981.Tajuk-tajuk yang diterbitkan lebih awal daripadatahun 1981masih boleh dikesan melalui sistemkad dan penggunaan dua rangkaian komputeryang dikenali sebagai RUN dan OCLC. Kedua-dua rangkaian ini mempunyai talian rangkaiandengan beberapa perpustakaan yang terdapatdi Amerika Syarikat, Britain dan Canada. Semuakemudahanili adaJahpercuma kepada pengguna-pengguna perpustakaan.

Program Pertukaran dan Hadlah

Setakat ini program pertukaran dan hadiah an-tara Koleksi Echols dan perpustakaan di Malay-sia terhad kepada 4 perpustakaan sahaja.?Hanya Universiti Malaya dan Universiti SainsMalaysia sahaja yang giat mengadakan hubun-gan pertukaran bahan-bahan mengenai Malay-sia dan Asia Tenggara. Untuk mempertingkat-kan lagi program pertukaran ini suatu per-hubungan yang lebih erat dan sistematiksedang diaturkan supaya perpustakaan diMalaysia amnya dan Universiti Malaya khusus-nya dapat memperolehi bahan-bahan daripadaKoleksi Echols. Masa depan program pertukar-an ini adalah lebih cerah kerana pihak KoleksiEchols merasakan wujudnya ruang-ruang per-hubungan yang dapat mempergiatkan lagiusaha pertukaran ini.

The Political Economy of Agrarian Change inWest Malaysia, 1947-1975 Tesis Ph.D,Universiti Cornell, 1983; Profesor MadyaMohammed Halib (Jabatan Pengajian AsiaTenggara, UM) yang menulis The State, Riceand Irrigation: Historical Development andContemporary Cases of Small-Scale Irriga-tion Systems in Peninsular Malaysia, TesisPh.D, Universiti Cornell, 1985 dan Dr. ZahidEmbi (Jabatan Sains Sosial, UPM) yangmenulisMalay Labourers: Work and the MoralEconomy of a Post-peasant Village, Tesis Ph.D.,Cornell University [akan diterbitkanj.

Page 5: Koleksi Malaysia OiJohn M. Echols Collection on Southeast ...eprints.um.edu.my/8934/1/KA8(2)1989_(A2).pdf · Koleksi Malaysia OiJohn M. Echols Collection on Southeast Asia Perpustakaan

3. Lihat Milton Esman, Administration andDevelopment in Malaysia, (Ithaca, New York:Cornell University Press), 1972. Buku ini di-tulis berdasarkan pengalamannya sebagaiperunding

4. Antara pelajar yang pernah diselianya ter-masuklah Prof. Madya Sharifah ZaJeha S. Has-san, Ketua Jabatan Antropologi, UKM. Lihattesis Ph. D. beliau, From saints to bureaucrats:a study of the development of Islam in the stateof Kedah Malaysia, Ithaca, N.Y.: CornellUniversity, 1985.

5. Pelajar pertama yang diselianya ialah Dr. Mohd.Yusof Ismail. Lihat tesis Ph.D. beliau, Malay-sia's New Economic Policy: Its Impact onUrban, Regional and Sectoral Distribution ofIncome, Inequality and Poverty (Ithaca:Cornell University, Ph.D. Thesis), 1987.

6. Penerbitannya tentang Malaysia lihat GaryFields et. aI., The Urban Informal Sector inMalaysia and Costa Rica: Linkages with theFormal Sector. Unpublished Report sub-mitted to International Labour Office (ILO),1985.

7. Termasuk juga daripada Singapura dan BruneiDarussalam.

8. Antara akhbar-akhbar daripada Malaysia,Singapura dan Brunei Darussalam termasuk-lah New Straits Times, Berita Harian, SarawakTribune, Sabah Times, Borneo Bulletin, StraitsTimes (Singapore), Straits Times WeeklyOverseas Edition dan Bernama Overseas NewsService.

9. Ini termasuklah perpustakaan-perpustakaanUniversiti Malaya, Universiti Sains Malaysia,Universiti Kebangsaan Malaysia dan Perpus-takaan Negara.

21