refeksi

5
Syukur kepada ALLAH S.W.T kerana atas limpah kurnia dan rahmatnya , dapat juga saya menjayakan kerja kursus pembiakan tumbuhan secara seks dan aseks untuk matapelajaran Asas Agroteknologi (RBT1024) dalam tempoh yang ditetapkan . Pertama sekali , saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kerja kursus ini . Tidak lupa juga saya ingin ucapkan terima kasih kepada pensyarah agroteknologi , En Mohammad Asri Bin Abdul Aziz yang banyak membantu saya dalam tugasan ini , Ibu bapa dan sahabat-sahabat handal yang sentiasa membantu saya dengan memberi semangat dan sokongan penuh kepada saya dalam menghasilkan kerja kursus ini. Pada mulanya , saya merangka dan menguruskan masa untuk memuatkan kerja kursus Asas Agroteknologi ini sebagai rutin harian semasa cuti Hari Raya Aidilfitri . Tempoh masa lima minggu bukanlah masa yang cukup bagi menyiapkan dan merekod hasil dapatan empat jenis pembiakan . Beberapa maslahat yang didapati menganggu proses menjayakan kerja kursus ini ialah pula kemahiran saya dalam bercucuk tanam yang terhad amat menyukarkan perjalanan kerja kursus ini . Bagi mengelakkan kualiti kerja kursus ini bertambah buruk , saya mengambil inisiatif awal untuk meminta nasihat daripada orang yang berpengalaman dalam bidang pertanian . Masalah seperti kekurangan alatan dan bahan yang tidak lengkap memburukkan lagi situasi ini . Berdepan dengan kekurangan ini

description

bjork

Transcript of refeksi

Page 1: refeksi

Syukur kepada ALLAH S.W.T kerana atas limpah kurnia dan rahmatnya ,

dapat juga saya menjayakan kerja kursus pembiakan tumbuhan secara seks dan

aseks untuk matapelajaran Asas Agroteknologi (RBT1024) dalam tempoh yang

ditetapkan . Pertama sekali , saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih

kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kerja kursus ini . Tidak

lupa juga saya ingin ucapkan terima kasih kepada pensyarah agroteknologi ,

En Mohammad Asri Bin Abdul Aziz yang banyak membantu saya dalam tugasan

ini , Ibu bapa dan sahabat-sahabat handal yang sentiasa membantu saya

dengan memberi semangat dan sokongan penuh kepada saya dalam

menghasilkan kerja kursus ini.

Pada mulanya , saya merangka dan menguruskan masa untuk

memuatkan kerja kursus Asas Agroteknologi ini sebagai rutin harian semasa cuti

Hari Raya Aidilfitri . Tempoh masa lima minggu bukanlah masa yang cukup bagi

menyiapkan dan merekod hasil dapatan empat jenis pembiakan . Beberapa

maslahat yang didapati menganggu proses menjayakan kerja kursus ini ialah

pula kemahiran saya dalam bercucuk tanam yang terhad amat menyukarkan

perjalanan kerja kursus ini . Bagi mengelakkan kualiti kerja kursus ini bertambah

buruk , saya mengambil inisiatif awal untuk meminta nasihat daripada orang

yang berpengalaman dalam bidang pertanian . Masalah seperti kekurangan

alatan dan bahan yang tidak lengkap memburukkan lagi situasi ini . Berdepan

dengan kekurangan ini menyebabkan semangat saya untuk terus berjuang

dalam menyelesaikan tugasan yang diberi membuak secara drastik kerana

situasi ini mengajar tentang kesabaran dan banyak ilmu pengetahuan baru

berkenaan pertanian yang kurang diberi perhatian selama ini.

Saya bercadang untuk memulakan kerja kursus ini sejurus selepas

sampai ke kampung halaman . Pada 6 Ogos 2013, saya memulakan pencarian

bahan-bahan untuk tanaman dan memulakan proses penanaman pada

Page 2: refeksi

keesokkan harinya. Saya mendapati bahawa medium semaian yang biasa

digunakan iaitu campuran nisbah bahagian 2:1:1 tidak dijual di pasaran

berdekatan dengan tempat tinggal saya. Oleh itu , saya melakukan aktiviti

pembiakan ini di kawasan kebun yang terdapat di rumah abang saudara saya

kerana segala peralatan dan bahan tersedia di situ . Bagi penanaman cili padi,

saya menggunakan biji benih yang telah dipetik daripada pokok induk yang telah

tumbuh subur . Antara sebab saya memilih cili padi ialah kerana biji benihnya

mudah diperoleh dan proses penanamannya agak ringkas . Pada tanggapan

saya, pokok cili padi tidak memerlukan kerja yang keras untuk dibesarkan namun

saya mendapati ada masalah yang saya perlu atasi iaitu serangga yang mencuri

biji benih yang telah ditanam . Saya mengatasi masalah ini dengan meracun di

sekeliling polibeg supaya serangga tersebut tidak mendekati biji benih .

Tanaman bunga kertas merupakan tanaman yang paling susah dijaga

dibandingkan dengan tiga tumbuhan yang lain dalam kerja kursus ini. Pada

mulanya, ia dikerumuni dengan semut dan serangga-serangga lain yang tertarik

dengan air yang digunakan untuk menyiram tumbuhan tersebut . Ini diatasi

dengan meletakkan racun serangga pada air siraman . Racun serangga tersebut

tidak memberi kesan kepada tumbuhan .

Bagi pembiakan lidah jin, tumbuhan ini tidak memberi sebarang masalah

pada peringkat penanaman mahupun penjagaan. Lidah jin tidak memerlukan

penjagaan yang begitu rapi malah boleh mati sekiranya disiram terlalu kerap.

Namun , saya telah melakukan kesilapan pada peringkat penanaman di mana

saya tidak menggunakan serbuk hormon pengakaran pada bahagian bawah

lidah jin sebelum ia ditanam . Oleh itu, saya menanam semula lidah jin tersebut

dengan sedikit penambahbaikan .

Bagi penanaman rizom , saya memilih pokok kunyit kerana penanaman

pokok kunyit agak aktif di kawasan itu . Saya memotong bahagian rizom

daripada pokok kunyit yang telah berusia dan bebas dari penyakit . Pada

Page 3: refeksi

mulanya , saya menanam rizom tersebut tanpa memotong akar dan bahagian

tunasnya . Namun , selepas diberi tunjuk ajar yang betul serta diperkasakan lagi

dengan kajian secara teliti , saya diberi penerangan dan menanam rizom

tersebut dengan membuang akarnya serta memotong sedikit bahagian tunasnya.

Walaupun pada asalnya saya menganggap kerja kursus ini amat susah

dan masa yang diperuntukkan tidak relevan tetapi setelah kerja kursus ini telah

mula dilakukan , saya berasa seronok untuk menyelesaikannya dan banyak

ilmu-ilmu pertanian baru yang telah saya pelajari . Masalah-masalah yang saya

terpaksa hadapi mengajar saya untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Usaha

dan semangat yang kental sangat diperuntukkan semasa menjalankan setiap

jenis pembiakan tersebut .

Secara deduksinya, saya amat bersyukur kerana berjaya menyiapkan

kerja kursus ini walaupun seringkali dibayangi kepenatan dalam

menyempurnakan kerja kursus ini . Saya juga mendapat maklumat baru yang

boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan saya mengucapkan ribuan

terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu saya dalam

setiap langkah dan pelbagai bentuk sokongan bagi penyiapan projek ini. Saya

berharap pengalaman yang saya perolehi sepanjang kerja kursus ini dapat

membantu saya menjadi seorang guru yang berpengalaman dan mempunyai

kemahiran dalam pertanian kelak .

Sekian, terima kasih.